Monday 27 February 2012

semalam hati ini sayu..

Assalamualaikum dan salam 1 blogger.tangan ini masih ingin bergerak untuk mengeluarkan kata-kata yang mungkin boleh membawa kebaikan atau keburukan..Anda yang menilai jika cerita saya ini berguna atau tidak.Pernah tak korang rasa diri korang seorang yang HIPOKRIT?

Semalam 26.02.2012 sebelum masuk waktu maghrib aku telah dimarahi oleh ayah kerana terlalu lama "berdating" didepan laptop.Bukan kerana ingin melawan tapi aku hanya melayan ceramah dari seorang ustaz dan membuka laman muka buku.Mungkin dalam aku berkata-kata ayah telah terguris.Teguran itu aku ambil.Setelah tiba waktu maghrib aku mengambil keputusan untuk menutup laptop agar tidak lagi dimarahi oleh ayah lagi.Aku terus mengambil wuduk setelah beberapa minit selepas azan..Selepas selesai solat,tiba-tiba hati aku sayu.Rasa ingin menangis dan memeluk seseorang.Terasa ingin meluahkan pada seseorang apa yang aku rasakan sekarang ini tapi aku hanya membuat keputusan untuk pendamkan sahaja perasaan itu.Aku duduk berzikir kepadaNYA.Tiba-tiba "hujan"mulai turun dari mataku kebetulan dekat luar pun hujan.Suasana jadi sunyi sepi bila otak memikirkan pelbagai masalah.

Kenapa aku tanya pada korang "Pernah tak korang rasa diri seorang yang HIPOKRIT?".Ada sebab kenapa aku tanya soalan begitu.Maaf kalau ada yang terasa cuma aku rasakan kadang-kadang diri ini seorang hipokrit.Aku manusia yang tak punya apa-apa.Setiap apa yang aku lakukan kadang-kadang aku rasakan ada yang tidak  kena.Aku ingin berubah menjadi lebih baik tapi diri ini kadang rasa ingin menunjuk-nunjuk dekat semua orang yang diri ini sempurna.Niat itu sangat penting dalam melakukan sesuatu.Hanya ALLAH sahaja yang tahu niat jujurku ini.Aku tidaklah baik seperti seseorang yang tidak pernh melakukan kesalahan.Aku hanya manusia lemah yang pasti melakukan kesalahan.Pandanglah aku dengan dua matamu bukan satu.Lihatlah kebaikan dan keburukan dalam diriku.Tegurlah aku wahai sahabat jika aku lalai dengan mengejar duniawi.Sedarkanlah aku sentiasa dengan takzirahmu yang boleh memberikan kesedaran pada semua manusia dibumi ini.

Setelah aku duduk berzikir dengan telekung yang masih kupakai ibu masuk kebilik untuk melihat apa yang aku lakukan.Aku tahu pasti ibu akan ingat aku masih dengan laptop.Tapi tidak.Ibu menegurku"adik mengaji".Aku sedar sudah lama aku tidak membuka kitab-kitab ALLAH itu.Tapi hati ini terus berzikir dan termenung memikirkan diriku ini.Sesudah selesai berzikir,aku terus pergi ke kamarku untuk merehatkan badan yang sentiasa rasa tidak sihat.Lalu kucapai sebuah nota kecil dan menulis sesuatu di atasnya..Dalam nota kecil itu aku menulis tentang seseorang.Si dia pernah memberikan kata-kata cinta padaku.Mungkin sesuai dipanggil kata-kata cinta.Di dalam nota kecil itu jugak aku membalas kata-katanya.Selepas apa yang aku karangkan untuk dia,terpikir dalam hati ini..patutkah aku memberikan padanya?adakah dia menerima apa yang aku cuba sampaikan?Tapi aku hanya pendamkan sahaja apa yang aku tulis.Mungkin suatu hari nanti pasti aku akan bagi dengan berharap kau akan menerima apa yang telah aku sampaikan.

Disini aku ada puisi untuk disampaikan...

Aku..
Nur Syahirah nama diberi oleh kedua orang tuaku,
Lahir pada 13.06.1994 di H.T.A.R,Klang,
Dulu masih kecil,
Tidak tahu apa-apa,
Tapi hari ini,
Aku berusia 18tahun tidak rasmi,
Masih waras untuk menjalani kehidupan,
Masih boleh melihat wajah ibu dan ayahku,
Masih boleh bergaul dengan manusia diluar sana,
Masih punyai hati yang ingin disayangi selalu,
Masih mengharapkan sesuatu dalam kehidupan,
Masih mencari diri sebenar dalam kehidupan,
Masih ingin dihargai oleh semua manusia yang dia kenali,
Dan aku..
Masih mencari erti kehidupan yang sebenar...

Akhir kata dari insan kerdil ini..maafkan jika entry ini sangat panjang.Diri ini tidak kisah jika anda semua tidak ingin baca.Diri ini faham.Tidak ada paksaan.Diri sahaja ingin berkongsi apa yang ku rasakan..






menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Thursday 23 February 2012

A.K.U. T.A.K.U.T

Assalamualaikum semua dan salam 1 blogger.Amacam korang hari ini?hope sentiasa dapat lindungan dari ALLAH S.W.T =) .So today I would like to story about smthing with u all.haha..I speaking london U.teringat cerita dekat astro colour bak kata zizan.haha..cerita shuib speaking london tuh..korang ada tengok tak?best jugak cerita tuh..okay,bebalik pada cerita asal ye!
A.K.U T.A.K.U.T adalah entry aku hari ini.Ini bukan kerana aku sedang tengok cerita hantu tapi sesuatu yang pasti akan berlaku.tidak terkecuali pown!

Pada 21.02.2012 di kawasan kota damansara telah berlaku ketiadaan eletrik pada sebelah tengah hari dan malam.Selama 3 kali tiada eletrik.Keadaan menjadi gelap apabila ketiadaan eletrik pada sebelah malam.Dan manusia mualai carik lilin untuk buat candle light dinner.hahaha.

Dalam kegelapan itu,aku termenung seorang diri memikirkan sesuatu yang terlintas dalam fikiranku.Jika satu hari nanti aku bangun dari tidur dan dapati dunia ini gelap dan tidak tahu hari ini hari apa,adakah masih malam atau sudah subuh?Begitu banya perkara yang terlintas dalam fikiran ini..Dan aku terus termenung dan memikirkan apa yang akan berlaku lagi.Sedangkan manusia dekat luar sana tidak memikirkan apa yang telah aku fikirkan..Hati ini berkata,kenapa manusia zaman sekarang amat pelik? dalam kata hati ini jugak menjawab mungkin mereka amat bahagia sekarang.haha.

Aku pernah terbaca satu artikel tentang tanda-tanda hari kiamat dimana dunia ini akan gelap dan kita tidak tahu adakah sudah siang dan sebaliknya.Pada masa itu segala taubat kita sudah tidak diterima oleh ALLAH S.W.T.(maafkan sy kalau ada yang salah dan betulkan kesalahan sy ).Hati ini bergetar ketakutan untuk menghadapi hari itu.YA ALLAH,banyak sungguh dosa yang aku tanggung dan aku tidak tahu berapa pahala yang telah aku pegang selama ini.

Tapi lamunanku terhenti kerana terdengar sorakan manusia diluar seperti menonton perlawanan bola sepak malaysia lwn jepun.okay!itu semalam larh..malaysia kalah.sedey.sob~sob~ Ekceli, kerana eletrik sudah ada.Dan aku mengucapkan ALHAMDULILAH kerana setiap apa yang berlaku kerana kehendakNYA.Dan mungkin ini ujian ALLAH S.W.T. untuk hambaNYA.

Itulah cerita entry aku hari ini A.K.U T.A.K.U.T .Semoga kita sentiasa mengingatiNYA..

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Tuesday 21 February 2012

siapa aku dan siapa engkau..

hallo guys and gurls!how's ur today?hehe.Assalamualaikum semua dan salam 1 blogger.yang nie confirm tak lupa nak cakap.emm..menunggu hari-hari disaat terdengar keluarnya surat cinta dari sekolah amat perit!hanya mampu berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar..just bosan-bosan nak tulis pasal someone..maybe special and maybe not..hanya takdir yang menentukan =)

Bak kata najwa latif :
 "kita berkenalan hanya dalam muka buku" 
Bak kata sis tasha yang meningkat fofular :
 "bermula di facebook,
You im I dulu taktahu malu,
I malas layan nak layan,si I buat taktahu.
You terus cuba dan mencuba,
sehingga I jatuh..

Macam-macam sekarang nie.nak buat lagu sangat senang dan part yang paling best bila sesuatu lagu tuh kena dengan seseorang..lagilah korang suka kan?betol tak?dan dengan lagu nie adalah terkena dengan batang idung aku yang comel nie..aww..sorry terperasan.hehe..

So,aku berkenalan dengan dia dengan tidak sengaja.Si dia meng-ADD aku di FACEBOOK dan mengatakan just ingin mengenali perangai cousin dia yang agak giler2 tuh bersama kawan-kawan dan aku hanya melayan rentak dia sahaja.si dia dengan taktahu malu IM diri ini.dan diri ini hanya melayan untuk sekadar bersembang dan mengenali hati si jejaka ini.haha.ayat!tak boley blah..kami chat tidak kira masa jika masing-masing membuka FACEBOOK ini.

Si dia suka mengacau diri ini sampai kadang-kadang malas nak layan tapi taknak dilabel "sombong" aku berkawan dengan berhemat kerana ingin menjaga perasaan manusia yang kadang-kadang suka diramal.Dan macam takde modal,tiap masa kami buat perkara yang sama.kitaorang mengenali hati budi masing -masing dan aku rasakan kau adalah kawan yang baik.

Rupa-rupanya kau berkawan dengan aku ada udang disebalik mee..perghh!sedap woo kalau makan mee kari..dah lama tak makan.hehe.sorry =) .Dan aku hanya dapat terima kau sebagai kawan saje kerana tidak ingin melukakan hati ibu dan ayahku yang selama ini membesarkan aku.walaupun hati ini sedikit sudah jatuh _ _ _ _ _ .

Aku hanya ingin hubungan yang direstui oleh kedua orang tuaku dan diredhai oleh ALLAH kerana ibu dan ayahku amat tegas dalam bab percintaan.. tanpa tidak sedar kami sudah berkawan hampir 6 bulan.Aku bersyukur selama kita berkawan kau cuba memahami aku dan aku jugak begitu.Aku sentiasa berharap kau akan sentiasa memahami keluarga aku.Ingat,hubungan yang kita jalin ini tidak halal.itulah kisah aku dan si dia.kami tetap kawan yang bermula di laman muka buku =)

Sedikit mengenai hati ini:
Kadang hati ini resah jika ada menyakiti hati seseorang yang ingin mencintai aku tapi aku hanya manusia biasa yang kadang mengikut kata hati dan keliru..dan mungkin aku hanya perah santan =D .Dan aku sentiasa berdoa dan berharap jika ada seseorang ingin mencintai aku biarlah dia yang terakhir.Tapi itu semua ketentuan dari ALLAH.kita hanya merancang tapi ALLAH yang menentukan =) dan mencintai aku bukan kerana rupa tapi kerana hati.

Bak kata manusia di dalam gambar ini :



biarlah masa dan takdir yang menentukan jodohku ini.dan senyumlah selalu tak kira dimana anda berada.. =)

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Friday 17 February 2012

KELEBIHAN HARI JUMAAT

Assalamualaikum permulaan bicara saya hari ini.salam jumaat buat semua.Gambar suasana di mekah menggamit suatu perasaan yang tak boleh digambarkan.Sayu hati ini dan tertanya-tanya adakah aku akan sampai disini?Semua itu ketentuan ALLAH dan kita hanya mampu merancang dan ALLAH sahaja yang mampu menentukan =)

Hari ini saya ingin kongsikan yang saya rasa semua tahu dan kadang kala alpa.Bak kata manusia sendiri,kita mudah lupa tapi lupa itu biar berpada-pada.Ilmu ini saya petik dilaman muka buku "kisah wanita ".Amat ringkas tapi padat.Jom kita baca =)
Kelebihan Hari Jumaat

Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu 
1) Allah ciptakan Adam , 
2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4) Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
(Riwayat Hadis Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”
(Hadis riwayat Tirmidzi)

hope kita boleh ingat kelebihan ini =)


menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Thursday 16 February 2012

22.03.2012 tarikh keramat!

hallo-hallo semua..okay!terima kasih awak sebab baca blog saya =) meh sini cium sikit.muahh.muahh.* untuk gegurls jew..boboi tak boley =D

ohmayyyjayyy!apa?22.03.2012 amek result?!confirm budak yang berusia 17 pada tahun 2011 akan mengelabah lebih dan tidak tidur malam bila memikirkan pasal result yang akan bakal menjelma tak lama lagi.macam saya.eden dapat berita dekat FACEBOOK.taktau betol kew tak..kalau salah,jangan mara ye!hehe.walaupon luar nampak happy maen kejar2 dengan budak 2 taun tapi hati ini macam nak nangis!okay!tipu maen kejar2.hehe.

Dan apabila sudah menjangkau usia 18 tahun mesti peti surat kat rumah tuh penuh dengan surat-surat tawaran dari IPTS.biasanya swasta larh yang rajin hantar surat cinta kat kita kan..sebab nak penuhkan tempat diaorang macam tin sadin tuh.hehehe.just kidding!hehe.kita pown ada dapat gak awak,kita dapat dari MSU =)




kita dapat 2 surat cinta dari MSU  + dapat mesj dari dia jugak.tapi tak pergi pown.kita nak masuk sini tapi....adalah sebabnya..Dan bila dekat-dekat keluar result,mesti ada dah plan nak masuk mane-mane dan apply mane-mane IPTA/IPTS kan?make sure apa yang korang plan tuh sehati sejiwa dengan korang.mesti ada matlamat hidup.yeah!fighting!hehe..

Dan saya disini nak ucapkan GOOD LUCK buat kawan-kawan seperjuanganku yang ambil SPM bagi tahun 2011.hope korang dapat result gempak!boley buat mak ayah menangis di atas kejayaan kita.doa banyak-banyak . buat solat hajat(peringatan untuk diri sendiri jugak).Apabila dah berjaya jangan lupa pada YANG MAHA ESA dan mak ayah kita dan manusia-manusia yang berada disisi kita tidak kira susah atau senang.

One more thing,bak kata sayangku..........




perjalanan kita masih jauh....sekian,terima kasih =)

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Saturday 11 February 2012

dalam berbicara menggunakan akal bukan mulut!

Assalamualaikum dan salam 1 blogger.Alhamdulilah kita masih diberi nyawa untuk bernafas dibumiNYA.dan diberikan peluang untuk bertaubat bukannya menambah dosa yang kian bertimbun dibahu kiri ini.saya bercakap atas dasar nasihatkan diri sendiri yang kadang kala alpa dengan akhirat..

Kehidupan yang kita bina berlandaskan oleh ALLAH swt.Apa sahaja yang kita lakukan hanya kerana ALLAH swt.Tapi kita manusia yang lalai dan taksub dengan duniawi yang hanya sementara dibumi ini.Duniawi yang diagungkan bukan akhirat.Padahal,akhirat amat penting!saya bukan katakan diri ini bagus.Saya juga manusia biasa yang melakukan kesalahan.

Emm..itu hanya permulaan bicara saya harini.maaf kalau ada yang tersinggung.harini saya nak update tentang "dalam berbicara".kadang-kadang,kita bukak mulut jew orang dah tak suka.macam video matlutfi90 yang tajuk video dia "masalah".haha.just for fun.best giler video dia.dia memang terbaik.okay2!chop!sorry ye =)

serius! manusia amat PELIK untuk difahami dalam diri manusia ini.Ada faham apa yang saya cuba sampaikan?kalau tak faham,cuba fahamkan!Tak kisah larh berapa usia kita,dalam kita mengeluarkan bait-bait kata dari mulut pasti ada yang tidak menyenangkan hati.betol =) taknak percaye sudah!hehe.kadang kita tak sedar pown apa yang kita cakap tuh sampai orang yang mendengar kita berbicara terluka.Dan nak jaga hati manusia pown bukannya senang.walaupun kita dah kenal seseorang itu lama,kita takkan pernah kenal hati budi dia macam mana.sebab manusia cepat berubah.sorry kalau apa yang saya cakap ini salah.For example dalam kita berbicara:

Dalam berbicara 1:kita post tentang islamik dekat FACEBOOK,sesetengah orang akan mempertikaikan apa yang kita buat.padahal kita hanya mahu kongsi sesuatu yang berfaedah.
Dalam berbicara 2:manusia akan salah faham bila apa yang kita tulis dekat FACEBOOK adalah betol.seolah-olah orang itu mengatakan diri dia.padahal tak pown.
Dalam berbicara 3:menggunakan kata-kata kesat.nak tanya,bagus kew cakap mcm tuh?kadang terpikir,kenapalah ada perkataan macam tuh.budak tak sekolah pown boleh ikut.emm.
Dalam berbicara 4:manusia tidak boleh ditegur.siapa setuju apa yg saya cakap nie?anggaplah teguran membawa kpd kebaikan.jgn cepat melenting.nnt cepat tua.hehehe.

okay!kesimpulan yang cuba saya katakan dekat sini.mulut adalah tempat yang sensitif pada semua manusia.mulut juga amat berbisa jika tidak kena pada tempatnya.oleh itu,pastikan mulut itu hanya mengeluarkan perkara yg baik2 sahaja.ingat ye!kita akan disoal di akhirat nnt =) so,berbicara menggunakan akal bukan mulut ye.
Akhir kata dari saya,maafkan diri ini jika ada yang tersinggung.sy berbicara kerana pengalaman hidup.niat sy hanya ingin melakukan kebaikan bukan mengata orang.sekian.Assalamualaikum =)

kalau baca sayang!



menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

Thursday 9 February 2012

dusta dalam bercinta

Assalamualaikum dan salam 1 blogger semua.

haishh dah lama tidak melawat + menjengah + menjenguk = seangkatan denganya...heheh..blog nie.mesti takde rindu nak baca blog aku nie kan.kalau ada yang rindu,sorry larh,saya kehabisan idea nak update blog dan lately nie rasa malas nak update blog.terima kasih yang sudi baca + follow blog nie.Cuma entry pendek untuk dikongsi.tidak panjang lebar =)

kita renungkan ayat ini ye!


dusta dalam bercinta..

Imam Ghazali berkata:
barang siapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain,maka dia adalah pendusta.Barang siapa mengaku CINTA SYURGA tetapi tidak beramal dengan ketaatan,maka dia pendusta.Barang siapa mengaku CINTAKAN NABI MUHAMAD saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan fakir miskin,maka dia adalah pendusta.Barang siapa mengaku TAKUTKAN NERAKA tetapi tidak meninggalkan maksiat,maka dia adalah pendusta.Barang siapa yang mengaku CINTAKAN ALLAH tetapi keluh kesah dengan ujianNYA,maka dia adalah pendusta.

sy ambil ayat nie dekat buku ustaz PAHROL MOHD JUOI.tentang cinta.buku nie sangat bagus untuk rujukan wajib buat remaja.ibubapa,atau sesiapa sahaja juga yang ingin memahami realiti cinta berteraskan ISLAM.buku nie dah lama dekat pasaran.kalau nak cuba larh carik kedai buku berdekatan ye! diharap anda semua manfaatkan apa yang sy kongsikan..sy jugak begitu =)

p/s:gambar di atas sy ambil dekat ENCIK.GOOGLE =)

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas