Tuesday 24 January 2012

lai..lai..kampung mali =D

Assalamualaikum dan salam 1 blogger!senyum-senyum selalu..tak mau larh masam muka =) .Ini ali wa banyak happy lorh sebab wa balik kampung jumpa wa punya buah hati..haha..okay just kidding..im single =) ..

yeah!tepat jam 7.00 pagi aku gerak balik kampaung dekat pasir panjang,selangor dengan menaiki kereta kakakku..sebab dia nak mahirkan bawak kereta..perghh!kecut perut kowt tengok kakakku bawak kereta..tapi ALHAMDULILAH,kami selamat pergi dan balik =) terima kasih ALLAH =)



yeah!muka excited nak balik kampung kesayangan..hehe..walaupun balik hari jew..tak tidur kampung tapi happy larh jugak.at least,bersyukur dapat jenguk kampung kesayangan.dekat kampung dah  takde sape2 dah..nenek dengan atok dah xde =( rindu dekat diaorang..chop!aku tak panggil nenek dengan atok tapi panggil embah sebab aku orang jawa!yeah!hidup jawa (^_^V) apa?cakap jawa?haha..serius aku cakap..aku tak pandai cakap jawa sangat tapi boleh faham sikit-sikit kalau parents aku ngomong jawa =)

okay!lepas dah breakfast + lunch kitaorang singgah rumah kejap pastu singgah rumah sebelah..sedara ibu aku..sembang sekejap pastu chaw dari pasir panjang..lepas tuh singgah WARUNG IBU sebab ibuku mengidam NASI AMBENG..

 

nie dekat tanjung karang..lai..lai..banyak sedap woo nasi AMBENG nie..=) cer torey =)


inilah rupa nasi ambeng..nasi putih + mee goreng + serunding + ayam kicap + soon = memang terbaik rasa dia =) biasanya nasi ambeng nie akan menggunakan ayam kicap tapi boleh jugak dihidangkan dengan ayam goreng..


so,if korang beli bungkus akan jadi bentuk macam nie..besar gedabak..1 plastik hanya cukup untuk dia =) tadi aku beli 2 bungkus 4 ayam..thats mean 1 bungkus 2 ayam larh..aiyoo..haha..semuanya rm20..berbaloi larh..makanannya pown sedap..aku tak cukup kowt makan nasi tuh..rasa nak tambah lagi..nasi ambeng nie sesuai makan ramai-ramai sebab nasi nie banyak..sorang tak abis melainkan orang tuh memang suka makan =)tapi makan ramai-ramai mengeratkan silaturrahim antara 1 sama lain..

selain dari nasi ambeng nie..warung nie ada jual soto tapi aku tak pernah rasa lagi..mesti sedap jugak kan?kalau nasi dah sedap mesti soto pown sedap..

akhir kata dari aku..nasi ambeng memang terbaik!jemput datang ye =)

selasa/24.01.2012/8:50pm





menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Monday 23 January 2012

ayah dan ibu adalah cintaku

AYAH,
Dalam keperitan hidup duniawi,
Dalam keperitan membanting tulang,
Dalam kejerihan mencari nafkah memberi kami perlindungan dan keperluan,

Terima kasih atas jasamu,
Terima kasih atas pengorbananmu,
Terima kasih atas peah lelahmu membesarkan kami anak-anakmu,

AYAH,
Doakanlah kami untuk berjaya dunia dan akhirat,
Doakanlah kami untuk menggapai CINTA YA RABBI,
Doakanlah kami untuk terus istiqomah dalam mencari redha ILLAHI,

INSYAALLAH,
Moga AL-QURAN dan SUNNAH tersemat di dada kita,
Moga kita sentiasa bahagia dalam cintaNYA,
Moga kita sekeluarga selamat dunia akhirat,

Amin Ya Rabbal A'lamin..

IBU,
Dalam keributan ragam kami,
Dalam kejenuhan mendidik kami,
Dalam kelelahan memastikan yang terbaik untuk kami dan membesarkan kami,

Terima kasih atas asuhanmu,
Terima kasih atas bimbinganmu,
Terima kasih atas jerih payahmu memnebtuk kami anak-anakmu,

IBU,
Doakanlah kami untuk selamat dunia akhirat,
Doakanlah kami untuk beroleh REDHA YA RABBI,
Doakanlah kami untuk terus istimrar dalam menjadi anak yang soleh,

INSYAALLAH,
Moga Doa dan Tawakal menjadi sandaran,
Moga kita sentiasa beroleh limpah RahmatNYA,
Moga kita sekeluarga tenang bersama selamanya,

Amin Ya Rabbal A'lamin..


adik sayang ibu dengan ayah =)

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Saturday 21 January 2012

i love you forever!!

Assalamualaikum dan salam 1 blogger =) selamat hari sabtu semua!yeah!harinie aku dengan makcik aku jew kat rumah!tak tahu nak happy kew sedih kew..haha..nasib baik ibu dah masakkan untuk eden..kalau tak malas nak masak..huhu..aishh..apa ar anak dara malas nie!

bangun pagi terus mengadap lappy dan meng-online kan MUKABUKU..lepas dah bukak MUKABUKU..ternampak larh ada orang post video matlutfi90..korang mesti kenal kan?aku memang suka layan video dia..video ada maksud tersurat dan tersirat..apa kata korang layan gak video die..aku rasa nie yang baru sebab aku nampak dia tulis upload 20.jan.2012..so baru lagi larh...


video nie pasal politik kowt..aku pown tengah pahamkan diri untuk melihat + mendengar tentang video nie..hope korang enjoy!Lepas tengok video nie,aku pown selongkar carik lagu sebab macam bosan pulak pasang lagu korea nie..haha..ye!aku memang cepat bosan..!hah?!aku jumpa lagu nie..sedap gak lagu nie..yang mendamaikan jiwa raga aku..hehe..tapi aku tak letak dalam blog..sebab aku nak "senyapkan" sekejap blog aku nie..jom layan pulak lagu nie..


amacam?best tak?nie lagu more kepada ketuhanan..tajuk lagu dia "MUHASABAH CINTA" aku lebih suka dengar lagu macam nie..aku rasa korang dah pernah dengar lagu nie..but why not korang dengar lagu nie lagi sekali dan fikirkan apa maksud disebalik lagu nie selain kita cinta pada manusia yang tidak tahu adakah dia jodoh kita..bercinta dengan manusia biar sederhana agar cinta itu tidak luput dan bercinta larh kerana ALLAH..agar hubungan itu diredhai
olehNYA..

yeah!ekceli,title entry I LOVE YOU FOREVER more pada matlutfi90 dan lagu2 yang mendamaikan jiwa aku..hehe..mesti korang fikir someone special kan?hehe..tak tahu nak kata apa2 tentang itu..aku menyerahkan segala-gala padaNYA =) hope aku dapat bercinta dengan BAKAL TETTT.. kerana ALLAH..aku rasa lebih elok "bercinta lepas kahwin" =) okay larh thats all for today..tq for reading my blog..i love u =)

sabtu/21.01.2012/11:51am

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Friday 20 January 2012

tukar selera =)

Assalamualaikum dan salam 1 blogger =)

apa?!classic giler blog aku?haha..yeah!aku tukar lagu dan tukar selera..nak tukar mood larh katakan..sedap tak lagu yang aku letak nie?of course ar sedap macam laksa + air fresh oren..haha..ekceli,aku nak tukar jew lagu kat u-tube tapi disebabkan aku tak biasa lagi bermain dengan code,aku terpaksa carik cara lain dan telah pun letak 2 lagu..skema tak ayat?!haha..


yeah!music is my life!semua orang perlukan hiburan dalam hidup tapi janganlah terlampau sangat..apa?anti korea?ada aku kisah?!haha..ekceli,aku pun x minat sangat disebabkan artis korea dah terlampau BANYAK!aku suka time DBSK..time tuh memang best lagu diaorang..sekarang nie dah banyak artis dan lagu pun mcm biasa jew bagi aku..tapi taktahu larh orang yang fanatik sangat dengan korea..setiap manusia berbeza pandangan ye..jangan korang attack aku pulak ye..peace yaw!chop apa kata korang layan video nie..confirm korang akan minat korea pasni..hehe..



dah tengok?!best kan?choir nie pown aku pasang kat blog nie hah..funny kan?just amek sebagai hiburan,okay?!okay!nie first time aku amek video pastu letak kat blog..haha..tajaan dari utube =) hope korang enjoy dengan video nie =) saranghaeyo!!!

jumaat/20.01.2012/12:43pm

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Thursday 19 January 2012

cakap tak serupa bikin!

...lagi sekali datangg meng-UPDATE.hehehe..chop?!sape yang cakap tak serupa bikin tuh?eh..aku larh.bukan korang ye..jangan terasa..hehe..tadi cakap nak study tapi bila dah mengadap laptop,aishh susah nak jaohkan.okay!yang nie last update buat harini..=)

okay!tiba-tiba aku rasa gatal tangan nak update tentang kenangan masa sekolah.rasa macam lama jew aku meninggalkan sekolah.huhu.kenangan nie aku takkan lupa larh.chop!aku ada cerita eyh?takpelah..nie yang versi laen.haha..jom kita start!okay!aku nak tanya korang.korang pernah tak kena tampar dengan cikgu masa sekolah?aku pernah!masa sekolah rendah.darjah 1.mesti korang tak caye kan?caye jew larh.aku budak baik okay bukan budak jahat =) mcm nie,masa tuh baru balik dr library pastu cikgu pesan jangan lari tapi kwn aku yang dok depan tuh pergi lari.aku nie kan budak baik so taknak larh lari.tiba2 yang kat belakang suruh lari apa lagi aku pown terikowt..so aku pown lari.lepas cikgu nampak kitaorang lari..cikgu masuk kelas terus marah + tampar kitaorang.nangis larh jugak dan keesokkan harinya,aku demam dan tak pergi sekolah.haha.itulah kisah waktu sekolah rendah =)

tapi yang paling banyak kenangan masa sekolah menengah!di situ aku kenal erti persahabatan yang sebenar..serius banyak!yang paling aku ingat..tapi kenangan tuh kenangan pahit.tak boleh cerita.taknak larh..cerita yang manis-manis jew.hehe..di sekolah menengah jugak larh aku belajar macam-macam.kadang-kadang rasa stress pown ada jugak.tapi semua tuh dah menjadi kenangan..yang paling best,share cerita pasal korea dengan kwn2ku..haha..aku pown sekarang nie dah jarang sangat follow korea nie.sbb aku cepat bosan dengan sesuatu benda dan keadaan..huhu..

selain itu,haha.amek kau penanda wacana sekali masuk.hehe..masa hari sukan sekolah..aku ada masuk kawad putri islam..lemah-lembut gitu.hehe..tapi yang aku nak cerita nie after kitaorang kawad..apalagi posing bagai ar..haha.nak tengok?jom!

unit baru =) kadet bomba
haha..cousin sape larh tuh =)

yang tengah lpmpat tuh pengerusi kitaorang..dia memang happy go lucky..selalu menceriakan suasana =) lupa pulak nak bagitau nama dia fatin =)


okay!nampak tak macam aku kena tolak dengan fatin nie?haha..ekceli tak pown.suka giler tengok gambar nie.hehe..


nie tarian HAKKA dari rugby..perghh!suara diaorang macam tettt..haha..alarh korang mesti tau kan?terbaikkk!(gaya boboiboy)..


and thankz pada buadak baju putih yang buat peace sbb snap picture untuk aku..maklum ar aku kan busy denagn kawad..gambar kat atas semua nie die yang tangkap..nama dia ieka..hah?nak kenal?jap2 pegi at fb die nama ATIKA NORHAIMIE..kalau dia x approve,sorry.haha..

ekceli,ada lagi kenangan aku tapi nie jew aku mampu cerita dulu..mane larh tau kalau2 ada yang suka baca blog aku nie,aku buat part 2 pulak..haha..perasannye ko,syira!haha..okay larh nak solat maghrib =)

khamis/19.01.2012/7:46pm


menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

PERMULAAN =)

Assalamualaikum dan salam 1 blogger =) hope korang sihat2 aje..dan mulakan hari anda dengan senyuman yang manis anda tuh =)

okay!permulaanku sudah bermula!yeah!semalam dah start kursus KPP.apa itu KPP?KPP ialah KURIKULUM PENDIDIKAN PEMANDU..walamak!haha..penceramah yang bg ceramah tuh agak garang bg aku tapi best..penceramah tuh nama dia encik yusuf tapi dia sekejap jew bg ceramah disebabkan hal2 tertentu..so digantikan dengan encik kamal.best jugak larh.tak larh boring cuma pinggang aku naek kejang rasanya..dok lama2.haha..5 jam dok kat dalam dewan dengan air-cond lagi..huhu.sejuk taw..

aku nak tanya korang.apa motif korang datang kew metro driving atau tempat-tempat lain untuk belajar memandu??mesti korang jawab,ambil lesen kan?jawaban itu salah ye..jawaban yang betul adalah kita datang ke metro driving atau seangkatan dengannya adalah ingin menimba ilmu pengetahuan..dan hidup mesti berperaturan.kata penceramah itu.kata2 dia buat aku terpegun..rupa-rupanya banyak lagi kita taktahu tujuan kita ambil lesen..pelbagai aspek perlu di ambil berat sebab kita hidup bermasyarakat!okay!aku just bagitau sikit jew..kalau nak bagitau korang sampai esok x abis!haha..


ini larh yang kitaorang dapat after 5 jam dok kat dalam dewan.kena study sebab ada exam berkomputer.takut woo!!!korang,doakan aku lulus eyh..okay larh nak pergi study!daaa..ASSALAMUALAIKUM =)

one more thing!18.01.2012 tarikh yang bersejarah =)
khamis/19.01.2012/10:00am

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Tuesday 17 January 2012

tak sabar nak dapat kereta =D

Assalamualaikum semua dan salam 1 blogger.
amacam harinie?everything okay?kalau okay,ALHAMDULILAH =) nak cerita apa ek?emm..bosan larh jadi budak lepasan S.P.M nie..nak carik kerja?dah carik dah tapi tak call2 jugak..emm..nak ambil lesen?hehe..yeah!esok ada ceramah undang2..nie nak habaq nie..semalam aku terus pergi daftar ambil lesen dekat metro driving after got mesej from my BFF,tia..tapi sedih larh pegi dan balik tak sama dengan dia.huhu..syahirah!tolonglah berdikari..hidop takkan nak berteman jew..huhu..tapi takpelah..rasanya jumpa jugak kat sana nanti =)

wow!nervous,excited,cuak semua ada sekarang nie..apakah yang akan berlaku esok??emm..just wait and see =) hope esok berjalan dengan lancar dan boleh meneruskan kelas2 yang akan datang =) aku nak LULUS!nak bawak kereta..pergi jalan-jalan..hah?aku ambil lesen kereta dengan motor..mahal giler woo..tapi berbaloi..dia ajar sampai lulus..metro driving memang terbaik =)

bila dah daftar ambil lesen mula larh berangan nak ada kereta sendiri..hehe..biasalah aku suka berangan..hobi yang terbaik..haha..tapi takpe..kakak aku beli kereta,nanti bila kereta dia sudah sampai boleh aku torey bawak..(wow!syira bawak kereta.haha..kidding)kalau berani larh..yeah!hidop kena yakin!fighting!!sebut pasal kereta,aku minat giler dengan kereta myvi!nampak comel jew kereta tuh..macam tuan dia.okay!jangan perasan..kereta tuh lagi comel dari orang tuh.haha..


tuh dia!myviku!!haha..berangan dulu =) myvi kebanyakkan sekarang warna kuning..cantik woo walaupun aku bukan penggemar warna kuning tapi nampak cantik..hah?!ada lagi satu aku minat kereta...


kereta swift..cantik tak?aku nak kereta pintu macam tuh.baru style sikit..berangan lagi..hobby kan?kalau kereta warna pink,okay tak?hah?!confirm kawan2 aku taknak naik kereta aku nanti..diaorang anti PINK..haha.chop!berangan lagi.hehe.okay!semua gambar kereta tuh,aku rembat dekat encik GOOGLE.tq vely much encik GOOGLE =) dan aku rasa tak sabar2 nak lulus ambil lesen nie!YA ALLAH,KAU BERIKAN AKU KESABARAN UNTUK MENDUDUKI KELAS2 DAN UJIAN MENGAMBIL LESEN KERETA UJIAN.BERIKAN SAYA KEJAYAAN.AMIN.korang,aminkan taw.doakan untuk kawan aku jugak,tia.

okay!aku rasa macam dah terOVER berangan..haha..akhir kata,doakan aku yang terbaik untuk esok dan seterusnya.sayang korang =)

selasa/17.1.2012/1:38pm

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Monday 16 January 2012

air terjun tepi jalan =)

Assalamualaikum dan salam 1 blogger korang..harini shopping dengan family aku..emm..ekceli,aku tak shopping tapi parents and my sisto shopping sakan walaupun my sisto takde duet..aishh..still jugak nak bershopping..alarh..shopping pun dekat carbot sale,shah alam..korang pernah dengar carbot sale?dia macam lebih kurang jual barang bundle,barang antik pastu jual sayur,ikan,kira semua adalah cuma yang tak jual makbapak jew..hehe..pastu kat situ ada pelakon jual barang antik..tapi aku tak tahu pulak nama pelakon tuh..kira pangkat macam umur ayah eden.heehe..sebab tuh tak kenal.kalau pelakon muda tuh of course le kenal.hehe..

after ambil akak aku dekat tempat kerja..kitaorang terus pergi carbot sale..dan ada peristiwa yang menakutkan aku..emm..korang pernah dengar tentang "air terjun tepi jalan" tak?kalau tak,meh sini aku nak cerita..macam nie ceritanya..selepas tol dekat shah alam..shah alam area batu 3 berlaku kejadian aneh yang pertama kalinya aku lihat dengan kepala,mata,kaki dan tangan aku sendiri melihat sesuatu yang aneh..lepas bayar tol ayah cakap,eh?air apa tuh?serius dari jauh dah boley nampak air tuh..dan aku dengan cepat tengok luar..dan aku tergamam giler!


ini yang aku cuba sampaikan.."air tejun tepi jalan"..rupa-rupanya berlaku kemalangan dan menyebabkan paip bocor..itu yang aku faham apa yang berita sampaikan..masuk tv woi..mestilah masuk tv..benda macam nie perkara besar woh!bukan kecik..tapi aku lambat ar..kalau tak aku dah masuk tv dah.hehe..tinggi kan air tuh..menakutkan..aku macam terdiam bila tengok air tuh..macam tak sanggup nak tengok..huhu..dan kemalangan tuh menyebabkan sorang warga indon maut..kalau tak silap aku larh dengar berita tadi..kereta yang lanngar org tuh remuk deh..huhu..so pengajaran dengan sini..maut bila2 masa sahaja boleh menjemput kita..okay larh..fikir-fikirkan =)

isnin/16.01.2012/12:40am

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Saturday 14 January 2012

kosong..kosong..dan terus kosong

aku bangun pagi macam biasa,
otak menyuruh tangan bergerak menekan punat remote tv,
lalu aku tekan apa yang terlintas di fikiran,
aku bosan,aku masuk bilik buka laptop,
aku buka laptop dan terus menerjah laman sosialku,
aku menyemak laman muka bukuku,
suasana bising didalam laman muka bukuku,
tiba-tiba laman muka bukuku senyap,
aku diam membisu,
aku bangun dan mencari makanan,
aku makan dan mengucap ALHAMDULILAH,
aku kembali mengadap laman muka bukuku lagi,
ingin mendengar suasana bising itu,
tapi masih senyap,
aku tenung laptop itu lama-lama,
menunggu dengan harapan ingin mendengar kekecohan segelintir manusia,
aku tenung lagi,
aku tenung lagi,
dan terus tenung pada skrin laptopku,
baru aku sedar ia hanya kosong!
kosong,kosong dan terus kosong!

sabtu/14.01.2012/11.23pm

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Thursday 12 January 2012

ayah layan drama korea!


Assalamualaikum dan salam 1 blogger buat semua.harinie aku bangun tidur dalam pukul 10.00 tapi mata aku still taknak buka.tapi aku kena bangun jugak sebab kat luar bilik aku macam orang tengah berperang!haha..berperang nak pegi sekolah.hehe..

okay!harinie aku nak cerita pasal drama korea yang aku minat!bukan selalu aku cerita pasal korea nie.eh?memang tak pown..baru first time cerita kat blog nie memandangkan aku memang suka tengok cerita tuh..hehe..bila cakap pasal artis atau cerita korea mesti ada tak suka.sesetengah jew larh..ada yang cakap artis korea nie gay larh..dan macam2 lagi.aku just amek yg positif..buat apa nak peduli hal diaorang..sebenarnya,diaorang bukan gay tapi diaorang memang rapat dari segi persahabatan..diaorang dah mcm family sendiri.kadang-kadang kita tak perlulah kecoh hal semua tuh sebab kita tak berada dalam situasi diaorang..apa yang penting,aku tak kacau hidup diaorang!haha..

berbalik pada cerita asal..malas nak ulas lagi pasal orang yang tak minat korea.setiap orang ada cerita rasa yang laen2..manusia pun berbeza2.bukannya semua baik dan jahat.so be positive,okay?!aku nak drama korea yg aku suka tengok termasuk ayah aku sendiri.see?ayah aku pun layan korea.hehe..memang sporting larh ayah..drama yang aku maksudkan adalah drama "GLORY JANE" at KBS WORLD.nasib ada astro.hehe..drama nie ditayang pada hari rabu dan khamis pada pukul 9.05pm until 10.16pm..ulangan dia hari ahad pukul lepas zohor sampai sebelom asar kowt.ehehehe..




inilah pelakon drama "GLORY JANE"..yang masih tak tahu drama nie meh aku bagi sedikit sipnosis kat korang!Yoon Jane is a hard-working nurse who does not remember her past. She is the daughter of Yoon Il-Goo who was the president of a trading company. He was killed in a car accident with his friend Seo Jae-Myung and his chauffeur Kim In-Bae, whose son, Young-Gwang, met Jane at her birthday party. When Jane's mother Eun-Joo received news of her husband's accident she took Jane and drove to the hospital. However, due to heavy rains, they got into a car accident, which separated the mother and daughter. Jae-myung ordered In-bae to send Jane, who had lost all of her memories at the time, to an orphanage, where In-bae told her to never forget her name. 17 years later, In-bae's son, Young Kwang, is a baseball player who had a fallout with his rival, Jae-myung's son, In-Woo. He was spoiled and arrogant, and when he was injured, he was brought to the same hospital. There, Young-Kwang met Jane from her saving him with a blood transfusion. However, In-bae was chased and died in an accident by Jae-myung's goons. Young-Kwang decided to quit being a baseball player and owning his father's noodle shop. Jane also quit her job as a nurse to find a job with Young-Kwang. In-woo found himself as a disowned son by his father for his unsatisfactory behavior and Jane,Young-Kwang and Il-woo find job at Jae-myung's officer Eun-joo awake from coma after 17 years. Seo In-chul had lover named Kim Kyung-joo who happned to be Young-kwang's runaway sister.

amacam best tak sinopsis dia?kalau best,cepat2 malam nie ada.pukul 9.05 dia start.drama nie dah nak kemuncak dah..yeh..yeh..tak sabar nak tengok final dia..huhu..aku rasa dah agak panjang aku tulis nie..hehe..okay!hope korang tengok cerita nie..hehe..saje promote =)

khamis/12.02.2012/2:34pm

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Wednesday 11 January 2012

happy birthday too me!

Assalamualaikum dan salam 1 blogger buat semua..


happy birthday to u..happy birthday to u..happy birthday to NUR SYAHIRAH..happy birthday to u..itulah lagu yang korang nyanyi pada hari jadi diaorang kan?hah?!apa?!birthday aku kew harinie..?eh?tak larh..ekceli birthday aku lambat lagi bulan 6..13.06.1994.itulah tarikh aku dilahirkan di hospital tengku ampuan rahimah,klang..sape same hospital dengan aku?angkat kepala!hahaha..setelah aku dilahirkan..namaku diberi oleh ibu dan ayahku..nama aku ialah NUR SYAHIRAH BINTI MOHAMAD OMOR @OMAR..eh..eh?asal nama ayah ko ada 2?hehe..ekceli,ayah aku special sikit sebab tuh ada 2.hehe..korang nak tahu tak yang dekat ic kakak aku nama ayah kitaorg OMAR tapi dekat aku punye OMOR..so orang akan pelik bila dengar nama omor dan dengan secara tak sengaja diaorang akan tulis OMAR bukan OMOR..hehe..aku tak kisah ar nama apa2 pun janji aku ada ayah 1 jew bukan 2..haha..eh?double meaning nmpk?hehe..keluarga aku cukup bahagia sekarang.ALHAMDULILAH =)

ekceli,this entry for my friends yang bagi present for me mase birthday tahun lepas..and aku tak sangka diaorang akan bagi present..aku tak kisah sangat sebab selama nie pun memang aku tak pernah dapat present dari orang..huhu..sedih tak cerita aku?huhu.bukan nak carik publisiti murah tapi realiti okay?!dan aku tak pernah sambut birthday sebab ibu aku kata bukan budaya kita.tapi biarlah tak buat,janji ibu ayah kakak atau sesiapa pun ingat and wish birthday aku,kira dah bersyukur..emm..aku tak suka makan kek sebenarnya.kek yang berkrim..serius aku memang tak suka.kalau nak makan pun yang kek coklat jew =) tekak aku boley makan tradisional jew,western tak boley..ahaha..

aku sangat hargai pemberian present tuh dari diaorang..terasa terharu giler!korang tahu tak?!aku nangis taw tengok present yang korang bagi..huhu..insyaALLAH,tahun nie kalau ada rezeki lebih aku bagi korang present!okay?!walaupun present tuh diaorang kata tak semahal mane tapi aku kira sangat mahal dan perlu dijaga dengan baik ini kerana aku tahu hati diaorang ikhlas nak bagi present tuh..meh sini aku tunjuk present tuh kat korang!



tuh dia presentnye..antik tak?!of course antik an..antik means cantik..tuh bahasa budak2.hehe.korang nampak tak cincin tuh?nampakkan?tuh bukan present,tuh aku beli sebab aku suka pakai cincin.hehe..ada lagi satu present membe aku bagi.dia bagi baju tapi aku lupa nak letak sekali.cuba korang tengok kebanyakkan present tuh warna pink kan?ehehe..ekceli,aku suka larh jugak warna pink but bukan penggemar warna pink but its okay..aku terima dengan ikhlas.baju yang membe aku bagi tuh pun warna pink.huhu.sepatotnya entry nie update  waktu birthday taun lepas kan tapi disebabkan blog aku nie ada problem harituh,so aku postpone sampai hati aku nie nak update pasal benda nie.macam dah basi kan?!CHOP!ADA AKU KISAH?!HEHEHE..present nie akan aku jaga sampai akhir hayat aku..thankz pada yang bagi present nie..ieka,eza,liyana,syirah dan lan..aku sayang korang sampai akhir hayat aku bukan bermakna korang bagi present nie tapi aku dah anggap korang macam family aku sendiri =)laen kali kalau nak bagi present,silakan..aku tunggu!hehe..

emm..hehe..harinie aku bangun dengan happy sebab nak update pasal nie larh.akhirnya,tercapai jugak!!AMIN..okay larh..sampai dsini saje..tq sebab bace blog aku =)

rabu/11.01.2012/2:18pm doakan result spm aku gempak ye ! =)

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Tuesday 10 January 2012

aku dan masakan!

kembali lagi meng-update blog..tiba-tiba mood aku okay pulak..hoho..disebabkan kawnku tia,memberikan kata2 semangat..yeah!hidop mesti diteruskan walaupun ada banyak cabaran dan dugaan!!

so kali ini aku nak update pasal "aku dan masakan"...yeah!aku memang suka memasak.thats why larh aku nak amek course culinary arts kalo aku dapat result okay..mudah-mudahan.DOAKAN eyh sape2 yang bace blog aku nie..permulaan aku minat memasak nie daripada ibu aku..tengok dia masak macam best jew..and aku pun ada tengok rancangan masakan dekat tv and selalu usha buku resepi..nak kata aku mememiliki idola dalam bidang masakan takde.yang aku tahu idola memasak aku adalah ibu aku sendiri =) she the best mom i have =)..

so selepas dah abis skola nie..aq rajin usha resepi dekat internet..dan mase tuh aq mengidam murtabak maggi so aq buatlah..boley tahan jugak larh ibu kata..tapi second time aku buat,ibu kata banyak yang kurang.sedih aku and kakak kata terima dengan positif..nak berjaya mesti dengar kritikan dengan positif..yeah!nak tengok tak rupanya mcm mane..here we go!


alamak!gambar kecik pulak..hehe..xpelah!janji korang namapak kan?emm..okay!pedulikan gambar yang tengah tuh..tuh model x berbayor..aku takde duet nak upah dia..and dia terima dengan redha..haha..so,makananyang pertama yang ada dalam pinggan tuh adalah murtabak maggi..pastu yang warna cokalt tuh adalah cake chocolate kukus..sodap woh!okay!aku puji diri sendiri..hehe..ayah,ibu dan kakak selalu jadi juri dalam setiap masakan yang aku masak.dan mereka memberikan komen positif dan negatif jugak..nak berjaya kan,kena berterus terang..=)

emm..korang2.semalam ayah ada tanya smthing at aky..dan aku rasakan berdebar2.okay!bukan soal cinta ye.jgn harap!haha.dmeg bace perbualan antara aku dan ayah!

ayah:adik,nak masuk U mane?course apa?dah pikir dah kew?
aku:course dah pikir nak amek apa.course culinary arts tapi pasal U taktahu lagi..emm..diam membisu.
ayah:masuk PTPTL larh dekat shah alam..
aku:nak yang jaoh.xnak dekat.(aq mmg serius ckp psl benda nie.taknak dok sini dah!)
ayah:jaoh?!dekat mane?
aku:ntah larh..
ibu masuk setelah mendengar perbualanku..
pergi kat shah alam jew.buat apa jaoh2..
aku:alarh..emm..
lalu ibu masuk bilik dan tidur =)
aku dan ayah sambung tgk cerita cina RED CLIFF 1.HAHA..smpi sini jew kitaorg sembang.=)

so kesimpulannya,aku dengan masakan memang giler disebabkan aku suka bagi orang makan dan rase lepas tuh dengar komen dr diaorg tentang masakan aku =)aku harap dapat mencapai cita2 aku ini..AMIN.DOAKAN AKU EYH.SAYANG KORANG <3

p/s:doa ibu nak aq blaja dekat shah alam jew.rasenye dapat kowt sbb ibu doa aku tak dapat masok PLKN dan doa ibu termakbul.

selasa/10.1.2012/8.30pm

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

ANTARA KUAT DAN LEMAH

Ehem..ehem..ehem..tuh dia berhabuk blog eden..kejap-kejap nak bersihkan..
okay!sudah bersih pun..
aku mulakan bicara hari ini dengan ASSALAMUALAIKUM..jawab taw jangan tak jawab =)

okay!harinie this entry about between stong and weak..haha..ada betol kew eden punye ayat nie??!sorry kalau salah and korang boley gelak!aku pun tergelak bace ayat aku nie..hehe..but jangan gelak sampai tak sedar diri..lepas gelak tuh apa kata korang betol kan ayat aku nie,itupun kalau salah =) emm..ekceli,aku cuba KUATkan jiwa dan raga aku untuk hidup menempuh dugaan dan cabaran yang ALLAH berikan ini..

KEHIDUPAN kan..mesti ada dugaan dan cabaran..woah!sekali lagi aku meng-update pasal dugaan..tak habis-habis dengan dugaan hidup aku nie..tapi kadangkala,aku akan jadi LEMAH bila aku ingat balik peristiwa itu..hidup kita nie mestilah berkaitan dengan manusia laen kan?bila kita jaga hati seseorang,kadangkala dibalas dengan tidak setimpal..diri ini ada jugak terpikir..apa yang manusia nak sebenarnya?aku pun manusia jugak dan aku bersyukur dgn apa yang aku ada walaupun hati ini sentiasa dihasut oleh syaitan...

emm..tiba-tiba terasa "hujan" dah nak turun..arghh!YA ALLAH,apa salah hambamu ini sampai manusia itu sanggup buat aku begini..apa salahku???!begitu banyak tanda tanya yang ada dalam pemikiranku apabila memikirkan masalah itu..maybe bagi manusia itu bukan masalah tapi aku yang memikirkan itu masalah..hanya ALLAH sahaja yang tahu disebalik masalah itu..baru aku sedar,KELUARGA adalah yang terbaik buat seseorang itu bersama bukannya manusia yang kita tidak kenal masa waktu kecil lagi..keluaraga adalah segala-galanya..kerana mereka adalah mutiara yang ALLAH berikan sejak kita lahir lagi..

terasa menyesal apabila memikirkan semua itu..aku alpa..aku alpa..aku alpa..tersa hati ini sangat sakit dan ada rasa dendam dihati ini tap aku taknak biarkan aku terhanyut dengan hasutan syaitan durjana itu..YA ALLAH,berikanlah aku kekuatan..jangan lemahkan aku dengan hasutan syaitan..aku berharap apabila bangun daripada tidur,masalah itu akan pergi tapi hanya tinggal harapan..masalah itu tetap timbul dan berlegar-legar dalam otak pemikiran aku..

emm..maybe aku tidak patot ceita semua ini tapi itulah lumrah hidop dan macam tak percaya aku boley menulis ayat seperti ini...hehe..gelak tawa ini hanya ingin menenagkan hati aku yang bergelora..=)

itu sahaja ..selasa/10.01.2012/3.37pm =)
buat kek coklat kali ke2 ...

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Tuesday 3 January 2012

dugaan!!

Assalamualaikum semua and hye..amacam hidop??okay kew?

korang nak tahu tak?lepas aq abis spm nie banyak dugaan aq terima..dugaan pasal kerja larh..aq rasa confirm aq x dapat kerja tuh.yelarh....sampai sekarang tak dapat call..pastu dugaan dengan manusia ar..aq rasa macam tension jew..aq tahu aq tak patut luahkan dekat sini tapi hati ini rasa tertekan..selama nie kalau aq ada masalah memang ada kawan yang akan tolong tapi aq tak nak menyusahkan mereka dengan masalah aq..masalah diaorg pown aq tak boley tolong..ini aq nak suruh diaorg tolong?memang tak larh aq nak menyusahkan diaorg!aq tahu semua ini adalah dugaan hidup.bak kata cikgu aq semakin meningkat umur kita,semakin banyak dugaan yang ada dalam hidup kita..yeah!aq sedar aq sudah semakin dewasa dan sepatutnya jadi matang bila dugaan hidup..emm..
korang nak tahu tak,bila aq ada masalah perkara pertama yang aq akan buat adalah aq akan tenangkan diri aq dulu..itu adalah perkara pertama yang aq buat..aq pujuk hati aq nie supaya semua yang berlaku pasti ada hikmah kan..tapi apakan daya kita ini manusia biasa yang tidak tahan dengan dugaan yang ALLAH berikan..tapi aq masih waras dalam menyelesaikan masalah itu..tidaklah sampai ingin membunuh diri kan..kadang-kadang aq rasakan nak lari dari masalah yang aq alami ini tapi nak lari kemana?mana-mana sahaja kita pergi,masalah itu pasti akan ada jugak dalam hidup kita kan?yang kita harus lakulan adalah teruskan hidup sahaja..

perkara yang kedua aq akan buat adalah mengaji selepas solat..itu jugak jalan yang terbaik kan?bila baca AL-QURAN aq rasa sedikit tenang walaupun hati ini masih dalam tertekan..selain itu berdoa jugak salah satu cara untuk tenangkan masalh aq ini..sebenarnya,ALLAH inginkan kita sentiasa berada dekat denganNYA..almaklum larh,manusia kan mudah lupa..hehe


perkara ketiga,aq akan online dan menerjah ke laman muka buku dan youtube untuk mencari ayat ayat yang membina untuk aq teruskan hidup..kalau youtube aq akan bukak lagu nasyid or zikir2 kew..walaupun punca masalh itu berlaku berpunca drpd LAMAN MUKABUKU tapi aq akan ambil iktibar dari segala yang berlaku..
dan akhir sekali aq akan diam sampai hati aq nie mahu bercakap..dan kalau family aq keluar aq takkan ikowt dsebabkan aq taknak mengganggu suasana shopping diaorg uh..mcm semalam family aq keluar pergi KL tapi aq x ikowt sbb aq taknak meNGHABISKAN DUIT diaorg dan taknak merosakkan perasaan diaorg nak shopping..byak kali kakak aq ajak tapi aq nekad taknak ikowt..last2 aq basuh pinggan mangkuk dekat sinki..anak kenalah tolong ibu buat kerja rumah kan..pastu aq kemas rumah..rajin kan?anak sapalah nie?hehe..dsebabkan taknak hati nie asyik xde mood jew..so aq buat ar semua kerja rumah tuh..

walaupun diaorg dah balik dan aq still xde mood aq cuba jugak untuk sembunyikan masalah ini...tapi hati ibu mesti dapat rasakan?tapi ibu diam jew,,tak tanya aq apa2 pun..takpelah,lagpown aq mals nak cakap masalah ini sbb aq dah tahu apa jawabannya if aq bgatu ibu aq..emm..sabar jew larh NUR SYAHIRAH!

okay larh thats all for today!selasa/3.1.2012/4.09pm

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas