Sunday 15 December 2013

IniYangAkuRasa

Assalamualaikum .

Hari minggu . Bosan . Sunyi . Muram . Murung . 

Cinta itu buta . Buta itu cinta . Butanya manusia itu kerana terlalu mengagungkan cinta manusia . Cintanya manusia itu kerana kasihnya pada manusia itu sehingga menjadi "buta" .

Cinta itu Nur . Cinta itu cahaya . Nur bukan sebarangan Nur . Nur itu adalah cahaya . Cinta pada ALLAH itu menghasilkan cahaya . Cinta pada Nabi Muhammad itu menghasilkan cahaya . Cinta pada kedua ibu bapa menghasilkan cahaya . Sungguh cantik cinta itu jika kita menyinari cahaya itu . 

Cinta itu ada kalanya enak dipandang . Cinta itu ada kalanya enak di makan . Cinta itu ada kalanya manis untuk di lalui . Cinta itu ada kalanya pahit untuk di rasai . Cinta itu ada kalanya menyeronokkan . Cinta itu ada kalanya membosankan .



CINTA !

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Saturday 23 November 2013

Pengorbanan Ibu Ayah dalam Sekelip Mata .

Assalamualaikum .

Cuti sedang "berjalan" . Hidup aku tunggang langgang . Hanya tahu goyang kaki . Jadi anak inginkan kesenangan . Haha . Ehh ehh copp ehh . Ini sekadar Mukadimah ye :p 

Alhamdulilah . Aku kembali sihat . Macam tak percaya sebab ianya berlaku dalam sekelip mata . Rabu lepas aku okay je , sihat walafiat boleh gelak + gaduh lagi dengan kakak . Tiba-tiba malam tuh sedang enak aku lena dibuai mimpi , aku terasa badan ditusuk oleh angin panas sejuk . Malam itu jugak aku terasa badanku panas seperti orang demam . 

Khamis . Aku bangun pagi terasa panas dan aku syak memang aku demam . Ibu melihat wajahku dan bertanya ,"Adik sakit perut ke ?" sambil menyapu sampah . Ketika itu aku sedang memegang perut seperti menahan kesakitan . Aku pun berkata kepada ibu ," Tak . Adik rasa macam demam sebab badan panas " . Ibu pun rasa pelik sebab semalam aku okay je . Ibu bertanya lagi ," Adik makan apa ? Makan maggi ke ? " . Aku pun menyalahkan kakak sebab malam tadi tidak membenarkan aku menslowkan kuasa kipas sebab aku terasa sejuk sangat . Aku fikir sejuk ini tidaklah mendatangkan tanda-tanda seseorang yang bakal mengalami sakit demam kerana malam itu memang sejuk disebabkan dengan izinNYA , awan telah mengeluarkan "airmatanya" . 

Aku bingkas bangun dan menyampai tuala di ampaian bilikku . Ibu menasihati aku agar menyiram air dari kaki dan berselawat . Selepas selesai mandi dan solat aku terus singgah di bilik ibuku untuk "merehatkan" badanku yang semakin panas . Ibu memberikan layananku dengan cukup baik . Seolah-olah aku seperti anak kecil yang sentiasa memerlukan ibu . Aku meminta ibu mengurut sebab tidak tertahan sakitnya . Bagaimana agaknya kita untuk menahan seksaan azab dikubur dan api neraka ye ? Baru sakit ini aku di uji tetapi tidak tertahan dengan ujianNYA . Aku tidur dalam beberapa jam . Aku terbangun dalam buaian mimpiku . Aku bergerak dengan perlahan ke bilik mandi . Aku basuh muka untuk menyegarkan wajahku yang disayangi oleh ibu dan ayah dan "amanah" yang telah diberikan oleh Ibu Ayahku . Tiba-tiba dengan keadaan lemah aku terasa ingin muntah tetapi tidak kesampaian . Aku terasa badanku semakin lemah . Aku dengan cepat memanggil ibu dengan pantas . Lalu aku memberikan ibu isyarat sebab badanku semakin lemah . Aku pitam . Aku pengsan . Aku seperti di dalam dunia yang gelap . Ibu terus memegang aku dan memanggil aku ," Adik bangun ! Bukak Mata ! " . Ketika itu aku sangat cemas dan  aku seperti tidak dapat bernafas dengan baik . Ibu terus menggerakkan aku . Mungkin dengan kuasa seorang ibu iaitu doa , aku terbangun dari dunia gelap itu . Lama aku termenung itu mendapatkan balik pandanganku yang gelap itu . Aku sedaya upaya untuk bangun dan membasuh muka kembali . Ibu terus mencapai telefon bimbitnya untuk menelefon kekasih hatinya , Ayah . 

Ayah bergegas pulang ke rumah untuk membawa aku ke klinik . Badanku sangat lemah . Aku gagahkan jua . Ketika di klinik , pelbagai soalan yang telah di lontarkan oleh Doktor  comel itu . Dan keputusannya aku disahkan kekurangan darah rendah . Doktor comel itu memberikan nasihat dan kaedah yang perlu aku jalani ketika aku sakit . Aku mendengarnya dengan tekun walaupun badan tidak mengizinkan . Setelah segala urusan selesai di klinik , kami pulang . Aku bergegas masuk kerumah kerana seperti ingin kembali ke alam gelap . Aku mencampakkan badanku diatas katil seketika . Dalam beberapa minit kemudian , ibu dan ayah memanggil aku untuk makan ubat . Sungguh aku benci ubat ! Dekat tidak rela aku makan jua ubat yang telah disediakan oleh ibu . Ubat zat besi telah ku telan . Ubat deman telah ku telan jua . Buat ubat yang terakhir ubat Antibiotik aku terpaksa menipu ibu dan ayahku sebab aku seperti ingin muntah . Aku letakkan didalam air . Mujurlah ibu dan ayah tidak perasan . Gelak kecilku . Ketika menjamah ubat yang sedap sangat-sangat itu , ayah menasihatiku supaya menjaga diri . Jangan tidur je . Tidur ikut masa dan makan ikut masa . Macam mana nak pratikal nanti kalau sakit je . Kalau dah ada penyakit , susah nak baik . Aku terima nasihat itu dengan baik . Setelah makan ubat , dengan kuasa ubat itu mataku makin layu dan aku turutkan "arahan" ubat itu . Tidur . Memang syok makan ubat yang boleh buat kita tidur . Hihi .

Jumaat . Alhamdulilah dengan izinNYA , aku semakin beransur pulih . Bagaikan dalam sekelip mata . Bagaikan tidak percaya semua ini berlaku . Aku titipkan dan menulis tajuk cerita kali ini "Pengorbanan Ibu Ayah dalam Sekelip Mata" kerana pengorbanan ibu ayah itu tidak boleh dibilang dengan jari . Tidak boleh dipandang sekelip mata . Tidak boleh dilupakan begitu jasa . Walaupun kita balas dengan wang ringgit belum tentu dapat membahgiakan hati mereka . Walaupun kita membalasnya kembali dengan kasih sayang belum tentu ianya akan cukup untuk membalas pengorbanan dan jasa mereka yang bertimbun itu . Sering kali kita alpa tentang pengorbanan ibu dan ayah kita . Aku "belajar" saat ibu dan ayah menjaga aku .

Walaupun  kita banyak buat salah pada mereka tapi mereka tetap melayan kita dengan baik . Layanlah jua ibu dan ayah kita dengan baik . Sebab semuanya akan berputar kembali kepada kita tatkala kita membina kehidupan yang baru . Oleh itu , perlulah kita ubah diri menjadi anak yang soleh dan solehah untuk ibu dan ayah kita . Kita ini "amanah" dan "anugerah" untuk mereka . Jangan hampakan kedua ibu dan ayah kita yang telah membesarkan kita . InsyaALLAH , kita sama-sama berubah menjadi yang lebih baik . Doalah dalam tiap solatmu supaya kita sentiasa dalam sifat mahmudah bukan mazmumah . Jauhkanlah kita semua dalam perkara mungkar .

Salam terakhir dari saya . Jaga diri buat pembaca dan penulis blog . Trima kasih sudi baca blog kerdil ini :)

Chop chop nak bisik jap ," Penulisan aku ada tak macam dalam buku ? Aku dalam proses membuat novel . InsyaALLAH . Doakan ye ? :) 

Jumpa lagi . Tata .
menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Friday 1 November 2013

Bila cerita dekat cerita baru dan cerita lama

Bila aku bukak blog ini . Aku mula terdiam . Terfikir . Tergamam . Dan mula menyoal .

Sejak bila aku letak lagu dalam blog ? Ahhhh . Pelik . 

Pedulikan .

Assalamualaikum .

Okay kita mula cerita yang sepatutnya . Hihi . Yeayyy ! Akhirnya cuti sem sudah bermulaaaaaaaaaaaaaaa ! Tapi aku masih di Melaka disebabkan nak uruskan hal pratikal . Alhamdulilah , hal pratikal sudah selesai dan aku dan kawan-kawanku dah dapat tempat untuk pratikal . Rasa happy sangat lepas dengar berita baik nie . Mungkin disebabkan doa dari ibu ayah kami semua dan jugak doa kami , ALLAH telah makbulkan . 

Okay . Seminggu sebelum aku cuti sem nie , akhirnya dapat jugak aku laksanakan tugas aku sebagai C.O.D . Apa ? C.O.D tuh apa ? Ye adik-adik , C.O.D tuh ialah Chef Of the Day bermakna dia sebagai Ketua dalam minggu itu . So akak awak nie jadi ketua lahh . HaHa ! Sejak bila pulak an aku nie jadi kakak korang kan ? Korang pun taknak . Huhu . Tapi untuk pengetahuan korang , bukan aku sorang jadi C.O.D minggu tuh tapi ada lagi 2 orang kawan aku jadi C.O.D . Rasa gagah sikit lahh bila ada seorang lelaki . Sebabnya , kalau aku cakap pun diaorang macam nak dengar . Dah lahh suara slow je . Lagipun aku pun bukannya pandai dalam memberikan tugas pada orang tapi Alhamdulilah semuanya berjalan dengan baik walaupun aku rasa ada je yang tak kena . Takpelah . Benda dah lepas . Jadikan ianya pengalaman dan cabaran hidup . ALLAH kan ada :)

Hurmm . Sebenarnya , banyak cerita tapi aku tak tahu nak mulakan dari mana . Just update yang baru je lahh ye . 

7.10.2013 Tarikh keramat . Tarikh yang paling aku sedih . Masuk 7.11.2013 maka sebulan lahh dia pergi menjalankan tanggungjawab dia . Dan hati ini sentiasa rindu + sayang dia . Tak pernah berubah sesaat pun . Kalau ada jodoh dan kita berdoa untuk itu , insyaALLAH ia takkan hilang ke mana-mana . Jauh di mata tapi dekat di hati . Saya pun harap awak begitu . 

K lahh . 

Ngantuk pulak .

Gudnite .

Rindu awakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!

Assalamualaikum :')
menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Thursday 10 October 2013

Pengorbanan .

Assalamualaikum .

Aku . Ehh ? Sudah pagi rupanya . 1.55 am . Hampir pukul 2.00 am . Mata taknak melabuhkan tirainya . Petang tadi aku dah tidur lama . Esok aku ada class . Ahh lantak . Buat sempoi sudah . Haha .

Aku . Baru tergerak hati nak update blog . Ustaz adalah semangat aku . Alhamdulilah ada jugak yang sudi yang membaca blog kerdil ini . Tak mengharapkan populariti sebenarnya . Hanya ingin berkongsi . Cita-cita aku nak jadi penulis ? Sekejap . Tunggu aku kumpulkan semangat dan idea . Hihi . 

Aku . Perngorbanan . Dah 4 hari aku dan dia tak contact . Sebab ? Dia dalam training . Aku semacam "lost" bila kami tak berhubung . Teringat akan dia . Tapi . Berharap sangat , jangan sampai aku lupa padaNYA . Tahniah pada dia sebab dah dapat apa yang dia nak . Aku tumpang gembira . Aku tumpang bahgia . Aku tumpang mendoakan atas kejayaan dia . Yang pasti dia bahgia dengan apa yang dia miliki . 

Aku . Pengorbanan . Sudah kenal dia 3 tahun lebih . Dia suka mencuba semua kerja yang boleh mendatangkan rezeki yang halal . Aku hanya support dia dari belakang . Susah dan senang aku bersama dia . Gembira + sedih + marah + merajuk = Semuanya dengan dia . Aku tak suka mengarah . Aku suka dengan apa yang dia lakukan . Janji kerja itu mendatangkan hasil yang baik untuk dia . Sebab ? Kami hanya insan yang belum ada sahnya . 

Aku . Tunang + Nikah . Sape yang taknak kan ? Semua nak . Tapi perlukan usaha yang lebih . Aku tak taktau nak bekerja . Belum ada niat nak bekerja . Part time . Seperti kawan-kawan lain .  Sudah kenal dia 3 tahun lebih . Niat dia memang suci . Sampai aku susah nak percaya . Tapi akhirnya aku percaya . Tapi . Aku takut . Terfikir . Siapakah bakal imamku ? . Kerana . Aku belum sempurna lagi . Aku takut . Takut dengan jodoh yang lain . Tapi . ALLAH lah sebaik-baik perancang . Aku takut nak fikir . Tapi . Masa depan aku jugak . Tapi . Perkahwinan bukan bab main-main . Tapi . Serius . Tanggungjawab yang berat . Walaupun ianya HALAL . Tapi berat lagi kalau belum SAH . 

Aku . Aku berdoa . Berharap yang niat baik kami ini dilaksanakan olehNYA . Aku tidak mahu kecewa lagi . Dan aku tak mahu mengecewakan orang lain . Tapi bila dah ketentuanNYA ? Terima saje lahh . 

Okay . Thanks . Sudi luangkan sisa-sia hidup korang baca blog kerdil ini . Lain kali singgah ye ! hihi .

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Monday 16 September 2013

Happy !

Assalamualaikum .

Alhamdulilah aku masih bernyawa . Terima kasih pada ALLAH . Okay , petang nie dah balik . Terasa sekejap je cuti . Memang sekejap pun cuti . Nanti cuti lama dok cakap bosang lahh . Taktau nak buatpe lahh . Kan ? Haha . Manusia . Macamtuh lahh . Mengeluh je tahunya . 

Jumaat lepas aku teman kakak aku pergi Negeri Sembilan . Kawan dia kawin + kakak aku jadi pengapit . Agak best lahh sebab tengok orang kawin kannn . ahaha . Semoga perkahwinan Kak Farahin dan suaminya berkekalan hingga akhir hayat . Sabtu baru aku balik Kota Damansara . My hometown ! Hihi . Dalam hati nie suka gila bila dah nampak signboard Kota Damansara . Malam tuh jugak kakak ajak gi teman dia makan Sushi King . Perghh , tekak aku nie bukan macam tekak dia . Last-last nak gi gak sebab dah penat sangat . Dia pun orderlah mcd je . Aku apa lagi order sebanyak yg boleh . Dah orang belanja kan . Hihi .

Ahad pula kita jumpa kasih sayang kita . Sukanya . Lama giler tak jumpa . Thanks kat akak sebab bagi pinjam kereta . Hantar kakak gi kerja then terus jenjalan dengan dia . Hihi . Dah jalan ke keyel . Pergi balik ke Kota Damansara sbb nak gi open house my bestfriend . Lepastu , pergi balik keyel . Pergi makan dan jumpa kakak dia . Aishh . Aku rasa macam nak lari je time semalam . Malu giler and aku nie jenis pendiam so akak dia tanya baru aku jawab . haha . Boleh ke macamtuh ? Boleh lahh kan sebab aku nie jenis tak reti sembang dengan orang . Huhu . Dah siap semua tuh , amik akak aku pulak . Dia balik kerja . Pastu baliklah rumah . Yang terkejutnya ibu dengan ayah kasi aku amik akak balik kerja maybe sebab ada dia sekali kowt .Dan kebetulan kakak dia nak jumpa aku . Ibu dengan ayah percaya dengan dia . Suka sangat ! Semalam adalah memori yg terindah sesangat . Lepasnie maybe dah jarang kowt jumpa sbb dia dah nak masuk polis . Hurmm . Sedihnya . 

Dan Isnin , Harinie cuti malaysia , dah nak kena balik . Tiket bus pukul 6.30 petang . Perghh , pukul bape lahh agaknya aku sampai Melaka . Selasa dah start class . Ahhhh penatnya ! 

Busy kan aku ? Minggu nie penat sangat . Dengan class pastu dengan gi jenjalannya . Teman akak . Perghh , tak rehat aku . Bilalah nak cuti nie ? Okay lahh takat sini je . Ada budak uh dia nak main game pulak . Kacau je -_-



Seorang anak kecil yang tak tahu apa-apa ,
Tiada dosa ,
Dia hanya mencari kegembiraan ,
Bukan kedukaan ,
Dia yang bakal mecorakkan kehidupan dia sendiri ,
Samada suka atau duka .


Terima kasih sudi baca :)


menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Sunday 8 September 2013

Kata-kata Mutiara !


Selamat malam !
Assalamualaikum !
Jaga diri ye !
Jangan lupa solat dulu baru tidur !
Semoga kita masih diberikan kesempatan untuk terus bertaubat diatas bumiNYA .
Aamiin !
Semoga harimu disinari dengan cahaya kebaikan ! 

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Entri Nur Syahirah

Assalamualaikum .

Rindunyalah aku pada mr.blog ini . Sudah lama kita tidak berjumpa . Last entri haritu rasanya bulan 7 . Permulaan aku start sem baru . Tengok-tengok sem nie nak habis dah . Hihi . Kejap je masa berlalu . Nanti dah cuti nak buatpe lahh dekat rumah ekk ? Hurmm . 

Okaylah selama aku tak update blog nie , terlalu busy dengan kerja yang diberikan oleh lect . Dengan presentation lagi . Kali nie presentation sorang-sorang . Alhamdulilah aku boleh buat . Lagipun lect ku sangatlah sporting orangnya dan belajar dengan dia sangat lahh mudah walaupun dia agak garang . Yeayyy ! Assignment dah siap ! Isnin dah boleh submit :)

Terlalu banyak masalah , cabaran , dugaan dan ujian yang terpaksa aku tempuh . Alhamdulilah aku kuatkan semangat juga walaupun terasa diri ini tak larat untuk menghadapinya . Terima kasih pada ALLAH yang memberikan aku kekuatan itu dan menghantar mereka padaku di kala aku jatuh . Nasib baik ada family , Mohamad Farezwan dan kawan-kawanku yang memberikan sokongan tatkala aku jatuh . Serius taknak ingat balik apa yang dah jadi . Aku masih dalam ketakutan bila ingat balik semua itu . Aku pendam segala-galanya . Biarlah diri ini sahaja yang tahu dan menanggung segala-galanya . Hanya dengan mengingati ALLAH , ibu ayahku dan masa depanku , aku kuatkan semangat untuk belajar di sini . Semoga Berjaya , Nur Syahirah !!! :)

Perkara yang menggembirakan aku ialah si dia dah dapat apa yang dia nak . Tahniah , Mohamad Farezwan . Saya doakan awak sentiasa happy dengan apa yang awak ingin lakukan . Kerja elok-elok ye :) Saya sayang awak selamanya . Semoga kita berkekalan hingga Jannah :)

Itu perkara yang menggembirakan . Perkara yang k.o pulak ... Nak cerita ke ? Ehh takyah lahh . Benda buruk buatpe nak cerita . Kang aku pulak yang dapat dosa free . Huhu .  

Okaylah rasanya setakat nie je kot apa yang ingin aku katakan dan tulis . Ada sedikit coretan dari aku . Untuk peringatan diri sendiri jugak :)
"Jangan pandang seseorang itu lemah kerana suatu hari nanti dia pasti berjaya dengan atas usaha dia sendiri" . Aku nie bilalah nak start buat novel ? Huhu . Sebab ramai manusia suka merendah-rendahkan seseorang itu . Sepatutnya dia perlulah cermin diri dia dulu sebelum merendah-rendah diri orang lain . Tapi kalau terasa diri tuh dah bagus sepatutnya TUNJUK AJAR itu lebih baik daripada memperlekehkan seseorang itu atau merendah-rendahkan dia .

"Ilmu itu takkan hilang jika kita mewariskan pada orang lain . Ilmu itu takkan hilang kerana ilmu itu juga membawa kita ke amalan kebaikan kita . Ilmu itu untuk dikongsi bukan buat perkasam . Seorang manusia yang baik pasti memberikan ilmu yang dia ada walaupun hanya setitis air hujan" .

Tak semua seorang pelajar yang memasuki tempat belajar yang bernama "Kolej Komuniti" itu memiliki latar belakang yang kurang enak untuk "dilihat" dan "dibaca" ,  dan harus di pandang sebelah mata .
Tak semua seorang pelajar yang memasuki tempat belajar yang bernama "UNIVERSITI dan seangkatan dengannya"  memiliki latar belakang yang sedap "dilihat" dan "dibaca" , dan harus di pandang dengan senyuman .
Tapi sebenarnya ...
Kami ini semuanya sama dan hanya yang boleh untuk kami terus berjaya adalah dengan sokongan dan doa ibu ayah dan manusia yang berada di sekeliling dia dan atas usaha dia sendiri .

p/s : Ibu ayah dan mereka yang kami sayang , teruskanlah mendoakan kami yang masih berjalan menuju mencari masa depan yang terbaik .

p/s : Maapkan diri ini jika ada terkasar bahasa atas coretan di atas . Saya menulis atas dasar luahan hati yang ikhlas . Jika ada pendapat yang perlu diluahkan , insyaALLAH saya akan membacanya dan menerima dengan hati yang terbuka .

p/s : Berikan tips untuk saya menjadi seorang penulis yang terbaik .


menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Monday 15 July 2013

Cerita hari inie : Class memasak bermula !!!

Assalamualaikum .

Alhamdulilah . Hari ini dah start class memasak . Penuh dugaan . Dan dugaan itu hanya ALLAH sahaja yang tahu . Kami semua berdepan dengan makanan yang sangat sedap . Untunglah pada mereka yang diberi "cuti" . Boleh jugak merasa . Tapi untung jugak pada kami yang berjaya tahan daripada makan makanan tersebut . Hihi .

Harinie kami bakal chef yang berjaya . *InsyaALLAH . Doakan ye ! Harinie kami belajar membuat Resepi pembuka selera iaitu Urap Daun Selom bersama Kacang botol . Dan sebagai hidangan utama kami buat Nasi Lemak Kukus + Samal Tumis Udang dan Petai + Ayam Goreng Berempah + Kangkung rebus . Nak tengok rupa dia ? Sat ehhh !


Pembuka selera : Urap daun selom bersama kacang botol . Urap nie aku tak makan pun sebab aku tak suka sayur . Hihi . Pelik tak ? Tak pelik lahh . Buatpe nak pelik >.< Urap nie jangan terlalu pedas sangat . Biasanya Urap nie dikenali orang belah selatan . Macam Jawa , Johor , Melaka dan sebagainya . Tapi aku sebagai anak Jawa , Lagi sekali aku katakan aku tak makan pun benda nie . Hihi . Sama macam Kerabu . Aku tak makan . Hoho .

Okay . Yang bawah urap itu ialah Nasi Lemak Kukus bersama Sambal Tumis Udang Dan Petai Serta Ayam Berempah bagi naik selera makan nasi . hihi . Dan Kangkung rebus . Sanagt Yummy itu ayan dengan sambal tumis udang dan petai tuh . Kalau tak puasa , memang habis kitaorang hadap lahh benda tuh . Hihi .

So makanan dekat atas tuh , kitaorang just tengok je Miss kitaorang demo . Hari Khamis nie kitaorang start buat and berniaga di depan kolej . Untuk menambah duit poket , so kena berniaga . Hari Khamis nanti , grup 1 yang akan berniaga . Chaiyokk ! Korang ! Hihi . Hwaiting !


Rasanya takat sini je lahh . Nak tidur . Esok ada mini convo :) Nite . Assalamualaikum .
















menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Wednesday 10 July 2013

1 Ramadhan .

Assalamualaikum .

Rasanya sempat lagi kan aku nak ucapakan Salam Ramadhan dekat korang semua . Salam Ramadhan buat semua . Semoga kita semua dapat berpuasa penuh dan laksanakan ibadah puasa dengan sah . Takmo ponteng puasa . Takmo ponteng terawih . Takmo ponteng tadarus ye ! :) Harap aku pun dapat laksanakan solat terawih sampai habis puasa tp harinie tak gi sebab kaki sakit . Penat . Sedihnya sebab hati nie tak kuat langsung untuk berjumpa denganNYA :'( Dan tahun ini jugak , tahun kedua aku berpuasa tanpa keluarga yg tersayang . Bestnya kalau dapat berbuka disamping keluarga . Aishh . Sabar-sabar ! Minggu depan balik . hihi .

Okay . Tutup cerita bulan puasa . First class haritu dah dapat assignment . Memag terbaik lahh . Fuhhh ! Otak berderet dengan idea yg mencurah-curah . Dengan assignmnet yang bakal di hantar pada 22.7.2013 , datang pula assignmnet yg lain . Dalam hatiku , apakah ini semua ? Ayoyo . Memang tough giler lahh sem nie . Pastu dalam bulan puasa ini , kami semua kena niaga depan kolej . Hurmm . Aku tak minat lahh niaga . Tapi nak pergi lawatan kena tambah duit poket class . So kenalah niaga . Huhu . Takpelah . Suruh diaorg je stay kat depan . Aku belakang tabir je . Hihi .

Okay . Tutup kes pasal kolej dan assignment . Hari isnin haritu . First class . Kami diberikan rehat . Maka beramai-ramai lahh kami pergi ke restoran . Aku and the geng lepak dekat kedai mamak yg kami selalu pergi . Tiba-tiba ada ada seorang pakcik perebet student class kami datang makan seorang diri . Dia pergi ke arah kami dan bertanyakan ,"semua makan ye . Bagus-bagus " . Pakcik itu pun berlalu dan terus menarik kerusi dan order makanan untuk dirinya sendiri . Setelah dia habis mengisi perut , dia datang kembali kepada kami . Dan bertanya pada kami lagi . *sorry aku lupa apa yg dia tanya . ahaha . Lalu dia pergi membayar makanan dirinya sendiri . Tiba-tiba cashier tersebut datang kepada kami dengan membawa kakulator . Kami menolaknya dan akhirnya kami tersenyum sendiri dan senyum kembali pada pakcik itu . *Harap korang tahulah apa yg pakcik tuh buat :) Semoga pakcik sekelurga sentiasa diberkati oleh ALLAH . Trima kasih pakcik :)

p/s : Jangan lupa baca niat untuk esok . Kbai . Selamat meneruskan puasa yg kedua dan seterusnya >.< Assalamualaikum . Gudnite . Jangan lupa bangun sahur jugak :)


menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Saturday 6 July 2013

Perasaan malam ini .

Assalamualaikum .

I'm home . Menikmati cuti yang ada . Ahad dah nak balik . Isnin start class . "Ya ALLAH , Kau kuatkanlah semangat aku untuk terus belajar agar aku dapat membina masa depan aku dengan baik dan menolong ahli keluargaku . Memberi kesenangan pada ibu dan ayahku yang dulu bersusah payah membesarkan aku . Aamiin".

Seriously , entah kenapa aku tak boleh hidup dekat Melaka . Terasa terumbang-ambing duduk disana . Takde semangat walaupun kawan-kawan sentiasa bersama aku . Aku perlukan semangat yang dulu . Aku perlukan sangat . Sem ni agak tough sebab ada majlis berbuka bersama anak-anak yatim . Dan sebagai seorang pelajar yang ambil bidang kulinari iaitu bidang masakan , agak mencabar bagi aku . Belajar di waktu bulan puasa memang menguji kesabaran dan iman aku untuk menghadapinya . Tapi itulah cita-cita aku . Ingin menjadi seorang Chef . Dan aku takutkan bagaimana hari isnin bakal berlaku . Permulaan class itu bagaimana . Manusia disekeliling macam mana . Aku harap aku tidak menyusahkan mana-mana pihak disana . Aku harap aku diterima oleh semua manusia disana . "YA ALLAH , Takutnya hati ini . Kenapa datangnya perasaan ini ? Kenapa ? Ujian apakah yang aku perlu tempuh lagi ini ?". Tidak boleh bayangkan apa yang akan bakal berlaku . Aku harap apa yang akan berlaku semuanya baik-baik sahaja :')

Semalam . Hari tough bagiku . Cukuplah dengan semua ini . Aku dah tak nampak jalan yang terbaik . Hari ini . Aku berdoa padaNYA . Ya ALLAH , Terasa kurang bebannya itu .Terima kasih , ALLAH . Malam ini . Aku terasa kosong . Seperti tiada masalah . Tapi hati masih tidak senang . Kerana otak masih memikirkan masalah itu .

Benarlah . Apabila kita melakukan sesuatu dengan berlandaskan niat kerana ALLAH , kita tidak rasakan ia hanya sia-sia tapi kita lebih dihargai . Tapi apabila kita melakukan sesuatu kerana seseorang , kita akan mudah terluka , kerana hati manusia cepat berubah dan tidak menghargai kita .

Tamat .

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Friday 28 June 2013

Sehelai kain .

Assalamualaikum .

Sehelai kain .
Dijadikan pakaian manusia .
Untuk menutup aurat .

Sehelai kain .
Ramai menghakimi .
Termasuk aku .

Sehelai kain .
Ada yang memakainya sangat labuh .
Mengikut syariat agama .

Sehelai kain .
Ada yang memakainya biasa-biasa sahaja .
Mengikut suka hati .

Sehelai kain .
Dipakai elok dengan labuh .
Dipuji ada juga dikeji .

Sehelai kain .
Dipakai sederhana .
Dipuji dan dikeji .

Sehelai kain .
Manusia takkan pernah puas .
Mencorakkan , mewarnakan .

Sehelai kain .
Disebabkan sehelai kain .
Manusia akan bergaduh .

Sehelai kain .
Tengoklah pada diri .
Jangan menghukum manusia .
Ubahlah diri sebelum menegur .
Ingatan buat diri sendiri jua .

Sehelai kain .
Hanya diri sendiri dan ALLAH sahaja yang berbicara .
Jangan libatkan orang lain .

Sehelai kain .
Cerminkan diri .
Bukan orang lain .
Berubahlah !

Tamat .

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Ceita hari ini .

Assalamualaikum .

Sembang di pagi hari bersama budak yang ibu jaga . *Tapi update petang . Hihi .

Hifiv : Kakak , nak main laptop .*Tetiba dia baca ayat kursi . Lancar walapun ada pelat sikit .
Aku : Hifiv baca doa apa tuh ?
Hifiv : Ayat kursi lahh .
Aku : Bila time hifiv baca doa tuh ?
Hifiv : Hifiv baca dengan ummi . Masa nak tidur .
Aku : Kenapa kena baca ?
Hifiv : Sebab kena bacalah . Sebab ALLAH suruh . Sebab ALLAH ummi dengan ayah suruh .
Aku : *Nak tergelak jugak dengar jawaban dia sebab kelakar + comei .

Lepastu sesaje bukak ayat kursi dekat phone .  Dia stop kejap main game pastu pergi dekat aku . Aku tanya , nie doa apa ? Dia jawab ayat kursi . ALLAH . Baru baca permulaan ayat , dia dah tahu . Terharu akak dengar dik . Dia baru umur 4tahun . Kadang-kadang bila main game pun dia mesti baca ayat kursi ataupun berzikir . Benarlah kata peribahasa "Biarlah melentur buluh dari rebung" . Dari kecil lagi kita perlu didik bakal pemimpin kita jadi manusia yang berguna . Sentiasa ingatkan akhirat . Dan aku harap aku jugak boleh jadi seperti dia . Walaupun nakal tapi kadang-kadang bila kita ajar dia , dia nak ikut . Budak-budak memanglah nakal . Kita pun dulu nakal . Hihi . Okaylah itu je .

Tamat .

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Saturday 22 June 2013

Mata .

Assalamualaikum .

Mata .
Mata ini berpasangan .
ALLAH yang ciptakan .

Mata .
Mata ini untuk melihat .
Melihat kebaikan dan keburukan .

Mata .
Mata ini adakala memberi kita kegembiraan .
Mata ini adakala memberi kita kesedihan .

Mata .
Mata ini kita memberikan kita rasa bersyukur .
Terima kasih ALLAH .

Mata .
Mata kerana engkau boleh melihat jangan biarkan mata kau tercemar .
Tercemar dengan kesedihan .

Mata .
Kau kumpulkan kegembiraan .
Semoga engkau tidak banjir lagi .

Mata .
Tolong jagakan diri kau .
Sebab jika engkau tidak jaga , kau akan sakit lagi .
Dan terus banjir .

Tamat .
Terus menaip tatkala jari ini ingin menaip dan otak berkata-kata .

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Thursday 20 June 2013

Mimpi .

Assalamualaikum . Petang semua .

Mimpi .
Aku mimpi .
Pagi sampai lahh tengah hari .
Ntah apa-apa yang aku mimpi .
Best dapat macam-macam mimpi .
Seperti kita menonton televisyen .

Mimpi .
Aku mimpi .
Tak tahu nak mulakan dari mana .
Banyak sangat mimpi .
Tapi yang aku tahu mimpi itu best .
Mimpi itu boleh buat cerita .

Mimpi .
Aku mimpi .
Mimpi aku hadiri sebuah majlis keluarga .
Ramai sedara-mara aku sertai .
Kami bergelak ketawa dan bermain.
Tapi .

Mimpi .
Aku mimpi .
Tapi aku pelik dengan pemakaian aku .
Aku bertudung labuh .
Berpakaian labuh .
Senang cerita sedap dipandang oleh sekalian manusia .

Mimpi .
Aku mimpi .
Dalam pelik .
Aku berasa gembira .
Kerana pakaianku sangat tertutup .
Kerana aku seperti dijaga oleh kain selabuh itu .
Kerana ibu dan ayahku merestui .

Mimpi .
Aku mimpi .
Tapi dalam mimpi itu jugak aku kesal .
Mimpi itu hanya sekejap .
Aku bertukar seperti biasa .
Pakaianku tidaklah selabuh tadi .
Hanya biasa-biasa .

Mimpi .
Aku mimpi .
Tapi dalam mimpi itu jugak aku kesal .
Ayah memarahi aku .
Kerana pakaianku tidak seperti tadi .
Aku terus menerus nangis dan mengeluh .
Dan bertanya pada diri ,"Apa salahnya aku pakai begini ?".

Mimpi .
Aku mimpi .
Mimpi itu terus berlalu dengan episod lain .

Mimpi .
Aku mimpi .
Dan terjaga .
Oh rupanya jam sudah 12.45 tengah hari .
Inilah padahnya kalau tidur lama-lama .
Tapi ada baiknya mimpi itu .
Aku pikir dan pikir .
Ahhhh . Dah lewat . Mandi dulu .
Aku terus bangun .



Tamat .

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Wednesday 29 May 2013

Good night ! :)

Assalamualaikum .


Ekceli saje je meroyan nak update blog . Mata tak mengantuk lagi tapi rasa nak tidur . Hahhh ? Acano tuh ? Takpelah . Nak taip sikit je sebab sesuka . Blog kita , kita punya hati suka lahh nak taip berapa patah perkataan pun :P

Okaylah goodnight semua . Baca doa sebelum tidur dan jangan lupa solat dulu baru tidur . Dan jangan lupa lagi mimpi kita ye . Hikhik . Gurau je :P Dah . Assalamualaikum .

Ehhhhh jappppp ! Nak cakap something ... Tengok bawahhh ...

-






I LOVE YOU SO MUCHHH !

Goodnight . And Take care .


Assalamualaikum .


12.24am 29.5.2013 Rumah tinggi kalah kLcc

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Saturday 25 May 2013

Aku taip apa yang aku rasa

Assalamualaikum .

Salam hari sabtu buat semua . Semalam ada orang buat surprise untuk kita . Hihi . Mentang-mentanglah ada number ibu kita , nak berpakat pulak kenakan aku . Huhu . Finally , dia balik jugak ke kL . Dia call ibu dulu baru aku . Kurang asam betul dia nie . Aishh . So harinie aku jumpa dia . Hihi . Happylah jugak dapat jumpa dia sebab dah lama tak jumpa dia . Dia dah gemok . Ibu panggil dia "Bam-bam" . AHAHA . Comei tak nama tuh ? Sebab dia gemok lahh ibu panggil macamtuh :) Aku tengok ibu dengan ayah macam okay je dengan dia . Macam boleh terima dia as menantu . Ehh ? ahaha . InsyaALLAH . Time jumpa dia tadi , borak-borak . Tiba-tiba jadi spoil . Hurmm . Hope aku dengan dia masih ada harapan . Doakan kami . Aku taknak orang lain dah . Nak dia . Tapi kalau ALLAH dah tentukan aku dengan orang lain , aku redha :')

Kbai . The End :)

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Monday 20 May 2013

Jejak kekasih bertemu Cikgu tercinta .

Assalamualaikum .

Selamat Hari Guru sedunia .Ehh ? Dah 5 hari berlalu kita menyambut hari guru . Dan aku hari nie baru nak update pasal hari guru . Ahaha . Apalah -_- Takpelah . Janji aku ada cerita nak diceritakan dekat korang ;)

Okay pada 15 haribulan aku dengan geng kawan sekolah ku plan pergi ke sekolah untuk menyambut hari guru . Mulanya memang aku nak jak diaorang tapi cik Siti Hajar kawanku mengajak semua bebudak class join sambut hari guru tapi last-last hanya 4 orang je yang join termasuk aku . Yang join hanyalah aku , hajar , tia dan ellyna . Dan nasib baik hajar bermurah hati nak amik kitaorang . Ahaha . Thanks hajar !

Esoknya 16 haribulan kami pun bersiap dan dalam pukul 10 lebey hajar amik kami dan tibalah kami di sekolah . Whoa ! Excited jugak lahh jumpa mereka sebab dah lama tak jumpa mereka :) Masuk sekolah dengan hati yang berdebar-debar sebab dah lama tak jejak kai ke sekolah . Maka , bebudak kat sekolah tuh pun pandang kami dengan lain macam . Lagilah kami berdebar-debar . Ayoyo . So kami decide naik ke bilik guru jumpa cikgu tercinta :) . Dah sampai depan pintu . Last-last kitaorang stay kat luar dulu .



Yang berbaju jubah hitam itulah siti hajar . Yang pick up kami . Yang mengajak kami join sambutan hari guru . Hee . Yang pakai tudung hijau tuh nama dia Tia . Yang tudung kuning tuh ellyna . Yang pendek tuh aku :D . Kami semua nie blogger tapi disebabkan busy dengan life + study so jaranglah meng-Update blog . Sesiapa yang follow blog kami , harap maaf ye ! :) . Dah lama sangat dok kat luar , kami semua masuk bilik guru . Cikgu semua terkejut . Dan alhamdulilah cikgu masih mengingati kami . Cikgu sangat happy kami datang . Dan cikgu berharap sangat kalau-kalau ada ex student diaorang yang datang jumpa diaorang .


Inilah cikgu kami . Cikgu Math kami . Cikgu Haznida . Cikgu nie memang garang tapi dalam garang seorang yang penyayang . Kami suka dengan cara dia mengajar . Sangat best . Sedang aku menaip entri nie , diaorang kata ,"Kenapa akak pendek?" Wuarghhh ! Hati aku nak nangis . Aku pun jawablah , "Dah akak pendek" *dengan muka tak puas hati . Huhu .


Nie pulak cikgu ert kitaorang . Kami pelajar ert dulu . Nama cikgu nie Cikgu Aliza . Ingat lagi jadi pelajar cikgu nie . Terasa mencabar jugaklah sebab kena buat baju . Aku nie manalah minat sangat bab-bab menjahit nie . Tapi kuatkan jugak semangat tuh . Hee . Apa-apa pun masing-masing dah sambung belajar :)

Dah posing + sembang-sembang dengan cikgu , kitaorang semua pergi kantin sebab ellyna and hajar tak makan lagi . Amik port pastu ada abang kantin tuh tegur kitaorang . Dia kata "Korang nie artis ke ? Ke cikgu kat sini ? " Aku pun jawablah ," Mana adalah , Kitaorang nie bekas pelajar kat sini " . Dia pun tanya lagi . Maybe dia tak dengar kowt aku cakap bekas pelajar sini . Dia tanya ," Tak pernah nampak pun ". Aku pun balas ," Dah bekas memang lahh tak penah nampak *sambil gelak ". Abang tuh blah aku pun blah . Sambil usha-usha sekeliling kantin yang berubah . Huhu .

Dah habis makan so kitaorang pergi kat tepi dewan . Join cikgu dekat situ dengan selamba kitaorang duduk je dekat situ . Well kitaorang kan tetamu khas . AHAHA . Dok dengar diaorang bercakap + melihat persembahan diaorang , tiba-tiba majlis berakhir . Kami pun diminta bangun untuk menyanyikan lagu sekolah . Whoa !!! Sebak sehh sebab dah lama tak nyanyi reramai . Ingat pulak aku lagu sekolah . AHAHA . Semua dah bersurai tetiba an aku ternampak semua pelajar perempuan berkumpul dekat 1 port nie . Kitaorang pun usha lahh . Rupa-rupanya ada cikgu handsome . Nama dia Cikgu Shazani . Mana aku tahu nama dia ? Dah bebudak tuh mention nama cikgu tuh dekat twitter . Aku pun tahu lahh . Semua nak tangkap gambar dengan cikgu tuh . Apa lagi budak lelaki semua jeles dengan cikgu . Cikgu handsome macamtuh tak sesuai lahh mengajar dekat sekolah menengah disebabkan kehandsomannn cikgu tuh . Hoho . Kitaorang pun nak join jugak tapi segan lahh . Cikgu baru mana nak kenal kitaorang . Lalalalala . Kitaorang pun blah . Sebelum blah , tangkap gambar lagi . Hik hik .



Okay . Tiba masanya kami balik . Muka happy gegilor sebab dapat jumpa cikgu dan sekolah . Aww terasa macam segan bila junior panggil kitaorang kakak . Aww . Terasa tua . Muahahaha . Kitaorang balik menuju ke the curve . Movie time . Yang kelakarnya , yang tengok movie just 6 orang je dalam tuh . First time kowt . Muahahaha . Tapi syok lahh . Terasa macam kitaorang punya wayang . AHAHA . Dah tengok wayang kitaorang jenjalan . Dah makan baru pulang ke rumah memasing . Hoho .


The End .

Note : Terasa terkilan dan sedih sebab tak dapat berikan apa-apa pada cikgu padahal aku dah plan nak berikan sesuatu pada mereka . Semuanya tak jadi . Takpelah doa aku pada mereka takkan lupus . Saya Sayang Cikgu .

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Thursday 2 May 2013

Cuti + Last Gathering with classmates :)

Khamis
2.5.2013

Assalamualaikum . Pada Jumaat 26.4.2013 yang lepas maka berakhirlah class kami . Dan kami start cuti sem ! Yeayy ! Hari jumaat tuh adalah buat makan-makan sikit tapi hari-hari kitaorg makan . AHAHA . Yang lainnya cuma Lect kitaorang yang masak :) . Macam-macam ada . Kitaorang makan Mihun goreng , cake aiskrim and pavlova :) . Air sendirian berhad punya . Aku just makan mihun goreng sebab dah kenyang sangat . Tak lalu nak makan yang lain-lain . Tapi aku rasa cake aiskrim tuh sedap sebab lect aku pro dalam bidang pastry nie . Ekceli , kitaorang banyak blaja pastry from her daripada western . Lagipun nak habiskan stok barang . Yelahh . Lepasnie dah cuti dah .

So 27.04.2013 kitaorang plan pergi picnic dekat Pantai Puteri buat bbq . Tapi akhirnya , kitaorang tukar plan pergi dekat Pengkalan Balak . Sebab apa kitaorang tukar plan ? Sebabnya kitaorang pilih tempat dengan pelantar minyak . Muahaha . So konvoi ramai-ramai pergi Pengkalan Balak . Tapi sempat jugak bergambar dekat Pantai Puteri tuh . Hee .


Inilah geng saya a.k.a sahabat aku dunia dan akhirat . InsyaALLAH . Mula kenal diaorang nie semua sangka sombong , last-last kitaorang jadi kawan . Hee . Study sesama , makan sesama , jalan-jalan sesama . Cumanya , ada sorang je takde dekat sini . Dia tak dapat join sebab ada urusan . Sedih jugaklah sebabnya tak lengkap lahh geng kitaorang nie . Tapi nak buat cane kan . Masing-masing ada urusan .


Inilah geng budak perempuan class aku . Ekeceli , ada lagi tapi yang lain ada kerja . So inilah yang ada . Yang lelaki tuh menyibuk je . Aiseymann -_-" .
So lepas snap gambar , diaorang pun kemas barang . Nak bergerak ke lokasi baru iaitu Pengkalan Balak . Banyak betul insiden dan memori yang kami kumpul . Dengan naik kereta macam sardin . Berhimpit-himpit sebab yelahh tak semua ada transport sendiri . Nak pakai bus , macam tak sesuai je and lagipun jimat cost kalau tumpang kawan nie . Hee  . Untung yang ada motor . Takdelah berhimpit tapi apa-apa pun ia kenangan yang menarik :) Dah sampai tuh ada pulak budak class aku buat lawak . Sakit mulut aku gelak pasal dia . Kitaorang memang gelak sakan lahh bila tengok insiden tuh . AHAHA . Kereta dia tak boleh nak gerak . So apalagi kena tolak lahh . Kesian . AHAHA .



Comei je korang . Aishh . Dah sampai tuh . Kitaorang rasa lega giler sebab akhirnya sampai jugak . Sampai-sampai je ada yang dah bendang tikar and sediakan makanan . Kami pun cepat-cepat amek makanan disebabkan semuanya sudah lapar . Hee .


Trima kasih serve kami . Hee . Makanan dan airnya sangat sedap sampai menjilat jari . AHAHA . Okay tipu yang tang menjilat jari tuh . Tapi sedap lahh . Ayoyo . Dah abis makan , time to enjoy , baby . Muahaha . Aku jadi photografi untuk diaorang . Hee . Ada yang dah terjun mandi , ada yang sediakan barang untuk berbbq . Tapi ada yang melantak lagi . Ada yang main bola pantai . Macam-macam aktiviti kitaorang buat dekat sana . Jom cuci mata apa yang kitaorang buat ! >.<





Yang nie kelakar . Cuba korang tengok 2-2 gambar nie . Muahaha . Mula-mula memang aku tak perasan pun bila kawan aku tegur baru perasan . Kesian senior aku . Takde sape nak snap gambar dengan dia . Hee . Dia senior yang the best . Ezihar nama diberi . Maaf nama penuh aku tak tahu . Muahaha .







Masing-masing sibuk uruskan bbq nie . Yummy bila tengok diaorang buat . Hee . Pelancong yang datang situ pun tengok kitaorang . Nak join sekali lahh tuh .. Mane bolehh . Nie kitaorang punya lahh :P



Aku bersama dia . Nanti dah tak sama class dah . Waktu rehat pun dah lain dah . Dah tak boleh lepak makan sesama dah . Haritu hari last kitaorang gelak sesama :( . Apa-apa pun kita tetap kawan :) . Yeayy ! Dapat jugak naik buaian . Dah lama kowt tak main buaian . *Jakun kejap . Hee .

Tengah syok main buaian , tetiba kitaorang terpandang budak baju pink , Azizi . Dia macam tengah carik something . Rupa-rupanya , dia terjumpa ikan pari nie . Ikan pari nie dah mati . Dia nak bakar tapi tak jadi sebab kenalah menyiang ikan tuh kan . So lepas ikan tuh dipegang ke tangan orang lain .. Aku dah tak nampak dah ikan tuh . Huhu .






Ahaha . Akhirnya , mereka berjaya buat baju putih tuh , Alif mandi . Muahaha . Lawak giler diaorang nie .





Aktiviti yang biasa dilakukan apabila di pantai . Apa rasanya di "rendam" dengan pasir eyh ? Aku tak penah buat pun sebab takde rasa nak buat . Hee .





Aku suka giler gambar kawan aku nie . Aku yang tangkap . Ada style tak ? Hee . Aku suka bidang fotografi sebab aku suka tangkap gambar . Hee . Tak sangka gambar nie nampak cantik . Tapi spoil lahh background belakang . Ada kaki orang dengan sampah . Muahah . Adau , jangan marah ye ! :) Tapi apa-apa pun aku suka gambar nie . Sesape nak guna khidmat aku sila hubungi 012-3456789 ye . Hee . Poyolah . Baru 1 gambar nak kecoh . Aku terlebih excited tengok gambar nie . Cantik sangat sebab modelnya pun cantik gak . Ye ? Sorry , she already taken :) . Time nie semua dah abis makan . Cuma tengah tunggu nak balik je . So , kami gunakan masa itu dengan sebaik mungkin dengan bermain "Banana Boat" . Excited diaorang naik benda tuh . Yelahh enjoy kan . Aku nak naik tapi disebabkan takde duit , hanya mampu melihat saje . Sedih ! :( AHAHA . Takdelah sedih mana pun . Boleh naik lagi kalau ada peluang an ? Betul tak ? :)


So , dah abis main tuh , kami pun mengemas . Tiba masa untuk balik . Sebelum balik , kami tangkap gambar class . Tak syok sebab ada yang takde . So nampak sikit je . Tapi apa-apa ia kenangan yang menarik . Aku takkan lupakan sampai bila-bila . First time dalam hidup aku berpicnic bersama kawan-kawan . Yelahh sebelum nie kecik lagi . Mana ibu ayah nak bagi kan .







Inilah mereka . Kami kenal sejak tahun lepas . Tapi sem depan kami dah berlainan kelas . Dan ada yang dah habis study . Suka duka kami lalui bersama . Kata-kata seorang senior ," Biasalah dalam kitchen nie ada situasi panas kadang bergaduh sana sini . Dalam kitchen memang macam nie ". Sape ingat sape yang cakap macam nie ? Hee . So aku harapkan kita semua berjaya dunia dan akhirat . Walaupun dah berlainan kelas , harapnya kita saling bertegur sapa :) . Semoga success untuk sem akan datang dan akan datang ... :) . Sorry kalau ada yang terasa dengan kata-kata aku :) Sekian , Terima kasih ...

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Wednesday 1 May 2013

Kembali bermanja dengan blog :)




Assalamualaikum .

Agak kekok untuk aku mulakan bicara . Padahal banyak yang aku ingin ceritakan . Kalinie aku nak bermanja dengan blog . Alahai .. Bermanja dengan Kau sekejap je . Pastu aku tinggalkan kau kejap . Hee . Sorry ye Mr.Blog :) *Ehh jap ! Blog pun ada jantina eyhh . Baru tahu . Ahaha .

Kalau korang perasan aku dah lama an tak menaip . Bukan apa , aku nak je update tapi ntahlah . Kadang-kadang rasa macam malas . Sebab dalam kepala otak aku nie nak balik je . Eh ? Ada kaitan ke ? Hoho . Hurmm . Lagi seminggu je lagi nak cuti sem . Whoaaa ! Tak sabarnya hati ini >.< . Nak makan masakan ibu . Makan laksa . Yummy ! My faveret tuh . Hohohi . Nak balik tapi assignment tak siap lagi . Dengan nota yang banyak . Hadui . Terbantut semuanya .. Itulah kalau pikir nak balik je . Sepatutnya pikir dulu tanggngjawab awak tuh , Nur Syahirah sebagai seorang pelajar . Jangan nak main-main . Dah besar dah . Tahun nie dah 19 tahun . Bukan budak-budak lagi . Bila mengenangkan aku bukan budak sekolah lagi . Aku rasa takut sangat untuk hadapi semua tuh . Wuaaa ! Tahun depan dah 20 . Matangkah aku ? Eleh .. ada aku kisah ? Orang lain takkan tahu umur aku memandangkan badan aku yang kecik molek nie . Muahahaha .
Okaylah . Sepanjang aku tidak menghadirkan diri di dalam blog ini , macam-macam aku buat . Yang first , mestilah dengan class . Budak-budak class aku semuanya tak sabar nak balik  . Semuanya lemau tapi kami kuatkan semangat jugak agak semuanya tak kena marah dengan Lect . Hee . Adatlah tuh kalau kena marah kan .. Yang kedua , aku pergi icity dengan kawan-kawan aku . Akhirnya dapat jugak aku pergi tempat tuh . Trima kasih dekat ibu ayah sebab bagi pergi . Lagipun aku ada bawak kawan . Mestilah ibu ayah bagi . Kalau tak , ibu ayah bagi ke ? Don't Know ? Nie bulan 5 nanti , InsyaALLAH .. Kitaorang nak pergi Genting Highlands pulak . Hoho . Ibu ayah pun bagi . Ibu ayah cakap ," Selagi kita masih muda nie , pergilah keluar jenjalan dengan kawan . Nnati bila dah kerja semua dah busy and dah takde rasa nak enjoy dah " . Tapi aku macam tak sure pulak nak pergi disebabkan kewangan . Aduyai . Duit oh Duit ! Yang Genting kita lupakan seketika . Nanti kalau dah jadi , aku update ! Oh yeahh ! Sekarang meh sini kalau nak tengok gmbar aku enjoy dengan mereka :)


Inilah kami . Dah 1 gambar je taw sebab blog nie problem sikit . So aku malas nak letak . No bad lahh pergi sana . Tapi yang tak boleh blahnye time nak balik tuh kitaorang tersesat . Tak jumpa parking kereta . Memang berpeluhlah nak carik tuh . Tapi akhirnya kitaorg dapat gak jumpa parking . Dah dapat kereta tuh semua lega dan kata Dah Serik!! nak gi dah . AHAHA . Parking punya pasal lahh . Muahaha . Lepas pergi icity , kitaorang gerak pi uptown shah alam . Time tuh nak dekat pukul 12 dahh . Hati nie dah mula risau sebab dah lewat malam . Lagipun aku tak pernah keluar malam dengan kawan-kawan . Biasanya dengan ibu ayah . Tapi dah sekali aku pun ikut lagipun bawak kawan dari seremban . So takkan nak ikut kepala aku je . Dah sampai . Carik makan + shopping . Pastu kitaorg balik . Dalam pukul 1 pg ayah pick up aku dgn kawan aku . Kitaorg nak tidur rumah kawan tapi ayah aku tak kasi . Takut menyusahkan pulak . Laju gak ayah bawak kereta . Sebab aku tunggu pun takdelah lama mana .So masing-masing balik rumah . Semua dah mengantuk .  Apa-apa pun memori yang best bersama mereka . Permulaan cerita harinie setelah sudah lama aku tak menaip :) Selamat membaca .

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Sunday 10 March 2013

Renungkan isi cerita ini :)

Assalamualaikum .

Hari ini aku nak kongsikan cerita atau risalah yang ustaz aku berikan pada aku . Harap cerita ini dapat membantu kita memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik :) .

Lelaki :

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya . Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri , dosa isteri , dosa anak perempuan yang belum berkhawin dan dosa anak lelaki yang belum baligh .

Beratkan ?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua manakala perempuan tidak , perempuan hanya perlu taat pada suaminya . Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya . Beratkan ? Suami kena bagi nafkah pada isteri , ini wajib tapi isteri tidak . Walaupun begitu , isteri boleh membantu . Haram bagi suami yang bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin . Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung . Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut . Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan yang lebih panjang daripada lelaki . Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (Ikut kajian lahhh . Jangan pikir bukan2 ye . Ajal maut ditangan ALLAH ) .

Tetapi , orang lelkai ada keistimewaannya yang dianugerahkan oleh ALLAH SWT . Ini orang lelaki kena tahu , Kalau tak tahu kena jadi perempuan . Begitulah kira-kiranya :)

Wanita :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki . Perlu meminta izin dari saminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya . Saksinya kurang berbanding lelaki . Menerima pusaka kurang dari lelaki .
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak . Wajib taat pada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya . Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri . Wanita kurang beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki .

Pernahkah kita lihat sebaliknya ?

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat . Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan ? Itulah bandingan dengan seorang wanita . Wanita perlu taat pada suami tetapi
Lelaki wajib taat kepada ibunya 3kali lebih utama dari bapanya .Bukankah ibu adalah seorang wanita ? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak .

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak , tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan , malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini , dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil . Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil) .

Di akhirat kelak , seorang lelaki akan
DIPERTANGGUNGJAWABKAN terhadap 4 wanita :
a. Ibunya
b. Isterinya
c. Anak perempuannya
d. Saudara perempuannya

Manakala seorang wanita pula , tanggungjawab terhadap
DITANGGUNG oleh 4 orang lelaki ini :
a. Suaminya
b. Ayahnya
c. Anak lelakinya
d. Saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki syurga melalui mana-mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
a. Solat 5 waktu
b. Puasa di bulan Ramadhan
c. Taat pada suaminya
d. Menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawab kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata . MasyaALLAH , sayangnya ALLAH pada wanita :)

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki , kamu sebenarnya adalah istimewa disisi ALLAH , maka dengan keistimewaan itu , JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya supaya kelak masing-masing lelaki dan wanita dapat pulang mengadap ALLAH dalam keadaan istimewa disisiNYA . "
Berpeganglah kamu sekelian dengan tali ALLAH dan janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah nikmat ALLAH atas kamu , seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNYA hati kamu semuanya , sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNYA.( Ali-Imran :103 ) .
Pada hari itu ( hari kiamat ) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan . Bahkan manusia itu , anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri , walaupun dia berperi-peri memberikan alas an untuk membela diri .

Aku harap apa yang aku kongsi nie dapat kita menambah ilmu dan renungkan setiap kata-kata diatas :) Renungkan dan selamat beramal >.<

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Teruskan bersabar :')

Assalamualaikum .

Ahad yang membosankan sampai aku taktau nak buatpe . Dok online je lahh . Jiwa ini dah meronta-ronta nak balik rumah .Rindu suasana dekat rumah . Rindu dekat family . Rindu dekat suara budak-budak yang ibu jaga . Rindu masakan ibu yang sedap-sedap tuh . Rindu dekat ...... Hurmmm .. Lagi satu ... Taktau lahh cukup ke idok duit belanja nak sampaikan 22 haribulan tuh . Hurmmm .

Macam-macam yang berlaku pada aku . Cuma aku berharap aku boleh terima ujian ALLAH ini dengan baik . Class berjalan dengan baik walaupun haritu ada problem . Hubungan dengan kawan pun baik . InsyaALLAH , everything gonna be okay :)

Minggu nie minggu yang sedih bagi aku . Dan berat untuk aku hadapinya . Tapi nak buat macam mana kan masing-masing ada cita-cita dan tanggungjawab yang perlu digalas untuk kebahgiaan keluarga tersayang . Dia dah semakin jauh . Hope kasih sayang kita tak menjauh ye , awak :') Dan aku berharap , aku boleh memahami setiap apa yang berlaku antara aku dan dia . Antara dia dan keluarga dia . Saya nak jadi orang terpenting buat awak , selamanyaaaaa :) . Saya sentiasa berharap kita dapat menempuh semua ujian yang ALLAH berikan . Aamiin .

Banyak yang aku harapkan . Salah satunya , aku berharap dia dapat menunggu aku agar aku dapat memperbaiki diri aku agar dia takdelah susah nanti . Aku belum cukup perfect untuk menjadi seorang muslimah yang baik . Cuma aku terharu dengan kau sebab kau bagi aku memakai purdah jika aku inginkannya :) Niat itu ada cuma aku takut aku tak dapat laksanakannya . Sebab itu aku cuba mencari dan berkawan yang punya hati yang kuat untuk memakai purdah dan berubah menjadi yang lebih baik . Aku sedang mencari jalan untuk berubah sedikit demi sedikit . InsyaALLAH , jika niat kita betul , ALLAH akan permudahkan jalan kita . Aamiin .

Aku nak mintak maap yang berkaitan semalam . Takde niat pun . Tapi doa kalian semua memang aku hargai sangat-sangat :') Aamiin . Doakannye . Sayang korang . Muahhhh :) Tapi aku memang dah engaged pun . Eh ? Acano tuh ? Heee :) Kbai .

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Sunday 24 February 2013

Sem 2 : Penuh cabaran !

Assalamualaikum .

Bila dah masuk sem 2 nie , agak mencabar jugak . Nak buat macam mana kan dah namanya "student" kenalah rajin sikit kalau assignment tuh berlambak mengalahkan PM punya kerja . Hee . Sepatutnya entri aku nie dah lama aku tulis tapi disebabkan aku nak tggu dapat baju kitchen , terpaksa lahh aku cancel kan menaip .

Akhirnya , baju kitchen aku dah dapat . So here we go !!!


Hari pertama kami memakai baju kitchen . Yang lawaknya bagi aku masa first day pakai baju kitchen , semua posing habis lahh . Before nak masuk kitchen tangkap gambar , dalam kitchen tangkap gambar dah abis class pun tangkap gambar termasuk aku lahh tuh . Hee . Yelah excited kan pakai baju kitchen . Hee . Kitaorang belajar western food . Aku nie takdelah minat sangat makanan western tapi boleylah makan daripada takde kan . Tapi aku memang tak boley masuk kalau makanan tuh lain macam je . Aishh .. Macam mana lahh nak jadi Chef nie syira ? Semua makanan ko kena rasa lahh . Ayoyo ! Takpelah . Nie kira permulaan aku . Next time kena beranikan diri lahh jawabnya . Ngee . Apa-apa pun kami happy menjadi budak kitchen . Doakan kami Berjaya dalam apa jua yang kami lakukan ye ! >.<

Bila digelar seorang pelajar . Maka banyaklah program yamg kami perlu ikut . Pada 1.2.2013 hingga 3.2.2013 aku dan kawan-kawan ada program Anak angkat di Kampung Bukit Pulau , Melaka . Kedatangan kami dialaukan dengan paluan kompang oleh budak2 kat kampong tuh . Trima kasih , adik ! :) Kitaorang sangat excited join program nie . Aku dapat cerita yang program macam nie first time di anjurkan . Aku taktau lahh betul ke idok . Itupun dengar from my senior . Aku just dengar and yang penting dapat join cenggini . Ini baru namanya PELAJAR ! . Program tuh sangat best . Kitaorang kena stay dengan keluarga angkat sepanjang program tuh . Agak kekok gak lahh . Tapi nasib baik aku ada patner . Ada gak yang takde patner . Banyak jugaklah aktiviti yang berlangsung .

Antaranya : Hari (Jumaat ) Berselawat dengan penduduk kampong bagi meraikan Maulidur Rasul . Aku dengan patner aku lambat siap . Maka kitaorang mencelah je time diaorang jalan . Hee . Malamnya kami ada program memperkenalikan diri bersama keluarga angkat . Ini first time aku cakap pakai mic . Segan giler . Dah lahh depan orang ramai . Sabo je lahh -_- . Pastu pada esoknya hari Sabtu ada acara Perasmian padang futsal dekat kampong tuh yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka , Dato Seri Mohd Ali Rustam . Siapa sangka dapat melihat depan mata kan ? Hee . Dan ada acara senamrobik dan berjalan 1 kampong . Punyalah penat . Selain itu , kami mengecat rumah PPRT dekat situ dan kami dapat bubur lambuk dari student Poli yang masak untuk semua orang . Kami semua dijemput ke kenduri kawin dekat kampong tuh tapi disebabkan dah penat . aAku dan membe balik . Malaslah nak gi . Dah sampai rumah , kitaorang tidur . Malam tuh ada acara sukanneka . Aku masuk acara "MasterChef bersama mak angkat aku" walaupun kitaorg tak menang , mak angkat aku kata "takpe kita buat untuk suka-suka je" Bila mak angkat dah cakap macamtuh , takdelah aku risau sangat . hee . Penat . Balik . Tidur . Hari ahad . Hari last bersama keluarga angkat . Awal2 lagi kitaorg dah bangun untuk acara akhir ,"Program My beautiful Malaysian" *sorry kalau salah . Masa nak gi tuh , mak angkat kitaorg bagi duit belanja . Kami terkejutlah . Baru kenal 3hari kowt . Tapi dah baik dengan kitaorang . Syukur ALHAMDULILAH , Kami dapat kenal dengan keluarga yang baik . Duit tuh kami tak guna pun sebab semua makanan diberi percuma . Hee . Duit tuh kami simpan je . Prgram tuh sampai tengahhari .Kitaorang rehat jap pastu lebih kurang pukul 2 petang kami pergi ke majlis penutup . Ucapan + Penyampaian hadiah + Nangis-nangis dgn lagu yg dipasang yg sangat mendayu-dayu . Hee . Walaupun hanya keluarga angkat tapi jika dia baik dengan kita , kita terasa dia dekat dengan kita . Adik angkat aku nangis . Dia berat nak tinggalkan aku dengan patner aku . So sweet dik . Keluarga diaorang sangat peramah dan baik >.<

Peluk cium nangis before masuk bus . Aww sayu aku melihat wajah adik angkat aku masa balik tuh . Mata aku semacam bengkak sekejap sebab nangis punya pasal . Mak angkat aku kata ,"Lepasnie datanglah lagi . Jangan time program nie je . Selalulah contact" . Mak angkat aku ada bagi makanan sikit walaupun hanya kecil pemberian itu tapi aku bersyukur sangat2 :) Hurmm .. Terasa rindu pulak dekat mereka tatkala aku menaip tentang mereka . Hurmm . Aku hanya mampu mendoakan mereka dari jauh je :'(
         



Inilah kenangan berada di program itu . Penuh banyak memori walaupun ada sedikit kekecewaan itu , aku tetap happy dapat pengalaman baru bergelar seorang pelajar ."Kisah lama Tapi Benar :)

Seorang pakcik : Minat masak ke ?
Anak Orang : Minat lahh jugak tapi kadang malas gak nak masak *sambil gelak Kenapa pakcik ?
Seorang pakcik : Sebab pakcik tengok kamu dari segi kamu berpakaian nie mcm minat bidang agama je *sambil senyum
Anak Orang : *Balas balik senyuman pakcik tuh :)"

Kisah aku waktu aku berada di rumah keluarga angkat :) Aku tergamam seketika bila pakcik a.k.a ayah angkat aku tuh cakap mcmtuh . Apa2 pun aku cuba yang terbaik untuk menjadi muslimah yang solehah :)

Aku rasa takat sini je lahh entri aku . Dah panjang lebar aku story dekat korang . Mesti korang bosan kan baca cerita aku yg panjang nie  . Its okay kalau taknak baca :) Baca biar ikhlas . Aku sekadar berkongsi .

Kbai . Take care . Jikalau ada umur yg pnjg kita berjumpa lagi :) Doakan kami ye Berjaya didunia dan akhirat :) Assalamualaikum .


menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas