Saturday 22 September 2012

Perubahan . InsyaALLAH .

Assalamualaikum .

Tiba-tiba terasa ingin menaip tatkala hati rindu pada sidia yang sudah lama tidak bersua *Ahaha . Puitis kan ayat eden ? Hihihi . Jika ada jodoh , takkan kemana hubungan itu . Aku hanya mampu berdoa :)

Tajuk entry kali ini memang memberi impak kepada diriku kerana ia menjamin kehidupan aku diakhirat kelak . Ya , perubahan itu yang aku akan lakukan . Dari semua segi . Aku ingin berubah menjadi yang terbaik buat keluargaku . Aku sudah cukup dewasa untuk memikirkan dosa dan pahala .

Kenapa timbul perasaan ingin berubah ? Sebabnya aku rasakan dosaku terlalu banyak dan hidup aku bergantung pada ALLAH s.w.t . Alhamdulilah , ramai jugak rakan-rakan di fb post sesuatu yang boleh aku manfaatkan . Ada jugak rakan-rakan yang memberi kata-kata semangat untuk aku berubah menjadi yang lebih baik . Begitu jugak dengan ayah dan ibu kerana mereka jugak memberikan "sesuatu" pada diriku . Walaupun aku belum berubah sepenuhnya tapi sedikit demi sedikit aku cuba melangkah untuk berubah . Suatu ketika dahulu ayah pernah berkata " Ayah dah sekolahkan korang dan memberi didikan agama . Dah besar dah boleh pikir ". Masa itu aku terus tersentak dengan kata-kata ayah . Sungguh mendalam kata-katanya . Sampai sekarang aku ingat kata-kata ayah . Kalau nak keluar je mesti aku ingat kata-kata itu kerana ayah menegur cara kami ( aku dan kakak ) berpakaian . Biasalah , cara pemakaian anak gadis sekarang . Tapiiii tidaklah sampai menjolok mata kaum adam . Kami masih mengekalkan pemakaian hijab . Tidak pernah sesekali membuka hijab untuk tontonan khalayak ramai . Dari kecil lagi kami telah di didik memakai hijab .

Hj.Mohamad Omor bin Giman bersama pasangannya Siti Jamaliah binti Jajuli
Ayah dan ibu tidak pernah mengabaikan kami malah menegur kami dengan cara baik . Dan kami hormat teguran itu . Walaupun aku tahu , jika seseorang itu sudah baligh maka dosa dan pahala kita yang tanggung * Kalau salah tolong tegur . Tapi tanggungjawab seorang ayah itu pasti ada . Ayah jugak yang akan menerima balasan jika tidak menegur anak-anaknya jika membuat salah . Aku taknak ayah menerima balasan yang kurang baik atas kesalahan diriku . Aku cukup takut bila memikirkan soal itu . Biarlah ayah menerima balasan yang baik saja . Biar aku yang menerima balasan itu jika aku yang bersalah . Setiap hari aku berdoa , yang aku sentiasa berada di jalan yang lurus . Setiap hari aku berdoa , agar ALLAH sentiasa bantu aku untuk berubah . Aku ingin mencari Hidayah ALLAH . Semoga aku dapat mencarinya . Aku taktau berapa kalikah aku membuat dosa dan berapa kalikah aku membuat pahala ?Orang lain nampak aku happy tapi hanya hati ini saja yang tahu bagaimana perasaan ini seperti terumbang-ambing mencari kebahgiaan dalam Islam . Dan aku cuma berharap , yang aku menemui kebahgiaan itu :) .


Tercapai hasratku ingin memakai jubah dan saya lebih selesa memakai begini . Teruskan doakan saya istiqomah dalam mengejar hidayah ALLAH . Aamiin . Saya harap sesiapa yang membaca blog kerdil ini , dapat membimbing saya menjadi yang lebih baik dan mudah-mudahan urusan kita mencari redha ALLAH dipermudahkan olehNYA . Aamiin .

Sabtu / 22.09.2012 / 4:50pm

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

No comments: