Sunday 8 September 2013

Entri Nur Syahirah

Assalamualaikum .

Rindunyalah aku pada mr.blog ini . Sudah lama kita tidak berjumpa . Last entri haritu rasanya bulan 7 . Permulaan aku start sem baru . Tengok-tengok sem nie nak habis dah . Hihi . Kejap je masa berlalu . Nanti dah cuti nak buatpe lahh dekat rumah ekk ? Hurmm . 

Okaylah selama aku tak update blog nie , terlalu busy dengan kerja yang diberikan oleh lect . Dengan presentation lagi . Kali nie presentation sorang-sorang . Alhamdulilah aku boleh buat . Lagipun lect ku sangatlah sporting orangnya dan belajar dengan dia sangat lahh mudah walaupun dia agak garang . Yeayyy ! Assignment dah siap ! Isnin dah boleh submit :)

Terlalu banyak masalah , cabaran , dugaan dan ujian yang terpaksa aku tempuh . Alhamdulilah aku kuatkan semangat juga walaupun terasa diri ini tak larat untuk menghadapinya . Terima kasih pada ALLAH yang memberikan aku kekuatan itu dan menghantar mereka padaku di kala aku jatuh . Nasib baik ada family , Mohamad Farezwan dan kawan-kawanku yang memberikan sokongan tatkala aku jatuh . Serius taknak ingat balik apa yang dah jadi . Aku masih dalam ketakutan bila ingat balik semua itu . Aku pendam segala-galanya . Biarlah diri ini sahaja yang tahu dan menanggung segala-galanya . Hanya dengan mengingati ALLAH , ibu ayahku dan masa depanku , aku kuatkan semangat untuk belajar di sini . Semoga Berjaya , Nur Syahirah !!! :)

Perkara yang menggembirakan aku ialah si dia dah dapat apa yang dia nak . Tahniah , Mohamad Farezwan . Saya doakan awak sentiasa happy dengan apa yang awak ingin lakukan . Kerja elok-elok ye :) Saya sayang awak selamanya . Semoga kita berkekalan hingga Jannah :)

Itu perkara yang menggembirakan . Perkara yang k.o pulak ... Nak cerita ke ? Ehh takyah lahh . Benda buruk buatpe nak cerita . Kang aku pulak yang dapat dosa free . Huhu .  

Okaylah rasanya setakat nie je kot apa yang ingin aku katakan dan tulis . Ada sedikit coretan dari aku . Untuk peringatan diri sendiri jugak :)
"Jangan pandang seseorang itu lemah kerana suatu hari nanti dia pasti berjaya dengan atas usaha dia sendiri" . Aku nie bilalah nak start buat novel ? Huhu . Sebab ramai manusia suka merendah-rendahkan seseorang itu . Sepatutnya dia perlulah cermin diri dia dulu sebelum merendah-rendah diri orang lain . Tapi kalau terasa diri tuh dah bagus sepatutnya TUNJUK AJAR itu lebih baik daripada memperlekehkan seseorang itu atau merendah-rendahkan dia .

"Ilmu itu takkan hilang jika kita mewariskan pada orang lain . Ilmu itu takkan hilang kerana ilmu itu juga membawa kita ke amalan kebaikan kita . Ilmu itu untuk dikongsi bukan buat perkasam . Seorang manusia yang baik pasti memberikan ilmu yang dia ada walaupun hanya setitis air hujan" .

Tak semua seorang pelajar yang memasuki tempat belajar yang bernama "Kolej Komuniti" itu memiliki latar belakang yang kurang enak untuk "dilihat" dan "dibaca" ,  dan harus di pandang sebelah mata .
Tak semua seorang pelajar yang memasuki tempat belajar yang bernama "UNIVERSITI dan seangkatan dengannya"  memiliki latar belakang yang sedap "dilihat" dan "dibaca" , dan harus di pandang dengan senyuman .
Tapi sebenarnya ...
Kami ini semuanya sama dan hanya yang boleh untuk kami terus berjaya adalah dengan sokongan dan doa ibu ayah dan manusia yang berada di sekeliling dia dan atas usaha dia sendiri .

p/s : Ibu ayah dan mereka yang kami sayang , teruskanlah mendoakan kami yang masih berjalan menuju mencari masa depan yang terbaik .

p/s : Maapkan diri ini jika ada terkasar bahasa atas coretan di atas . Saya menulis atas dasar luahan hati yang ikhlas . Jika ada pendapat yang perlu diluahkan , insyaALLAH saya akan membacanya dan menerima dengan hati yang terbuka .

p/s : Berikan tips untuk saya menjadi seorang penulis yang terbaik .


menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

No comments: