Sunday 30 September 2012

Taktau nak taip apa tapi ?

Assalamualaikum .

Hurmm .
Celik mata bukak facebook saja .
Tengok notifications , tengok news feed , log out .

Hurmm .
Bukak utube .
Layan kuch kuch hota hai .

Hurmm .
Bukak facebook lagi .
Ahhh bosan .

Hurmm .
Sedih tak dapat jumpa si dia .
Dah lama tidak bersua muka dengan dia .

Hurmm .
Sampai sekarang .
Sampai sekarang dia tak reply mesej .

Hurmm .
Marah ?
Merajuk ?

Hurmm .
Sepatutnya engkau sudah memahami .
Tapi ... ?

Hurmm .
Aku tak tahu .
Tak tahu ..

Hurmm .
Janganlah berdiam diri saja .
Muncullah .

Hurmm .
Maap .
Aku bukan seperti gadis lain .

Yang hanya mampu berdiam diri dan bersabar ,
Nur Syahirah Binti Mohamad Omor .
130694.

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Friday 28 September 2012

Takde kerja , cari kerja ..

Assalamualaikum .

Whoa ! Semangat aku nak update blog . Ahaha . Disebabkan aku berjaya buat benda ini !
Excitedddddd giler . Ahaha . Mungkin orang pikir .. "Alah , senang jew buat benda nie . Itupun nak excited -_- " . And hati suka korang larh nak pikir apa . Janji hidup aku bahgia . Hoho :)


Inilah dia :)
Takde kerja , cari kerja .
Akhirnya dapat gak aku buat style nieeee :')
Senyum lebarrrrrr eden :D
Boley larh pakai waktu wedding cousin ayah :D

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Saturday 22 September 2012

Perubahan . InsyaALLAH .

Assalamualaikum .

Tiba-tiba terasa ingin menaip tatkala hati rindu pada sidia yang sudah lama tidak bersua *Ahaha . Puitis kan ayat eden ? Hihihi . Jika ada jodoh , takkan kemana hubungan itu . Aku hanya mampu berdoa :)

Tajuk entry kali ini memang memberi impak kepada diriku kerana ia menjamin kehidupan aku diakhirat kelak . Ya , perubahan itu yang aku akan lakukan . Dari semua segi . Aku ingin berubah menjadi yang terbaik buat keluargaku . Aku sudah cukup dewasa untuk memikirkan dosa dan pahala .

Kenapa timbul perasaan ingin berubah ? Sebabnya aku rasakan dosaku terlalu banyak dan hidup aku bergantung pada ALLAH s.w.t . Alhamdulilah , ramai jugak rakan-rakan di fb post sesuatu yang boleh aku manfaatkan . Ada jugak rakan-rakan yang memberi kata-kata semangat untuk aku berubah menjadi yang lebih baik . Begitu jugak dengan ayah dan ibu kerana mereka jugak memberikan "sesuatu" pada diriku . Walaupun aku belum berubah sepenuhnya tapi sedikit demi sedikit aku cuba melangkah untuk berubah . Suatu ketika dahulu ayah pernah berkata " Ayah dah sekolahkan korang dan memberi didikan agama . Dah besar dah boleh pikir ". Masa itu aku terus tersentak dengan kata-kata ayah . Sungguh mendalam kata-katanya . Sampai sekarang aku ingat kata-kata ayah . Kalau nak keluar je mesti aku ingat kata-kata itu kerana ayah menegur cara kami ( aku dan kakak ) berpakaian . Biasalah , cara pemakaian anak gadis sekarang . Tapiiii tidaklah sampai menjolok mata kaum adam . Kami masih mengekalkan pemakaian hijab . Tidak pernah sesekali membuka hijab untuk tontonan khalayak ramai . Dari kecil lagi kami telah di didik memakai hijab .

Hj.Mohamad Omor bin Giman bersama pasangannya Siti Jamaliah binti Jajuli
Ayah dan ibu tidak pernah mengabaikan kami malah menegur kami dengan cara baik . Dan kami hormat teguran itu . Walaupun aku tahu , jika seseorang itu sudah baligh maka dosa dan pahala kita yang tanggung * Kalau salah tolong tegur . Tapi tanggungjawab seorang ayah itu pasti ada . Ayah jugak yang akan menerima balasan jika tidak menegur anak-anaknya jika membuat salah . Aku taknak ayah menerima balasan yang kurang baik atas kesalahan diriku . Aku cukup takut bila memikirkan soal itu . Biarlah ayah menerima balasan yang baik saja . Biar aku yang menerima balasan itu jika aku yang bersalah . Setiap hari aku berdoa , yang aku sentiasa berada di jalan yang lurus . Setiap hari aku berdoa , agar ALLAH sentiasa bantu aku untuk berubah . Aku ingin mencari Hidayah ALLAH . Semoga aku dapat mencarinya . Aku taktau berapa kalikah aku membuat dosa dan berapa kalikah aku membuat pahala ?Orang lain nampak aku happy tapi hanya hati ini saja yang tahu bagaimana perasaan ini seperti terumbang-ambing mencari kebahgiaan dalam Islam . Dan aku cuma berharap , yang aku menemui kebahgiaan itu :) .


Tercapai hasratku ingin memakai jubah dan saya lebih selesa memakai begini . Teruskan doakan saya istiqomah dalam mengejar hidayah ALLAH . Aamiin . Saya harap sesiapa yang membaca blog kerdil ini , dapat membimbing saya menjadi yang lebih baik dan mudah-mudahan urusan kita mencari redha ALLAH dipermudahkan olehNYA . Aamiin .

Sabtu / 22.09.2012 / 4:50pm

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Thursday 20 September 2012

Jelajah Merdeka di Melaka .

Assalamualaikum .

Alhamdulilah aku masih bernyawa dan dapat melihat wajah orang yang aku sayang . Sekarang aku dalam cuti sem selama 3 bulan . Lama kan ? Hihi . Ayah dengan kakak ku sudah menyuruh aku carik kerja tapi aku rase takde feel nak kerja lagi . Takde geng ar . Huhu . Tapi insyaALLAH aku akan try jugak sebab banyak yang aku nak beli . Semuanya benda penting . Nanti kalau aku dah dapat benda tuh , aku story kat korang :)

So , cuti 3 bulan nie aku nak start balik berblogging . Sudah lama aku tinggalkan hobi aku nie . Minggu lepas adalah hari terakhir aku menjadi seorang "pramusaji" . Dan minggu lepas jugak ada exam . Alhamdulilah , kitaorang semua dapat buat walaupun banyak rintangan yang kami alami ( wowwww ! ayat skema . Hihi ) .


Gambar akhir dress up cam gini . Dari kanan Athirah , Sue , Hidayah , Adau , Ecah dan Hayatul . Aku ? Aku takde . Aku yang tgkp gmbr diaorg :)

Hari jumaat 14.9.2012 : Hari Pertama : Pukul 2.00pm tapi gerak tak tepat pada waktunya . Normal !

 Dalam minggu itu jugak kami ada program . Program "Jelajah merdeka" . Program tuh macam rombongan sekolah ke tempat-tempat bersejarah . Hihi . Program tuh berlangsung selama 3hari2malam .




Caption 1 : Dari kiri : Liyana , Lynda , Mas dan Adau .
Caption 2 : Dari kiri : Waida , Kak Syairah dan Athirah .

Berposing before naik bus . Hanya beberapa orang jew time nie . Dah larh petang , syok tidoo . Suasana pun sunyi jew . Hoho . Kami gelakgelak , talking-talking .. Dah macam lagu Aliff Aziz . Hihi . Yang penting budak laki batang hidung pun tak nampak . Ayoyo . Bila lect panggil nak check nama , semua berkumpul dan get ready naik bus . Semua berlari sebab nak dapatkan tempat . Ahaha . Macam-macam . Tak macam budak kolej . Macam budak sekolah jew . Aku larh tuh . Hihihi .  Dalam bus semua buat hal masing-masing . Ada yang tidur , ada yang talking-talking , ada yang memekak . Hihi . Aku just diam jew sebab tak sehat . Aishh , rase takde mood pun ada sebab pergi dalam keadaan kurang sihat . Huhu . Sabar jew larh .

Sesudah sampai , kami betepek dekat Garden City . Tempat penginapan kami . Wowww ! Punyelah lama kitaorg betepek kat situ . Dah lama sangat tggu , kitaorang dengan muka comei , dok bersila dekat situ . Hihi .



At Garden City . See ? Baru percaye kan ? Kalau tak caye , problem ar tuh . Hihi .

Dalam beberapa minit , kitaorang dapat kunci bilik . Maka , berjalanlah kami ramai-ramai menuju kew bilik . Dah sampai bilik , semua jakun nak posing . Hihi . Termasuklah aku sekali . Alaa , normal ar tuh kan .. Orang kata , buat kenangan .


Ecah and Waida .
Inilah bilik kami . Ada 3 bilik . So , Athirah chop bilik nie sebab kitaorang ramai . Ada 6orang yg share bilik nie . Hah , cane kitaorang tidur tuh , pandai-pandai ar hidup :D . Kami "selongkar" apa yang ada dekat dalam rumah tuh . Part paling best ialahhhh ....



Ini dia .. dapat lihat pemandangan bumi ALLAH ini . Cantik kan ? Kitaorang stay tingkat 14 . Memang seram ar . Terasa gayat giler . Aishh . Gambar waktu siang dan malam . dan aku sempat berposing . Hihi .



Ada macam model tak ? Hihi . Terasa tenang bila melihat pemandangan disitu . Segala masalah hilang buat seketika waktu setelah aku melihat pemandangan itu . Btw , gambar nie memang spontan sebab aku taktau pulak waida tangkap gambar dengan aku sekali . Memang bonus ar . Hihi . Sebelum maghrib kami bersiap-siap nak pergi Masjid Selat Melaka tapi kami terlambat siap . Nasib baik kami tak kena tinggal dengan bas kalau tak memang dok kat apartment tuh jew ar . Hihi . Dan disebabkan kitaorang lambat , terpaksalah berlari dan aku mendapat title dari kawan-kawanku " Ustazah rock" Disebabkan aku pakai jubah dan kami berlari beramai-ramai . Hihi . Itu kenangan yang best bagi aku :) . Yang penting malam tuh after balik dari masjid , kitaorang tidur lambat disebabkan masing-masing pening nak pakai baju apa dan semua tak mengantok lagi . Hihi . Banyak ragam malam tuh :D

Hari ke2 : Sabtu 15.9.2012

Awal-awal dah bangun walaupun rasa malas nak bangun . Tidur pakai aircond kan . Memang sedap ar tidur . Walaupun tidur berhimpit 5orang atas katil . Sorang lagi kawanku dia tidur dekat luar . Sebab dah tak muat nak tampung 6 orang . Nasib badan comei2 jew . Hihi . Kami bersiap-siap dan menuju ke Masjid Selat Melaka dengan menaiki bas . Abang Amin jadi pemandu pelancong kitaorang . Dia sangat comei + Handsome so better aku takyah tayang kat sini . Hihi . Lagipun aku tak tangkap gmbr dengan dia . Hihi . Abang Amin byk buat penerangan dekat kitaorang . So aku dengarlah jew larh tapi otak kata nak baring jew sebab demam :'(


Kami didalam Masjid Selat Melaka . Sesudah sampai sini semua carik port untuk tangkap gambar . Hihi . Ekceli , datang sini sebab adakan gotong - royong tapi takde pun untuk di gotong - royongkan . Boley pulak kawan aku melawak dengan pakcik cleaner tuh sebab baju kitaorang sama biru . Hihi . Pakcik tuh pun sporting . Hihi . Masuk masjid memang dah tenang tapi bila tengok laut nie lagilah tenang . Terasa macam ada sesuatu yang masuk dalam kalbuku . Huhu .



Kami pakai baju koperat . Lawa tak ? Hihi . Mestilah lawa , kami yang pakai . *Joke . Hoho . Kawan-kawanku dari kiri Azie , Hidayah , Anizah , Athirah and Waida .



Nie kawan-kawan yang lain . Kami memang giler kamera . Harap maklum ye . Hihi . Biasalah memandangkan kami bukan anak negeri Melaka , haruslah kami bergambar sakan . Hihi . After dah abis berposing , kami gerak ke Muzium . Tak lama , tahu-tahu dah sampai . Hihi .



Saya dah sampai Melaka . Apa itu ? Cer larh teka . Kalau betul dapat seringgit dari saya . Serius tak tipu >.< Ada banyak yang aku tgkp tp aku just tunjuk nie jew . Hihihi .



Ini ialah budak class aku . MKU05 . Dari atas Fariz, Shamim , Azrul , Mas , Hazirah , Lynda , Basri , Liyana , Aminin dan Waida . Bawah : Bob , Anizah , Hayatul , Aku , Sue , Ecah and Adau .Yang 2 orang tuh , sorang lg taktau nama dia . Sorry >.< . Yang lagi sorang nama dia Sabri . Ada lagi yang takde nie . Masing2 pergi cuci mata . Hihi .




Cenderahati yang ada di Melaka . Dan paling aku tertarik beca disana dihias dengan cantik sekali . Ada macam-macam warna yang mereka hias bagi menarik pelancong yang melancong di Melaka . Rasa teringin pulak nak naik . Hihi . Cantik an beca tuh . Ada bentuk love :) . Lepas melihat khazanah-khazanah didalam muzium , kami semua bergerak ke Politeknik Merlimau sehingga malam .

Hari ke3 : Ahad 16.9.2012 ( Penutup )

Aku terbangun lambat . Kalau tak dengar diaorang bising confirm aku tak bangun lagi . Diaorang pun bukan nak kejut . Aishhhh . Tapi tak marah diaorang pun disebabkan aku terkena penangan ubat waida . Memang tak sedar apeee pun . Hoho . Cepat-cepat amek towel then siap-siap . Turun bawah semua dah berkumpul dan mencari bas masing-masing . Ada jugak yang talking-talking ,tangkap gmbr . Hah , itu kami . Banyak ragam mase kitaorang tangkap gmbr tuh . Funny giler . Hihi .

Kami naik bus ini . Bus kami ! Hihi . Kolej Komuniti Bukit Beruang :) . Nampak tak muka ceria kami ? Kami memang sentiasa ceria . Hihi . Semua cantik dan segak-segak belaka . Hoho . Selepas itu , kami bergerak menuju ke Dataran Pahlawan . Dataran Pahlawan nie kalau waktu malam , cantik giler . Aku tahu pun sebab mase otw balik dari masjid , pakcik bus tuh lalu kat situ . Memang ramai orang hang out . Aku tak pernah lg hang out kat situ . Maklum ar , takde orang nak ajak . Huhu . Kesian tak ? :D *Joke .


Kami dah sampai di Dataran Pahlawan . Bersemangat diaorang nie ! Hihi . Bagus-bagus . Amalkan selalu ye :) . Dah sampai dekat situ kami terasa macam blur sekejap sebab yang ada kat situ hanya kitaorang jew . Kolej lain tak nampak pulak . Tapi kami wat relak dulu . Kita posing dulu . Hihi . Jakun tak ? Haruslah :D





Meriam buatan kami ! Hoho . Macam-macam ragam korang nie . " Waida , beratlah sangat kan meriam tuh " . Ahaha :P
Rupa-rupanya kami tersalah tempat . Sepatutnya kena pergi Sungai Melaka . Itulah tempat berkumpul yang sepatutnya . Kami pun berjalan beramai-ramai bersama lect kitaorang . Sepanjang program , kami asyik lost jew . Tak paham betul ar . Apa-apa pun ia kenangan yang terindah buat semua walaupun ada peritnya .


 Hanya mampu tangkap dari tepi . Next time nak pergi lagi larh dengan ibu ayah anddddddd hihihi :)


Dah sampai Sungai Melaka . Masing-masing duduk dalam keadaan cuaca yang baik walaupun sedikit rasa kepanasannye . Hoho . Fariz tak abis-abis mengacau . Untung takde Aminin , confirm kena cucuk jew . Hihi .


Kembar . Diaorang nie tak boley berpisah . Kembar larh katakan . Dah larh muka sama , suara pun sama . Hoho . Tapi best . Diaorang nie mesra alam . Tak segan kawan dengan diaorang :)







Kami anak merdeka ! Hihi . Azizi marah kalau letak bendera dekat bawah . Kena pegang jew . Hihi . Memang terbaik larh Bosssss :)
 

Kompang dari kolej kami . Terbaik ar diaorang . Comei + segak-segak belaka . Tak semua perempuan nak masuk kompang  . Tabik springggg dekat diaorang .

Kami pun berarak beramai-ramai . Penat tuh memang penat tapi seronok jugak larh sebab ada geng . Kitaorang langsung tak berpisah . Ye ar mane nak kenal orang kat situ . Dalam pukul 11 lebey dah abis program tuh . So kitaorang amek makanan dan tggu bus sampai datang . Alang-alang menyeluk perkasam kitaorang pegi mcd . Nasib mcd dekat jew .


Inilah geng-geng mcd . Sama dengan aku jugak . Teringin nak makan mcd . Sekali dah dapat . Kenyang . Tapi tak dapat beli mcFlurry . My faveret . Sakit punya pasal aku sabar jew . Tapi coke aku bedal jugak . Ahaha .


Akhir kata , kami pulang dengan selamat . Masing-masing buat hal sendiri dalam bus . Yang depan dok layan citer apa ntah . Aku pun taktau . Senyap jew . Yang kat belakang macam nak pecah . Hihi . Diaorang buat drama sendiri kat belakang >.< . Apa yang penting , aku happy dengan diaorang . Walaupun tak sihat . Waida and Ecah thanks amek berat pasal aku . Lega sikit pakai tiger bam ko tuh :D . Hope kita jumpe lagi tahun depan dengan semangat yang baru . Dan hope hubungan kita semua kekal hingga akhir hayat . Sayang korang :)



The End .


MKU CHAIYOK ! Hwaiting !








menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Sunday 2 September 2012

Kami bertiga ..

Assalamualaikum . Harinie dah nak balik Melaka :'(


Semalam date dengan mereka . Akhirnya dapat jugak jumpa , walaupun sekejap jew . Kbai Ieka (yang pakai tudung purple tuh) . Minggu depan dia pergi PLKN . Tempat yang ibu aku tak bagi pergi . Huhu . Btw , pakcik aku kata , takde yang best dekat sana .. Yang best pun jumpa kawan baru . Hoho . Tapi takpe . Lain orang lain keseronokannye . Bila pikir balik , aku malas pulak nak gi . Hihi . Apa-apa pun gud luck untuk kawan aku sorang nie :) . Lepas 3bulan . Jumpa lagi yeeeeee .

Lepas jumpe diaorang . Rushing pergi rumah pakcik . Rasa macam tak larat nak gerakkan kaki untuk berjalan . Sebab apa ? Sebab pening kepala dari bangun pagi . Nak jalan pun tak boley . Terhuyung - hayang . Macam orang "mabuk" jew jalan :D . Story betul nie . Tak main ar tipu-tipu . Tapi aku degil jugak . Disebabkan nak jumpa mereka diatas itu . Heee :) .

Dalam kegembiraan pasti ada kesedihan . Cukup ! Aku taknak nangis sebab hal tak munasabah ! :'(

Handsome tak ? My L.O.V.E larh tuh :D

Alhamdulilah . Sakit semalam dah elok .

Taknak ingat pasal semalam .

Nak lupakan perkara sedih semalam .

Kbai .

The End .

:)

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas