Hihi . Sebelum aku terlupa , aku buat mukadimah dulu . hihi . Baru bagi salam . Assalamualaikum semuaaaaaaaa :) Sihat ke idokkk ? Ketika aku menaip ini , perasaan aku sebenarnya tak menentu . hmm . Biasa ar manusia bila umur dah meningkat , banyak dia pikir . Pikir masa depan yang taktau apa penghujungnyaaa .
24.01.2015 . Sabtu
Menggunakan masa yang ada untuk luangkan masa bersama . Okay berbelit tak aku cakap ? Haha . Sorry . Janji korang paham . Hihi . Aku diberi kepercayaan oleh Azea , Waida , Dayah dan Ijah untuk drive kereta ke Pantai Tanjung Bidara , Melaka . 1 jam jugaklah perjalanan kitaorang . Aku and the geng yang lain decide nak gerak awal sebab nak cop tempat awal . Lagipun nak pergi pantai mesti pagi2 kan . So kitaorg bertolak pukul 8 pagi . Setelah sampai dekat Tanjung Bidara , Kami menerjah rumah Kak Mas sebab makanan bbq semua dia yang uruskan . Hihi . Sorry kak mas sebab kacau tidur . Hihi .
Banyak aktiviti kitaorang buat mcm main game sampai diaorg sakit kaki . Hihi . Mandi pantai + makan-makan pastu berborak . Usik orang . Haha . Yelahh lepasnie dah susah nak jumpa . Sampailah ke tgh hari , tetiba hujan pulak . Berhenti seketika bersama kitkat . Hahaha . Hujan dah reda , ada yang dok mandi pantai lagi , ada yang makan sebab lapar lagi . Tadi terbantut nak makan sebab hujan . Semua dah settle , so tiba masa untuk kita berselfieeeee . hihi . hadiah kenangan kita semuaaa .
Alahai . Rindunya dengan korang . Nasib tak nangis je . Dah lahh tengah dengar lagu Aizat Perpisahan . Hmm . Sebenarnya ada lagi manusia , tapi ada yang tak dapat join sebab kerja dan sebagainya . Hmm . Yang tak nampak tuh sorry sebab aku amik mana yang elok je . Hihi . Okay lahh nie janji korang ada . Hihi . Ohh Gambar Kak Mas takde lahh pulak . Takpelah kak , Janji akak ada dalam hati saya . Hihi . Sweet tak ? Hihi . Masa nie semua dah penat . Cepat2 nak balik . Masing2 ada yang sakit kepala . Aku pun tak selesa sebab mandi pantai kan . Berpasir bagai . Huhu . Thanks waida and adau sebab tolak aku dalam pantai dan membasahkan baju aku , akhirnya aku akur dan terpaksa lahh jugak mandi walaupun olok2 je sebab takut air pantai . Tak reti berenang . Hoho .
29.01.2015 . Khamis
Tamatnya pengajian aku di Kolej Komuniti Bukit Beruang , Melaka sebagai seorang pelajar dalam bidang Kulinari . Bidang yang mencabar bagi seorang manusia kecil macam aku . Haha . Yelahh kena angkat pot besaq-besaq gedabak tuh . Huhu . Kerja dalam kitchen , hati kena sado sebab kalau kena marah dengan chef or lect takde mengada nak nangis bagai . Hoho . Last class adalah class pastry . Class yang aku boleh katakan minat lahh jugak . Ingat an dapat buat roti tapi tak sempat sebab adalah masalah2 yang tak dapat dielakkan . Entah kenapa bidang itu jadi idaman hati aku tatkala melangkah masuk dalam tingkatan 4 . ERT . Ekonomi Rumah Tangga . Adalah jugak kait mengait , kan ? Aku harap apa yang aku pilih bukan salah tapi benar . Hmm . Saat akhir bersama sahabat tersayang . Bersama 3 tahun . Pengganti keluarga tatkala berjauhan . Memang sebak hati bhaii . Gugur segala-galanya . Hmm . Lect briefing sikit je , bagi nasihat dah keluaq ayak mata nie . Hmm . Sedih kowt . Myra buat kitaorg nangis dengan ayat sedih dia tuh . Huhu . Tapi jgn marah ye . Aku tak salah kan kau pun . Kalau kau tak berucap kat depan tuh , kita semua mesti nangis gak :( .
Sebelum saat-saat akhir , kitaorg berpeluk nangis bagai semua . Macam ada hikmah je semua nie . Time nie pulak Arif datang melaka and ada orang tangkapkan gambar untuk kitaorg . Time kat pantai tuh ijah . Aishhh . Memang ada hikmah lahh . Sedih siakkk nak tinggalkan semua nie :( :(
30.1.2015 Jumaat
Luangkan masa lagi dengan diaorg . Dengan tak berkemas apa-apa lagi . Main bowling . Hmm . Rindu nak main bowling dengan diaorg . Sebab diaorg lahh aku boleh main bowling . Diaorg ajar + paksa aku main jugak . Last2 aku yang excited nak main . Dah kalahkan Yati . Haha . Malam tuh baru kemas barang dan kemas rumah .
31.1.2015 Sabtu .
Semua angkut barang nak balik . Ayah amik barang bergegas aku carikkan hadiah untuk aku bagi dekat diaorg . Pehh masa nak bagi tuh , menangis lagi . Berat sehh nak tinggalkan . Bagaikan adik beradik . Hmm .
1.2.2015 Ahad .
Sunyi menyergah kami . Aku . Waida dan Anizah .
2.2.2015 Isnin .
Temuduga Brahim Katering Airline's . Aku . Waida . Athirah . Abe . Nawan . Faris . Bong . Diaorg menceriakan keadaan walaupun masing2 nervous . Dah abis ditemuduga , jumpa dengan kembar , myra + byla + fahmy + abe + haziq , sebab nak berangkat balik . hmm . Nasib baik tangisan kali ini hanya secebis walaupun hati berat gilaaaa nak tinggalkan semua ini . Thanks waida antarkan aku dekat mc . Aku taknak balik dengan kau sebab aku takut aku nangis lagi . Aku taknak balik dengan kesedihan . Persahabatan kita bukan setakat disini . Aku tahu persahabtan kita pasti hingga hujung nyawa . InsyaALLAH , hingga syurga . Pukul 4.00 petang Bus delima berlepas dari Melaka dn menuju Ke Kuala Lumpur .
Tidak ada lagi suasana class . Kerenah korang . makan makanan mamak asri . kedai kayu . syukran . enak tomyam . Kita lalui bersama seperti adik beradik . Susah senang bersama . Pergaduhan itu biasa agar mengeratkan lagi persahabatan kita . Memahami antara 1 sama lain . Gelak tawa bersama . Nangis bersama :') . Shopping sesama . Hihi . Wayang sesama . Jenjalan sesama . Aku tak sangka aku boleh kenal korang . Korang memang geng yang best . Terima kasih pada ALLAH , temukan aku dengan korang . Mengenal kehidupan bersama korang :) . Terima kasih korang sebab jadi kawan dan sahabat aku . Aku sayang korang giler2 . Jangan pernah lupa aku taw sebab aku takkan pernah lupakan geng2 aku :')
Angin malam ini membuatkan aku teringat pada mereka .
3tahun bersama .
Bagaikan ahli keluarga .
Susah senang bersama .
Ini semua sebab rindu .
Rindu nak dengar suara mereka .
Rindu akan kerenah mereka .
Mereka itu adalah korang .
Rasanya macam panjang pulak aku tulis nie . Tak sangka aku ada kekuatan untuk taip panjang macam nie . Hmm . Kekuatannya datang sebab persahabatan itu indah :)
Kalau ada umur yang panjang , jumpa korang di majlis Acha . Kerja elok2 . Doakan aku dapat kerja ye korang . Aku pun doakan korang :)
Assalamualaikum . Selamat Malam , Kesayangan :)