Sunday 5 January 2014

Sem 4 Tahun 2014 . Pratical Life . Dan Kehidupan .

Assalamualaikum .

Malam-malam macam nie rasa lapar pulak . Walaupun dah lunch tadi . Lunch je ? Dinner kau belum hadap lagi wei . Ahh kat Melaka , sekali sekala je dinner . Huhu . Jimat duit . 

Entri pertama dalam tahun 2014 .

1.1.2014 .
Kalau ikutkan tahun itu , aku dah masuk umur 20 tahun . Tapi kalau ikut bulan belum lagi meyh . Hihi . Kita lebih utama tahun Masihi daripada Hijrah , kan ? 

3 Januari 2014 . 
Tarikh mulanya sem baru bagi tahun 2014 . Bangun pagi-pagi . Solat dan bersiap untuk mengadap kolej ku tercinta . Tahun nie lain sikit . Sebab ayah hantar awal . Lagipun taknak susahkan ayah dengan ibu dah . Sem nie maybe aku balik Kota Damansara naik bas dan balik Melaka balik naik bas je kowt . Umur dah besar dah . Dah boleh pikir , taknak susahkan ibu dan ayah :'( . Ingat an dah tak rasa sebak bila ibu dan ayah antar balik , tapi hati aku tetap terasa sebak dengan pengorbanan ibu dan ayah . Honestly , aku tak ready lagi nak berhadapan dengan sem baru . Sebabnya ? Sebabnya tahun lepas dan permulaan tahun nie banyak kenangan pahit . Aku perlu jangka masa yang panjang untuk pulih kembali . Untuk "sembuh" kembali . Terasa susah untuk aku bangkit kembali . Oh lupakan seketika cerita itu . Hanya insan tertentu je tahu :') . Terima kasih ibu sebab mendengar cerita anakmu ini . Terasa hilang segala masalah itu :')

Tiada apa yang istimewa di mata aku pada haritu itu . Cuma aku masih dapat melihat kawan-kawan seperjuangan di depan mata aku . Mereka jua lahh sebahagian daripada semangatku . Hari itu jugak aku kemas barang untuk berhijrah ke rumah baru . Sem 4 ini kami semua pratikal . Aku , Yda , Hidayah , Izzah dan Adau . Segala perasaan bercampur baur didalam hati ini . Begitu jugak dengan kawan-kawanku . Terima kasih keluarga Izzah sebab tolong kami berhijrah ke rumah baru . Terasa seperti ada keluargaku sekali . Tidak lekang memberi nasihat pada kami . Hari itu penuh dengan penat dan lelah . Masing-masing kemas bilik dan selepas segalanya selesai kami solat + makan + berborak bersama-sama . Akhirnya , tidur jugak menemani kami pada malam itu . 

4 Januari 2014 .
Kami bangun pagi dan seperti biasa Izzah menyiapkan sarapan pagi untuk kami semua . Rajin betul dia . Kami pun dengan belum mandi lagi , mencapai ubat gigi dan berus gigi yang pelbagai jenama terus ke sinki . Dan seterusnya ... Tak payah lahh aku cerita . Korang paham kan ? Hihi . Masing-masing bersarapan dengan selera . Selepas sarapan , boleh pulak Hidayah dan Yda pergi sambung tidur balik . Biasalah , student life bila tiada apa-apa . Aku dan Izzah membuat keputusan hanya melayan cerita korea , The Heirs . Cerita Lee Min Ho tuh . Hihi . Lepas zohor kami decitde nak keluar . Cuci cuci mata dan bersenam sikit badan nie . Selangkah kami keluar dari lift , hujan . Kenangan yang takkan lupa . Akhirnya , kami decide berenti dekat Kedai Mamak . Kebetulan itulah niat utama bila nak keluar nie . Hihi . Cuaca pada haritu hujan dan kami hanya sempat usha Hotel yang kami pratikal dan The Store je sebab nak beli barang yang tak cukup . Sebelum asar kami dah balik . 

Bila dah sampai apartment , kitaorang dengan kebosanan buat kerja giler . Nak tahu ? Takyah lahh . Tak penting pun . Hihi . Apa yang penting kitaorang happy sangat pada petang itu . Bila dah habis buat kerja giler tuh , tetiba Yda cerita pasal novel yang dia baca tuh . About horror story . Lepas dia habis cerita , masing-masing cerita pasal tuh jugak . Tajuk yang sama . Horror Story . Sampailah ke maghrib . Lepas selesai solat semua . Kami berkumpul lagi makan sama-sama . Tak habis-habis kitaorang nie . Asyik makan je . Hihi . Dah habis makan tuh , kitaorang sambung buat kerja giler lagi . Hihi . Sampailah kitaorang dah rasa macam penat nak gelak dah . Dalam Pukul 9 lebey aku dan Izzah pergi bilik sendiri . Tetiba salah sorang antara kitaorang ajak keluar memalam buta . Ehh takde lahh malam tuh buta lagi . Hihi . Hidayah dan Yda pun setuju dengan plan kitaorang . Kitaorang pun solat Isyak dulu sebelum nak keluar .  Keluar pun nak beli air . Terasa tenang sikit bila keluar . Sejuk je bumi Allah pada malam itu disebabkan siang tadi dah hujan . Pukul 11 kitaorang naik . Tak berani nak lepak luar lama-lama . Lagipun tak biasa . Dah sampai bilik masing-masing , basuh kaki pastu tidur .

5.1.2014 .
Akak Izzah kata nak amik kitaorang pukul 12.30 tgh hari . So kitaorang bangun awal . Packing barang pulang ke rumah sewa masing-masing semula . Selepas segalanya selesai , aku dan Izzah pergi bilik Yda dan Hidayah . Diaorang nampak gembira . Ada sahaja cerita dan ada sahaja gelaknya . Aku hanya mampu melihat . Dan aku tahu , hari ini aku lain sebab aku diam sepanjang diaorang bercerita dan bergelak . Dan Yda sedar akan perubahan aku seketika . Entah kenapa dengan aku harinie . Kakak Izzah sampai . Kitaorang pergi lunch . Dan akhirnya sampai jua . Aku terus pergi ke belakang untuk basuh baju . Dan sekarang aku sedang menaip entri untuk dimasukkan dalam blog .

6.1.2014
Tarikh itu . Semoga ALLAH panjangkan umur aku untuk terus aku hidup dan belajar tentang kehidupan . Dan terus bertaubat . 
Tarikh itu . Esok aku ada class .Yoshhh ! Semangat Nur Syahirah bt Mohamad Omor ! Bangkit dari kegelapan dan kesedihan !

K bai . Jumpa esok kalau masih bernyawa :) Assalamualaikum .


menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

No comments: