Sunday 24 February 2013

Sem 2 : Penuh cabaran !

Assalamualaikum .

Bila dah masuk sem 2 nie , agak mencabar jugak . Nak buat macam mana kan dah namanya "student" kenalah rajin sikit kalau assignment tuh berlambak mengalahkan PM punya kerja . Hee . Sepatutnya entri aku nie dah lama aku tulis tapi disebabkan aku nak tggu dapat baju kitchen , terpaksa lahh aku cancel kan menaip .

Akhirnya , baju kitchen aku dah dapat . So here we go !!!


Hari pertama kami memakai baju kitchen . Yang lawaknya bagi aku masa first day pakai baju kitchen , semua posing habis lahh . Before nak masuk kitchen tangkap gambar , dalam kitchen tangkap gambar dah abis class pun tangkap gambar termasuk aku lahh tuh . Hee . Yelah excited kan pakai baju kitchen . Hee . Kitaorang belajar western food . Aku nie takdelah minat sangat makanan western tapi boleylah makan daripada takde kan . Tapi aku memang tak boley masuk kalau makanan tuh lain macam je . Aishh .. Macam mana lahh nak jadi Chef nie syira ? Semua makanan ko kena rasa lahh . Ayoyo ! Takpelah . Nie kira permulaan aku . Next time kena beranikan diri lahh jawabnya . Ngee . Apa-apa pun kami happy menjadi budak kitchen . Doakan kami Berjaya dalam apa jua yang kami lakukan ye ! >.<

Bila digelar seorang pelajar . Maka banyaklah program yamg kami perlu ikut . Pada 1.2.2013 hingga 3.2.2013 aku dan kawan-kawan ada program Anak angkat di Kampung Bukit Pulau , Melaka . Kedatangan kami dialaukan dengan paluan kompang oleh budak2 kat kampong tuh . Trima kasih , adik ! :) Kitaorang sangat excited join program nie . Aku dapat cerita yang program macam nie first time di anjurkan . Aku taktau lahh betul ke idok . Itupun dengar from my senior . Aku just dengar and yang penting dapat join cenggini . Ini baru namanya PELAJAR ! . Program tuh sangat best . Kitaorang kena stay dengan keluarga angkat sepanjang program tuh . Agak kekok gak lahh . Tapi nasib baik aku ada patner . Ada gak yang takde patner . Banyak jugaklah aktiviti yang berlangsung .

Antaranya : Hari (Jumaat ) Berselawat dengan penduduk kampong bagi meraikan Maulidur Rasul . Aku dengan patner aku lambat siap . Maka kitaorang mencelah je time diaorang jalan . Hee . Malamnya kami ada program memperkenalikan diri bersama keluarga angkat . Ini first time aku cakap pakai mic . Segan giler . Dah lahh depan orang ramai . Sabo je lahh -_- . Pastu pada esoknya hari Sabtu ada acara Perasmian padang futsal dekat kampong tuh yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka , Dato Seri Mohd Ali Rustam . Siapa sangka dapat melihat depan mata kan ? Hee . Dan ada acara senamrobik dan berjalan 1 kampong . Punyalah penat . Selain itu , kami mengecat rumah PPRT dekat situ dan kami dapat bubur lambuk dari student Poli yang masak untuk semua orang . Kami semua dijemput ke kenduri kawin dekat kampong tuh tapi disebabkan dah penat . aAku dan membe balik . Malaslah nak gi . Dah sampai rumah , kitaorang tidur . Malam tuh ada acara sukanneka . Aku masuk acara "MasterChef bersama mak angkat aku" walaupun kitaorg tak menang , mak angkat aku kata "takpe kita buat untuk suka-suka je" Bila mak angkat dah cakap macamtuh , takdelah aku risau sangat . hee . Penat . Balik . Tidur . Hari ahad . Hari last bersama keluarga angkat . Awal2 lagi kitaorg dah bangun untuk acara akhir ,"Program My beautiful Malaysian" *sorry kalau salah . Masa nak gi tuh , mak angkat kitaorg bagi duit belanja . Kami terkejutlah . Baru kenal 3hari kowt . Tapi dah baik dengan kitaorang . Syukur ALHAMDULILAH , Kami dapat kenal dengan keluarga yang baik . Duit tuh kami tak guna pun sebab semua makanan diberi percuma . Hee . Duit tuh kami simpan je . Prgram tuh sampai tengahhari .Kitaorang rehat jap pastu lebih kurang pukul 2 petang kami pergi ke majlis penutup . Ucapan + Penyampaian hadiah + Nangis-nangis dgn lagu yg dipasang yg sangat mendayu-dayu . Hee . Walaupun hanya keluarga angkat tapi jika dia baik dengan kita , kita terasa dia dekat dengan kita . Adik angkat aku nangis . Dia berat nak tinggalkan aku dengan patner aku . So sweet dik . Keluarga diaorang sangat peramah dan baik >.<

Peluk cium nangis before masuk bus . Aww sayu aku melihat wajah adik angkat aku masa balik tuh . Mata aku semacam bengkak sekejap sebab nangis punya pasal . Mak angkat aku kata ,"Lepasnie datanglah lagi . Jangan time program nie je . Selalulah contact" . Mak angkat aku ada bagi makanan sikit walaupun hanya kecil pemberian itu tapi aku bersyukur sangat2 :) Hurmm .. Terasa rindu pulak dekat mereka tatkala aku menaip tentang mereka . Hurmm . Aku hanya mampu mendoakan mereka dari jauh je :'(
         



Inilah kenangan berada di program itu . Penuh banyak memori walaupun ada sedikit kekecewaan itu , aku tetap happy dapat pengalaman baru bergelar seorang pelajar ."Kisah lama Tapi Benar :)

Seorang pakcik : Minat masak ke ?
Anak Orang : Minat lahh jugak tapi kadang malas gak nak masak *sambil gelak Kenapa pakcik ?
Seorang pakcik : Sebab pakcik tengok kamu dari segi kamu berpakaian nie mcm minat bidang agama je *sambil senyum
Anak Orang : *Balas balik senyuman pakcik tuh :)"

Kisah aku waktu aku berada di rumah keluarga angkat :) Aku tergamam seketika bila pakcik a.k.a ayah angkat aku tuh cakap mcmtuh . Apa2 pun aku cuba yang terbaik untuk menjadi muslimah yang solehah :)

Aku rasa takat sini je lahh entri aku . Dah panjang lebar aku story dekat korang . Mesti korang bosan kan baca cerita aku yg panjang nie  . Its okay kalau taknak baca :) Baca biar ikhlas . Aku sekadar berkongsi .

Kbai . Take care . Jikalau ada umur yg pnjg kita berjumpa lagi :) Doakan kami ye Berjaya didunia dan akhirat :) Assalamualaikum .


menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Saturday 23 February 2013

Aku kosong kosong Rojak Story

Assalamualaikum .

Syira , tajuk entri tak semegah dengan entri lahh . Ye . Biarkan sebab aku tak bermaya sekarang nie . Macam-macam perasaan ada sekarang nie . Bosan , malas , mengada-ngada mengantok buat mimpi , marah , merajuk , sedih dan lain-lain .

Thanks God aku dapat gak chat dengan my BFF dunia dan akhirat *insyaALLAH . Rindu giler nak chat dengan dia and dapat jugak aku luahkan problem aku dekat dia . Hurmm lama betul dia nak cuti . Wahai hati bersabarlah . Nanti kau jumpe dia jugak . Rindu dekat kawan-kawan lain jugak . Hurmm bila lahh dapat jogging dengan korang lagi eyh ? Terasa kehilangan itu . Aku rindu kenangan tuh , kawan :'( . Mana lagi kawan-kawanku yang suka update blog ? Senyap je korang .. Okay aku paham situasi korang .

Now aku tengah kebosanan giler walaupun assignment ada . InsyaALLAH , nanti kalau ada mood aku buatlah . Hoho . Boley pulak mcmtuhkan , syira ? Ahaha . Jangan malas-malas lagi syira . Dunia kau dah lain . Oh sebut pasal dunia . Tahun nie tahun last aku jadi budak belasan tahun . OmjaYYYYY ! Tak percayenyeee . Badan kecik cenonet je . Mesti orang ingat aku still budak skola an . Aishh .. Tengok muka lahh . Dah matang kannn ? Hee .

Amek jemuran kain dan lipat kain . Iklan kejap ye :) -------------------------------------------

Tett .. Tett .. Tett .. Maaf ye . Tuan punya blog solat sebentar :) Kamoo-kamoo semua jangan lupa solat pulak ye !! :) Flying kiss sikit untuk gegurl jeee >.<

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulilah . Done menunaikan solat Asar . Yang lain jangan solat lewat ye . Diri ini pun cuba yang terbaik untuk diri sendiri :) Okay sambung balik ..

Aku taktau lahh boleh hadapi ke tidak hidup pada umur 20tahun nanti . Adakah cabaran yang datangg padaku nanti sama ataupun berlainan ? Tapi aku pasti ALLAH takkan berikan kita ujian dan cabaran jika kita tidak mampu . Yang penting , DIRI SENDIRI yang perlu pandai membawa diri menyelesaikan cabaran :) .

Lagi 2tahun aku nak habis belajar . Diharap aku dapat graduate bersama kawan-kawan aku yang lain . Lepas habis belajar nie aku tak sure nak buatpe . Yang penting , aku nak sambung dip . Tapi untuk menyambung tuh aku perlukan duit . Takkan nak mengharap pada ibu ayah . Kau dah besar , NUR SYAHIRAH ! Maybe aku kerja + kumpul duit . Kalau dah cukup baru sambung . Pasal kahwin ? Hurmm . Secret meyhh . Hee . Ayoyo . Dah terlebih merancang pulak kau , syira . Aiyakkk ! Tapi berharap sangat si dia terbuka hati dengan apa yang aku cakap haritu . Aamiin *sama2 Aamiin kan taw :) Ayang korang lebih . Muahh sikit . Hee .

Okay Nampak tak aku dah happy sikit ? Bila kita ingat padaNYA , Hati kita automatic mesti merasa tenang . Bila kita jauh denganNYA , tengoklah hasilnya .. Asyik nak marah je . Ada je yang tak kena . Sebab itu kita yang beragama Islam disarankan sentiasa berzikir kepadanya :) . Aku suka pegi class Ustaz Lokman . Ustaz yang mengajar kami bab agama . Kami dak2 kolej komuniti disarankan amek PWK iaitu Pelajaran Wajib Kolej *kalau tak sipa yang pelajaran tuh . Ayoyo lupa sudah . Ngee . Sesape yang amik full sijil kena amik PWK bagi yang nak sambung dip nanti . So aku suka dengan cara ustaz tuh mengajar . Sangat sempoi and dia sporting . Ustaz nie pandai taw nak tengok perangai seseorang tuh . Terasa gerun pun ada gak . Aishh . Mesti dia tahu perangai aku mcm mana kan ? Takpelah :) . Aku tengok ustaz aku nie mcm Imam Muda Nazrul . Mcm lebih kurang je muka diaorang nie . Dah lahh sama-sama kecik *memandai je ko syira . Sebab itu bila aku belajar dengan ustaz nie , aku rasa tenang je :) Trima kasih , ALLAH . Trima kasih , ustaz Lokman :)

Ehhh ? Macam dah terlebih banyak pulak entri aku nie .. Dalam takde idea pun , banyak gak aku menaip . Hee . Nak taip apa lagi eyh ? Jap2 ! Nak Tanya .. Ada tak point yang aku bagi kat korang tentang entri aku nie ? Please balas . Aku nak tengok :) Rasanya takat sini dululah . Malam kang aku semacam nak story pasal budak2 class aku pulak . Hee . Rindu nak menaip pasal diaorang . Dah lama kowt tak story pasal diaorg .

Okaylah . Take care . Assalamualaikum :)

Terima kasih yang sudi baca : Ikhlas dari hati anak Mohamad Omor dan Siti Jamaliah iaitu Nur Syahirah :)

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Friday 22 February 2013

Manusia yang serba salah :'(


Assalamualaikum .

MyLoveDuniaDanAkhirat :)
Alhamdulilah , ALLAH masih panjangkan nyawa aku untuk aku hidup . Terasa rajin pulak nak update blog . Heee . Tengah lepak-lepak kat rumah . Rumah Melaka ye . Minggu depan aku balik . So korang takde plan gi mana-mana ke ? Rindu nak hang out dengan korang tapi masing-masing busy bebenor . Kalah PM . Ahaha . Joke only . Hope korang tak terasa :)

Tiba-tiba aku rasa serba salah pulak dengan story aku yang lepas . Maybe ada yang sempat baca and ada yang tak sempat baca . Salah aku jugak . Tak tepati janji . So story tuh aku dah delete from my blog . Biarlah kenangan itu aku simpan dalam hati aku je *Chewahhh . Hee . Lama gak aku pikirrr pasal tuh dan akhirnya aku delete jugak benda tuh :) . Syira ! Kau buat benda betul . Jangan risau . Gunakan blog nie sebaik mungkin ! :') Rasa lega bila dah delete . Alhamdulilah :') . Lepas nie akan lebih berhati-hati dalam menulis . Thanks , kasih sayang sebab nasihat saya :')

Rindu dengan ibu ayah dan kakak . Rindu nak makan masakan ibu . Balik nie aku bedal semua makanan yang ibu masak . Rindu nak makan laksa . Dah lama rasanya tak makan . Nak suruh ibu masak ke diri sendiri masak ? Tapi takde pun . Nanti aku gak kena buat . Hoho . Minggu depan balik nak buatkan kek batik untuk kawan . My roomates kempunan nak makan . Rasa serba salah pulak tak buatkan . Hope menjadilah kek batik aku . Hee .







menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Wednesday 6 February 2013

Minggu yang padat .

Assalamualaikum .

Adoyai . Salah time ar nak update bog . Dah azan pulak . Takpe2 . Entry pendek je nie . Terasa berdosa pulak . Aishh . Syira .. Syira ..

Terasa nak update blog sebab saja nak ziarah kawan-kawan blog . Agak ketinggalan dengan story korang .. Aishhh sedey meyh .. Senang cakap full update akan berlangsung masa cuti nanti ye sebab jadual aku terlalu padat . Dengan class and program kat kolej . Sampai demam-demam aku nie . Sakit badan pun ada gak . Huhu . Nak urut !!! Yang penting , aku nak balikkkkk . Serius , dah tak larat nak gi class . Otak dengan badan aku dah kat KL dah . Kbai . Itu je :) . Dah takde idea nak cakap .

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas