Monday 16 September 2013

Happy !

Assalamualaikum .

Alhamdulilah aku masih bernyawa . Terima kasih pada ALLAH . Okay , petang nie dah balik . Terasa sekejap je cuti . Memang sekejap pun cuti . Nanti cuti lama dok cakap bosang lahh . Taktau nak buatpe lahh . Kan ? Haha . Manusia . Macamtuh lahh . Mengeluh je tahunya . 

Jumaat lepas aku teman kakak aku pergi Negeri Sembilan . Kawan dia kawin + kakak aku jadi pengapit . Agak best lahh sebab tengok orang kawin kannn . ahaha . Semoga perkahwinan Kak Farahin dan suaminya berkekalan hingga akhir hayat . Sabtu baru aku balik Kota Damansara . My hometown ! Hihi . Dalam hati nie suka gila bila dah nampak signboard Kota Damansara . Malam tuh jugak kakak ajak gi teman dia makan Sushi King . Perghh , tekak aku nie bukan macam tekak dia . Last-last nak gi gak sebab dah penat sangat . Dia pun orderlah mcd je . Aku apa lagi order sebanyak yg boleh . Dah orang belanja kan . Hihi .

Ahad pula kita jumpa kasih sayang kita . Sukanya . Lama giler tak jumpa . Thanks kat akak sebab bagi pinjam kereta . Hantar kakak gi kerja then terus jenjalan dengan dia . Hihi . Dah jalan ke keyel . Pergi balik ke Kota Damansara sbb nak gi open house my bestfriend . Lepastu , pergi balik keyel . Pergi makan dan jumpa kakak dia . Aishh . Aku rasa macam nak lari je time semalam . Malu giler and aku nie jenis pendiam so akak dia tanya baru aku jawab . haha . Boleh ke macamtuh ? Boleh lahh kan sebab aku nie jenis tak reti sembang dengan orang . Huhu . Dah siap semua tuh , amik akak aku pulak . Dia balik kerja . Pastu baliklah rumah . Yang terkejutnya ibu dengan ayah kasi aku amik akak balik kerja maybe sebab ada dia sekali kowt .Dan kebetulan kakak dia nak jumpa aku . Ibu dengan ayah percaya dengan dia . Suka sangat ! Semalam adalah memori yg terindah sesangat . Lepasnie maybe dah jarang kowt jumpa sbb dia dah nak masuk polis . Hurmm . Sedihnya . 

Dan Isnin , Harinie cuti malaysia , dah nak kena balik . Tiket bus pukul 6.30 petang . Perghh , pukul bape lahh agaknya aku sampai Melaka . Selasa dah start class . Ahhhh penatnya ! 

Busy kan aku ? Minggu nie penat sangat . Dengan class pastu dengan gi jenjalannya . Teman akak . Perghh , tak rehat aku . Bilalah nak cuti nie ? Okay lahh takat sini je . Ada budak uh dia nak main game pulak . Kacau je -_-



Seorang anak kecil yang tak tahu apa-apa ,
Tiada dosa ,
Dia hanya mencari kegembiraan ,
Bukan kedukaan ,
Dia yang bakal mecorakkan kehidupan dia sendiri ,
Samada suka atau duka .


Terima kasih sudi baca :)


menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Sunday 8 September 2013

Kata-kata Mutiara !


Selamat malam !
Assalamualaikum !
Jaga diri ye !
Jangan lupa solat dulu baru tidur !
Semoga kita masih diberikan kesempatan untuk terus bertaubat diatas bumiNYA .
Aamiin !
Semoga harimu disinari dengan cahaya kebaikan ! 

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Entri Nur Syahirah

Assalamualaikum .

Rindunyalah aku pada mr.blog ini . Sudah lama kita tidak berjumpa . Last entri haritu rasanya bulan 7 . Permulaan aku start sem baru . Tengok-tengok sem nie nak habis dah . Hihi . Kejap je masa berlalu . Nanti dah cuti nak buatpe lahh dekat rumah ekk ? Hurmm . 

Okaylah selama aku tak update blog nie , terlalu busy dengan kerja yang diberikan oleh lect . Dengan presentation lagi . Kali nie presentation sorang-sorang . Alhamdulilah aku boleh buat . Lagipun lect ku sangatlah sporting orangnya dan belajar dengan dia sangat lahh mudah walaupun dia agak garang . Yeayyy ! Assignment dah siap ! Isnin dah boleh submit :)

Terlalu banyak masalah , cabaran , dugaan dan ujian yang terpaksa aku tempuh . Alhamdulilah aku kuatkan semangat juga walaupun terasa diri ini tak larat untuk menghadapinya . Terima kasih pada ALLAH yang memberikan aku kekuatan itu dan menghantar mereka padaku di kala aku jatuh . Nasib baik ada family , Mohamad Farezwan dan kawan-kawanku yang memberikan sokongan tatkala aku jatuh . Serius taknak ingat balik apa yang dah jadi . Aku masih dalam ketakutan bila ingat balik semua itu . Aku pendam segala-galanya . Biarlah diri ini sahaja yang tahu dan menanggung segala-galanya . Hanya dengan mengingati ALLAH , ibu ayahku dan masa depanku , aku kuatkan semangat untuk belajar di sini . Semoga Berjaya , Nur Syahirah !!! :)

Perkara yang menggembirakan aku ialah si dia dah dapat apa yang dia nak . Tahniah , Mohamad Farezwan . Saya doakan awak sentiasa happy dengan apa yang awak ingin lakukan . Kerja elok-elok ye :) Saya sayang awak selamanya . Semoga kita berkekalan hingga Jannah :)

Itu perkara yang menggembirakan . Perkara yang k.o pulak ... Nak cerita ke ? Ehh takyah lahh . Benda buruk buatpe nak cerita . Kang aku pulak yang dapat dosa free . Huhu .  

Okaylah rasanya setakat nie je kot apa yang ingin aku katakan dan tulis . Ada sedikit coretan dari aku . Untuk peringatan diri sendiri jugak :)
"Jangan pandang seseorang itu lemah kerana suatu hari nanti dia pasti berjaya dengan atas usaha dia sendiri" . Aku nie bilalah nak start buat novel ? Huhu . Sebab ramai manusia suka merendah-rendahkan seseorang itu . Sepatutnya dia perlulah cermin diri dia dulu sebelum merendah-rendah diri orang lain . Tapi kalau terasa diri tuh dah bagus sepatutnya TUNJUK AJAR itu lebih baik daripada memperlekehkan seseorang itu atau merendah-rendahkan dia .

"Ilmu itu takkan hilang jika kita mewariskan pada orang lain . Ilmu itu takkan hilang kerana ilmu itu juga membawa kita ke amalan kebaikan kita . Ilmu itu untuk dikongsi bukan buat perkasam . Seorang manusia yang baik pasti memberikan ilmu yang dia ada walaupun hanya setitis air hujan" .

Tak semua seorang pelajar yang memasuki tempat belajar yang bernama "Kolej Komuniti" itu memiliki latar belakang yang kurang enak untuk "dilihat" dan "dibaca" ,  dan harus di pandang sebelah mata .
Tak semua seorang pelajar yang memasuki tempat belajar yang bernama "UNIVERSITI dan seangkatan dengannya"  memiliki latar belakang yang sedap "dilihat" dan "dibaca" , dan harus di pandang dengan senyuman .
Tapi sebenarnya ...
Kami ini semuanya sama dan hanya yang boleh untuk kami terus berjaya adalah dengan sokongan dan doa ibu ayah dan manusia yang berada di sekeliling dia dan atas usaha dia sendiri .

p/s : Ibu ayah dan mereka yang kami sayang , teruskanlah mendoakan kami yang masih berjalan menuju mencari masa depan yang terbaik .

p/s : Maapkan diri ini jika ada terkasar bahasa atas coretan di atas . Saya menulis atas dasar luahan hati yang ikhlas . Jika ada pendapat yang perlu diluahkan , insyaALLAH saya akan membacanya dan menerima dengan hati yang terbuka .

p/s : Berikan tips untuk saya menjadi seorang penulis yang terbaik .


menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas