Monday 6 October 2014

Trip Goin Cameron Highlands :)

Assalamualaikum . 

Dah lama tak update blog . Haha . Itulah ayat yang sama kalau dah lama tak update blog . Haha . Well kalini nak story pasal kami pergi trip Cameron Highlands dan Kem Askar Sg.Buloh . Okay nak mulakan macam mana nie ? Alaaaa takde idea pulak . Tak mandi  lagi nie tuh takde idea . Hahahahahahahahaha ! Ada bau busuk tak ? Ehh still wangi taw . Hahahaha !

29.9.2014 . Isnin .
Okaylah jom start baca dan aku start cerita . Pada tanggal 29.9.2014 sehingga 1.10.2014 bermulalah pengembaraan kami ke Kem Askar Sg.Buloh dan Cameron Highlands . So excited sebab lalu rumah aku . Haha . Terasa macam nak balik je time tuh . Macam kelakar jugak sebab sesat padahal aku tahu je jalan dia . Saje taknak bagtau . Biar diaorg tunggu je mana bus tuh nak bawak . Haha . Sampai je kami dihidangkan makanan yang super marveles walaupun hanya meehun goreng . Semua dah lapar . Then selepas makan , kami abang long , kak yong semua dibawa melihat kawasan . Haha . Dapat banyak penegetahuan dan dapat makan lagi . Haha . Rasa hasil produk mereka :) . Sedap mehh . Last sekali bergambar dengan orang atasan Perhebat . Maaf tiada gambar yg sempurna utk ditayangkan .  

Kami teruskan perjalanan ke Cameron Highlands . Perjalanan yang agak lama . Dan terkejar-kejar . Semua perut lapar . Berenti je beli makanan . Ulang alik makan tidur makan tidur je kerjanya dalam bus tuh . Habis nak buatpe lagi kan . Bila dah bosan , terhasillah 1 video nie . Sat ehh . 




Dah tengok ? Lirik nie memang spontan sebab aku tak nampak pun 1 kertas pun before dia nyanyikan . Dia nie memang suka nyanyi + main gitar . Ada lagi video , cer tengok kat utube ehh . Memang santai giler . Memang best giler sebab masing2 time tuh dah bosan + pening dengan jalan bengkang bengkok . So terhasillah semua nie .

Menunggu . Menunggu . Dan terus menunggu . Akhirnya , kami dah sampai ke Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands . Sampai je terasa kesejukkan semula jadi dia . Terasa macam pasang air cond pun ada . Semua excited angkut barang nak ke doom masing2 .




Muka excited bila dah sampai . Haha . Segala barang keluar . Padahal pergi 3 hari 2 malam je . Bukannya sebulan . Tapi best jadi laki sebab barang diaorang mesti sikit je . Yang perempuan nie ber-beg-beg . Aishh . Dah kurangkan pun still ,banyak lagi beg . Semua kejar katil masing2 bila dah sampai . Very childish termasuk aku . Haha . Sekadar suka2 . Sampai pun dah petang nak maghrib dah . Kitaorg pun siap2 nak gi jalan jalan carik makan + masjid untuk menunaikan solat maghrib .Kos makan kat sana mahal . Terpaksa beli burger . Tinggalkan sekejap je burger tuh dah sejuk mcm dah lama beli . Makan sikit je yang selebihnya bagi kawan makan . Aishh . Macam mana nak dok oversea nie ? Haha .  Ingat balik boleh relax sekali presentation tukar pada malam itu jugak . Huhu . Bila ingat balik pasal presentation tuh memang spoil , nasib baik aku check balik dan terpaksa buat balik . Takpelah benda pun dah lepas . Barang yang lepas jangan dikenang . Lepas presentation , tiba masa utk beradu .

30.9.2014 . Selasa .
Memang banyak aktiviti . Dari pagi sampai petang . So rasanya aku hanya letakkan gambar sahaja . Biar gambar berbicara . Haha .



Patutnya futsal nie dok kat bawah . Orang senamrobik baru futsal . Futsal perempuan pun ada
Senamrobik . Haziq . Encik Hafizi . Shah Sado . Hahaha .

Sampai di Mardi
 



My Buddyz


Kami di ladang teh . Keadaan yg curam so kitaorg tak amik risiko utk kebawah . Naik atas pun dah tercungap-cungap 

Sudah settle di Mardi + Ladang teh , kami pergi makan + beli barang utk bbq + Solat . Sampai di doom , teruskan dengan aktiviti game pulak . 



 Dah lahh sejuk pastu kena siram dengan air , memang rasa beku dah .Sape yang salah jawab , ini hadiahnya . Hihi


 
Tayangan video pada waktu malam . Imbas balik time kawad kaki . Kami Johan !



Mendengar ucapan dari lect kami . En.Farid yg berkaca mata dan En.Radzeem 

Sambil tengok tayangan video dan mendengar ucapan dr lect , kami masing2 mengadap makanan . Masing2 sebak tengok video tuh , yelahh kami dah sampai ke penghujungnya . Masing2 nak abis blaja dah . Lepasnie ntah bila dapat jumpa lagi . Ntah bila dapat gelak sesama lagi . Ntah bila dapat carik pasal lagi . Ntah bila dapat keluar sesama lagi . Ntah bila . Lepas habis makan + tayangan video kami buat aktiviti spontan . Aku tak join sebab aku tak sespontan macam diaorang . Hahaha . Korang sangat best ! Lepas abis main game spontan . Kitaorg santai2 dengar lagu yang dinyanyikan oleh Haziq dan Nawan . Dan diawasi oleh lect kitaorg . Tepat pukul 12 kitaorg dah kena masuk tidur . Lect suruh masuk tidur bagi tak mengganggu orang kat sana bercuti . Hari pertama semangat bangun . Hari kedua dah liat nak bangun sbb dah nak balik + semalam penat sangat . 1 hari berjalan dan adakan aktiviti . 

1.10.2014
Semua bangun lambat . Liat nak bangun . Aku bangun je rasa nak demam . Pagi tuh senamrobik lagi lepastu gotong royong bersihkan kawasan . Siap2 packing barang nak balik . Terlewat setengah jam . Biasalah perempuan banyak barang nak handle . Sabar je lelaki tunggu . Hahahahaha . Sedih rasanya nak tinggalkan kenangan semua tuh . Ntah bila dapat macam nie lagi . Inilah gambar terakhir kami :')



Ada lagi 2 insan yang takde dalam nie . Terima kasih atas memori ini , mku03 . Kejap aku ada something untuk korang :)

MKU03 ,
Dulu kita tak kenal antara 1 sama lain ,
Asing bagi kita semua .

MKU03 ,
Bila kita dah kenal ,
Kita gelak ,
Kita sedih ,
Kita gaduh ,
Bersama .

MKU03 ,
Mungkin ini bukan perakhiran buat kita semua ,
Tapi kita tak tahu masa depan ,
Kita hanya merancang ,
ALLAH yang menentukan . 

 MKU03 ,
Jangan dilupa kita semua ,
Kenangan kita semua ,
Doakan yang baik-baik untuk kita semua ,
Moga kita semua dipertemukan di Jannah .
InsyaALLAH .
:)

p/s : Jangan terasa kalau gambar korang takde dalam blog nie . Korang tetap ada dalam hati aku :)




menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

No comments: