Monday 12 May 2014

Pratical life : Part 2 Erti Sahabat . Erti Kawan .

Assalamualaikum .

Harinie dua entri aku update . Sementara tenet okay kan , baik kita manfaat kan . Hihi . Rasanya ini entri last utk pratikal aku . Biarlah kenangan tuh aku simpan kat dalam jantung aku + kepala otak nie . Haha . 

Erti Sahabat . Erti kawan . Bagi aku sahabat dan kawan itu berbeza . Sebab apa ? Sahabat itu seseorang yang erat dengan kita . Seseorang yang boleh kita ceritakan kesukaan dan kesedihan kita . Seseorang yang memahami . Seseorang yang menyenangkan kita . Seseorang yang di ibaratkan bagaikan adik beradik dan keluarga . Tapi takde bezanya dengan Kawan . Cuma aku rasakan Sahabat itu yang lebih baik . 

Okay . Sepanjang pratikal , merekalah tempat aku mengadu gembira , sedih , sakit demam semua . Mak ai macam jauh benar kau pratikal syira oi padahal dekat Melaka jugak . Haha . Mana taknya untuk pertama kali aku bekerja dan tak balik rumah selama 3 bulan . Lama tuh kan untuk manusia macam aku nie . 

Masuk industri , barulah aku tahu mana mana kawan , mana lawan . Tapi takde kena mengena pun . Aku takde nak bermusuh dengan sesape pun . Haha . Tapi biasalah bila kita dah berkawan nie mcm adik beradik , bergaduh pun ada . Paling aku terkesan bila gaduh dengan adau . Masing-masing dah penat , dan time tuh pulak aku terlepas cakap , maka dia pun buat muka . Aku pun jadi serabut . Agak kekok bila dah gaduh . Pergi kerja pun rasa janggal sbb takde gurau senda dengan dia . Last-last , kitaorang berbaik jugak . Takkan nak gaduh lama an ? Tak elok . Benda kecik boleh jadi besar . Setan kan pandai hasut . Memang nama pun setan . Haha . Kenangan bila ada event . Dok dalam chiller reramai . Buat video dalam tuh . Dan Alhamdulilah sebenarnya video tuh lahh yang tolong kitaorang dalam report . Tak sangka video kitaorang amik tuh just suka-suka , rupa-rupanya ada hikmah di sebaliknya . Banyaklah event yang kitaorang join sampai balik lambat esoknya pun bangun lambat . Yang tak boleh blah , aku lambat pegi kerja . Mak ai dah sorang time tuh . Ingat an taknak datang tapi bila ingat report semua tuh and prestasi kerja nanti macam mana , aku gagahkan jugak pergi . 

Masuk industri , kita boleh buat ramai kawan to sahabat . Memang okaylah dapat kenal manusia baik-baik dekat sana . Keluar makan ramai-ramai . Gosip sana sini . Jalan kaki pergi makan buger bakar . Memang nak termuntah aku bila balik . Dah kenyang makan pastu berjalan lagi . Haha . Tapi takpe tuh memori . Pergi tengok wayang . Eleh . Itu biasa kalau keluar dgn kawan  an ? Yang tak boleh blah , main game reramai . Lawan daytona . Ehh ? Betul ke aku eja nie ? Haha . Game kereta tuh lahh . Tapi aku tak join lahh . Segan lahh . Haha . Yda sorang je main . Wakil perempuan . Haha . Nak tergelak aku tengok diaorang main . Memang macam budak-budak . Tapi seronok lahh jugak . Yang paling best aku dapat pegang kamera dslr . Hihi . Thanks kawan bagi pegang sat . Haha . Dapatlah seketul dua aku tangkap . Tangkap gambar empunya kamera . Hihi . Cantik gak aku tangkap . Eelehh , sebenarnya kamera tuh memang dah cantik dah . Tinggal tangkap je . Jgn perasan sgt . Huhu . Tak lupa jugak thanks ajarkan aku wei :) Aishhh . Memang kenangan . Rindu pulak tetiba . Rindu nak stay dekat AYAM tuh . AYAM maksud dia Apartment Yayasan Melaka . Aku pun pelik masa first time dengar .Yda pelik je nape aku nak dok sana balik . Haha . Tak sebenarnya suasananya berbeza taw . Berbanding dok rumah sewa . Aishh . Rindu nak pegi sana . Nak pergi Hotel Avillion tuh . Bak kata sorang kawan aku Hotel Allion . Haha . Memang pun . Haha . 

Masuk industri , tetiba rindu dekat chef :')


Inilah chef yang paling sporting . Chef Manjuar . Chef Pastry . Sebelah tuh Eric . Dia dah berenti . Pergi Singapore . Kerja kat sana . Sebelah tuh Ming . Cina yang fasih berbahasa melayu and dia jugak trainee macam kitaorang .  Memang best kawan dengan diaorang . Time nie lagi berapa minggu je kitaorang nak habis pratikal . Time nie lak tak busy . So enjoy kejap . Hihi . 


Nie pulak Chef Erin . Cold department . Akak nie memang caring dengan kitaorang . Banyak yang dia ajar kitaorang . Rindu Kak Erin . 


Nie pulak budak coffee house . Nurul nama dia tapi adau panggil Sue sbb gaya dia macam budak class kitaorg . Muka pun macam lebih kurang jugak . Hari-hari terakhir bersama :) Rindu pulak nak pakai baju coklat tuh . Hihi . Tapi taknak lahh . Haha . Tak ramai yang aku kenal sebab aku malas nak kenal . Haha . Mana yang cakap dengan aku je aku kawan . Haha . Kejam tak ?! Haha . 

Yup . Itulah serba sedikit sebanyak pasal aku dan pratikal . Pengalaman bekerja . Pengalaman berkenalan dengan orang baru . Terima kasih pada mereka yang buat kenangan tuh . Thanks Chef , thanks uncle chan , thanks budak ptpl , thanks budak ypj , thanks ! Most important thanks Nur Rawaida bt Ridzuan , Rabiahtul Adawiah bt Ab Rahim , Nur Hidayah bt Abdul Ranee dan Nur Izzah Izzati bt Hisham .

:')
 


menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Selamat Hari Ibu untuk Ibuku !

Assalamualaikum . 

Tiba-tiba rasa macam nak update pulak . Hoho . Apa ye mukadimah yang palin best if nak mulakan sesuatu cerita ? Aku rasa lebih suka terus update tapi macam tak best pulak an . Rasa macam kosong je kan situ . Hoho .

As usual , aku tak kerja time cuti sem nie . Dalam hati rasa nak kerja tapi ntahlah . Lebih suka tolong ibu jaga budak cerita . Senang cerita belum bersedia nak kerja macam dioarang . Kadang jeles jugak . Yelahh cukup bulan dapat duit . Duit tuh boleh simpan or buat enjoy . Errr . Why mehh aku tak macam diaorg ? Suka kerja . Erghhh ! Maybe dulu pun akak aku tak kerja , so aku pun tak kerja kowt . Tapi dia lain . Aku nie cuti sampai 2 bln . Aishh . Lama benar cuti sem . Tak sabar nak konvo . Pakai jubah besar gedabak uhh ! Aishhh . Macam manalah nnt aku pakai ye . Dah lahh badan kecik je . Haha . Teringat time tadika . Tapi takdelah nmpk janggal sangat sebab mmg jubah tuh kecik . Tapi nie ntahlah . Tggu je lahh nnt . Hihi .

Ohh ? Harinie nurses day ke ? Happy Nurses Day , My sis . Nur Lyana Bt Mohamad Omor :) 
Ohh ? Semalam hari ibu an ? Banyak maklumat tentang hari ibu nie . Sebenarnya hari-hari , hari ibu . Cuma semalam je kita rasa hari itu hari special , why not kita berpikiran positif . Am I right ? Janganlah terlalu enjoy sangat sambut hari ibu tuh just simple . Sebenarnya ibu bukannya nak sangat sambut hari ibu tapi ibu kita nak kita stay dengan dia . Luangkan masa walaupun kita dah ada depan dia . 

So , korang buatpe semalam ? Aku and akak kitaorang plan buat special menu for them . Untuk ibu ayah . 

First day . Hari Ibu .Hari Jumaat .
Malam uhh , beli barang . Nasib baik Giant bukak sampai pukul 12 kalau tak , tak jadi plan kitaorang . Huhu . Hari Sabtu kitaorg masak ayam panggang black pepper and kitaorg yg masak . Ibu langsung tak masak . It's okay . Lagipun memang plan kitaorang nak masakkan utk ibu and ayah . Hihi . Aku masak tomyam soup atas permintaan ibu . Ntah kenapa ibu lebih suka tomyam yang aku masak berbanding dia . Happy lahh jugak . Hihi . 


Nie lahh ayam yang kitaorang buat . Ayam panggang black pepper . First , kitaorang ingat tak jadi . Lagipun oven tuh dah lama tak pakai . Tengok ayan tuh dah macam stem pulak padahal nak panggang . Huhu . Fikir punya fikir kitaorang buat cara lain . Akhirnya menjadi jugak . Hihi .


Jangan ingat rupa macamtuh , hangit taw . Tak hangit pun . Sangat sedap . KItaorang sangat berpuas hati dengan apa yang kitaorang buat . Ikhlas untuk ibu and ayah :) Sampai budak yang ibu jaga tuh pun bertambah makan . Hihi . Budak ibu jaga tuh memang , tak sah kalau tak datang . Time cuti pun nak datang . Kesian ummi dia . Aishhh . Maybe diaorang suka datang sebab ada game dan ada orang melayan dia . Never mind lahh , orang datang rumah kita maknanya rezeki an . 

Second day , Hari Ahad . Hari Ibu .
Aku plan buatkan ibu kek . Kebetulan haritu ibu ada ceramah dekat Masjid lepas zohor . Sempena hari ibu nie . Nak join tapi tak boleh . Sedih . Nasib baik ada kakak teman . Bnagun pagi tuh memang aku dah set dalam kepala nak kemas rumah + buat kek special utk ibu = tolong apa yang patut . Ibu balik je dari pasar , terus ibu bagi tugas . Errr . Its okay . Aku terima . Ibu just jemur kain je . Ibu nampak aku buat kek tapi mesti ibu ingat aku buat macam biasa je . Haha . Aku saja buat lambat-lambat . Lepas ibu pergi masjid , mulalah operasi aku . Hihi . 

Tak sangka dan tak ku duga , akhirnya aku berjaya buat walaupun tidaklah sempurna mana dan tidaklah secantik yang dekat kedai tuh . Aku pun tak sangka buat kek macamtuh . Menangis aku lepas buat tuh . Huhu . Bila sesuatu benda yang kita buat dah ia hasil yang berjaya , terasa macam nak buat lagi dan buat perniagaan sendiri :') .Tunjuk dekat akak , dia kata ,"Adik , akak nak tengok kau buat". Lepastu baru dia gi masjid . Hihi . Nasib baik ceramah tuh mula lambat . Biasalah orang kerja malam an , mestilah mengantuk . Dia pun bersiap sebab dah janji dengan ibu nak pergi sekali . Tunjuk dekat ayah , ayah hanya senyum je . Dalam hati kita taktau . Maybe dia puji anak dia nie kowt . Hihi . Perasan kejap . 




Sementara tunggu ibu balik , kita simpan dulu . Nasib baik ibu ada bekas macam nie . Cantik an bekas ibu beli ? Hihi . Bila ibu dah balik , akak mesej . Nak buat surprise an . Ibu dekat pintu je kitaorang wish dekat ibu . Hihi . Aku salam and cium ibu . And ibu ucapkan trima kasih sebab tolong dia . Aku sambil peluk and cium ibu rasa macam nak nangis . And sebak . Huhu . Kitaorang pun makan reramai . 

Malam tuh jugak , masa ayah tgh gosok baju , ayah cakap ,"Kenapa tak buat tulisan tuh sekali , alang-alang dah buat tuh , terus lahh belajar sekali". Aku hanya cakap takde bahan je . Memang takde bahan tuh . Plus ayah bagi tips , letak sikit garam dalam setiap masakan atau minuman sebab ibu kata manis sangat coklat atas tuh . Hihi .

See ? Simple je aku sambut hari ibu . Hihi . Kebetulan tarikh birthday ibu ada 2 so sambut sekali . Bulan 5 and bulan 12 . Special an ? Bukan ada 2 ibu ye . Sepak kang sampai yang pikir macamtuh . Hihi . 

Baru aku terpikir , betapa penatnya menjadi seorang isteri sekaligus menjadi seorang ibu . 2 hari aku "try" menjadi seorang ibu , betapa penatnya walapun hanya memasak , membasuh pinggan dan angkat kain . Sedangkan ibu aku buat semua kerja . Dari situ aku tolong ringankan beban ibu tapi bukannya aku langsung tak pernah tolong ibu . Anak yang zalim kalau macamtuh . Huhu . 

Jadi hargailah ibu awak semua dan luangkan masa dengan dia . Ibu dengan ayah kita bukanlah inginkan sangat duit kita walaupun aku tak bekerja lagi tapi aku tahu diaorang ingin "beli" masa kita dengan dia . Aku taktau berapa lama lagi aku boleh hidup dengan diaorang tapi aku selalu berdoa yang aku sentiasa ada bersama diaorang dan menjaga diaorang walaupun aku bukanlah anak yang sebaiknya . Hmm . Buat sahabat yang tiada insan tersayang , tiada pengakhiran kasih sayang kau bersama dia , tapi dengan doa itulah kasih sayang kau akan selalu mengalir untuk dia :)

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Thursday 1 May 2014

Pratical Life : Part 1

Assalamualaikum .

Sihat kaa awak-awak semua ? Ye saya kat sini sihat je . Trima kasih amik berat . Hihi . Hmm terasa sangat dah lama tak update blog . Membe seperjuangan pun dah jarang update blog . Memasing busy dengan life as student . Paham sangat . Dengan assignment yang bertimbun . Dengan presentation yang berlambak . Ya ALLAH . Itu semua untuk masa depan . Kalau takde semua tuh , buang masa kau gi kolej menghabiskan duit mak bapak kau . Hargailah dua insan yang istimewa itu :) Ibu Ayah kita :) . Sementara , line berukband lajulah jugak , boleh lahh aku update . Nnt dah slow macam kura-kura , dah takde mood nak update . *Aishh.Kura2jugakdipersalahkan:D

Hmm . Kini , aku tengah semangat bercuti sem . Semangat sangat . Haha . Kat rumah takde buat apa . As usual , tak terpikir nak kerja even ayah dah tanya nak buat apa cuti sem nie . Hoho . Firstly , nak ganti puasa yang tertangguh . Second , its time for me to change . Even orang tgk kita sangatlah baik tapi aku rasa aku bukan baik pun . Masih ada kekurangan . Rasa sebak jugak ada segelintir kawan-kawanku yang sudah berubah sedikit demi sedikit . Bla pikir balik , aku bila ? Nasihat orang tp diri sendiri tak move on . Hmm . Okay , yg ketiga , kita nak update pasal pratikal lahh kat awak2 semua . Hihi . Nak baca tak ? Kalau nak , meh sini duk dengan kita . Awak baca dengan tekun ye . Hahah . Tak boleh blah . 

Okay ! Start . Pada dulu kala . Hahaha . Okay. Ini serius :)

13.1.2014 
Hari pertama aku dan kawan2 masuk ke dalam dunia industri . Yang berkerja sebagai seorang Chef . Kami semua berdebar bak hang . Macam nak terkeluar anak tekaq , anak jantung semua lahh . Haha . Itu tipu .  First masuk dapat berkenalan dengan Exc Chef iaitu Chef Hashim . Muka dia sangatlah garang dan dia sememangnya sangatlah garang if ada je tak kena dengan apa yang kami buat tapi dia jugak sangatlah baik . Sentiasa jaga makan minum kami dan time solat itu penting . Dapat gak kenal dengan Exc Sous Assitant , Chef David , Chef Manjuar , Kak Ezu , Chef Faizal , Chef Wan , Aizam , Sadam , Syaif , Achik , Yong , Uncle Chan , Tan , Erick , Cdp Kak Ct , dan Kak Erin . Itu semua pekerja tetap . Ada jugak student pratikal macam kitaorang nie . Bdk ptpl . Diaorang byk jugaklah ajar kitaorg dekat kitchen . Thanks Shah , Aniq , Sam , and Adi . Tak lupa jugak dekat Ming dari kolej lain . Memang best kawan dgn korang :) Tapi lepas bdk ptpl blah dah abis pratikal , kitchen jadi sunyi . Masuk pulak bdk ypj . Adik-adik kami . Hihi . Syafiq , Shahril , Fikri dan Kamarul . 

Actualy , banyak yang kami pelajari . Kena marah tuh perkara biasa kan . Orang nak belajar kena accept semua tuh . And aku seronok dapat pratikal dekat Hotel Avillion Legacy , Melaka . Banyak kenangan yang aku kutip dekat hotel tuh . Pahit manis semuanya . Nak tulis apa lagi ehh ? Haha . Aku jadi blank pulak . Haha . Okaylah . Mehh tengok gambar sini :)



Meh sini aku nak bagitu yang depan sekali tuh budak ptpl gak . Nama dia Syamil . Dia minat menari . Dia cakap sangatlah laju . Haha . And funny boy :) Tapi dia bukan bdk kitchen . Dia bdk FnB . Yang pakai baju biru tuh lahh , Shah . Anak kesayangan Chef . Hihi . Memang patut pun digelar begitu sebab dalam kerja dia sangat serius . Tak main2 . 



Yang ini pula , Syaiful Haziq . Bdk ptpl , houseeping boy . Time nie dia dah last . Time nie jugak tggu kawanku sorang nie balik . Dia sorang shift petang . Aku nie tak abis2 shift pagi . Ntah apa yang specialnya , taktau lahh . Hmm . Best jugak kawan dgn dia . Friendly orangnya . Apa lagi nak crita pasal kau ehh , epul ? Penin ar . Haha . Yang penting , Shah , Epul dgn Syamil diaorang lahh rajin jaga kitaorg . Rajin ke ? Ke ada sebab lain ? Haha . Joke . Kalau ada apa2 diaorang lahh , kitaorg minta tolong . Apa yang penting , trima kasih atas persahabatan yang indah itu . Whoa ! Ayat tak boleh blahhh ! Haha . 
 
Hmm . Part 1 takat sini dulu . Tiba-tiba lost pulak . Haha . Aishh macam mana nak jadi penulis nie . Macam mana nak kotakan janji ustaz ? Hmm . 

Part 1 berenti berehat seketika . Part 2 tungguuuuuuu :)


menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas