I'm home . Menikmati cuti yang ada . Ahad dah nak balik . Isnin start class . "Ya ALLAH , Kau kuatkanlah semangat aku untuk terus belajar agar aku dapat membina masa depan aku dengan baik dan menolong ahli keluargaku . Memberi kesenangan pada ibu dan ayahku yang dulu bersusah payah membesarkan aku . Aamiin".
Seriously , entah kenapa aku tak boleh hidup dekat Melaka . Terasa terumbang-ambing duduk disana . Takde semangat walaupun kawan-kawan sentiasa bersama aku . Aku perlukan semangat yang dulu . Aku perlukan sangat . Sem ni agak tough sebab ada majlis berbuka bersama anak-anak yatim . Dan sebagai seorang pelajar yang ambil bidang kulinari iaitu bidang masakan , agak mencabar bagi aku . Belajar di waktu bulan puasa memang menguji kesabaran dan iman aku untuk menghadapinya . Tapi itulah cita-cita aku . Ingin menjadi seorang Chef . Dan aku takutkan bagaimana hari isnin bakal berlaku . Permulaan class itu bagaimana . Manusia disekeliling macam mana . Aku harap aku tidak menyusahkan mana-mana pihak disana . Aku harap aku diterima oleh semua manusia disana . "YA ALLAH , Takutnya hati ini . Kenapa datangnya perasaan ini ? Kenapa ? Ujian apakah yang aku perlu tempuh lagi ini ?". Tidak boleh bayangkan apa yang akan bakal berlaku . Aku harap apa yang akan berlaku semuanya baik-baik sahaja :')
Semalam . Hari tough bagiku . Cukuplah dengan semua ini . Aku dah tak nampak jalan yang terbaik . Hari ini . Aku berdoa padaNYA . Ya ALLAH , Terasa kurang bebannya itu .Terima kasih , ALLAH . Malam ini . Aku terasa kosong . Seperti tiada masalah . Tapi hati masih tidak senang . Kerana otak masih memikirkan masalah itu .
Benarlah . Apabila kita melakukan sesuatu dengan berlandaskan niat kerana ALLAH , kita tidak rasakan ia hanya sia-sia tapi kita lebih dihargai . Tapi apabila kita melakukan sesuatu kerana seseorang , kita akan mudah terluka , kerana hati manusia cepat berubah dan tidak menghargai kita .
Tamat .
No comments:
Post a Comment