Wednesday 26 November 2014

Ikut Kata Hati Aku

Assalamualaikum . Selamat Petang .

Hari Rabu bersamaan 26 November 2014 waktu 5.19 pm . 

Pejam celik pejam celik , sungguh tak sangka dah nak penghujung bulan 11 , maknanya lagi 2 bulan aku berada di Melaka . Dulu masa mula2 masuk memang rasa excited , tak sabar nak habis study , tapi sekarang terasa berat nak tinggalkan Melaka sebabnya manusia yang aku sayang , kini harus aku tinggalkan . Terasa sayu je nak tinggalkan kesemua kenangan itu . Bila dah habis nanti , entah dapat lagi ke tak bersama . Sungguh rasa sayang tuh sangat menebal . Yelah Kenal dari sem 1 . 2 tahun lebih kenal diaorang dan sekarang hanya beberapa bulan tolak cuti hujung minggu semuanya akan berakhir . Hmm .

Ujian ALLAH itu indah . ALLAH berikan kita "hadiah" untuk membuka mata hati kita dalam melihat dunia . Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah . Bila satu tali persaudaraan itu terjalin , ia tidak semestinya akan sentiasa lurus tapi ada bengkak bengkoknya . Dalam ingin berjaya dalam hidup pun , ada sukarnya . ALLAH itu Maha Melihat . Dia membantu kita dalam setiap sudut yang kita inginkan .

Hanya ini yang aku mampu coretkan . Maap kalau ada salah silap , tergantung ayat dan bahasa kerana itu yang terlintas dalam fikiran . Salam .
menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas