Wednesday 2 January 2013

Bai 2012 . Hye 2013


Assalamualaikum .

Alhamdulilah aku masih bernyawa dibumi ALLAH ini . Rasa bersyukur sangat sebab aku masih boleh tatap wajah orang yang aku sayang dan mengejar cita-cita aku . To be a successful Chef :) . Betul ke ? Betul lahh kan .. Hee .


Setiap orang semua akan buat Azam untuk tahun kehidupan dia yang baru . Aku semestinya ada azam tapi aku takut tak dapat nak buat . So , takdelah azam . Cuma aku berharap , apa yang aku inginkan aku dapat capai . Apa yang aku nak ? Aku nak jadi ...

     1. Seorang hamba yang taat pada perintahnya .
     
2. Seorang umat yg mengikut sunnahnya .
    
3. Seorang anak yang solehah .
     4. Seorang insan yang sentiasa inginkan buat yg terbaik .
     5. Seorang anak murid yg mendengar kata seorang Pensyarah .
     6. Seorang kawan yg sentiasa menyenangi kawan-kawannya .
     7. Seorang yg Berjaya dalam bidang KULINARI , Dunia dan Akhirat .
     8. Seorang muslimah yg terbaik .
     9. Nak sambung study dalam DIP.
    10.Seorang isteri yg solehah . Tett ! Hee . InsyaALLAH .

Hah .. Banyaknya aku punya list . So aku harap sangat apa yang aku listkan dekat sini or not aku  harap dapat buat dan capai semua tuh . Eh ? Jap .. Yang nmbr 10 tuh lambat lagi . Tunggu aku abis dip . Dah ada kerja tetap baru aku jemput korang eyh . Hee . Korang doakan eyh yang aku boleh capai semua tuh . Aku pun akan doakan korang :) . Sama-sama kita berdoa .

Malam tahun baru aku takde sambut pun . Just stay dekat rumah sambil layan cerita dengan family . Takde nak sambut besar-besaran . Aku pelik kenapa bila time MAAL HIJRAH disambut dengan sederhana tapi TAHUN BARU sambut gila-gila . Sebenarnya , diri sendiri kena belajar supaya jangan leka dengan Duniawi . Harinie keluar berita macam-macam pasal tahun baru . Terlau social sangat . Aishh . Geram hati nie bila dengar berita macamtuh . Tapi ALHAMDULILAH , katanya dekat Karnival Selangor kalau tak silap lebih ramai umat manusia yang membanjiri majlis tuh berbanding tempat2 yang lain . Yelah ada selebriti terkenal dengan para ulama yang sentiasa berusaha membantu kita ke arah kebaikan . Alhamdulilah . Syukran Ya ALLAH :) . Aku tak pergi tapi aku dapat rasai semua tuh :) Aku pun nak macam diaorang , berubah ke arah kebaikan . Setiap orang pasti ada NIAT ingin menjadi lebih baik . Fitrah manusia yang akan kembali pada penciptaNYA :) .

Harinie aktiviti aku just online . Lepastuh uruskan hal kolej then pergi jumpa dia . Tak sangka ibu ayah bagi . Dan nasib baik ibu ayah amek and hantar aku pegi jumpa dia . Lagipun kebetulan nak keluar . Mintak2 ibu dengan ayah restu hubungan kami and dapat accept dia . Hati aku tersangat gembira pasal nie . Hee . Ibu dah tahu hubungan aku dengan dia tapi taktau pulak ayah . Maybe ayah dah tahu kowt . Sebab ibu bagitau . Tapi bagus gak sebab ibu ayah dah tahu aku berkawan dengan siapa . Tapi mungkin jugak sebab aku dah besar . Takkan nak kawal sangat . Perangai ibu ayah jenis tarik tali . Ada batas2 dia . Alhamdulilah aku dikurniakan parents macam ibu dengan ayah :) .

Apa-apa pun aku bahgia dengan kehidupan aku . Dan aku rasa aku dah semakin matang untuk pikir semua nie . Umur pun dah 19 . Tapi angka itu tiada kesan dalam hidup cuma amalan itu yang perlu diubah dan ditingkatkan . Aku dapat terima hakikat kehidupan aku sekarang . Hidup biar sederhana agar sentiasa mendapat redha ALLAH . Bila diingat balik tentang kehidupan aku , rasa serba salah dengan ibu ayah . Asyik menyusahkan mereka je . Now , aku taknak susahkan ibu ayah . I need change ! Takut jugak meniti kehidupan seorang yang lebih dewasa . Huhu . Apa-apa pun aku kena hanrungi jugak :) . Eh ? Rasanya dah panjang lebar aku tulis . Malam nie aku sambung lagi menaip ye . Kalau nak tahu pasai apa , mu tunggu je la yoh . Hee .

Okaylah . Takat sini dulu ye . Tingkatkan pahala , kurangkan dosa :) . Assalamualaikum .

 

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

2 comments:

Unknown said...

insyaallah, Syirah. Selagi kita berusaha dan berdoa, kita pasti dapat laksanakannya :) Tia doakan sume yg terbaik utk awk. Till Jannah, insyaALLAH =D

Nur Syahirah said...

Thanks atas sokongan mu sahabat . Sama-sama kita berdoa untuk kejayaan dunia dan akhirat :)