Saturday 23 November 2013

Pengorbanan Ibu Ayah dalam Sekelip Mata .

Assalamualaikum .

Cuti sedang "berjalan" . Hidup aku tunggang langgang . Hanya tahu goyang kaki . Jadi anak inginkan kesenangan . Haha . Ehh ehh copp ehh . Ini sekadar Mukadimah ye :p 

Alhamdulilah . Aku kembali sihat . Macam tak percaya sebab ianya berlaku dalam sekelip mata . Rabu lepas aku okay je , sihat walafiat boleh gelak + gaduh lagi dengan kakak . Tiba-tiba malam tuh sedang enak aku lena dibuai mimpi , aku terasa badan ditusuk oleh angin panas sejuk . Malam itu jugak aku terasa badanku panas seperti orang demam . 

Khamis . Aku bangun pagi terasa panas dan aku syak memang aku demam . Ibu melihat wajahku dan bertanya ,"Adik sakit perut ke ?" sambil menyapu sampah . Ketika itu aku sedang memegang perut seperti menahan kesakitan . Aku pun berkata kepada ibu ," Tak . Adik rasa macam demam sebab badan panas " . Ibu pun rasa pelik sebab semalam aku okay je . Ibu bertanya lagi ," Adik makan apa ? Makan maggi ke ? " . Aku pun menyalahkan kakak sebab malam tadi tidak membenarkan aku menslowkan kuasa kipas sebab aku terasa sejuk sangat . Aku fikir sejuk ini tidaklah mendatangkan tanda-tanda seseorang yang bakal mengalami sakit demam kerana malam itu memang sejuk disebabkan dengan izinNYA , awan telah mengeluarkan "airmatanya" . 

Aku bingkas bangun dan menyampai tuala di ampaian bilikku . Ibu menasihati aku agar menyiram air dari kaki dan berselawat . Selepas selesai mandi dan solat aku terus singgah di bilik ibuku untuk "merehatkan" badanku yang semakin panas . Ibu memberikan layananku dengan cukup baik . Seolah-olah aku seperti anak kecil yang sentiasa memerlukan ibu . Aku meminta ibu mengurut sebab tidak tertahan sakitnya . Bagaimana agaknya kita untuk menahan seksaan azab dikubur dan api neraka ye ? Baru sakit ini aku di uji tetapi tidak tertahan dengan ujianNYA . Aku tidur dalam beberapa jam . Aku terbangun dalam buaian mimpiku . Aku bergerak dengan perlahan ke bilik mandi . Aku basuh muka untuk menyegarkan wajahku yang disayangi oleh ibu dan ayah dan "amanah" yang telah diberikan oleh Ibu Ayahku . Tiba-tiba dengan keadaan lemah aku terasa ingin muntah tetapi tidak kesampaian . Aku terasa badanku semakin lemah . Aku dengan cepat memanggil ibu dengan pantas . Lalu aku memberikan ibu isyarat sebab badanku semakin lemah . Aku pitam . Aku pengsan . Aku seperti di dalam dunia yang gelap . Ibu terus memegang aku dan memanggil aku ," Adik bangun ! Bukak Mata ! " . Ketika itu aku sangat cemas dan  aku seperti tidak dapat bernafas dengan baik . Ibu terus menggerakkan aku . Mungkin dengan kuasa seorang ibu iaitu doa , aku terbangun dari dunia gelap itu . Lama aku termenung itu mendapatkan balik pandanganku yang gelap itu . Aku sedaya upaya untuk bangun dan membasuh muka kembali . Ibu terus mencapai telefon bimbitnya untuk menelefon kekasih hatinya , Ayah . 

Ayah bergegas pulang ke rumah untuk membawa aku ke klinik . Badanku sangat lemah . Aku gagahkan jua . Ketika di klinik , pelbagai soalan yang telah di lontarkan oleh Doktor  comel itu . Dan keputusannya aku disahkan kekurangan darah rendah . Doktor comel itu memberikan nasihat dan kaedah yang perlu aku jalani ketika aku sakit . Aku mendengarnya dengan tekun walaupun badan tidak mengizinkan . Setelah segala urusan selesai di klinik , kami pulang . Aku bergegas masuk kerumah kerana seperti ingin kembali ke alam gelap . Aku mencampakkan badanku diatas katil seketika . Dalam beberapa minit kemudian , ibu dan ayah memanggil aku untuk makan ubat . Sungguh aku benci ubat ! Dekat tidak rela aku makan jua ubat yang telah disediakan oleh ibu . Ubat zat besi telah ku telan . Ubat deman telah ku telan jua . Buat ubat yang terakhir ubat Antibiotik aku terpaksa menipu ibu dan ayahku sebab aku seperti ingin muntah . Aku letakkan didalam air . Mujurlah ibu dan ayah tidak perasan . Gelak kecilku . Ketika menjamah ubat yang sedap sangat-sangat itu , ayah menasihatiku supaya menjaga diri . Jangan tidur je . Tidur ikut masa dan makan ikut masa . Macam mana nak pratikal nanti kalau sakit je . Kalau dah ada penyakit , susah nak baik . Aku terima nasihat itu dengan baik . Setelah makan ubat , dengan kuasa ubat itu mataku makin layu dan aku turutkan "arahan" ubat itu . Tidur . Memang syok makan ubat yang boleh buat kita tidur . Hihi .

Jumaat . Alhamdulilah dengan izinNYA , aku semakin beransur pulih . Bagaikan dalam sekelip mata . Bagaikan tidak percaya semua ini berlaku . Aku titipkan dan menulis tajuk cerita kali ini "Pengorbanan Ibu Ayah dalam Sekelip Mata" kerana pengorbanan ibu ayah itu tidak boleh dibilang dengan jari . Tidak boleh dipandang sekelip mata . Tidak boleh dilupakan begitu jasa . Walaupun kita balas dengan wang ringgit belum tentu dapat membahgiakan hati mereka . Walaupun kita membalasnya kembali dengan kasih sayang belum tentu ianya akan cukup untuk membalas pengorbanan dan jasa mereka yang bertimbun itu . Sering kali kita alpa tentang pengorbanan ibu dan ayah kita . Aku "belajar" saat ibu dan ayah menjaga aku .

Walaupun  kita banyak buat salah pada mereka tapi mereka tetap melayan kita dengan baik . Layanlah jua ibu dan ayah kita dengan baik . Sebab semuanya akan berputar kembali kepada kita tatkala kita membina kehidupan yang baru . Oleh itu , perlulah kita ubah diri menjadi anak yang soleh dan solehah untuk ibu dan ayah kita . Kita ini "amanah" dan "anugerah" untuk mereka . Jangan hampakan kedua ibu dan ayah kita yang telah membesarkan kita . InsyaALLAH , kita sama-sama berubah menjadi yang lebih baik . Doalah dalam tiap solatmu supaya kita sentiasa dalam sifat mahmudah bukan mazmumah . Jauhkanlah kita semua dalam perkara mungkar .

Salam terakhir dari saya . Jaga diri buat pembaca dan penulis blog . Trima kasih sudi baca blog kerdil ini :)

Chop chop nak bisik jap ," Penulisan aku ada tak macam dalam buku ? Aku dalam proses membuat novel . InsyaALLAH . Doakan ye ? :) 

Jumpa lagi . Tata .
menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

No comments: