Monday 17 December 2012

Ini Celita Sudah Lepas Woo


Assalamualaikum .

Dah lama tak menjejakkan jari jemariku dekat sini . Bukannya busy pun cuma tiada gambar maka tiadalah stori yg ingin distorikan . Dan harinie baru rasa nak update blog . Cinta pada blog mestilah ada cuma ntahla . Now , aku kembali semula :)

Straight the point , celita ini sudah lepas tapi gua nak celita jugak pada kolang semua . Ada style macam Johan rajalawak tak ? Hee . Itupun kalau kolang bacelah . Gua banyak tak helan sebab manusia banyak perangai woo . Hoho . Okay2 . Gua mau stoly sekalang .

Cakap biasa je lahh . Penat lidah aku nak ikut pelat cina . NgEE . Lepas aku abis sem 1 , aku dapat cuti dalam 3bln macamtuh . Lama kan ? Ngee . Kalau korang mesti dah kerja kan ? But I'M not because ntahlah . Rasa belum ready lagi nak kerja . Tolong ibu dekat rumah pun dah kira okay dah . Walaupun tak dapat gaji but saya sangat berpuas hati . Hee . Sambung study balik bulan 1 . Adoyai . Sabar je lahh nak tunggu bulan 1 tuh . Huhu .

Dah cuti punyalah lama , mulalah terbit dihatiku mulai rindu pada rakan class . So aku pun Tanya diaorang nak hangout tak . So bertarikh 22.11.2012 aku pun hangout dengan diaorang dekat curve . Tengok wayang and jalan2 sambil carik barang cik akak sorang nie . Haritu dia last dekat Kota Damansara . Pasni dia study dekat Uitm Seri Iskandar , Perak . So kiranya aku hangout nie macam reunion jugaklah sebab dah lama tak jumpa diaorang . Ekceli an , I tak biasa hangout dengan diaorang . Hee . Tapi biasakan jugak sebab I nie pendiam sikit . Ngee . Lepas tengok wayang cerita Twilight : Breaking Dawan *Maapkan saya kalau salah . Lupa sudah . Ngee .

Jap2 cerita tuh punyalah .. Aishh . Paham2 je lahh kalau ceita mat salleh . Sabar je lahh aku dok dalam tuh . Cerita tuh not bad walaupun aku tak follow up sangat . Okay . Dah tengok wayang . Kami memilih Ikea untuk melantak . Semua dah lapaq giler .






Aku makan nie . Meatball . Sedap jugaklah . And meatball dia besar . Kalau nak makan kena sikit-sikit , baru boley tapi disebabkan dah lapaq , aku masukkan terus dalam mulut . Nampak tak macam budak2 . Hee .



Ini mereka yang aku katakan . Ellyna , Aina and Dinie . Kacau diaorang makang , kang tak sempat nak snap gambar diaorang . Hee . Santik kan mereka ? Aku tahu itu :P



Lepas dah makan , shopping barang cik ellyna + carik makan lagi and aku carik tudung bawal . Sekarang aku lebih suka pakai tudung bawal berbanding shawl . Zaman tudung bawal kembali lagi . Hiho . Okay , yg pakai nampak formal tuh Anggie . Dia baru balik dr class terus hang dengan kitaorang . And aku tahu gambar nie macam tak center sebab AKU . Hee . Tulah kecik sangat . Hee . Jeles dengan diaorang . Ngee .


Dah shopping + makan + jalan-jalan , kitaorang pun baliklah . Tunggu bas . Bas macam sardin tapi nasib baik lepastuh masing2 dapat duduk . Semua dah penat berjalan . Apa2 pun aku sangat enjoy dengan diaorang walaupun diaorang lebih banyak ckp drpd aku . Well , aku tersangat pendiam . Ahaha .
Hope lepas nie dapat hang lebih ramai lagi :)
 

The End .


Note : Ieka ajak hang minggu nie . Tak sure diaorang jadi ke tidak . Hope semua free . Nak jumpa diaorang ! >.^













menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Monday 5 November 2012

Meet Mr . Right . InsyaALLAH :)

Assalamualaikum .

Alhamdulilah aku masih hidup mengisi saki baki kehidupan yang kian akan menuju puncaknya  dan boleh menaip diblog kesayanganku ini . Ekceli , aku saja nak menaip . Rindu larh dekat blog kesayanganku ini . Tak banyak benda nak cerita .

Cuma ........



Jumpa Mr . Right . InsyaALLAH :) . Nie untuk dia . Cer teka ada apa dalam tuh .Hope 19.11.2012 dapat jumpa dia . Nak celebrate birthday dia :) . Hope apa aku plan akan jadi . Harap sangat !
Kbai . Muahhhh sikit . Heee :)

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Wednesday 31 October 2012

Patut atau tak ?

Assalamualaikum .

Semoga pembaca-pembaca semua sihat-sihat belaka ? Ehh ? Ada pembaca kew ? Hee . Segan-segan . Mekasih jadi pembaca setia saya . Hee . Rasa bahgia tengok baby yg ibu jaga tuh dah boleh nampak + pandai dah senyum dekat orang . Biasanya kan baby yg baru lahir dia punya penglihatan kan kabur bukannya baby tuh "taknampak" langsung . Jangan salah paham :) . Happylah jugak dapat lihat dan belajar perangai budak-budak nie . Eh ? Hee . Mung pikir lainlah tuh . Takmo2 . Jangan pikir lain :)

Ekceli , takde idea nak update just rasa nak update apa yg terbuku didalam kotak hati ini . Hurmmm . Nasi sudah jadi bubur . Redha je and doakan yang terbaik untuk dia . Nape aku perlu sedih dengan semua nie ? Aku pun pelik . Cuma ada SATU rahsia yg kau taktau , kawan :) .  Aishhhh . Dah ada orang tersayang so hargailah dia hingga akhir hayat dia :) . Ekceli , patut ke aku cerita semua nie ? Aku takut kalau aku cerita ada yg terluka hati atau ada yg tak puas hati . Hurmm . Confius . But I'm think baik tak payah cerita . Maybe boley mendatang api kemarahan buat sekalian manusia . Hee . Ayat dramatic bagai . Hee . So aku  decide takmo cerita kat korang ! . AHAHAHA :) . Biar ia pergi bersama air yg mengalir dilangit . Udah-udah larh berfalsafah , Nur Syahirah oi . Pening orang baca kang . Hiho :)

Aku berharap kau happy disamping dia dan kekal hingga akhir hayat . Tak lupa jugak , aku akan sentiasa doakan kebahgiaan kau . Aku harap kau jugak begitu :) Nanti kawin , jangan lupa jemput !! Hee . 2 Tahun lagi aku bertunang . Jemput datang ! Tettttt ! *TIPU JEW >.<


Senyuman ini untuk awak yang sentiasa menceriakan hari saya :)

Cantik an gambar nie ? Edit jew tuh . Saya hanya biasa-biasa saje . Edit by Camera360 . Boley dload dekat play store . Sape2 yg ada android boley join gua . Promote gitu ! Hee :)
Okay , abaikan yg kat belakang tuh . Bersepah macam bukan anak dara punya bilik . Hee .
Kbai .
Instagram :94syah . Boley follow :)

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Sunday 28 October 2012

Manusia dengan Kepercayaan ..

Assalamualaikum .

Rasanya belum terlambat lagi rasanya untuk saya ucapkan Salam Eidul Adha buat semua umat yang beragama Islam . Selama beberapa harinie , makan daging lembu jew larh jawabnya . Jangan ada penyakit sudah . Hee . KOrang nak tau tak yang mata lembu sangat cantik bila ko tenung betul-betul . Tak caye ? Gi larh tenung mata dia . Hee :) . Raya haji pun nak abis dah . So warga kota sudah berangkat balik dan memunaikan tanggungjwab as student and pekerja . Me ? Staying at home bagai nak gilor . Bulan 11 nie I have job must to do . Ahaha . Betul kew aku berspekong nie ? Lantoklah . Cerita dekat kampung , Hurmm .. Best lepak dengan cousin . Kedua-dua belah keluarga . Ayah dengan ibu . Kat kampung hujan jew masa first raya . Tapi cuaca kampung always sejuk bila waktu malam + pagi . Nak bangun punya larh liat . Hoho . But if ayah yang kejut bangun memang sekali jew larh bangun takde nak menggeliat lagi kat katil . Well , my dad bekas askar . Of course kejut macam dalam kem :D . 

 Samsung Galaxy Y camera :) . Tak mampu nak beli dslr lagi . Hurmm . Tengah kumpul duet . Heee .
Farah Iwana with lil bother Irfan wafiy and Ain Najihah :)
Nak makan kfc time nie . Hoho .

Okay . Macam dah panjang sangat story aku nak cerita . Okay . Sambung balik pada topik asal :) .

Manusia dengan kepercayaan . Apa maksud percaya bagi korang ? Bagi aku percaya itu adalah amanah . Kita hidup nie dengan perkataan " Percaya " . Kita percaya ALLAH ada . Kita percaya Rasul dan Nabi ada . Kita percaya cinta itu ada .Kita percaya dengan orang itu sebab dia orang yg kita sayang . Bila kita kerja , kita percaya dengan pekerja dan boss kita . Kita percaya suatu hari nanti dunia ini akan kiamat . Hurmm . ALLAHUAKHBAR . Dan sebagainya .

Percaya itu jugak melibatkan perasaan . Sebab kalau kita tak percaya orang itu bermakna kita tak punya hati larh kan ? Hee :) . Bila kita diberi kepercayaan oleh manusia diluar sana , mulalah timbul masalah yang datang . Ada saja manusia yang ingin menjatuhkan orang lain . Yang penting , DOA itu sentiasa perlu diucapkan agar kita sentiasa dilindungi olehNYA :) . Tapi dalam hidup jugak berhati-hati bila mencari kawan . Jangan terlalu percaya dengan manusia yang kita baru kenal . Sebenarnya kita tahu orang itu tapi belum kenal orang itu . Sebab manusia boleh berubah sekelip mata . Contoh : Kita dah kenal orang itu berpuluh tahun dan percaya akan kebaikan dia , tiba-tiba dia bukanlah yang kita sangkakan so be careful bila nak kenal dengan orang . 

Tapi susah jugak bila kita ingin dapat "kepercayaan" orang lain . Kadang-kadang kita dah cuba sedaya upaya tapi manusia itu tidak nampak kepercayaan kita . Kadang-kadang ada jugak rasa ingin marah tapi marah itu adalah dari syaitonnirojim . Sebab syaitan suka yang buruk-buruk . Hanya mampu bersabar saja hati ini untuk kebaikan semua . Yang penting ALLAH itu Maha Mengetahui :)

Dan penutup bagi topik ini , biarlah ALLAH saja yang mengetahui niat baik dan buruk kita kerana ALLAH Maha Mengetahui . Janganlah letakkan manusia tempat yang ke atas . Biar apa yang kita lakukan dengan redha ALLAH bukan dimata manusia . Manusia ini ada perasaan . Dan manusia jugak boleh tumbang dengan hasutan syaiton . Akhir kata , Hidup kita bergantung pada ALLAH . Nak dapatkan "kepercayaan" oleh manusia memang payah tapi kalau hati kita ikhlas insyaALLAH manusia itu akan nampak dan lebih baik lagi jika ALLAH redha dengan apa yang kita lakukan :) . 

kBAi . Salam Ukhuwah dari saya ,
Nur Syahirah bt Mohamad Omor ,
Anak bekas askar  dan anak surirumahtangga ,
Sayang MF .

Kita percaya sebab kita sayang manusia itu .
Kan ? :')


menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Thursday 25 October 2012

Ho ho balik kampung !

Assalamualaikum .

Yeay ! Esok raya haji . Tapi tak dapat nak tengok orang sembelih lembu . Huhu . Now , tengah tunggu ayah balik dari kerja . Hurmm . Bila nak gerak nie ? Tapi takpelah . Janji ayah sampai dengan selamat :) . Okaylah bai ! Yg sape join balik kampung , hati-hati drive ye >.< .

#Ekceli takde idea bila nak taip bila update pakai phone . Hoho . Eh ? Banyaknye bila ? Ahaha .

Selamat Hari Raya Aidiladha :)



menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Monday 22 October 2012

Hidup mesti diteruskan !

Assalamualaikum .

Hidup sentiasa diteruskan walaupun begitu banyak masalah yg kita alami . Masalah itu yg mematangkan diri kita menjadi yg terbaik . ALLAH sayang kepada kita . That's why larh dia bagi kita masalah itu . Cuma manusia itu yg tidak  pandai menghargai . Apa-apa pun kita kena matang dalam segala aspek . Jangan cepat melenting ! . Kalau rasa nak marah dgn datangnye masalah itu , jalan terbaik ialah dengan mengambil wuduk dan renung balik kesalahan kita .

Apa-apa pun kita cuba yg terbaik :)


menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Wednesday 17 October 2012

Ada apa dengan Model ?

Assalamualaikum .

Waaa agak lama aku tak update blog . Dalam seminggu lebey jugaklah . Hoho . Rindu nak update . Sekarang memang aku "bekerja" sebagai babysister . Mak ai penatlah jugak . Melayan kerenah diaorang lagi yang macam-macam ragam . Emmm . Sabar jew larh . Kalau ibu boleh buat , kenapa tidak aku kan ? Yeay ! Hwaiting Syira !!! .

Sebut pasal tajuk entry aku , Ada apa dengan Model ? Ini disebabkan aku penah nak jadi model . Ekceli , dulu cita-cita aku nak jadi Model . Perghh ! Berangan sakan ko , syira . Jangan mimpilah .. Badan kecik nak jadi model . Bila sebut pasal model jew mesti nak tinggi . Yang cantik . Aha! Of course larh kan sebab kita nak pamerkan dekat public . Semua orang mesti nak tengok yang cantik :) Hoho . Tapi kak yuyu zulaikha boleh jew jadi model . Comei + cantik + anggun lagi tuh . Serius suka tengok muka kak yuyu !

Okay , dah syira ! Jangan nak merepek . Hee . Alaaa . Normallah tuh masa kecik-kecik punya banyak cita-cita . Kadang-kadang ada jew nak jadi batman lah , ultraman lah , power raingers larh .. dan lain-lain . Aishhh . Budak-budak selalu dipengaruhi oleh tv . Apa nak jadi ? Aku dulu nak jadi Sizuka . Heeee . Wink wink >.< . Last-last aku jadi seorang chef . InsyaALLAH . Doakan saya agar cita-cita saya tercapai ! :)

Ekceli , ahad lepas aku bosan giler . Takde kerja nak buat . So aku nampak vacuum maka bermulalah mengemas bilik aku yang bersepah macam-macam larh . Heee . Then , ternampak tudung bawal aku beli . So bermula jugaklah sesi syok sendiri . Heee .


Jeng ! Jeng ! Heee . See ? See ? Lepas aku snap gambar pastu buat video sikit . Tettt !
Caption 1 : Suka gambar nie sebab gambar nie nampak senget sikit . Love it :)
Caption 2 : Mood aku tetiba tak okay pulak . Hurmmm .
Caption 3 : Memikirkan masa depan aku .

Macam yuna tak ? Hee . My sis cabar aku pakai macam nie kat luar . Serius ! Aku seorang yang simple . Tak suka serabutkan kepala walaupun aku suka dengan fesyen cenggini . Hee . Ayah pulak kata macam serban jew . Ahaha . Memang pun . Aku tengok pun dah macam serban . Btw nak bagitau .. Style nie aku buat sendiri . Tak copy mane2 ye . Tapi aku rasa sama jew cara pakainye . Tudung tuh pendek . Aku ingat labuh . Tersalah tengok dan beli . So aku buat style macam Yuna . Tapi aku rasa TAKKAN aku pakai style nie kat luar . Nie pun saja-saja sebab bosan . Huhu . Aku rasa takkan nie jew .

Akhir kata , nak berfesyen boleh tapi jangan over sangat . Nak jadi model ? Tanya diri sendiri . Jadi model muslimah okay jugak !! :')






menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Tuesday 2 October 2012

Aku masuk paper ?

Assalamualaikum .

Macam nie larh keadaan aku . Dalam dilemma ingin mnecari kerja . Cuti 4bulan lebih membuatkan aku bosan sekali . Eh ? Bukan sekali . Tapi banyak kali . Asyik dok dating dengan laptop jew . But aku dah kurangkan sikit . Takut mata rosak pulak . Huhu . Esok kita nak dating dengan capital F . Ahaha . Okay ! Sangat gedik . Eeeee ! .

Terbalik ke entry sepatutnya . Heee . Aku masuk paper ? Confirm kew ? Ko artis kew nak masuk paper nie ? Artis larh sangat . Hohoho . Betullah aku masuk payyyperrr . Tak caye ? Cer tengok gambar nie .


Ada tak muka aku ? Kalau tak nampak , problem ar tuh . Hee . See ? Takde kan . Ekceli , memanga aku ada join program nie tapi mana mungkin ada gambar aku kan . Confirm ar takde . Susah kowt nak tangkap gambar aku ( okay syira! Ko perah santan terlebih :D ) . Apa ? Tak caye pulak aku join program nie ? Kalau tak percaye jugak please baca entry sebelum nie . Punyalah panjang lebar aku buat . Dah macam karangan . Tapi korang tak baca pulak .. Takpe ar tak kisah pun *merajuk . Okay ! Gi kat sini ------> Jelajah Merdeka Di Melaka . *suara merajuk .

Kbai
The End
(suara merajuk)
:'(

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Sunday 30 September 2012

Taktau nak taip apa tapi ?

Assalamualaikum .

Hurmm .
Celik mata bukak facebook saja .
Tengok notifications , tengok news feed , log out .

Hurmm .
Bukak utube .
Layan kuch kuch hota hai .

Hurmm .
Bukak facebook lagi .
Ahhh bosan .

Hurmm .
Sedih tak dapat jumpa si dia .
Dah lama tidak bersua muka dengan dia .

Hurmm .
Sampai sekarang .
Sampai sekarang dia tak reply mesej .

Hurmm .
Marah ?
Merajuk ?

Hurmm .
Sepatutnya engkau sudah memahami .
Tapi ... ?

Hurmm .
Aku tak tahu .
Tak tahu ..

Hurmm .
Janganlah berdiam diri saja .
Muncullah .

Hurmm .
Maap .
Aku bukan seperti gadis lain .

Yang hanya mampu berdiam diri dan bersabar ,
Nur Syahirah Binti Mohamad Omor .
130694.

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Friday 28 September 2012

Takde kerja , cari kerja ..

Assalamualaikum .

Whoa ! Semangat aku nak update blog . Ahaha . Disebabkan aku berjaya buat benda ini !
Excitedddddd giler . Ahaha . Mungkin orang pikir .. "Alah , senang jew buat benda nie . Itupun nak excited -_- " . And hati suka korang larh nak pikir apa . Janji hidup aku bahgia . Hoho :)


Inilah dia :)
Takde kerja , cari kerja .
Akhirnya dapat gak aku buat style nieeee :')
Senyum lebarrrrrr eden :D
Boley larh pakai waktu wedding cousin ayah :D

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Saturday 22 September 2012

Perubahan . InsyaALLAH .

Assalamualaikum .

Tiba-tiba terasa ingin menaip tatkala hati rindu pada sidia yang sudah lama tidak bersua *Ahaha . Puitis kan ayat eden ? Hihihi . Jika ada jodoh , takkan kemana hubungan itu . Aku hanya mampu berdoa :)

Tajuk entry kali ini memang memberi impak kepada diriku kerana ia menjamin kehidupan aku diakhirat kelak . Ya , perubahan itu yang aku akan lakukan . Dari semua segi . Aku ingin berubah menjadi yang terbaik buat keluargaku . Aku sudah cukup dewasa untuk memikirkan dosa dan pahala .

Kenapa timbul perasaan ingin berubah ? Sebabnya aku rasakan dosaku terlalu banyak dan hidup aku bergantung pada ALLAH s.w.t . Alhamdulilah , ramai jugak rakan-rakan di fb post sesuatu yang boleh aku manfaatkan . Ada jugak rakan-rakan yang memberi kata-kata semangat untuk aku berubah menjadi yang lebih baik . Begitu jugak dengan ayah dan ibu kerana mereka jugak memberikan "sesuatu" pada diriku . Walaupun aku belum berubah sepenuhnya tapi sedikit demi sedikit aku cuba melangkah untuk berubah . Suatu ketika dahulu ayah pernah berkata " Ayah dah sekolahkan korang dan memberi didikan agama . Dah besar dah boleh pikir ". Masa itu aku terus tersentak dengan kata-kata ayah . Sungguh mendalam kata-katanya . Sampai sekarang aku ingat kata-kata ayah . Kalau nak keluar je mesti aku ingat kata-kata itu kerana ayah menegur cara kami ( aku dan kakak ) berpakaian . Biasalah , cara pemakaian anak gadis sekarang . Tapiiii tidaklah sampai menjolok mata kaum adam . Kami masih mengekalkan pemakaian hijab . Tidak pernah sesekali membuka hijab untuk tontonan khalayak ramai . Dari kecil lagi kami telah di didik memakai hijab .

Hj.Mohamad Omor bin Giman bersama pasangannya Siti Jamaliah binti Jajuli
Ayah dan ibu tidak pernah mengabaikan kami malah menegur kami dengan cara baik . Dan kami hormat teguran itu . Walaupun aku tahu , jika seseorang itu sudah baligh maka dosa dan pahala kita yang tanggung * Kalau salah tolong tegur . Tapi tanggungjawab seorang ayah itu pasti ada . Ayah jugak yang akan menerima balasan jika tidak menegur anak-anaknya jika membuat salah . Aku taknak ayah menerima balasan yang kurang baik atas kesalahan diriku . Aku cukup takut bila memikirkan soal itu . Biarlah ayah menerima balasan yang baik saja . Biar aku yang menerima balasan itu jika aku yang bersalah . Setiap hari aku berdoa , yang aku sentiasa berada di jalan yang lurus . Setiap hari aku berdoa , agar ALLAH sentiasa bantu aku untuk berubah . Aku ingin mencari Hidayah ALLAH . Semoga aku dapat mencarinya . Aku taktau berapa kalikah aku membuat dosa dan berapa kalikah aku membuat pahala ?Orang lain nampak aku happy tapi hanya hati ini saja yang tahu bagaimana perasaan ini seperti terumbang-ambing mencari kebahgiaan dalam Islam . Dan aku cuma berharap , yang aku menemui kebahgiaan itu :) .


Tercapai hasratku ingin memakai jubah dan saya lebih selesa memakai begini . Teruskan doakan saya istiqomah dalam mengejar hidayah ALLAH . Aamiin . Saya harap sesiapa yang membaca blog kerdil ini , dapat membimbing saya menjadi yang lebih baik dan mudah-mudahan urusan kita mencari redha ALLAH dipermudahkan olehNYA . Aamiin .

Sabtu / 22.09.2012 / 4:50pm

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Thursday 20 September 2012

Jelajah Merdeka di Melaka .

Assalamualaikum .

Alhamdulilah aku masih bernyawa dan dapat melihat wajah orang yang aku sayang . Sekarang aku dalam cuti sem selama 3 bulan . Lama kan ? Hihi . Ayah dengan kakak ku sudah menyuruh aku carik kerja tapi aku rase takde feel nak kerja lagi . Takde geng ar . Huhu . Tapi insyaALLAH aku akan try jugak sebab banyak yang aku nak beli . Semuanya benda penting . Nanti kalau aku dah dapat benda tuh , aku story kat korang :)

So , cuti 3 bulan nie aku nak start balik berblogging . Sudah lama aku tinggalkan hobi aku nie . Minggu lepas adalah hari terakhir aku menjadi seorang "pramusaji" . Dan minggu lepas jugak ada exam . Alhamdulilah , kitaorang semua dapat buat walaupun banyak rintangan yang kami alami ( wowwww ! ayat skema . Hihi ) .


Gambar akhir dress up cam gini . Dari kanan Athirah , Sue , Hidayah , Adau , Ecah dan Hayatul . Aku ? Aku takde . Aku yang tgkp gmbr diaorg :)

Hari jumaat 14.9.2012 : Hari Pertama : Pukul 2.00pm tapi gerak tak tepat pada waktunya . Normal !

 Dalam minggu itu jugak kami ada program . Program "Jelajah merdeka" . Program tuh macam rombongan sekolah ke tempat-tempat bersejarah . Hihi . Program tuh berlangsung selama 3hari2malam .




Caption 1 : Dari kiri : Liyana , Lynda , Mas dan Adau .
Caption 2 : Dari kiri : Waida , Kak Syairah dan Athirah .

Berposing before naik bus . Hanya beberapa orang jew time nie . Dah larh petang , syok tidoo . Suasana pun sunyi jew . Hoho . Kami gelakgelak , talking-talking .. Dah macam lagu Aliff Aziz . Hihi . Yang penting budak laki batang hidung pun tak nampak . Ayoyo . Bila lect panggil nak check nama , semua berkumpul dan get ready naik bus . Semua berlari sebab nak dapatkan tempat . Ahaha . Macam-macam . Tak macam budak kolej . Macam budak sekolah jew . Aku larh tuh . Hihihi .  Dalam bus semua buat hal masing-masing . Ada yang tidur , ada yang talking-talking , ada yang memekak . Hihi . Aku just diam jew sebab tak sehat . Aishh , rase takde mood pun ada sebab pergi dalam keadaan kurang sihat . Huhu . Sabar jew larh .

Sesudah sampai , kami betepek dekat Garden City . Tempat penginapan kami . Wowww ! Punyelah lama kitaorg betepek kat situ . Dah lama sangat tggu , kitaorang dengan muka comei , dok bersila dekat situ . Hihi .



At Garden City . See ? Baru percaye kan ? Kalau tak caye , problem ar tuh . Hihi .

Dalam beberapa minit , kitaorang dapat kunci bilik . Maka , berjalanlah kami ramai-ramai menuju kew bilik . Dah sampai bilik , semua jakun nak posing . Hihi . Termasuklah aku sekali . Alaa , normal ar tuh kan .. Orang kata , buat kenangan .


Ecah and Waida .
Inilah bilik kami . Ada 3 bilik . So , Athirah chop bilik nie sebab kitaorang ramai . Ada 6orang yg share bilik nie . Hah , cane kitaorang tidur tuh , pandai-pandai ar hidup :D . Kami "selongkar" apa yang ada dekat dalam rumah tuh . Part paling best ialahhhh ....



Ini dia .. dapat lihat pemandangan bumi ALLAH ini . Cantik kan ? Kitaorang stay tingkat 14 . Memang seram ar . Terasa gayat giler . Aishh . Gambar waktu siang dan malam . dan aku sempat berposing . Hihi .



Ada macam model tak ? Hihi . Terasa tenang bila melihat pemandangan disitu . Segala masalah hilang buat seketika waktu setelah aku melihat pemandangan itu . Btw , gambar nie memang spontan sebab aku taktau pulak waida tangkap gambar dengan aku sekali . Memang bonus ar . Hihi . Sebelum maghrib kami bersiap-siap nak pergi Masjid Selat Melaka tapi kami terlambat siap . Nasib baik kami tak kena tinggal dengan bas kalau tak memang dok kat apartment tuh jew ar . Hihi . Dan disebabkan kitaorang lambat , terpaksalah berlari dan aku mendapat title dari kawan-kawanku " Ustazah rock" Disebabkan aku pakai jubah dan kami berlari beramai-ramai . Hihi . Itu kenangan yang best bagi aku :) . Yang penting malam tuh after balik dari masjid , kitaorang tidur lambat disebabkan masing-masing pening nak pakai baju apa dan semua tak mengantok lagi . Hihi . Banyak ragam malam tuh :D

Hari ke2 : Sabtu 15.9.2012

Awal-awal dah bangun walaupun rasa malas nak bangun . Tidur pakai aircond kan . Memang sedap ar tidur . Walaupun tidur berhimpit 5orang atas katil . Sorang lagi kawanku dia tidur dekat luar . Sebab dah tak muat nak tampung 6 orang . Nasib badan comei2 jew . Hihi . Kami bersiap-siap dan menuju ke Masjid Selat Melaka dengan menaiki bas . Abang Amin jadi pemandu pelancong kitaorang . Dia sangat comei + Handsome so better aku takyah tayang kat sini . Hihi . Lagipun aku tak tangkap gmbr dengan dia . Hihi . Abang Amin byk buat penerangan dekat kitaorang . So aku dengarlah jew larh tapi otak kata nak baring jew sebab demam :'(


Kami didalam Masjid Selat Melaka . Sesudah sampai sini semua carik port untuk tangkap gambar . Hihi . Ekceli , datang sini sebab adakan gotong - royong tapi takde pun untuk di gotong - royongkan . Boley pulak kawan aku melawak dengan pakcik cleaner tuh sebab baju kitaorang sama biru . Hihi . Pakcik tuh pun sporting . Hihi . Masuk masjid memang dah tenang tapi bila tengok laut nie lagilah tenang . Terasa macam ada sesuatu yang masuk dalam kalbuku . Huhu .



Kami pakai baju koperat . Lawa tak ? Hihi . Mestilah lawa , kami yang pakai . *Joke . Hoho . Kawan-kawanku dari kiri Azie , Hidayah , Anizah , Athirah and Waida .



Nie kawan-kawan yang lain . Kami memang giler kamera . Harap maklum ye . Hihi . Biasalah memandangkan kami bukan anak negeri Melaka , haruslah kami bergambar sakan . Hihi . After dah abis berposing , kami gerak ke Muzium . Tak lama , tahu-tahu dah sampai . Hihi .



Saya dah sampai Melaka . Apa itu ? Cer larh teka . Kalau betul dapat seringgit dari saya . Serius tak tipu >.< Ada banyak yang aku tgkp tp aku just tunjuk nie jew . Hihihi .



Ini ialah budak class aku . MKU05 . Dari atas Fariz, Shamim , Azrul , Mas , Hazirah , Lynda , Basri , Liyana , Aminin dan Waida . Bawah : Bob , Anizah , Hayatul , Aku , Sue , Ecah and Adau .Yang 2 orang tuh , sorang lg taktau nama dia . Sorry >.< . Yang lagi sorang nama dia Sabri . Ada lagi yang takde nie . Masing2 pergi cuci mata . Hihi .




Cenderahati yang ada di Melaka . Dan paling aku tertarik beca disana dihias dengan cantik sekali . Ada macam-macam warna yang mereka hias bagi menarik pelancong yang melancong di Melaka . Rasa teringin pulak nak naik . Hihi . Cantik an beca tuh . Ada bentuk love :) . Lepas melihat khazanah-khazanah didalam muzium , kami semua bergerak ke Politeknik Merlimau sehingga malam .

Hari ke3 : Ahad 16.9.2012 ( Penutup )

Aku terbangun lambat . Kalau tak dengar diaorang bising confirm aku tak bangun lagi . Diaorang pun bukan nak kejut . Aishhhh . Tapi tak marah diaorang pun disebabkan aku terkena penangan ubat waida . Memang tak sedar apeee pun . Hoho . Cepat-cepat amek towel then siap-siap . Turun bawah semua dah berkumpul dan mencari bas masing-masing . Ada jugak yang talking-talking ,tangkap gmbr . Hah , itu kami . Banyak ragam mase kitaorang tangkap gmbr tuh . Funny giler . Hihi .

Kami naik bus ini . Bus kami ! Hihi . Kolej Komuniti Bukit Beruang :) . Nampak tak muka ceria kami ? Kami memang sentiasa ceria . Hihi . Semua cantik dan segak-segak belaka . Hoho . Selepas itu , kami bergerak menuju ke Dataran Pahlawan . Dataran Pahlawan nie kalau waktu malam , cantik giler . Aku tahu pun sebab mase otw balik dari masjid , pakcik bus tuh lalu kat situ . Memang ramai orang hang out . Aku tak pernah lg hang out kat situ . Maklum ar , takde orang nak ajak . Huhu . Kesian tak ? :D *Joke .


Kami dah sampai di Dataran Pahlawan . Bersemangat diaorang nie ! Hihi . Bagus-bagus . Amalkan selalu ye :) . Dah sampai dekat situ kami terasa macam blur sekejap sebab yang ada kat situ hanya kitaorang jew . Kolej lain tak nampak pulak . Tapi kami wat relak dulu . Kita posing dulu . Hihi . Jakun tak ? Haruslah :D





Meriam buatan kami ! Hoho . Macam-macam ragam korang nie . " Waida , beratlah sangat kan meriam tuh " . Ahaha :P
Rupa-rupanya kami tersalah tempat . Sepatutnya kena pergi Sungai Melaka . Itulah tempat berkumpul yang sepatutnya . Kami pun berjalan beramai-ramai bersama lect kitaorang . Sepanjang program , kami asyik lost jew . Tak paham betul ar . Apa-apa pun ia kenangan yang terindah buat semua walaupun ada peritnya .


 Hanya mampu tangkap dari tepi . Next time nak pergi lagi larh dengan ibu ayah anddddddd hihihi :)


Dah sampai Sungai Melaka . Masing-masing duduk dalam keadaan cuaca yang baik walaupun sedikit rasa kepanasannye . Hoho . Fariz tak abis-abis mengacau . Untung takde Aminin , confirm kena cucuk jew . Hihi .


Kembar . Diaorang nie tak boley berpisah . Kembar larh katakan . Dah larh muka sama , suara pun sama . Hoho . Tapi best . Diaorang nie mesra alam . Tak segan kawan dengan diaorang :)







Kami anak merdeka ! Hihi . Azizi marah kalau letak bendera dekat bawah . Kena pegang jew . Hihi . Memang terbaik larh Bosssss :)
 

Kompang dari kolej kami . Terbaik ar diaorang . Comei + segak-segak belaka . Tak semua perempuan nak masuk kompang  . Tabik springggg dekat diaorang .

Kami pun berarak beramai-ramai . Penat tuh memang penat tapi seronok jugak larh sebab ada geng . Kitaorang langsung tak berpisah . Ye ar mane nak kenal orang kat situ . Dalam pukul 11 lebey dah abis program tuh . So kitaorang amek makanan dan tggu bus sampai datang . Alang-alang menyeluk perkasam kitaorang pegi mcd . Nasib mcd dekat jew .


Inilah geng-geng mcd . Sama dengan aku jugak . Teringin nak makan mcd . Sekali dah dapat . Kenyang . Tapi tak dapat beli mcFlurry . My faveret . Sakit punya pasal aku sabar jew . Tapi coke aku bedal jugak . Ahaha .


Akhir kata , kami pulang dengan selamat . Masing-masing buat hal sendiri dalam bus . Yang depan dok layan citer apa ntah . Aku pun taktau . Senyap jew . Yang kat belakang macam nak pecah . Hihi . Diaorang buat drama sendiri kat belakang >.< . Apa yang penting , aku happy dengan diaorang . Walaupun tak sihat . Waida and Ecah thanks amek berat pasal aku . Lega sikit pakai tiger bam ko tuh :D . Hope kita jumpe lagi tahun depan dengan semangat yang baru . Dan hope hubungan kita semua kekal hingga akhir hayat . Sayang korang :)



The End .


MKU CHAIYOK ! Hwaiting !








menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Sunday 2 September 2012

Kami bertiga ..

Assalamualaikum . Harinie dah nak balik Melaka :'(


Semalam date dengan mereka . Akhirnya dapat jugak jumpa , walaupun sekejap jew . Kbai Ieka (yang pakai tudung purple tuh) . Minggu depan dia pergi PLKN . Tempat yang ibu aku tak bagi pergi . Huhu . Btw , pakcik aku kata , takde yang best dekat sana .. Yang best pun jumpa kawan baru . Hoho . Tapi takpe . Lain orang lain keseronokannye . Bila pikir balik , aku malas pulak nak gi . Hihi . Apa-apa pun gud luck untuk kawan aku sorang nie :) . Lepas 3bulan . Jumpa lagi yeeeeee .

Lepas jumpe diaorang . Rushing pergi rumah pakcik . Rasa macam tak larat nak gerakkan kaki untuk berjalan . Sebab apa ? Sebab pening kepala dari bangun pagi . Nak jalan pun tak boley . Terhuyung - hayang . Macam orang "mabuk" jew jalan :D . Story betul nie . Tak main ar tipu-tipu . Tapi aku degil jugak . Disebabkan nak jumpa mereka diatas itu . Heee :) .

Dalam kegembiraan pasti ada kesedihan . Cukup ! Aku taknak nangis sebab hal tak munasabah ! :'(

Handsome tak ? My L.O.V.E larh tuh :D

Alhamdulilah . Sakit semalam dah elok .

Taknak ingat pasal semalam .

Nak lupakan perkara sedih semalam .

Kbai .

The End .

:)

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Sunday 26 August 2012

Terbuka Rumah :D

Assalamualaikum .

Serius mengantok .Dah larh tak kemas barang nak balik lagi . Huhu . Penatnya .... Taknak rasanya balik esok .. Balik rumah ke2 . Huhu . But kena balik jugak sebab belajar + mencari ILMU .

Harinie buat open house . Open house maksud dia terbuka rumah . Thanks pada yang sudi datang Icha , Eza , Ellyna , Tia , Am and Si dia . Akhirnya dapat jugak jumpa .



Takut nak balik . Eh jap ! Abaikan yang kat belakang tuh :D
Malas edit . Kemalasan sudah tiba .
Tidur dulu ye . Assalamualaikum :)

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Friday 24 August 2012

L.O.V.E

Assalamualaikum ...........


Alolo .. Comeinya dia pakai baju melayu + kasut mulut buaya tuh . Hihi . Tahun nie warna baju raya kita sama . Yeay ! Suka~ Suka~ . Dah lama saya tak update pasal awak .. Tiba-tiba rasa rindu nak update pasal awak .. . Bila kita dapat jumpa ? Bila nak jumpa jew mesti ada halangan .. Saya tahu setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah . Tapi cuma kita ini manusia , yang tidak paham apa disebalik hikmah itu . Begitu kuat godaan syaitan untuk menjatuhkan umat Islam ini . Saya takut if hubungan nie tak seperti yang kita harap . Saya takut kalau awak anggap saya hanya bagi alasan bila nak jumpa . Everyday , I'm thinking about our relationship . For this time , I'm just berserah pada ALLAH . Kalau ada jodoh , tak kemana kan ... But saya memerlukan sebuah kepercayaan dari awak .

Ya ALLAH , Ampunilah dosa kami . Bantulah kami untuk berubah menjadi baik , yang ibu dan ayah kami harapkan . Ya ALLAH , Sesungguhnya Kau lah yang memegang hati kami . Peganglah hati kami dengan kuat agar kami tidak terpesong . Biarlah cinta ini diredhai olehMU dan kedua orang tuaku .Jika dia Muhamad Farezwan bin Mohamed adalah jodohku , aku terima segala kelebihan dan kekurangan yang ada padanya . Dan aku jugak berharap dia jugak begitu . Tetapi jika sebaliknya , Kau hilangkanlah dia dari pandangan dan ingatanku buat selama-lamanya . Ya ALLAH , Aku hanya mampu berserah segala-galanya padaMu . Aamiin . *Ramai2 Aamiin kan doa ini :)

Note : Bila dengar orang lain bertunang atau bernikah , mesti aku yang terlebih happy + nervous :D




Manusia lemah ,
Nur Syahirah binti Mohamad Omor 

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Thursday 23 August 2012

Iftar bersama mereka :)

Assalamualaikum . Semoga awak-awak semua diberkati olehNYA . Aamiin .

Mengisi sisa-sisa cuti yang tinggal berbaki hanya 4hari . Wuaaa ! Sedih rasanya nak tinggalkan rumah .. Rasa macam tak puas cuti . Kenapalah cuti hanya seminggu ? Tak boley kew lagi lama ? Okay , forget it . Aku nak story pasal new entry . Story nie agak ketinggalan jugak but nak buat mcm mane kan sebab aku takde laptop nak update every second , every minute , everyday . So , terpaksa larh aku kumpul story tuh dan bila balik baru aku update :) Kenangan nie takkan aku lupa . Sayang senior :)

"Iftar bersama mereka " Bertarikh 13.8.2012 . Hari Isnin . Kenangan yang aku takkan lupa sampai bila-bila . Idea ini datangnye dari lecturer aku yang bernama Sir Hazly . Dari pagi kami bertungkus-lumus menyediakan persiapan berbuka . Agak seronok sebab macam-macam aktiviti yang kami semua buat . Minggu tuh kami tak belajar sangat but kami menyelam sambil minum air . Hihi . Why I said like that ? Because Sir nak ajar sikit-sikit tentang "Buffet Line" . Apa itu "Buffet Line" ? * Entry seterusnya .   Sambung balik... sebab minggu tuh sangat busy disebabkan Hari Rabu ada function Iftar bersama Anak Yatim *Entry seterusnya ....



Inilah aktiviti yang kami lakukan . Banyak aktiviti yang kami lakukan . Macam menganyam ketupat pakai daun apa ntah . I'm not sure . Abang2 rembat dekat mana ntah . Hihi . Pastu decorate kelas kitaorang biar nampak meriah , Buat hamper , kemas class , Whiping peralatan , bersihkan lantai , buat foodtag , borak2 gelak2 . Hihi dan merayau 1 kolej . Opsss ! Bukan2 . Pegi washroom ye . Hihi . Sanagat banyak aktiviti sampai tak terkata banyaknye . Hihi . Sampai class tuh "bergegar" akibat keseronokkan kitaorang . Hihi . Nie gambar before start berbuka . Gambar semasa berbuka . Ini dia  .......... :)


Makanan dia sangatlah sedap . Memang berpuas hati giler makan . Memang tak rugi aku join . Hihi . Semua dok amek makanan plus menunggu azan tiba . Memang meriah class kitaorang sampai tak dengar azan berkumandang dekat radio . Hihi . Itulah mereka . Sentiasa ceria dengan joke mereka :) Sir pun join sekali . Hihi . Dah abis makan , apalagi ... Posing time laaaaa . Ahaha .


Bersama Azizi baju hijau , Basri baju purple , Baju hitam hayatul And last meeeeee :)


Mereka : Waida , Me , Ecah , Hayatul , Adau and Nurul Suhana :)


Gambar atas : Kak Azah and Azizi . Gambar Bawah : Fatin and Linda :)


Dengan abang Memey anda Waida :) Camera tuh !!!!! Aku nakkkkkkkkkkkkkkk :( Doakan saya dapat jugak beli + pegang camera tuh :)

Akhir sekali , ada penyampaian hadiah untuk pertandingan yang Sir anjurkan . Perghh , macam nak "terkeluar" anak tekak aku gelak disebabkan Abang2 semua buat lawak ... Hihi ...


Tengok tuh sampai anak Sir pun enjoy sekali dengan kitaorang . Ahaha . Comei sangat diaorang . Nama anak Sir , Haikal dengan Sofia . Muka macam anak Cina . Hihi .

The Endnyaaaa semua pulang dengan hati yang gumbira . Hihi .

Note : Style tak kami ??? Ahaha ^_^v

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas