Wednesday 29 May 2013

Good night ! :)

Assalamualaikum .


Ekceli saje je meroyan nak update blog . Mata tak mengantuk lagi tapi rasa nak tidur . Hahhh ? Acano tuh ? Takpelah . Nak taip sikit je sebab sesuka . Blog kita , kita punya hati suka lahh nak taip berapa patah perkataan pun :P

Okaylah goodnight semua . Baca doa sebelum tidur dan jangan lupa solat dulu baru tidur . Dan jangan lupa lagi mimpi kita ye . Hikhik . Gurau je :P Dah . Assalamualaikum .

Ehhhhh jappppp ! Nak cakap something ... Tengok bawahhh ...

-






I LOVE YOU SO MUCHHH !

Goodnight . And Take care .


Assalamualaikum .


12.24am 29.5.2013 Rumah tinggi kalah kLcc

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Saturday 25 May 2013

Aku taip apa yang aku rasa

Assalamualaikum .

Salam hari sabtu buat semua . Semalam ada orang buat surprise untuk kita . Hihi . Mentang-mentanglah ada number ibu kita , nak berpakat pulak kenakan aku . Huhu . Finally , dia balik jugak ke kL . Dia call ibu dulu baru aku . Kurang asam betul dia nie . Aishh . So harinie aku jumpa dia . Hihi . Happylah jugak dapat jumpa dia sebab dah lama tak jumpa dia . Dia dah gemok . Ibu panggil dia "Bam-bam" . AHAHA . Comei tak nama tuh ? Sebab dia gemok lahh ibu panggil macamtuh :) Aku tengok ibu dengan ayah macam okay je dengan dia . Macam boleh terima dia as menantu . Ehh ? ahaha . InsyaALLAH . Time jumpa dia tadi , borak-borak . Tiba-tiba jadi spoil . Hurmm . Hope aku dengan dia masih ada harapan . Doakan kami . Aku taknak orang lain dah . Nak dia . Tapi kalau ALLAH dah tentukan aku dengan orang lain , aku redha :')

Kbai . The End :)

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Monday 20 May 2013

Jejak kekasih bertemu Cikgu tercinta .

Assalamualaikum .

Selamat Hari Guru sedunia .Ehh ? Dah 5 hari berlalu kita menyambut hari guru . Dan aku hari nie baru nak update pasal hari guru . Ahaha . Apalah -_- Takpelah . Janji aku ada cerita nak diceritakan dekat korang ;)

Okay pada 15 haribulan aku dengan geng kawan sekolah ku plan pergi ke sekolah untuk menyambut hari guru . Mulanya memang aku nak jak diaorang tapi cik Siti Hajar kawanku mengajak semua bebudak class join sambut hari guru tapi last-last hanya 4 orang je yang join termasuk aku . Yang join hanyalah aku , hajar , tia dan ellyna . Dan nasib baik hajar bermurah hati nak amik kitaorang . Ahaha . Thanks hajar !

Esoknya 16 haribulan kami pun bersiap dan dalam pukul 10 lebey hajar amik kami dan tibalah kami di sekolah . Whoa ! Excited jugak lahh jumpa mereka sebab dah lama tak jumpa mereka :) Masuk sekolah dengan hati yang berdebar-debar sebab dah lama tak jejak kai ke sekolah . Maka , bebudak kat sekolah tuh pun pandang kami dengan lain macam . Lagilah kami berdebar-debar . Ayoyo . So kami decide naik ke bilik guru jumpa cikgu tercinta :) . Dah sampai depan pintu . Last-last kitaorang stay kat luar dulu .



Yang berbaju jubah hitam itulah siti hajar . Yang pick up kami . Yang mengajak kami join sambutan hari guru . Hee . Yang pakai tudung hijau tuh nama dia Tia . Yang tudung kuning tuh ellyna . Yang pendek tuh aku :D . Kami semua nie blogger tapi disebabkan busy dengan life + study so jaranglah meng-Update blog . Sesiapa yang follow blog kami , harap maaf ye ! :) . Dah lama sangat dok kat luar , kami semua masuk bilik guru . Cikgu semua terkejut . Dan alhamdulilah cikgu masih mengingati kami . Cikgu sangat happy kami datang . Dan cikgu berharap sangat kalau-kalau ada ex student diaorang yang datang jumpa diaorang .


Inilah cikgu kami . Cikgu Math kami . Cikgu Haznida . Cikgu nie memang garang tapi dalam garang seorang yang penyayang . Kami suka dengan cara dia mengajar . Sangat best . Sedang aku menaip entri nie , diaorang kata ,"Kenapa akak pendek?" Wuarghhh ! Hati aku nak nangis . Aku pun jawablah , "Dah akak pendek" *dengan muka tak puas hati . Huhu .


Nie pulak cikgu ert kitaorang . Kami pelajar ert dulu . Nama cikgu nie Cikgu Aliza . Ingat lagi jadi pelajar cikgu nie . Terasa mencabar jugaklah sebab kena buat baju . Aku nie manalah minat sangat bab-bab menjahit nie . Tapi kuatkan jugak semangat tuh . Hee . Apa-apa pun masing-masing dah sambung belajar :)

Dah posing + sembang-sembang dengan cikgu , kitaorang semua pergi kantin sebab ellyna and hajar tak makan lagi . Amik port pastu ada abang kantin tuh tegur kitaorang . Dia kata "Korang nie artis ke ? Ke cikgu kat sini ? " Aku pun jawablah ," Mana adalah , Kitaorang nie bekas pelajar kat sini " . Dia pun tanya lagi . Maybe dia tak dengar kowt aku cakap bekas pelajar sini . Dia tanya ," Tak pernah nampak pun ". Aku pun balas ," Dah bekas memang lahh tak penah nampak *sambil gelak ". Abang tuh blah aku pun blah . Sambil usha-usha sekeliling kantin yang berubah . Huhu .

Dah habis makan so kitaorang pergi kat tepi dewan . Join cikgu dekat situ dengan selamba kitaorang duduk je dekat situ . Well kitaorang kan tetamu khas . AHAHA . Dok dengar diaorang bercakap + melihat persembahan diaorang , tiba-tiba majlis berakhir . Kami pun diminta bangun untuk menyanyikan lagu sekolah . Whoa !!! Sebak sehh sebab dah lama tak nyanyi reramai . Ingat pulak aku lagu sekolah . AHAHA . Semua dah bersurai tetiba an aku ternampak semua pelajar perempuan berkumpul dekat 1 port nie . Kitaorang pun usha lahh . Rupa-rupanya ada cikgu handsome . Nama dia Cikgu Shazani . Mana aku tahu nama dia ? Dah bebudak tuh mention nama cikgu tuh dekat twitter . Aku pun tahu lahh . Semua nak tangkap gambar dengan cikgu tuh . Apa lagi budak lelaki semua jeles dengan cikgu . Cikgu handsome macamtuh tak sesuai lahh mengajar dekat sekolah menengah disebabkan kehandsomannn cikgu tuh . Hoho . Kitaorang pun nak join jugak tapi segan lahh . Cikgu baru mana nak kenal kitaorang . Lalalalala . Kitaorang pun blah . Sebelum blah , tangkap gambar lagi . Hik hik .



Okay . Tiba masanya kami balik . Muka happy gegilor sebab dapat jumpa cikgu dan sekolah . Aww terasa macam segan bila junior panggil kitaorang kakak . Aww . Terasa tua . Muahahaha . Kitaorang balik menuju ke the curve . Movie time . Yang kelakarnya , yang tengok movie just 6 orang je dalam tuh . First time kowt . Muahahaha . Tapi syok lahh . Terasa macam kitaorang punya wayang . AHAHA . Dah tengok wayang kitaorang jenjalan . Dah makan baru pulang ke rumah memasing . Hoho .


The End .

Note : Terasa terkilan dan sedih sebab tak dapat berikan apa-apa pada cikgu padahal aku dah plan nak berikan sesuatu pada mereka . Semuanya tak jadi . Takpelah doa aku pada mereka takkan lupus . Saya Sayang Cikgu .

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Thursday 2 May 2013

Cuti + Last Gathering with classmates :)

Khamis
2.5.2013

Assalamualaikum . Pada Jumaat 26.4.2013 yang lepas maka berakhirlah class kami . Dan kami start cuti sem ! Yeayy ! Hari jumaat tuh adalah buat makan-makan sikit tapi hari-hari kitaorg makan . AHAHA . Yang lainnya cuma Lect kitaorang yang masak :) . Macam-macam ada . Kitaorang makan Mihun goreng , cake aiskrim and pavlova :) . Air sendirian berhad punya . Aku just makan mihun goreng sebab dah kenyang sangat . Tak lalu nak makan yang lain-lain . Tapi aku rasa cake aiskrim tuh sedap sebab lect aku pro dalam bidang pastry nie . Ekceli , kitaorang banyak blaja pastry from her daripada western . Lagipun nak habiskan stok barang . Yelahh . Lepasnie dah cuti dah .

So 27.04.2013 kitaorang plan pergi picnic dekat Pantai Puteri buat bbq . Tapi akhirnya , kitaorang tukar plan pergi dekat Pengkalan Balak . Sebab apa kitaorang tukar plan ? Sebabnya kitaorang pilih tempat dengan pelantar minyak . Muahaha . So konvoi ramai-ramai pergi Pengkalan Balak . Tapi sempat jugak bergambar dekat Pantai Puteri tuh . Hee .


Inilah geng saya a.k.a sahabat aku dunia dan akhirat . InsyaALLAH . Mula kenal diaorang nie semua sangka sombong , last-last kitaorang jadi kawan . Hee . Study sesama , makan sesama , jalan-jalan sesama . Cumanya , ada sorang je takde dekat sini . Dia tak dapat join sebab ada urusan . Sedih jugaklah sebabnya tak lengkap lahh geng kitaorang nie . Tapi nak buat cane kan . Masing-masing ada urusan .


Inilah geng budak perempuan class aku . Ekeceli , ada lagi tapi yang lain ada kerja . So inilah yang ada . Yang lelaki tuh menyibuk je . Aiseymann -_-" .
So lepas snap gambar , diaorang pun kemas barang . Nak bergerak ke lokasi baru iaitu Pengkalan Balak . Banyak betul insiden dan memori yang kami kumpul . Dengan naik kereta macam sardin . Berhimpit-himpit sebab yelahh tak semua ada transport sendiri . Nak pakai bus , macam tak sesuai je and lagipun jimat cost kalau tumpang kawan nie . Hee  . Untung yang ada motor . Takdelah berhimpit tapi apa-apa pun ia kenangan yang menarik :) Dah sampai tuh ada pulak budak class aku buat lawak . Sakit mulut aku gelak pasal dia . Kitaorang memang gelak sakan lahh bila tengok insiden tuh . AHAHA . Kereta dia tak boleh nak gerak . So apalagi kena tolak lahh . Kesian . AHAHA .



Comei je korang . Aishh . Dah sampai tuh . Kitaorang rasa lega giler sebab akhirnya sampai jugak . Sampai-sampai je ada yang dah bendang tikar and sediakan makanan . Kami pun cepat-cepat amek makanan disebabkan semuanya sudah lapar . Hee .


Trima kasih serve kami . Hee . Makanan dan airnya sangat sedap sampai menjilat jari . AHAHA . Okay tipu yang tang menjilat jari tuh . Tapi sedap lahh . Ayoyo . Dah abis makan , time to enjoy , baby . Muahaha . Aku jadi photografi untuk diaorang . Hee . Ada yang dah terjun mandi , ada yang sediakan barang untuk berbbq . Tapi ada yang melantak lagi . Ada yang main bola pantai . Macam-macam aktiviti kitaorang buat dekat sana . Jom cuci mata apa yang kitaorang buat ! >.<





Yang nie kelakar . Cuba korang tengok 2-2 gambar nie . Muahaha . Mula-mula memang aku tak perasan pun bila kawan aku tegur baru perasan . Kesian senior aku . Takde sape nak snap gambar dengan dia . Hee . Dia senior yang the best . Ezihar nama diberi . Maaf nama penuh aku tak tahu . Muahaha .







Masing-masing sibuk uruskan bbq nie . Yummy bila tengok diaorang buat . Hee . Pelancong yang datang situ pun tengok kitaorang . Nak join sekali lahh tuh .. Mane bolehh . Nie kitaorang punya lahh :P



Aku bersama dia . Nanti dah tak sama class dah . Waktu rehat pun dah lain dah . Dah tak boleh lepak makan sesama dah . Haritu hari last kitaorang gelak sesama :( . Apa-apa pun kita tetap kawan :) . Yeayy ! Dapat jugak naik buaian . Dah lama kowt tak main buaian . *Jakun kejap . Hee .

Tengah syok main buaian , tetiba kitaorang terpandang budak baju pink , Azizi . Dia macam tengah carik something . Rupa-rupanya , dia terjumpa ikan pari nie . Ikan pari nie dah mati . Dia nak bakar tapi tak jadi sebab kenalah menyiang ikan tuh kan . So lepas ikan tuh dipegang ke tangan orang lain .. Aku dah tak nampak dah ikan tuh . Huhu .






Ahaha . Akhirnya , mereka berjaya buat baju putih tuh , Alif mandi . Muahaha . Lawak giler diaorang nie .





Aktiviti yang biasa dilakukan apabila di pantai . Apa rasanya di "rendam" dengan pasir eyh ? Aku tak penah buat pun sebab takde rasa nak buat . Hee .





Aku suka giler gambar kawan aku nie . Aku yang tangkap . Ada style tak ? Hee . Aku suka bidang fotografi sebab aku suka tangkap gambar . Hee . Tak sangka gambar nie nampak cantik . Tapi spoil lahh background belakang . Ada kaki orang dengan sampah . Muahah . Adau , jangan marah ye ! :) Tapi apa-apa pun aku suka gambar nie . Sesape nak guna khidmat aku sila hubungi 012-3456789 ye . Hee . Poyolah . Baru 1 gambar nak kecoh . Aku terlebih excited tengok gambar nie . Cantik sangat sebab modelnya pun cantik gak . Ye ? Sorry , she already taken :) . Time nie semua dah abis makan . Cuma tengah tunggu nak balik je . So , kami gunakan masa itu dengan sebaik mungkin dengan bermain "Banana Boat" . Excited diaorang naik benda tuh . Yelahh enjoy kan . Aku nak naik tapi disebabkan takde duit , hanya mampu melihat saje . Sedih ! :( AHAHA . Takdelah sedih mana pun . Boleh naik lagi kalau ada peluang an ? Betul tak ? :)


So , dah abis main tuh , kami pun mengemas . Tiba masa untuk balik . Sebelum balik , kami tangkap gambar class . Tak syok sebab ada yang takde . So nampak sikit je . Tapi apa-apa ia kenangan yang menarik . Aku takkan lupakan sampai bila-bila . First time dalam hidup aku berpicnic bersama kawan-kawan . Yelahh sebelum nie kecik lagi . Mana ibu ayah nak bagi kan .







Inilah mereka . Kami kenal sejak tahun lepas . Tapi sem depan kami dah berlainan kelas . Dan ada yang dah habis study . Suka duka kami lalui bersama . Kata-kata seorang senior ," Biasalah dalam kitchen nie ada situasi panas kadang bergaduh sana sini . Dalam kitchen memang macam nie ". Sape ingat sape yang cakap macam nie ? Hee . So aku harapkan kita semua berjaya dunia dan akhirat . Walaupun dah berlainan kelas , harapnya kita saling bertegur sapa :) . Semoga success untuk sem akan datang dan akan datang ... :) . Sorry kalau ada yang terasa dengan kata-kata aku :) Sekian , Terima kasih ...

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Wednesday 1 May 2013

Kembali bermanja dengan blog :)




Assalamualaikum .

Agak kekok untuk aku mulakan bicara . Padahal banyak yang aku ingin ceritakan . Kalinie aku nak bermanja dengan blog . Alahai .. Bermanja dengan Kau sekejap je . Pastu aku tinggalkan kau kejap . Hee . Sorry ye Mr.Blog :) *Ehh jap ! Blog pun ada jantina eyhh . Baru tahu . Ahaha .

Kalau korang perasan aku dah lama an tak menaip . Bukan apa , aku nak je update tapi ntahlah . Kadang-kadang rasa macam malas . Sebab dalam kepala otak aku nie nak balik je . Eh ? Ada kaitan ke ? Hoho . Hurmm . Lagi seminggu je lagi nak cuti sem . Whoaaa ! Tak sabarnya hati ini >.< . Nak makan masakan ibu . Makan laksa . Yummy ! My faveret tuh . Hohohi . Nak balik tapi assignment tak siap lagi . Dengan nota yang banyak . Hadui . Terbantut semuanya .. Itulah kalau pikir nak balik je . Sepatutnya pikir dulu tanggngjawab awak tuh , Nur Syahirah sebagai seorang pelajar . Jangan nak main-main . Dah besar dah . Tahun nie dah 19 tahun . Bukan budak-budak lagi . Bila mengenangkan aku bukan budak sekolah lagi . Aku rasa takut sangat untuk hadapi semua tuh . Wuaaa ! Tahun depan dah 20 . Matangkah aku ? Eleh .. ada aku kisah ? Orang lain takkan tahu umur aku memandangkan badan aku yang kecik molek nie . Muahahaha .
Okaylah . Sepanjang aku tidak menghadirkan diri di dalam blog ini , macam-macam aku buat . Yang first , mestilah dengan class . Budak-budak class aku semuanya tak sabar nak balik  . Semuanya lemau tapi kami kuatkan semangat jugak agak semuanya tak kena marah dengan Lect . Hee . Adatlah tuh kalau kena marah kan .. Yang kedua , aku pergi icity dengan kawan-kawan aku . Akhirnya dapat jugak aku pergi tempat tuh . Trima kasih dekat ibu ayah sebab bagi pergi . Lagipun aku ada bawak kawan . Mestilah ibu ayah bagi . Kalau tak , ibu ayah bagi ke ? Don't Know ? Nie bulan 5 nanti , InsyaALLAH .. Kitaorang nak pergi Genting Highlands pulak . Hoho . Ibu ayah pun bagi . Ibu ayah cakap ," Selagi kita masih muda nie , pergilah keluar jenjalan dengan kawan . Nnati bila dah kerja semua dah busy and dah takde rasa nak enjoy dah " . Tapi aku macam tak sure pulak nak pergi disebabkan kewangan . Aduyai . Duit oh Duit ! Yang Genting kita lupakan seketika . Nanti kalau dah jadi , aku update ! Oh yeahh ! Sekarang meh sini kalau nak tengok gmbar aku enjoy dengan mereka :)


Inilah kami . Dah 1 gambar je taw sebab blog nie problem sikit . So aku malas nak letak . No bad lahh pergi sana . Tapi yang tak boleh blahnye time nak balik tuh kitaorang tersesat . Tak jumpa parking kereta . Memang berpeluhlah nak carik tuh . Tapi akhirnya kitaorg dapat gak jumpa parking . Dah dapat kereta tuh semua lega dan kata Dah Serik!! nak gi dah . AHAHA . Parking punya pasal lahh . Muahaha . Lepas pergi icity , kitaorang gerak pi uptown shah alam . Time tuh nak dekat pukul 12 dahh . Hati nie dah mula risau sebab dah lewat malam . Lagipun aku tak pernah keluar malam dengan kawan-kawan . Biasanya dengan ibu ayah . Tapi dah sekali aku pun ikut lagipun bawak kawan dari seremban . So takkan nak ikut kepala aku je . Dah sampai . Carik makan + shopping . Pastu kitaorg balik . Dalam pukul 1 pg ayah pick up aku dgn kawan aku . Kitaorg nak tidur rumah kawan tapi ayah aku tak kasi . Takut menyusahkan pulak . Laju gak ayah bawak kereta . Sebab aku tunggu pun takdelah lama mana .So masing-masing balik rumah . Semua dah mengantuk .  Apa-apa pun memori yang best bersama mereka . Permulaan cerita harinie setelah sudah lama aku tak menaip :) Selamat membaca .

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas