Thursday 31 May 2012

Mood jadi segar .

Assalamualaikum dan salam 1 blogger .

 Macam biasa layan budak yang ibu jaga main game . Asal datang jew , mesti nak main game . Penat layan kerenah budak-budak nie . Sementara teman dia main , sempat pulak aku tidur . Siap mimpi lagi . Ahaha . Hebaq tak ? Hihihi . Dah dia main beberapa minit dia kejut aku suruh betulkan game tuh . Rupa-rupanya line berukband slow . So dia tak connect ar . So dengan rasa malas nak layan budak tuh main game lagi , aku terpaksa tipu sunat kat budak tuh . Aku cakap " duet kat dalam berukband dah tinggal sikit . Kena tunggu petang baru boley main " . Padahal aku yang nak online fb . Ahaha . Bijak tak ? Jangan tiru dirumah atau dimana-mana tempat ye :) . Budak tuh percaya dan dia pun blah dari bilik .

Beberapa saat kemudian ....

Aku pun online fb . Dok tengah online aku pergi ke group blogger . Then aku click satu entry nie ...

Tiba - tiba mata aku yang tadi mengantuk setelah lelap beberapa minit tu terus jadi segar . Dan mood aku pun jadi segar jugak .Disebabkan ada sesuatu yang menarik perhatian aku .

Tadaaaaaaaaaa !


Mama rina :)


Header mama rina sangat comei !!! Geram aku tengok ! Dan cerita-cerita di blog mama rina pun best . Mama rina pun ada buat doodle . Comei giler-giler . I like . Disebabkan dah suka , ingat nak follow larh . Baru aku ingat yang blog aku ada masalah dalam meng-Follow blog orang . Sedih taw . Ada blog tak boley nak follow dan menyukarkan diriku ingin join apa-apa contest . Kesian pada yang follow eden :( Papepun , hanya mampu tengok dari jauh jew larh blog mama rina nie :)  Blog mama rina best !! Eh ? Boley kew panggil mama rina nie ? Peace :)

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Alhamdulilah . Terima kasih ALLAH .

Assalamualaikum dan salam 1 blogger . Setiap gambar ada maksud tersendiri .




Semalam ,
30.5.2012
12.00 tengah hari ,
Alhamdulilah . Mungkin ini yang terbaik untuk diriku .
Terima kasih ALLAH

:)

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Monday 28 May 2012

Tabung Ahmad Sufi harapan mereka

Assalamualaikum dan salam 1 blogger . Bangun pagi .. Gosok gigi . Hihi . Bangun awal semata-mata nak tengok cerita thailand faveret aku " Rebound to love " sekali alih channel , takde . Oh , lupa .. cuti sekolah kan . Kartun jew larh berlambak keluar kat tv . Aishh . Macam biasa , dah takde cerita yang best . Facebook menjadi mangsa . Hihihi . Tengah2 skroll ke bawah sampailah ntah mana ( aishhh , ramai betol orang update status . ahaha ) . Aku ternampak satu post Abang Ben yang membuatkan aku ingin tahu apa dalamnya . Rupanya kisah seorang baby  yg sedang sakit sekarang ini dan meminta bantuan pada kita semua .




Inilah adik Ahmad Sufi . Sangat comei baby nie . Okay ada sedikit info tentang adik Ahmad Sufi . Aku amek dekat sini page Tabung Adik Ahmad Sufi . Nama adik Ahmad Sufi Bin Romi Suhaimi .
Ahmad Sufi 6.4.2012.
Assalamualaikum....Ini adalah gambar Ahmad Sufi Bin Romi Agus Syumadi...Ahmad Sufi
dilahirkan pada 12 mac 2012 dan sejak lahir dia menghadapi masalah paru2 yang kritikal.kos perubatan Ahmad Sufi di Children Westmead Hospital, Sydney adalah tidak kurang dr AUD 3000 (RM9000)SEHARI.UNTUK MAKLUMAN,AHMAD SUFI TELAH BERADA DI RAWAT DI SANA MULAI DR 13 MAC SEHINGGA 26 APR. Dan kini A
hmad Sufi telah ditransferkan semula ke Canberra Hospital sehingga kini.Dan kos di Canberra Hospital pula tidak kurang dari AUD 1500 sehari.Di sini dengan rendah dirinya saya memohon sekiranya ada diantara anda yang sudi memberikan sumbangan kepada Ahmad Sufi bagi menampung kos perbelanjaan rawatan dia di sana.

BSN: 14133-41-00000395-4 :JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI(Ibu Saudara Ahmad Sufi)
MAYBANK: 152107010378 : JULI YANTI LIDIA BINTI SUHAIMI

Maya Syuhada Binti Suhaimi(Ibu saudara Ahmad Sufi)
CIMB: 14100000462201

Name : Romi Agus Shumadi Romi Suhaimi(ayah Ahmad Sufi)
Bank: St George Bank
Branch: 112 908
Account No: 411178305

Pada blogger yang sudi war-warkan dalam blog korang , jutaan terima kasih dan pada yang tiada blog , jangan risau . Korang semua boleh war-warkan dekat facebook korang . Boleh pergi dekat sini Page fb Tabung Ahmad Sufi . 



senyuman adik ahmad sufi :)



Doa akak untuk adik ahmad sufi semoga adik sihat kembali supaya dapat hidup bersama-sama ibu dan ayah . "Ya ALLAH , Kau panjangkanlah umur adik Ahmad Sufi  ini agar dia dapat mengenal dunianya . Dan dapat membahagiakan ibu dan ayahnya . Aamiin .

I love baby <3


menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Saturday 26 May 2012

Free Gift For You

Assalamualaikum dan salam 1 blogger .
Selama saya mendiamkan diri buat seketika waktu , saya kini kembali dengan satu kejutan untuk korang yang sukakan join contest . So kepada korang yang sukakan join contest , jangan ketinggalan ye ! :) Okay , contest nie ditaja oleh salah seorang group saya dari 5 Blogger Friends iaitu Siti Hajar Raudzhah a.k.a Puteri Lilin :) Nama contest ini adalah " Free Gift For You " . Sesiapa sahaja yang bertuah akan dapat hadiah . So , cepat-cepatlah join .


Wajib ambil banner comei nie ! :)


Okay , nak join kew ? Jom follow syarat-syarat penyertaannya :

1 . Awak semua kena follow blog saya , blog Puteri Lilin dan LKE fanpage 5 Blogger Friends .
2. Buat satu entri tentang " Free Gift For You " ini dan letak BANNER dekat atas tuh sekali . Linkkan banner untuk memudahkan korang . Pastikan entri korang kreatif .
3. Sila tinggalkan jejak korang iaitu Nama , ID Facebook , dan Link entri korang dekat tempat letak komen Blog ini atau blog saya .
4.Tarikh penyertaan contest ini bermula pada 26/5/2012 sehingga 26 /6/2012 .
5. Hadiahnya adalah berupa TOPUP RM10 .
6. Hanya limited 4 orang pemenang sahaja . So cepat-cepatlah join kalau nak hadiah itu !! :)


Akhir kata , ini adalah contest yang Pertama salah seorang dari group kami buat . So , diharap korang semua dapat membantu kami yang masih baru ini :) . If contest yang pertama ini mendapat sambutan , InsyaALLAH kami akan meneruskan niat baik ini dengan menawarkan hadiah yang lebih lumayan lagi :) . Contest ini jugak bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara kita sesama blogger dan menambah sahabat tak kira bangsa , agama dan negara :)

Okay , sampai disini sahaja . Join jangan tak join !! Hihihi :))))

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Monday 21 May 2012

Tiada deringan dari telefon bimbitku ...






Semalam call yang terakhir dari kau ...
Tapi aku tak layan sangat sebab mata dan mulutku tidak bagi aku menemani kau ...
Sorry ...
Semalam mesej yang terakhir dari kau ...
Tapi aku tak balas sebab aku mamai ...
Sorry ...
Hanya seminggu sahaja ...
menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Thursday 17 May 2012

Test JPJ :)

Assalamualaikum dan salam 1 blogger . Okay . Aku nak cerita terus disebabkan hati ini happy giler2 . Alhamdulilah aku lulus test jpj bahagian II buat kali ke 3 :)  Sebelum nie pun aku ada update pasal ulangan bahagian II . Tapi yang nie betul-betul aku happy sebab LULUS ! Memamg agak malu bila orang tanya , nie kali keberapa then dengan muka tebal aku cakap jugak . Tak baik menipu . Akhirnya berjalan dengan lancar jugak selepas segala yang aku lalui . Mungkin ada hikmah disebalik semua sebab aku perasan jpj yang test aku tuh adalah orang yang sama masa aku test jalanraya :) Alhamdulilah , tadi takde kena langgar tiang tapi cuak gak masa nak keluar dari parking tuh takut langgar tiang tapi akhirnya berjaya jugak keluar dengan tidak melanggar apa-apa tiang :) .

Moment before nak test aku takkan lupa . Thanks pada cikgu yang ajar aku bawak motor tuh sebab dia bagi nasihat kat aku . Ekceli , bukan kat aku jew kat semua yang ada kat situ :) Thanks God sebab cikgu tuh ingat aku . Senyum ke telinga aku . Ahaha :) . Tadi dia handle bahagian kereta thats why larh dia tegur + bagi nasihat kat aku . Tapi yang sdihnya aku taktau pun nama cikgu tuh apa :( Sedih . Huhuhu . Thanks jugak pada cikgu yang lain yang pernah ajar aku :) Apa-apa pun aku bersyukur sangat-sangat sebab berakhir jua "penyeksaan" aku . Ahaha . Pasni boleh larh jalan-jalan bawak kereta . Yeah!!!!!!


my baby . Happy macam dia jugak + terlebih happy sebenarnya . hihihi

p/s : Terharu dengar ayah cakap tahniah waktu balik kerja tadi :)

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Monday 14 May 2012

No title








Asslamualaikum dan salam 1 blogger .
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Dalam dilemma
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Ya ALLAH , permudahkanlah urusanku dalam segala hal dan tenangkan hatiku dalam menghadapi ujian dariMU . Ya ALLAH , Izinkanlah aku untuk menyambung pelajaran untuk mencapai cita-citaku . Aamiin .





menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Friday 11 May 2012

Happy mother's day :)

Assalamualaikum dan salam 1 blogger . Dalam suasana pagi yang  agak sejuk  , mereka sudah siap-siap ingin pergi ke sekolah . Siapa tuh ? Whoa !! Untunglah korang dah sambung belajar . Jadi budak sekolah balik. Hihihi . Sekolah tuh elok2 eyh kawan2ku . Ahaha . Aku akan doakan kejayaan korang . Sama-sama kita menuju puncak ke menara gading :) Aamiin .

"Hari istimewa" . Apa itu hari istimewa ? Hari istimewa itu ialah hari tertentu kita sambut dengan orang tersayang . Bila sebut tentang hari istimewa mesti kita ingat Happy mother's day , Happy father's day , Happy teacher's day , dan sebagainya . Tapi bila time untuk kita sambut hari istimewa itu pasti ada mengatakan .. sebagai contoh hari ibu . Hari ibu haram disambut kerana ia bermula dari sempena perayaan musim bunga2 orang Greece , sebagai penghormatan terhadap Rhea , ibu kepada tuhan mereka dan pelbagai lagi spekulasi tentang itu .

Tapi bagi saya , jika ingin menyambut hari istimewa dengan orang tersayang tak perlulah dengan mengikut hari dan budaya yang tidak sepatutnya . Bukan maksud saya kena bagi hadiah hari -hari . Tapi tidak salah jika seseorang itu ingin memberikan hadiah pada orang tersayang .
 Sebenarnya manusia hanya "dahagakan" kasih sayang bukan harta benda .  Bulan 5 ini ramai yang memperkatakan hari ibu cuma cara menyambutnya yang berbeza . Cuma saya harap janganlah kita mengikut budaya yang tidak sepatutnya . Sambut dengan cara kita sendiri . Dengan cara berdoa jugak adalah hadiah yang boleh kita berikan kepada ibu kita . Jadikan hari-hari biasa itu adalah hari ibu kerana ibu adalah segala-galanya buat kita .

Sempena hari ibu saya nak tulis something tentang ibu . Bacalah :) .Mungkin ibu saya tidak dapat membacanya kerana saya hanya menulis  didalam blog . I'm shy shy girl :D

Ibu ,
Namamu Siti Jamaliah bt Jajuli ,
Seorang insan yang melahirkan aku 9 bulan ,
Menahan sakitnya untuk melahirkan anakmu ini ,
Bersabar dalam melahirkan anakmu ini ,

Ibu ,
Kau menjaga aku dari sejak aku lahir hingga kini aku berumur 18tahun "Alhamdulilah" ,
Kau menjaga anakmu ini dengan tertib ,
Kau mendidik anakmu ini dengan sabar ,
Kau menegur anakmu ini dengan kasih sayang ,
Kau memberikan kasih sayang dengan sepenuhnya ,

Ibu ,
Dalam diammu kau mengumpul seribu satu rahsia ,
Dalam tangismu kau hanya menyimpulkan senyuman kerana tidak ingin anakmu ini risau ,
Dalam gembiramu kau tersenyum berada disamping anakmu ini ,
Dalam segala-gala hal dirimu sangat pakar ,

Ibu ,
Mungkin hari ini kau menjaga anakmu ini ,
Tapi biarlah tugas itu pula anakmu ini yang galas ,
Anakmu ini ingin menjagamu ... ibu ,

Ibu ,
Terima kasih atas jasamu ,
Tidak terbalas jasamu ini ,
Jasamu terlalu besar sehingga sukar untuk aku tafsirkan ,
Maafkan anakmu ini kerana terlalu banyak dosa yang aku lakukan terhadapmu ,
Walaupun ianya seperti suatu dosa kecil tapi dirimu sangat berharga sehingga dosa itu menjadi besar ,

Ibu ,
Redhamu terletak pada redha ALLAH ,
Setiap apa yang aku lakukan semuanya terletak pada redhamu ,
Jangan biarkan aku hanyut ,
Perhatikanlah aku setiap masa ,
Tegurlah aku setiap masa ,
Doakanlah aku setiap masa .
Kerana doamu adalah anugerah dari ALLAH .

Ibu .. Terima Kasih . Adik sayang ibu ..

Untukmu ibu . Happy mother's day untuk semua yang bergelar ibu , ummi , mak  dan mama .

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Wednesday 9 May 2012

Naskhah Cinta Rasulullah

Assalamualaikum dan salam 1 blogger . Tadi pergi interbiu dekat sunway giza . Alhamdulilah dapat kerja tuh tapi not sure masuk bila . Then terserempak dgn ellyna baru masuk kerja . Emm .. eksited + takut pun ada bila dah dapat kerja nie . Nak kena pandai serve customer . Aku harap aku boley buat . InsyaALLAH . Tapi taknak larh kerja jew . Nak sambung blaja jugak . Nak capai cita-cita aku . Taknak susahkan ibu dengan ayah :( I'm feel bad when thinking about this . Emmm . Kawan-kawan semua dah nak sambung blaja . Aku takut kalau tak dapat sambung blaja . Emm .. nak nangis !!! Ya ALLAH , bantulah hambamu ini :( . Siang + tengah hari + petang + malam aku nangis bila pikir semua tuh . Nampak jew aku dok happy online , gelak2 kat chat tapi hati aku nie menangis . Emm . Menangis mengenangkan banyak masalah . Emmm .. Okay . Tuh lain cerita larh . Masalah rumah tangga tak boley cerita kat mana-mana . Ahaha

Now I want to talk about " Naskhah Cinta Rasulullah " . After go back from sunway giza , aku bukak fb . Then ternampak 1 video nie tentang dakwah . Tajuk dia "Naskhah Cinta Rasulullah". Aku nak cerita lebih-lebih pun tak best so korang tengok ar video nie .


Selamat menonton :)

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Hidup perlu diteruskan !

Assalamualaikum dan salam 1 blogger . Okay , siap2 nak pergi interbiu dekat sunway giza . Errr takutnya . Ya ALLAH , permudahkanlah urusanku . Aamiin .

" Hidup perlu diteruskan " walau macam mana pun hidup tuh susah . Selagi kita hidup , kita kena teruskan jugak . Bukan nama kehidupan jika tidak ada cabaran dan dugaan .

Teruskan berdrama !







menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Tuesday 8 May 2012

Malas + cuak + happy = Lu pikirlah sendiri :)

Assalamualaikum dan salam 1 blogger . Semalam ada 3 perkara aku lakukan . First , pagi2 dok siap nak carik kerja . Second , Balik dari carik kerja terus on lappy check upu . Rupa-rupanya aku belum lagi . Ahaha . Dok cuak tak habis2 . Ahaha . Aku harap aku dapat sambung belajar untuk capai cita-cita aku . Aamiin . Alhamdulilah and congrats pada kawan-kawanku yang dapat sambung belajar . Yang tak dapat tuh , InsyaALLAH ada . ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya :) . Ramai gak dapat UiTM . Untunglah UiTM . Ahaha :)

Third , will be the most beautiful memories for me :) Thanks alot at him bcoz sanggup datang rumah bagi "something" at me . Sorry berterabur myenglish . Ahaha . Mulanya aku hanya bergurau tapi dia amek serius apa yang aku cakap . Akhirnya dia datang dan itulah kali  pertama  kaum ADAM belanja aku . Emm .. aku mengaku memang susah nak jumpa dia sebab my parents susah sikit nak bagi keluar dgn lain jantina . Tapi aku tak kisah . Sbb aku taknak timbulkan apa-apa masalah . Aku lebih suka keluar ramai2 daripada berdua jew . Tapi tipulah kalau aku cakap tak penah ada perasaan nak keluar berdua . Aku pun ada perasaan jugak tapi kena buang jauh perasaan itu sebab itu hanya hasutan syaiton dan akan menimbulkan zina . Aishhh =.=" .

Okay . Tadi ada mood nak taip tapi mood tuh tiba-tiba berubah . Hilang . Aku takkan menulis jika tidak ikhlas . Sorry .

7.5.2012 I .T . A . L . Y :)


Ahaha.For you :)





menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Friday 4 May 2012

Mati juga rahsia ALLAH

Assalamualaikum dan salam 1 blogger . Sedikit renungan untuk kita renung bersama-sama.

Saudara yang saya kasihi. 

Pernahkah kita terbayang pada suatu hari bagaimana agaknya rupa kita setelah dibaluti kain
kafan ?


Kita disolatkan. 

Kita diiring dan diletakkan di dalam liang lahad. 

Kita dikebumikan. Ahli keluarga, kenalan dan orang ramai beransur pergi dan bunyi

tangisan


pun semakin jauh . 

Kita keseorangan.

Saat itu realiti sebenar kehidupan pasti terungkap. Kelak kita pasti akan menyesali setiap saat

yang kita bazirkan untuk lalai dan tidak digunakan untuk mencari redha-Nya.

Pernahkah kita terfikir tibanya saat itu? Saat itu pasti tiba. Mungkin pada usia tua. Mungkin

pada usia muda. Mungkin tahun depan, Mungkin esok. Mungkin malam ini. 

Saudara dan saudari yang saya kasihi, INGATLAH KEMATIAN. Sesungguhnya kematian

adalah peringatan yang terbaik!
credit : Tajdid jiwa ( FB )




menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Berangan tentang "dia" bhgian I :)

Assalamualaikum dan salam 1 blogger . Harinie rajin pulak jari + otak nie nak meng-update . Hihi . Alhamdulilah followerku sudah meningkat sedikit 55 orang . Terima kasih kerana meng-follow saya :) I'm appreciate it :) . Tapi mintak maaf sebab tak boley follow balik because my blog have tecnical problem :( . Btw, Saya menulis blog kerana suka-suka , mencari ilmu dan menambah sahabat bukan ingin mendapat perhatian :)

Okay ... Berangan tentang " dia" . Aku selalu berangan " dia " sampai terbawak dalam mimpi . Sebab berangan tentang " dia " sangat best . Ehhhhh apa dia eyh ? Hihi . Saje nak bagi suspen sama lu olang . Ahaha . Cer korang teka ! Cer teka cepat ! Nie dia yang aku selalu angan-angan kat " dia " . Iaitu ... macam nie larh biar kita bagi awak clue eyh . "Dia" nie selalu orang bawak kemana-mana.Kalau ada tempat menarik mesti ada" dia".Orang selalu pegang "dia"."Dia "pun boley jadikan suatu pekerjaan . Orang selalu jaga "dia" dengan baik . Dah dapat jawaban? Isikan tempat kosong _________________ . Anda akan dapat hadiahnya berupa gula2 20sen . Hihihi




Inilah dia yang aku berangan dan idam-idamkan sampai sekarang . Sangat jealous dengan manusia yang ada benda alah nie . Emm tapi aku penah try snap gmbr pakai camera nie . Kawan kita , thanks icha bagi aku try :) Dari situlah hati aku meronta-ronta nak camera nie . Dah bnyk kali pujuk kat ibu dgn ayah beli camera nie tapi diaorg kata takpayah. Pakai jew phone . Takpayah beli camera . Remuk hatiku bila ibu dgn ayah cakap mcmtuh :( Emm..ada tak sape2 yang bermurah hati nak belikan camera nie ? Teringin sgt !! :) . Bilalah aku akan dapat " dia " nie ??? Nie rasa macam nak carik kerja nie ! Nak beli jugak ! Tak kira ! Nak jugak !!!!

To be continued.......  :)


menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Wednesday 2 May 2012

Latihan akhir + malunya dengan sidia !

Assalamualaikum dan salam 1 blogger . Dah lama rasanya jari nie tak taip panjang-panjang. I'm lost idea nak update . Just letak picture jew untuk korang tengok . Itupun kalau ada orang bacalah. Thanks sesiapa yang sudi baca :) . Okay , harinie aku bangun tidur awal sebab nak pergi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pemandu yang berhemah . Ahaha . Ekceli , aku ada latihan akhir untuk ulangan test jpj . Aku harap sangat kali ini aku lulus walaupun kali ke-2 . Taknak amek banyak2 kali . Penat woo . Dan aku taknak susahkan ibu dgn ayah lagi . Untung kawanku Tia fatiha dah dapat lesen P . Takpe rezeki lain2. Maybe rezeki aku macam nie so aku kena terima dan bersyukur .

Apa nak tahu aku malu dengan siapa ? Errr ... Lek lu . Ahaha. Macam nie cerita dia , pagi tadi cikgu jumpa aku dengan budak yang lain untuk belajar . So aku ingat cikgu yang ajar aku rupanya aku kena belajar dengan budak tuh . Kira kongsi2 kereta ar  + kongsi ilimu . Ahaha . Kalau gegurl takpe larh nie boboi . Errr .. segan giler . Dah masuk dalam kereta tuh , kitaorang senyap jew last2 dia start sembang dulu . Just sembang2 biasa pasal test jpj aritu . Just ulang bahagian II . Siapa yang dah amek lesen + tengah amek lesen tahu larh apa itu bahagian II . Tapi takpe . Meh aku habaq kat korang . Bahagian II tuh adalah untuk bukit , parking dan 3 penjuru . Kalau tak pass bukit so kena ulang semua yang aku cakap tuh . Ada paham sekarang ? Bagus kalau paham :) . Mula2 dia yang bawak dulu . Memang berpeluh ar kat dalam kereta tuh . Cuaca agak panas . Nasib baik ada a/c + radio . Takdelah sunyi jew dalam kereta tuh . Dia bawak macam biasa jew . Untunglah tinggi . Kaki tuh sampai jew nak tekan . Hihihi . Bila time aku pulak , adoi malu giler time atas bukit tuh . Aku salah tekan sebab tuh mengundur kebelakang tapi nasib baik ada dia + cikgu tolong . Dah lepas bukit time parking pulak , aku tak perasan yang tiang tuh macam nak jatuh , tiba-tiba dia keluar dari kereta and tolong aku betulkan tiang tuh . Aishhh malu aku dengan dia  . Errr .. So getelmen  you bro ( bak kata boboiboy ) . Ahaha . Aku cakap betul dia memang tak sombong ar . Nak kata handsome , handsome la jugak . Eh ? mara +  jealous capital F nanti . Hihihi . Sorry awak . Awak pun handsome jugak :) . Eleh , muka handsome mesti ada special gf punya :) Ekceli , aku nak cakap terima kasih kat dia tadi sebab tolong aku masa bawak kereta tadi . Tapi tak tercakap aku . Memang segan + malu dengan dia . Aku bukan jenis banyak cakap . Emm . Okay larh aku cuma berharap esok adalah hari terakhir aku belajar dekat sana . YA ALLAH , berikan aku dan dia  kejayaan pada esok hari . Aamiin . (Ntah2 dia pun taknak datang dah kat situ . Hihi ) . Okay tu jew aku nak cakap memandangkan dah lama tak tulis panjang2 nie . Hihihi

rindu dengan mereka ;(

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas