Sunday 14 December 2014

Sebak .

Tetiba rasa nak menaip lagi . Hmm bila baca blog sambil dialunkan dengan lagu kat blog nie , pehh rasa sebak sebab tak lama dah abis belajar . Ntah bila dapat berjumpa korang lagi . Lepas nie takde lagi gaduh manja + dengar korang jerit2 kat class dekat rumah + takde lagi nak buat kerja giler . takde lagi nak overnite . takde lagi semua nie . Aku taknak mengira kalendar tapi itu semua bermain dalam fikiran . Kadang-kadang kita lebih suka hidup dalam kenangan yang indah sampaikan kita lupa yang kita ada jugak kenangan yang pahit . Tapi itu semua mengajar kita dalam kehidupan . Mengenal hati budi manusia . Semua ini kita semua akan bakal merindui . Tak sangka 6 sem kita bersama tapi boleh ke kita kekalkan hingga akhir hayat kita ? Hubungan yang indah nie ? 










Harapnya kita akan kekal selamanya . Sahabat selamanya .
menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Sahabat Selamanya . Nak tulis novel . Maybe ?

Assalamualaikum .

10.29pm Ahad . 14/12/2014

Tetiba nak jenguk blog nie . Dah lama tak usha nie . Bila tengok blog , mesti teringat pasal novel sebab ada orang memberi semangat dengan aku supaya buat novel . Hmm . Macam mana lahh ye orang yang buat novel tuh kan ? Teringin jugak nak tahu apa feedback orang bagi dekat kita kan . Tapi kalau takut menanggung risiko , payahlah nak hidup macamtuh . So here we go ! Aku ada tulis lahh sikit walaupun belum penghujungnya , klimaks pun belum . Hihi . Baru permulaan . Ekceli , aku still mencari tajuk apa yang sesuai untuk novel aku nie . Sampai sekarang tak jumpa lagi . Hmm . 

 " Tajuk ???? Sahabat Selamanya ?? Okay ?? "


Azan sudah berkumandang . Dengan keadaan yang malas aku  bangun untuk mandi dan solat sebelum bersiap-siap untuk ke Melaka . Ayah telah menghidupkan enjin kereta . Aku pun bergegas turun dan menyimpan beg di dalam bonet kereta . Tiba-tiba sayu pula hati di susun . Dan aku mula berfikir mungkin itulah tempat untuk aku berdaftar nanti ingin meninggalkan rumahku dan keluarga . Dalam kesayuan itu , aku sekali lagi telah tewas . Mata aku layu . Tidurlah yang dapat menyenangkan hati aku . Selepas 2 jam aku sampai jua dekat Melaka . Ayah mengajak untuk makan sarapan pagi sementara menunggu aku daftar masuk kolej . Di suatu sudut aku terlihat 3 buah kanopi dan banyak kerusi. Perasaan gementar , gembira dan sedih bercampur baur . Aku pedulikan perasaan itu dengan makan sarapan pagiku iaitu roti canai .



Di perkarangan Kolej Komuniti , terlalu ramai anak-anak muda seusiaku yang ingin mendaftarkan diri di Pusat Pengajian tersebut untuk mencari ilmu dan kejayaan .  Mataku ligat  mencari tempat untuk berdaftar . Wajahku ceria seperti mendapat sesuatu yang berharga dengan ditemani keluarga tercinta . Ini membuatkan aku lebih terasa bertanggungjawab dalam ingin mengejar cita-citaku . Bayangan aku memakai baju Chef dan berada di dalam kitchen yang besar membuat hatiku teruja . Lamunanku terhenti kerana kakakku menepuk bahu aku . Langkah kakiku terus bergerak dan mataku  masih ligat mencari tempat berdaftar . Nervous terasa menyelubungi dalam diriku . Nasib baik kakak menemani diriku, kurang sedikit nervous itu . Akhirnya , aku temui tempat berdaftar itu .

Sedang aku berdiri dan menunggu giliran untuk berdaftar , tiba-tiba ada seorang wanita yang umurnya dalam linkungan 30 an hingga 40 an seusia ibuku , menegur kakakku . Dalam hati aku hanya berkata ,”Mungkin makcik ini ingat kakakku yang ingin daftar masuk pusat pengajian tersebut “.  Aku hanya mendiamkan diri dan hanya melihat seorang gadis  melayu yang cantik berpakaian baju kurung yang berada di belakang makcik tadi . Tiba giliran aku untuk berdaftar . Terlalu banyak borang dan maklumat yang perlu diberikan . Akhirnya , semuanya selesai . Makcik tadi dan gadis yang berbaju kurung itu lesap dalam pandanganku .

Selepas selesai berdaftar , aku terus pergi ke hostel untuk meletakkan barang-barang keperluanku . Disana ramai yang aku jumpa . Sepertinya ada senior dan junior sepertiku . Aku cuba menyesuaikan diri dalam suasana dan keadaaan yang baru . Kami berkenalan antara satu sama lain . Setelah siap berkemas dan berkenalan dengan mereka , aku mengajak keluargaku untuk luangkan masa saki baki ini .




 Hihi . Okay ke kawan-kawan ? Yang lain aku masih mencari idea untuk menulis . Permulaan kita berkenalan dan sebagainya . Kalau korang baca mesti korang tergelak sendiri . Maybe ? Sebab aku akan guna nama sebenar . Hihi . Takdenya nama tipu macam sameon ke tipah ke ali ke . No no no . haha . Hope korang enjoy ! Assalamualaikum :)





menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas