Saturday 31 March 2012

Offer belajar dari KLMU :D

Assalamualaikum dan salam 1 blogger.yeah!akhirnya aku dapat meng-HUPDATE blog lagi.Aku suka!Aku suka!Korang tak suka sudah.HAHAHA.

Alangkah gumbiranya hatiku bila aku dapat offer dari KLMU.So mula larh berangan yang aku bakal jadi CHEF yang terkenal.HAHA.Mulanya macam nie,aku dapat call dari seseorang pada pukul 7:42pm bertarikh 30.3.2012 tapi aku tak angkat disebabkan aku tak dengar.Aku pown pelik sapo larh call eden nie??.."Orang itu" tidak berputus asa dia call lagi pada pukul 8:01pm dan aku angkat dan jawab dengan berhemah dan berlemah-lembut.Ayu tak?HAHA..Okay,
SILA BACA PERBUALAN DIBAWAH JIKA INGIN TAHU KISAH SELANJUTNYA.TERIMAKASIH :)

A:PIHAK KLMU
B:PIHAK KLMU(orang atasan)
C:AKU
Babak 1
A: Hello!nie nur syahirah kew?
C: ye saya.nape?
A: okay,tahniah anda terpilih untuk sambung belajar dekat KLMU dalam course kulinari.
time nie aku diam sebab terkejut =,=''' .dia sambung..
A: memang minat ke nak amek kulinari.
C: yyup!sgt minat (excited bhai :D)
A: kalau berminat saya serahkan pada bahagian pihak atasan untuk lebih lanjut ye.sekejap ye..
C:OKAY!!(excited lagi!!!!)

Babak 2
pihak atasan cakap dengan aku larh!!hehehe
B: Assalamualaikum.nie nur syahirah kew?tahniah sekali lagi anda terpilih sambung belajar dekat KLMU course kulinari
C : (Terkejut aku dengar suara dia.haha) emm..ye saya..tapi macam mane saya boley dapat offer nie sedangkan saya tak apply pown?(serius!aq mmg tak apply pown)
B: Kami kat sini dah check keputusan anda dekat skola.dan anda lulus kan.dapat berapa kredit?
C: Saya dapat 5 kredit.emm
B: So nak tak offer nie?
Lepas orang tuh tanya soalan tuh aq rase pelik sbb dgr org gelak then tiba-tiba suara "pihak atasan" tuh aku macam kenal!!!!! tapi aku buat dont know lagi..
C: Emm,kena tanya parents dulu larh,Boley kew tak belajar kat sana..Nape gelak?..emm..boley tak tanya nie nama sapa?(aku jadi tak tentu arah sbb dgr suara org gelak lagi dan suka ati aku jew nak tau nama dia.HAHA)
B: Nie org belakang yang gelak.So nak tak offer nie?
C: Emmm..kena tanya parents dulu

Lepastu,aku dengan "Orang atasan" nie diam.Kami membisu.Tak lama lepastu dia tanya lagi dan tiba-tiba dia dan juga pihak KLMU gelak dan aku macam agak dan tahu siapakah beliau!!!
Rupa-rupanya capital F dengan membe dia mempermainkan aku.OH TIDAK!!!dan aku pown terus jerit dekat telinga dia.Lantak pi ar.Sape suruh buat cik macam nie?huhu..Aku rasa telinga dia berdarah kowt.HAHA.Sampai hati buat saya macam nie tapi its okay..Lagipown mase tuh aku bad mood dan dia datang dengan membawa kegembiraan padaku.HAHA.Bila aku pikir balik,sangat kelakar dan sepatotnye dah lepas office hours mane ada orang buat call lagi kan?Kenapa larh aku tak perasan dari awal lagi!!!eeee!!Tapi yang best KAMI sama-sama gelak :D
He always give me surprise.smile for you  capital F

THANKS ALLAH :)



menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Tuesday 27 March 2012

Saya bukan budak SEKOLAH LAGI !

Assalamualaikum dan salam 1 blogger.Sudah lama tidak menyibukkan diri menulis blog.Almaklum larh busy.*cehh busy larh sangat.HAHA.Sudah 7 hari berlalunya musim KEPUTUSAN SPM dan aku agak sekarang nie semua sebaya dengan aku dok depan laptop tengah usha U atau kolej nak masuk mana kan?So macam tuh jugak dengan aku.Aku pown taktau nak masuk mane.So kesimpulan disini aku bukan lagi BUDAK SEKOLAH YANG COMEI.HAHA.Bila aku inga balik memori bersama cikgu aliza dekat bilik ert masa amek keputusan tuh aku rasa macam rindu giler nak pergi sekolah.Dulu hanya sekolah tempat aku berhibur.Takde tempat laen dah.Bangun pagi siap-siap nak pergi sekolah pastu dah abis waktu sekolah balik rumah buat apa yang patot then esok bangun pagi buat benda yang sama.Dulu HANYA SEKOLAH dunia aku.
rindu nak pakai baju sekolah ;(


Tapi sekarang dunia aku still sekolah jugak,iaitu SEKOLAH MEMANDU.yeah!esok sambung kelas lagi.Nak abiskan cepat!*aku dari aritu nak abiskan cepat tapi tak pown.HAHA.Wa dah malas nak bangun pagi menunggu orang amek dah :( .Nasib baek kelas wa hanya sampai tengah hari jew.SELAMAT!Boleh membuta.HAHA.

Aku kebingungan + kepakuan + kediaman.chop?kediaman??HAHA.lari tajuk syira!HAHA. nak masuk mana bila orang mulai tanya nak sambung study kat mana..Tapi aku dah usha + apply mane yang patot dan ini listnya :-

1.UPU
2.Kolej PTPTL -----> aku amek dekat shah alam sebab ada course yg aku nak!culinary arts :)
3.Kolej polytech mara
4.UiTM -------> yang nie kwn kakak aku yg rekemen kan.kalau aku nak amek course yg sama kena amek dekat dungun,terengganu ;(
5.FIM

Semua diatas adalah course yang sama aku amek.aku tak minat ar bidang laen.Ottoke?Tapi kalau dah memang tak dapat apa yang aku nak,aku kena amek course laen..Kena keluar dari diri ini :( . Aku hanya mampu berserah PADA YANG MAHA ESA ;) Tapi kita kenalah berusaha untuk bangun malam dan buat solat hajat atau solah istikharah kan? :) Okay larh aku rasa dah panjang entry nie.Sorry.chaw dulu.Assalamualaikum :)

p/s: maybe sy akan berjauhan dengan family,kawan2 dan sidia tapi ALLAH tetap ada dekat dalam diri kita jika kita sentiasa mengingatiNYA ;)

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Thursday 22 March 2012

21 mac result + mr.right

Assalamualaikum semua dan salam 1 blogger.Rasanya sudah lama tidak menghadirkan diri dalam bidang blogging nie.Dan hari ini hati ini meronta-ronta untuk menaip.

Ada apa dengan tarikh semalam iaitu 21 mac 2012?oh ya,semalam adalah keluarnya result bagi pelajar yang telah menduduki peperiksaan pada tahun lepas iaitu S.P.M.Perasaan pada pagi hari telah memberikan aku seribu satu keresahan dan kegelisahan dalam menunggu result yang membawa aku dalam menuju masa depan.Dalam pukul 10 lebih kami dibenarkan mengambil result.Dengan tidak rela hati aku mengambilnya kerana cikgu memanggil namaku.Dan keputusannya,ALHAMDULILAH walaupown tak seberapa yang aku dapat.Yang menjadi kepelikan dalam diri aku adalah aku tak nangis pown bila dapat result cuma aku rasa sedikit kecewa.Mungkin aku telah redha dengan pemberianNYA.Aku bersyukur dengan telah apa diberikan olehNYA.Selepas dapat result,kitaorang meng-ENJOY kan diri dengan melepak di bilik ERT kitaorg dengan cikgu ALIZA.cikgu kesayangan kitaorg.(hanya budak ert jew) .Macam-macam yang kami sembangkan..cuma diaorang larh..aku tak pown.sebab dah banyak mulut so aku taktau nak cakap apa + aku nie pendiam + pemalu tak bertempat.HAHAHA.Dan semua tuh hanya seketika jew..Tepat jam 1.05 budak skola balik kami pown balik sebab dah abis masa skola.Kitaorang saje balik ikowt time skola.HAHAHA.

bekas calon spm 2011





kami happy dan kami lulus ^_^

Inilah muka-muka bekas pelajar spm 2011.Aku yang pakai baju biru..kami ayu tak?hehe.Congrats korang ^_^ .After that,kitaorang gerak mcD.Ramai gak budak-budak skola hang out kat mcD.Thanks kat ibu bagi aku keluar.Selepas melepaking dengan kawan,aku melepaking pulak DGN mr.RIGHT.HAHA.and YANGPARTPALINGBESTTERKANTOI.HUHU.Okay itu jew nak cerita setelah sekian lama tak update.Selepas nak apply mane-mane kolej.Doakan saya ^_^

gambar credit : ieka


menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Friday 16 March 2012

picisan tentang hati

Assalamualaikum dan salam 1 blogger.Hari ini penat kerana mengeluarkan seluruh anggota badan untuk bergerak ^_^ .Sedikit picisan tentang hati..

H.A.T.I
Semua manusia ada hati tapi,
Hati hanya S.A.TU tapi,
Hati banyak perasaan,
Kenapa satu ALLAH berikan pada kita?
Kerana ALLAH ingin kita jaga hati itu elok-elok,
Kerana ALLAH ingin kita berikan pada yang layak,
Tapi...
Kita tak kuat,
Lalu berikan pada yang tidak selayaknya,
Lalu kita biarkan hati ini terus begini,
Tidak diisi dengan perkara yang baik,
Kadang hati ini merayu untuk diubati tapi,
Kita mengikut hawa nafsu dan hasutan iblis,
Hati yang pernah terluka susah untuk dipulih,
Wahai hati yang aku sayangi,
Aku meminta maaf jika tidak menjaga kau dengan baik,
Aku meminta maaf jika kau sering terluka,
Aku meminta maaf jika sentiasa merindui manusia yang bukan muhrim,
Aku meminta maaf jika kau rasa aku tidak layak menjaga kau,
Tapi hati..
Jangan ingat aku tak pernah rasa kesal,
Jangan ingat aku tak pernah cuba untuk menjaga kau dengan baik,
Hati...
Dengan ini aku ingin meminta maaf dari kau kerana membuat kau begini,
InsyaALLAH jika ALLAH berikan lagi nyawa padaku,
Aku akan menjaga kau dengan sebaiknya...



menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Thursday 15 March 2012

tujuan berblogging

Assalamualaikum dan salam 1 blogger..Sesudah masuknya waktu solat maghrib aku terus mengambil wuduk dan solat berjemaah bersama kedua ibu bapaku..dan kami membaca yassin bersama..Alangkah indahnya dunia pada waktu itu dan aku terpikir.."bila lagi aku kan buat seperti ini?" dan sambil menatap wajah mereka aku hati aku menjadi sayu ;( YA ALLAH,ampunilah dosa mereka dan panjangkanlah umur mereka supaya aku boleh menjaga mereka pada esok hari .Aaamiin.

Solat berjemaah lebih afdhal(utama) daripada solat bersendirian dengan 27 kali ganda - Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim
Tangan aku mulai resah ingin menaip sesuatu diblogku ini.. Bersiap sedia para pembacaku,ini kerana mungkin entry ini panjang..trima kasih ^_^ ."Tujuan berblogging" sudah lama untuk aku postkan tetapi baru hari ini aku ingin ceritakan..

"Dulu aku kecil tak tahu apa-apa,
Yang aku tahu makan tidur dan main,
Aku meningkat dewasa,
Dan aku tahu apa itu FACEBOOK,YOUTUBE dan BLOG,
Kini facebookku menjadi teman untuk aku berbual,
Kini youtubeku menjadi tv ku,
Kini blogku menjadi catitan untuk aku menulis,
Dan pernah terlintas aku ingin menjadi kaya dan terkenal dalam berblogging tapi......
Semua hapus kerana niatku tidak betul,
Kini aku bangkit lalu..
Aku sematkan dalam jiwa ingin blogger yang berilmu,
Dan aku menulis kerana kerelaan hati,
Bukan kerana ingin nama...

Inilah kisah aku dan tujuan berblogging =)



menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

menggigil dalam kegembiraan ^_^

Assalamualaikum..dan salam 1 blogger..Semalam punya nervous tak hilang lagi disebabkan dah tahu pasal tarikh dating bersama cikgu untuk dapatkan "surat cinta".Errrr..OH TIDAK!Tapi aku kena hadapi jugak..Ibu dengan ayah semalam cakap,"sms jew nak tgk result" dan aku hanya mampu cakap "taknak".Err..aku blom bersedia lagi larh..dan ayah cakap lagi,"nak buat macam mane,benda dh jadi kan kena hadapi jugak".Serius aku percaya ramai yang sama batch dgn aku tak boley tido dengan lena melainkan dia mmg kuat tido.HAHA.okay!just kidding ^_^ . Panjang pulak mukadimah aku nie.okay,tukar topik jom!

"MENGGIGIL DALAM KEGEMBIRAAN" adalah topik entry aku hari ini disebabkan aku terkejut dapat berita nie..Sememangnya tiap kali aku bukak laptpop,aku akan pastikan yang aku bukak blog kesayangan aku ini..Dan tarikh hari ini akan menjadi sejarah buat aku iaitu 15.3.2012 pada waktu 1.00pm..Jeng~Jeng~Jeng follower aku meningkat sebanyak 47org saje.terkejut jugak dan aku terdiam sekejap dan mula bertanya sendiri,"macam mane boley ramai pulak nie?"Dan aku hanya mampu ucap trima kasih dan ALHAMDULILAH sape2 yang jadi follower aku..Itu berita terkejut yang pertama aku dapat..chop!aku nak tunjuk jap something =)


berita kedua ialah..seorang pengomen blog yang boleh aku memanggilnya kakak telah menceriakan lagi wajahku kerana sebab itu follower aku meningkat sedikit..Si dia wish padaku dgn mengatakan "congrats sbb terpilih jadi blog terpilih ben ashaari" .Aku time tuh macam eh?biar btol..tak caye sudah,aku pown tak caye lagi nie.HAHA.

thankz kak shilazizi =)

berita ketiga..untuk mendapat kepastian aku pown usha blog BEN ASHAARI.then aku jumpa jugak seperti mane akak tuh cakap..


Rupa-rupanya aku tersenarai dalam 10 blog baru hari ini.dan tarikh yang diupadate ialah 14 mac 2012 semalam punya tarikh..Dan aku disini nak ucapkan ribuan trima kasih pada mr.BEN ASHAARI kerana sudi menerjah blog nie dan jadikan blog nie sebagai senarai 10 blog baru..trima kasih jugak yang jadi follower dan sudi meninggalkan jejak anda di cbox..InsyaALLAH,nanti eden follow balik yoh.dont worry tp aku nak mintak tolong sikit dgn korang..kadang2 aku tak boley follow balik..so,skrg aku tgh cari jln penyelesaian masalah nie.hope korang boley tolong =) Emm,lupa nak ckp..thankz jugak sape yg wish good luck kat sy ^_^ .Eden akhiri blog dgn kata terima kasih sekali lagi ..

p/s : sorry entry pnjg.trima kasih baca blog eden ^_^ JGN RASA ENTRY INI RIAK CUMA SY TERLALU HAPPY =)

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Wednesday 14 March 2012

sudah ternyata pasti akan muncul jua!

ASSALAMUALAIKUM..dan salam 1 blogger =)


I just wanna say..good luck batch1994.hope result korang gempak and make ur parents happy senyum sampai ke telinga yoh!!HEHEHE..One more thing,mulakan dengan BISMILLAH disudahi dengan ALHAMDULILAH..Jangan lupa tarikh date korang nie 21 mac 2012 ^_^

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

jodoh itu rahsia ALLAH...

Assalamualaikum dan salam 1 blogger..emm,entry kali ini pada pukul 12.43am...Hari rabu..Lagi 9 hari untuk dapatkan "surat cinta" dari cikgu...

Malam ini aku hanya aku,
Aku membiarkan mata ini celik sampai mana pun dia mahu,
Aku membiarkan tangan ini berjalan untuk menulis apa sahaja,
Aku membiarkan fikiranku melayang memikirkan apa sahaja,
Aku membiarkan hati ini menangis didalam,
Dan....
Aku membiarkan diri aku begini...

Akhirnya cerita VANILA COKLAT digemari oleh semua penonton terutama buat remaja sudah  tamat.THE END.Jodoh 2 remaja yang ditentukan oleh ahli keluarga masing-masing kini hidup bahagia.Dan buat remaja diluar sana,mesti berangan inginkan cinta seperti itu..Kadang-kadang aku terpikir jugak if family yang carikan pasangan hidup,bahagia jugak ek..yelah,hubungan itu diredhai oleh family sendiri dan redha ALLAH terletak pada family jugak..


inilah barisan pelakonnya..zara aishah dan aiman..sweet jew diaorang tapi dalam belakon larh =)
Dan begitu jugak cerita BFF TEMAN TAPI MESRA sudah tamat..cerita pasal diaorang BFF yang paling baik sanggup berkorban untuk apa sahaja untuk tolong kawan sendiri.bahagianya hidup kalau dapat kawan macam nie..hehe..Tapi tak sangka diaorang nie ada jodoh..kawan sejak kecil dan itu jodoh kita.HAHA.


Taraaaa!!!nie dia pelakonnya..handsome mamat nie.HAHAHA..

So,kesimpulan entry aku harini nie pada tengah malam buta nie ialah jodoh itu rahsia ALLAH..

Kadang kita dok couple dengan orang tuh tapi tuh bukan jodoh kita..
Kadang dia hanya kawan baik kita dan dia juga jodoh kita..
Kadang kita tak nampak jodoh kita dah depan mata tapi itulah jodoh kita..
Dan...
Aku tak pernah sangka aku akan kenal kau,kawan =)

Dan aku percaya disebalik semua ini pasti ada hikmah..cuma kita perlu sabar menempuhnya dan bersyukur dengan apa yang kita ada ^_^ okay!the end story aku..

p/s:saje melalut tentang jodoh disebabkan cerita romantik diatas!!terima kasih!!(gaya alley cats)

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Sunday 11 March 2012

hidup sebagai seorang pelajar dan guru

Assalamualaikum dan salam 1 blogger..aku sedang meng-UPDATE blog dengan cepat sebab aku menaipnya hampir maghrib..

Okay!cuti sekolah sudah bermula sejak hari jumaat lagi dan itulah hari terakhir buat pelajar-pelajar disekolah menamatkan sesi memerahkan otak mereka untuk membaca buku..that's mean diaorang ada exam larh.HAHAHA..Eh?macam mane aku tahu?of course larh aku tahu dah diaorang update 24jam kat "FACEBOOK" tuh.HAHAHA..

Aku macam tak percaya yang aku bukan pelajar sekolah lagi TAPI aku terlalu nervous disebabkan tak lama lagi cikgu akan bagi "surat cinta" pada pelajar-pelajar yang berumur 17 tahun lepas.huhu..korang paham kan?of course larh korang paham..korang kan pegi sekolah.HEHEHE.

Hidup sebagai seorang pelajar dan guru memang tidak boleh lari dari "HOMEWORK".chop?!homework itu apa?homework itu adalah bila ditukarkan kepada bahasa melayu jadi kerja rumah.ada paham??eh?chop?guru pown ada homework kew?of course larh ada..ingat pelajar jew ada.Ekceli,guru lagi banyak kerja dia berbanding pelajar.tahu tak?!!

Homework guru adalah check kertas periksa korang yang cantik tuh..dengan tulisan yang pelbagai sampai guru tuh kena pakai spek yang tebal (haha.just kidding) .Then,diaorang kena pergi kursus kew..mane larh kita tahu kan..pastu nak kena jaga family larh and bla bla bla..

Tapi satu tabiat manusia yang sering berada dalam diri kita terutama pada pelajar ialah
MENGELUH + MALAS nak buat homework.Ello!homework tuh untuk korang jugak kan?Ekceli,aku pown sama jew larh macam korang.HAHA.Bila difikirkan balik,korang patut bersyukur kenapa guru tuh bersusah payah bagi korang homework macam tak cukup sampai seminggu nak siapakan..bak kata adnan sempit,"DIMANA ADA KEMAHUAN,DISITU ADA HIGHWAY"
ingat tuh!So,korang bahagikan masa korang tuh.Jangan terlalu taksub dengan "FACEBOOK" nie.Lagipown FACEBOOK kan dah tak best smpi ada maki hamun lagi..ish.ish.macam-macam dunia nie..Tapi korang more kepada twitter,btol tak? (eh?apa aku mengarut nie?)

So,teruskan perjuangan korang menjadi seorang pelajar.Dan buat guru-guru diluar sana,terutama sekali buat guru-guru di SMKS4,KOTA DAMANSARA terima kasih atas jasamu kerana terus membimbing kami ini yang tidak tahu apa-apa jadi tahu segala-galanya.

sekian,terima kasih (surat tak berapa nak rasmi.HAHA.)

rindu sekolah!insyaALLAH akan aku jumpa kau jua!errr

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Saturday 10 March 2012

revalina _ ceritaku


Mungkin si A akan kehilangan si B




Lagu nie memang sesuai untuk kita kan???

;(

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Friday 9 March 2012

jiwa aku happy tengok kau!

Assalamualaikum dan salam 1 blogger buat semua..selepas berakhirnya tarikh mengambil peperiksaan besar yang digeruni oleh semua pelajar tingaktan 5 bagi tahun 2011 iaitu 14.12.2011 aku telah diberikan pangakt sebagai seorang yang suka tanam anggur a.k.a pengganggur terhormat dekat malaysia nie..HAHA..ekceli,bukan aku taknak kerja tapi aku dah mintak pown tapi tak dapat pown.banyaknya pown.haha..Lagi 1 sebab aku dah taknak mintak kerja emmm..adalah something..tak boley bagitahu..hehe..

Sebut pasal S.PM. yang akan bakal keluar result dia tak lama lagi..emm..cane eyh nak cakap?emm..semalam nenek aku tanya result spm..huhu..nek,result syahirah blom keluar lagi..yang keluar kat tv tuh stpm..sungguh terkejut aku bila ibu cakap macam tuh..warghhh!aku takut!!aku harap aku mendapat kejayaan..AMIN =)

Okay berbalik pada entry aku..huhu..nak lupa kejap pasal tuh tapi sebenarnya tak boley lupa pown..asyik ingat jew..huhu..Janji kita dah buat yang terbaik dan hanya berserah pada YANG MAHA ESA =)

Okay,this entry not about my love okay..just i adore him like crazy..haha..Baru semalam aku usha dia dekat youtube..gelak giler-giler aku tengok dia..then hari ini pown aku usha dia..Dia dengan abang dia yang handsome tuh..Ekceli,first time aku tengok dia masa tuh kakak aku bukak youtube lagu dia nyanyi..Sejak tuh aku minat dia sangat-sangat..kan best ada abang macam tuh?huhu..aku nak ada abang kandung bukan abang angkat!eh?asal cerita pasal abang nie??ish2..tukar topik kay =)

Dia ialah adik kepada faizal tahir penyanyi terkenal tuh..Dia ialah ANAS TAHIR..okay,video pertama yang membuatkan aku "jatuh cinta" dengan dia nie adalah...eeeuuuww..geli pulak ckp jatuh cinta..HAHA..


Mase nie memang aku jatuh tergolek dari katil ar tengok dia nyanyi macam tuh.HAHA..dengan dibantu oleh abang-abang yang kat belakang tuh..lagi ar kelakar..chop!sama kan muka dia dengan FAIZAL TAHIR..of course larh sama..dah adik beradik..HEHE..tapi mase first time aku tgk dia,serius!aku ingat dia FAIZAL rupanya ANAS .HEHE..

Okay,video yang kedua pulak...


Yang nie faveret aku sampai sekarang..kalau korang tgk sampai habis..confirm korang akan gelak giler-giler..HAHA..Dia featuring dengan akhbar..aku suka dengar suara akhbar tuh..kalau mengaji pown sedap gak suara diaorang nie ^_^

Aku ada like fanpage anas tapi dia macam tak uptodate pown..maybe busy kowt tapi takpelah aku tetap sokong mamat nie..Dia memang lawak ar plus pandai maen gitar pulak tuh..kalau larh..okay!dah mula berangan minah nie..HAHA..

Okay,aku sarankan pada korang yang tengah frust sebab exam kew atau ditinggalkan kekasih kew wajib tengok video nie..HAHA..Aku rasa macam dah panjang entry nie..Sorry!aku memang suka entry panjang-panjang macam buat karangan..HEHE.

Aku tahu video nie agak lama tapi ADA AKU KISAH??? :D
ENJOY..

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas