Monday 15 July 2013

Cerita hari inie : Class memasak bermula !!!

Assalamualaikum .

Alhamdulilah . Hari ini dah start class memasak . Penuh dugaan . Dan dugaan itu hanya ALLAH sahaja yang tahu . Kami semua berdepan dengan makanan yang sangat sedap . Untunglah pada mereka yang diberi "cuti" . Boleh jugak merasa . Tapi untung jugak pada kami yang berjaya tahan daripada makan makanan tersebut . Hihi .

Harinie kami bakal chef yang berjaya . *InsyaALLAH . Doakan ye ! Harinie kami belajar membuat Resepi pembuka selera iaitu Urap Daun Selom bersama Kacang botol . Dan sebagai hidangan utama kami buat Nasi Lemak Kukus + Samal Tumis Udang dan Petai + Ayam Goreng Berempah + Kangkung rebus . Nak tengok rupa dia ? Sat ehhh !


Pembuka selera : Urap daun selom bersama kacang botol . Urap nie aku tak makan pun sebab aku tak suka sayur . Hihi . Pelik tak ? Tak pelik lahh . Buatpe nak pelik >.< Urap nie jangan terlalu pedas sangat . Biasanya Urap nie dikenali orang belah selatan . Macam Jawa , Johor , Melaka dan sebagainya . Tapi aku sebagai anak Jawa , Lagi sekali aku katakan aku tak makan pun benda nie . Hihi . Sama macam Kerabu . Aku tak makan . Hoho .

Okay . Yang bawah urap itu ialah Nasi Lemak Kukus bersama Sambal Tumis Udang Dan Petai Serta Ayam Berempah bagi naik selera makan nasi . hihi . Dan Kangkung rebus . Sanagt Yummy itu ayan dengan sambal tumis udang dan petai tuh . Kalau tak puasa , memang habis kitaorang hadap lahh benda tuh . Hihi .

So makanan dekat atas tuh , kitaorang just tengok je Miss kitaorang demo . Hari Khamis nie kitaorang start buat and berniaga di depan kolej . Untuk menambah duit poket , so kena berniaga . Hari Khamis nanti , grup 1 yang akan berniaga . Chaiyokk ! Korang ! Hihi . Hwaiting !


Rasanya takat sini je lahh . Nak tidur . Esok ada mini convo :) Nite . Assalamualaikum .
















menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Wednesday 10 July 2013

1 Ramadhan .

Assalamualaikum .

Rasanya sempat lagi kan aku nak ucapakan Salam Ramadhan dekat korang semua . Salam Ramadhan buat semua . Semoga kita semua dapat berpuasa penuh dan laksanakan ibadah puasa dengan sah . Takmo ponteng puasa . Takmo ponteng terawih . Takmo ponteng tadarus ye ! :) Harap aku pun dapat laksanakan solat terawih sampai habis puasa tp harinie tak gi sebab kaki sakit . Penat . Sedihnya sebab hati nie tak kuat langsung untuk berjumpa denganNYA :'( Dan tahun ini jugak , tahun kedua aku berpuasa tanpa keluarga yg tersayang . Bestnya kalau dapat berbuka disamping keluarga . Aishh . Sabar-sabar ! Minggu depan balik . hihi .

Okay . Tutup cerita bulan puasa . First class haritu dah dapat assignment . Memag terbaik lahh . Fuhhh ! Otak berderet dengan idea yg mencurah-curah . Dengan assignmnet yang bakal di hantar pada 22.7.2013 , datang pula assignmnet yg lain . Dalam hatiku , apakah ini semua ? Ayoyo . Memang tough giler lahh sem nie . Pastu dalam bulan puasa ini , kami semua kena niaga depan kolej . Hurmm . Aku tak minat lahh niaga . Tapi nak pergi lawatan kena tambah duit poket class . So kenalah niaga . Huhu . Takpelah . Suruh diaorg je stay kat depan . Aku belakang tabir je . Hihi .

Okay . Tutup kes pasal kolej dan assignment . Hari isnin haritu . First class . Kami diberikan rehat . Maka beramai-ramai lahh kami pergi ke restoran . Aku and the geng lepak dekat kedai mamak yg kami selalu pergi . Tiba-tiba ada ada seorang pakcik perebet student class kami datang makan seorang diri . Dia pergi ke arah kami dan bertanyakan ,"semua makan ye . Bagus-bagus " . Pakcik itu pun berlalu dan terus menarik kerusi dan order makanan untuk dirinya sendiri . Setelah dia habis mengisi perut , dia datang kembali kepada kami . Dan bertanya pada kami lagi . *sorry aku lupa apa yg dia tanya . ahaha . Lalu dia pergi membayar makanan dirinya sendiri . Tiba-tiba cashier tersebut datang kepada kami dengan membawa kakulator . Kami menolaknya dan akhirnya kami tersenyum sendiri dan senyum kembali pada pakcik itu . *Harap korang tahulah apa yg pakcik tuh buat :) Semoga pakcik sekelurga sentiasa diberkati oleh ALLAH . Trima kasih pakcik :)

p/s : Jangan lupa baca niat untuk esok . Kbai . Selamat meneruskan puasa yg kedua dan seterusnya >.< Assalamualaikum . Gudnite . Jangan lupa bangun sahur jugak :)


menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Saturday 6 July 2013

Perasaan malam ini .

Assalamualaikum .

I'm home . Menikmati cuti yang ada . Ahad dah nak balik . Isnin start class . "Ya ALLAH , Kau kuatkanlah semangat aku untuk terus belajar agar aku dapat membina masa depan aku dengan baik dan menolong ahli keluargaku . Memberi kesenangan pada ibu dan ayahku yang dulu bersusah payah membesarkan aku . Aamiin".

Seriously , entah kenapa aku tak boleh hidup dekat Melaka . Terasa terumbang-ambing duduk disana . Takde semangat walaupun kawan-kawan sentiasa bersama aku . Aku perlukan semangat yang dulu . Aku perlukan sangat . Sem ni agak tough sebab ada majlis berbuka bersama anak-anak yatim . Dan sebagai seorang pelajar yang ambil bidang kulinari iaitu bidang masakan , agak mencabar bagi aku . Belajar di waktu bulan puasa memang menguji kesabaran dan iman aku untuk menghadapinya . Tapi itulah cita-cita aku . Ingin menjadi seorang Chef . Dan aku takutkan bagaimana hari isnin bakal berlaku . Permulaan class itu bagaimana . Manusia disekeliling macam mana . Aku harap aku tidak menyusahkan mana-mana pihak disana . Aku harap aku diterima oleh semua manusia disana . "YA ALLAH , Takutnya hati ini . Kenapa datangnya perasaan ini ? Kenapa ? Ujian apakah yang aku perlu tempuh lagi ini ?". Tidak boleh bayangkan apa yang akan bakal berlaku . Aku harap apa yang akan berlaku semuanya baik-baik sahaja :')

Semalam . Hari tough bagiku . Cukuplah dengan semua ini . Aku dah tak nampak jalan yang terbaik . Hari ini . Aku berdoa padaNYA . Ya ALLAH , Terasa kurang bebannya itu .Terima kasih , ALLAH . Malam ini . Aku terasa kosong . Seperti tiada masalah . Tapi hati masih tidak senang . Kerana otak masih memikirkan masalah itu .

Benarlah . Apabila kita melakukan sesuatu dengan berlandaskan niat kerana ALLAH , kita tidak rasakan ia hanya sia-sia tapi kita lebih dihargai . Tapi apabila kita melakukan sesuatu kerana seseorang , kita akan mudah terluka , kerana hati manusia cepat berubah dan tidak menghargai kita .

Tamat .

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas