Monday 12 May 2014

Selamat Hari Ibu untuk Ibuku !

Assalamualaikum . 

Tiba-tiba rasa macam nak update pulak . Hoho . Apa ye mukadimah yang palin best if nak mulakan sesuatu cerita ? Aku rasa lebih suka terus update tapi macam tak best pulak an . Rasa macam kosong je kan situ . Hoho .

As usual , aku tak kerja time cuti sem nie . Dalam hati rasa nak kerja tapi ntahlah . Lebih suka tolong ibu jaga budak cerita . Senang cerita belum bersedia nak kerja macam dioarang . Kadang jeles jugak . Yelahh cukup bulan dapat duit . Duit tuh boleh simpan or buat enjoy . Errr . Why mehh aku tak macam diaorg ? Suka kerja . Erghhh ! Maybe dulu pun akak aku tak kerja , so aku pun tak kerja kowt . Tapi dia lain . Aku nie cuti sampai 2 bln . Aishh . Lama benar cuti sem . Tak sabar nak konvo . Pakai jubah besar gedabak uhh ! Aishhh . Macam manalah nnt aku pakai ye . Dah lahh badan kecik je . Haha . Teringat time tadika . Tapi takdelah nmpk janggal sangat sebab mmg jubah tuh kecik . Tapi nie ntahlah . Tggu je lahh nnt . Hihi .

Ohh ? Harinie nurses day ke ? Happy Nurses Day , My sis . Nur Lyana Bt Mohamad Omor :) 
Ohh ? Semalam hari ibu an ? Banyak maklumat tentang hari ibu nie . Sebenarnya hari-hari , hari ibu . Cuma semalam je kita rasa hari itu hari special , why not kita berpikiran positif . Am I right ? Janganlah terlalu enjoy sangat sambut hari ibu tuh just simple . Sebenarnya ibu bukannya nak sangat sambut hari ibu tapi ibu kita nak kita stay dengan dia . Luangkan masa walaupun kita dah ada depan dia . 

So , korang buatpe semalam ? Aku and akak kitaorang plan buat special menu for them . Untuk ibu ayah . 

First day . Hari Ibu .Hari Jumaat .
Malam uhh , beli barang . Nasib baik Giant bukak sampai pukul 12 kalau tak , tak jadi plan kitaorang . Huhu . Hari Sabtu kitaorg masak ayam panggang black pepper and kitaorg yg masak . Ibu langsung tak masak . It's okay . Lagipun memang plan kitaorang nak masakkan utk ibu and ayah . Hihi . Aku masak tomyam soup atas permintaan ibu . Ntah kenapa ibu lebih suka tomyam yang aku masak berbanding dia . Happy lahh jugak . Hihi . 


Nie lahh ayam yang kitaorang buat . Ayam panggang black pepper . First , kitaorang ingat tak jadi . Lagipun oven tuh dah lama tak pakai . Tengok ayan tuh dah macam stem pulak padahal nak panggang . Huhu . Fikir punya fikir kitaorang buat cara lain . Akhirnya menjadi jugak . Hihi .


Jangan ingat rupa macamtuh , hangit taw . Tak hangit pun . Sangat sedap . KItaorang sangat berpuas hati dengan apa yang kitaorang buat . Ikhlas untuk ibu and ayah :) Sampai budak yang ibu jaga tuh pun bertambah makan . Hihi . Budak ibu jaga tuh memang , tak sah kalau tak datang . Time cuti pun nak datang . Kesian ummi dia . Aishhh . Maybe diaorang suka datang sebab ada game dan ada orang melayan dia . Never mind lahh , orang datang rumah kita maknanya rezeki an . 

Second day , Hari Ahad . Hari Ibu .
Aku plan buatkan ibu kek . Kebetulan haritu ibu ada ceramah dekat Masjid lepas zohor . Sempena hari ibu nie . Nak join tapi tak boleh . Sedih . Nasib baik ada kakak teman . Bnagun pagi tuh memang aku dah set dalam kepala nak kemas rumah + buat kek special utk ibu = tolong apa yang patut . Ibu balik je dari pasar , terus ibu bagi tugas . Errr . Its okay . Aku terima . Ibu just jemur kain je . Ibu nampak aku buat kek tapi mesti ibu ingat aku buat macam biasa je . Haha . Aku saja buat lambat-lambat . Lepas ibu pergi masjid , mulalah operasi aku . Hihi . 

Tak sangka dan tak ku duga , akhirnya aku berjaya buat walaupun tidaklah sempurna mana dan tidaklah secantik yang dekat kedai tuh . Aku pun tak sangka buat kek macamtuh . Menangis aku lepas buat tuh . Huhu . Bila sesuatu benda yang kita buat dah ia hasil yang berjaya , terasa macam nak buat lagi dan buat perniagaan sendiri :') .Tunjuk dekat akak , dia kata ,"Adik , akak nak tengok kau buat". Lepastu baru dia gi masjid . Hihi . Nasib baik ceramah tuh mula lambat . Biasalah orang kerja malam an , mestilah mengantuk . Dia pun bersiap sebab dah janji dengan ibu nak pergi sekali . Tunjuk dekat ayah , ayah hanya senyum je . Dalam hati kita taktau . Maybe dia puji anak dia nie kowt . Hihi . Perasan kejap . 




Sementara tunggu ibu balik , kita simpan dulu . Nasib baik ibu ada bekas macam nie . Cantik an bekas ibu beli ? Hihi . Bila ibu dah balik , akak mesej . Nak buat surprise an . Ibu dekat pintu je kitaorang wish dekat ibu . Hihi . Aku salam and cium ibu . And ibu ucapkan trima kasih sebab tolong dia . Aku sambil peluk and cium ibu rasa macam nak nangis . And sebak . Huhu . Kitaorang pun makan reramai . 

Malam tuh jugak , masa ayah tgh gosok baju , ayah cakap ,"Kenapa tak buat tulisan tuh sekali , alang-alang dah buat tuh , terus lahh belajar sekali". Aku hanya cakap takde bahan je . Memang takde bahan tuh . Plus ayah bagi tips , letak sikit garam dalam setiap masakan atau minuman sebab ibu kata manis sangat coklat atas tuh . Hihi .

See ? Simple je aku sambut hari ibu . Hihi . Kebetulan tarikh birthday ibu ada 2 so sambut sekali . Bulan 5 and bulan 12 . Special an ? Bukan ada 2 ibu ye . Sepak kang sampai yang pikir macamtuh . Hihi . 

Baru aku terpikir , betapa penatnya menjadi seorang isteri sekaligus menjadi seorang ibu . 2 hari aku "try" menjadi seorang ibu , betapa penatnya walapun hanya memasak , membasuh pinggan dan angkat kain . Sedangkan ibu aku buat semua kerja . Dari situ aku tolong ringankan beban ibu tapi bukannya aku langsung tak pernah tolong ibu . Anak yang zalim kalau macamtuh . Huhu . 

Jadi hargailah ibu awak semua dan luangkan masa dengan dia . Ibu dengan ayah kita bukanlah inginkan sangat duit kita walaupun aku tak bekerja lagi tapi aku tahu diaorang ingin "beli" masa kita dengan dia . Aku taktau berapa lama lagi aku boleh hidup dengan diaorang tapi aku selalu berdoa yang aku sentiasa ada bersama diaorang dan menjaga diaorang walaupun aku bukanlah anak yang sebaiknya . Hmm . Buat sahabat yang tiada insan tersayang , tiada pengakhiran kasih sayang kau bersama dia , tapi dengan doa itulah kasih sayang kau akan selalu mengalir untuk dia :)

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

No comments: