Friday, 28 June 2013

Sehelai kain .

Assalamualaikum .

Sehelai kain .
Dijadikan pakaian manusia .
Untuk menutup aurat .

Sehelai kain .
Ramai menghakimi .
Termasuk aku .

Sehelai kain .
Ada yang memakainya sangat labuh .
Mengikut syariat agama .

Sehelai kain .
Ada yang memakainya biasa-biasa sahaja .
Mengikut suka hati .

Sehelai kain .
Dipakai elok dengan labuh .
Dipuji ada juga dikeji .

Sehelai kain .
Dipakai sederhana .
Dipuji dan dikeji .

Sehelai kain .
Manusia takkan pernah puas .
Mencorakkan , mewarnakan .

Sehelai kain .
Disebabkan sehelai kain .
Manusia akan bergaduh .

Sehelai kain .
Tengoklah pada diri .
Jangan menghukum manusia .
Ubahlah diri sebelum menegur .
Ingatan buat diri sendiri jua .

Sehelai kain .
Hanya diri sendiri dan ALLAH sahaja yang berbicara .
Jangan libatkan orang lain .

Sehelai kain .
Cerminkan diri .
Bukan orang lain .
Berubahlah !

Tamat .

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

No comments: