Sunday 6 January 2013

Esok class !

Assalamualaikum .

11.36pm still nak menaip . Diaorang kat luar tengok AJL tapi aku mata dah mengantok . Plus takde hati nak tengok dah . Selalu tengok dgn ibu ayah dan kakak tapi sekarang berbeza . Rasa rindu mulai terasa :'(

Esok dah start class . Nak solat pastu iron baju . Pastu nak cakap dengan Mr.F pastu tidur !

Kbai . Gudnite . Assalamualaikum :)

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Trima kasih Memori :)



Saya bukan seorang yang berniqab tetapi saya cuma menjadi lebih baik :)

Assalamualaikum .

Entri kedua dalam tahun 2013 . Hurmm , rindu ibu ayah dengan kakak . 3Hari takde class . Tapi ibu ayah tak kasi balik . Maybe sebab susah kowt . Baik rehat je dekat Melaka nie . Fuhhh , Esok dah start class . Hope tak bangun lambatlah . Ingat esok ISNIN bukan AHAD lagi ye Nur Syahirah ! No more holiday lagi . Cengginilah kalau dah lama sangat cuti . Nak refresh balik susah sikit . Bersemangat sikit , Nur Syahirah ! :)

Ekceli , aku nak story pasal detik aku bersama Facebook . Eceh , ayat nak good2 je . Ahaha . Korang join Facebook bila ? Aku Tanya nie sebab entah kenapa aku tetiba nak tengok post yang dah lama aku tinggalkan . Aku join facebook sejak 25September2009 . Lama kan ? Dah berapa tahun tuh ? Kira sendiri ye :) . Masa mula2 nak join fb punyalah kelakar . Sebab taktau sangat guna benda tuh sekali dah dapat ... Hah ! Amek kauuuu . Ngee .

So, bermulalah pengembaraan aku menerjah Fb . Entah semalam aku tergerak nak tengok post yg lama-lama tuh . Saje nak ingat balik memori tuh . Nasib baik memori yg kelakar je yang banyak . Kalau tak "hujan" turun pulak kat mata aku nie . Tapi adalah sikit sedihnya tuh . Bila usha balik , rasa macam terharu pun ada gak . Dan rasa macam . "Eh , nie aku ke ? . Nampak sangat aku berubah sedikit demi sedikit . Penulisan aku kat fb pun dah lain . Dulu macam budak tak gi skolah  sekarang dah matang . Aku nampak tuh ! Rasa malu jugak pun ada .

Banyak sangat memori aku jumpa . Dan tengah belek-belek , aku terjumpa ada orang post kat wall aku . Kenapa aku tak pernah sedar selama nie ? Sape orang tuh ? Takyah lahh tau . Biar aku je tahu . Hee . Dan tengah belek lagi jumpa MR.F antar post kat wall aku dan aku punya bacalah segala comment yg aku rasakan merepek satu masa dulu , tetiba aku baru sedar yang dia memang betul kotakan janji dia apa yang dia cakap tuh . Punyalah lambat kau nak sedar , Nur Syahirah ! Kenapa ? Maybe masa tuh aku takut + fobia dengan manusia yang bernama KAUM ADAM . Akhirnya , dia dapat aku gak . Ngee . Hee . Apa-apa pun , dia dah dengan aku sekarang . Maapkan aku kerana lambat sedar dengan segala keikhlasan kau tuh :'( . Tapi apa-apa pun kami hanya merancang dan sebaik perancang ialah ALLAH :) . Okay , done story pasal dia . Hee .

Dalam aku membelek fb , aku rasa dulu aku tak patut jadi macam tuh . Adalah sikap negative dalam diri . Dan alhamdulilah aku sedikit demi sedikit berubah menjadi yang lebih baik . Cumanya nak istiqomah tuh susah sikit . Tuh sebab asyik kena marah dengan ibu ayah kakak and dia je . ALahai , Nur Syahirah . Tak abis2 nak bagi orang marah . Huhu . Apa-apa pun , thanks pada diaorang yg sentiasa berada disamping aku :) . AKu rasa aku dah mcm takde idea lahh pulak . Tadi ada je idea , tetiba boley pulak hilang . Aiseymann .

Cuma kesimpulan yang aku boley buat ialah .. Setiap manusia pasti akan ingat balik memori lama untuk dia buat rujukan pada masa hadapan . So , aku nampak perubahan aku dekat situ . Dan kini aku try untuk slowkan hobi aku melayari internet kerana ingin berubah mnjadi lebih baik :) . Sebab bila aku pikir balik , kalau kita lalai sangat dengan benda nie , ia akan mempengaruhi diri kita sendiri . Melayari internet nie boley mencetekkan akal pikiran kita . Cer pikir betul-betul ye :)

Tak semua manusia itu nak jadi jahat sepanjang masa , cuma kekangan masa dan sokongan membataskan dia menjadi seorang yang lebih baik . Dan umur seseorang jugak boley mematangkan diri seseorang itu . Okay , aku rasa macam dah merepek sangat nie . Nanti korang tak paham pulak :)

Kbai . Tingkatkan pahala . Kurangkan dosa :)

Nota: Blog buat hal . Org nak letak gmbr dekat bawah tapi jadi atas pulak . Malas nak betulkan :(


menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Thursday 3 January 2013

Minggu depan bermulanya perjuanganku !

Assalamualaikum .

Alhamdulilah semuanya dah setel walaupun ada problem tadi . Itupun sebab aku yang buat . Huhu . Sorry ibu ayah .Tapi akhirnya , dapat gak setel . Aamiin :) .  Now dekat Melaka tengah berehat-rehat bersama kitkat . Okay , tipu je . Ngee . Hee . Yang bestnya , 3hari takde class . Minggu depan baru start belajor . Yayhoo ! . Esok boley tido lama sikit . Hee . So new journey is begin ! Woww . Tak sangka aku nak masuk kitchen dah . Chef Nur Syahirah sila bersiap sedia berhadapan dengan peperangan yang akan berlaku tak lama lagi *Muka bersemangat .

Aku rasa sampai sini saje . Penat tak terkata nie . Dah tertunai janji aku nak update . Semalam terlupa nak update sbb busy sangat dengan nak pack barang .


                                              Kbai . Assalamualaikum . Takde care semua :)

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Wednesday 2 January 2013

Bai 2012 . Hye 2013


Assalamualaikum .

Alhamdulilah aku masih bernyawa dibumi ALLAH ini . Rasa bersyukur sangat sebab aku masih boleh tatap wajah orang yang aku sayang dan mengejar cita-cita aku . To be a successful Chef :) . Betul ke ? Betul lahh kan .. Hee .


Setiap orang semua akan buat Azam untuk tahun kehidupan dia yang baru . Aku semestinya ada azam tapi aku takut tak dapat nak buat . So , takdelah azam . Cuma aku berharap , apa yang aku inginkan aku dapat capai . Apa yang aku nak ? Aku nak jadi ...

     1. Seorang hamba yang taat pada perintahnya .
     
2. Seorang umat yg mengikut sunnahnya .
    
3. Seorang anak yang solehah .
     4. Seorang insan yang sentiasa inginkan buat yg terbaik .
     5. Seorang anak murid yg mendengar kata seorang Pensyarah .
     6. Seorang kawan yg sentiasa menyenangi kawan-kawannya .
     7. Seorang yg Berjaya dalam bidang KULINARI , Dunia dan Akhirat .
     8. Seorang muslimah yg terbaik .
     9. Nak sambung study dalam DIP.
    10.Seorang isteri yg solehah . Tett ! Hee . InsyaALLAH .

Hah .. Banyaknya aku punya list . So aku harap sangat apa yang aku listkan dekat sini or not aku  harap dapat buat dan capai semua tuh . Eh ? Jap .. Yang nmbr 10 tuh lambat lagi . Tunggu aku abis dip . Dah ada kerja tetap baru aku jemput korang eyh . Hee . Korang doakan eyh yang aku boleh capai semua tuh . Aku pun akan doakan korang :) . Sama-sama kita berdoa .

Malam tahun baru aku takde sambut pun . Just stay dekat rumah sambil layan cerita dengan family . Takde nak sambut besar-besaran . Aku pelik kenapa bila time MAAL HIJRAH disambut dengan sederhana tapi TAHUN BARU sambut gila-gila . Sebenarnya , diri sendiri kena belajar supaya jangan leka dengan Duniawi . Harinie keluar berita macam-macam pasal tahun baru . Terlau social sangat . Aishh . Geram hati nie bila dengar berita macamtuh . Tapi ALHAMDULILAH , katanya dekat Karnival Selangor kalau tak silap lebih ramai umat manusia yang membanjiri majlis tuh berbanding tempat2 yang lain . Yelah ada selebriti terkenal dengan para ulama yang sentiasa berusaha membantu kita ke arah kebaikan . Alhamdulilah . Syukran Ya ALLAH :) . Aku tak pergi tapi aku dapat rasai semua tuh :) Aku pun nak macam diaorang , berubah ke arah kebaikan . Setiap orang pasti ada NIAT ingin menjadi lebih baik . Fitrah manusia yang akan kembali pada penciptaNYA :) .

Harinie aktiviti aku just online . Lepastuh uruskan hal kolej then pergi jumpa dia . Tak sangka ibu ayah bagi . Dan nasib baik ibu ayah amek and hantar aku pegi jumpa dia . Lagipun kebetulan nak keluar . Mintak2 ibu dengan ayah restu hubungan kami and dapat accept dia . Hati aku tersangat gembira pasal nie . Hee . Ibu dah tahu hubungan aku dengan dia tapi taktau pulak ayah . Maybe ayah dah tahu kowt . Sebab ibu bagitau . Tapi bagus gak sebab ibu ayah dah tahu aku berkawan dengan siapa . Tapi mungkin jugak sebab aku dah besar . Takkan nak kawal sangat . Perangai ibu ayah jenis tarik tali . Ada batas2 dia . Alhamdulilah aku dikurniakan parents macam ibu dengan ayah :) .

Apa-apa pun aku bahgia dengan kehidupan aku . Dan aku rasa aku dah semakin matang untuk pikir semua nie . Umur pun dah 19 . Tapi angka itu tiada kesan dalam hidup cuma amalan itu yang perlu diubah dan ditingkatkan . Aku dapat terima hakikat kehidupan aku sekarang . Hidup biar sederhana agar sentiasa mendapat redha ALLAH . Bila diingat balik tentang kehidupan aku , rasa serba salah dengan ibu ayah . Asyik menyusahkan mereka je . Now , aku taknak susahkan ibu ayah . I need change ! Takut jugak meniti kehidupan seorang yang lebih dewasa . Huhu . Apa-apa pun aku kena hanrungi jugak :) . Eh ? Rasanya dah panjang lebar aku tulis . Malam nie aku sambung lagi menaip ye . Kalau nak tahu pasai apa , mu tunggu je la yoh . Hee .

Okaylah . Takat sini dulu ye . Tingkatkan pahala , kurangkan dosa :) . Assalamualaikum .

 

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas