Bila aku bukak blog ini . Aku mula terdiam . Terfikir . Tergamam . Dan mula menyoal .
Sejak bila aku letak lagu dalam blog ? Ahhhh . Pelik .
Pedulikan .
Assalamualaikum .
Okay kita mula cerita yang sepatutnya . Hihi . Yeayyy ! Akhirnya cuti sem sudah bermulaaaaaaaaaaaaaaa ! Tapi aku masih di Melaka disebabkan nak uruskan hal pratikal . Alhamdulilah , hal pratikal sudah selesai dan aku dan kawan-kawanku dah dapat tempat untuk pratikal . Rasa happy sangat lepas dengar berita baik nie . Mungkin disebabkan doa dari ibu ayah kami semua dan jugak doa kami , ALLAH telah makbulkan .
Okay . Seminggu sebelum aku cuti sem nie , akhirnya dapat jugak aku laksanakan tugas aku sebagai C.O.D . Apa ? C.O.D tuh apa ? Ye adik-adik , C.O.D tuh ialah Chef Of the Day bermakna dia sebagai Ketua dalam minggu itu . So akak awak nie jadi ketua lahh . HaHa ! Sejak bila pulak an aku nie jadi kakak korang kan ? Korang pun taknak . Huhu . Tapi untuk pengetahuan korang , bukan aku sorang jadi C.O.D minggu tuh tapi ada lagi 2 orang kawan aku jadi C.O.D . Rasa gagah sikit lahh bila ada seorang lelaki . Sebabnya , kalau aku cakap pun diaorang macam nak dengar . Dah lahh suara slow je . Lagipun aku pun bukannya pandai dalam memberikan tugas pada orang tapi Alhamdulilah semuanya berjalan dengan baik walaupun aku rasa ada je yang tak kena . Takpelah . Benda dah lepas . Jadikan ianya pengalaman dan cabaran hidup . ALLAH kan ada :)
Hurmm . Sebenarnya , banyak cerita tapi aku tak tahu nak mulakan dari mana . Just update yang baru je lahh ye .
7.10.2013 Tarikh keramat . Tarikh yang paling aku sedih . Masuk 7.11.2013 maka sebulan lahh dia pergi menjalankan tanggungjawab dia . Dan hati ini sentiasa rindu + sayang dia . Tak pernah berubah sesaat pun . Kalau ada jodoh dan kita berdoa untuk itu , insyaALLAH ia takkan hilang ke mana-mana . Jauh di mata tapi dekat di hati . Saya pun harap awak begitu .
K lahh .
Ngantuk pulak .
Gudnite .
Rindu awakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!
Assalamualaikum :')
menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas
Assalamualaikum .
Aku . Ehh ? Sudah pagi rupanya . 1.55 am . Hampir pukul 2.00 am . Mata taknak melabuhkan tirainya . Petang tadi aku dah tidur lama . Esok aku ada class . Ahh lantak . Buat sempoi sudah . Haha .
Aku . Baru tergerak hati nak update blog . Ustaz adalah semangat aku . Alhamdulilah ada jugak yang sudi yang membaca blog kerdil ini . Tak mengharapkan populariti sebenarnya . Hanya ingin berkongsi . Cita-cita aku nak jadi penulis ? Sekejap . Tunggu aku kumpulkan semangat dan idea . Hihi .
Aku . Perngorbanan . Dah 4 hari aku dan dia tak contact . Sebab ? Dia dalam training . Aku semacam "lost" bila kami tak berhubung . Teringat akan dia . Tapi . Berharap sangat , jangan sampai aku lupa padaNYA . Tahniah pada dia sebab dah dapat apa yang dia nak . Aku tumpang gembira . Aku tumpang bahgia . Aku tumpang mendoakan atas kejayaan dia . Yang pasti dia bahgia dengan apa yang dia miliki .
Aku . Pengorbanan . Sudah kenal dia 3 tahun lebih . Dia suka mencuba semua kerja yang boleh mendatangkan rezeki yang halal . Aku hanya support dia dari belakang . Susah dan senang aku bersama dia . Gembira + sedih + marah + merajuk = Semuanya dengan dia . Aku tak suka mengarah . Aku suka dengan apa yang dia lakukan . Janji kerja itu mendatangkan hasil yang baik untuk dia . Sebab ? Kami hanya insan yang belum ada sahnya .
Aku . Tunang + Nikah . Sape yang taknak kan ? Semua nak . Tapi perlukan usaha yang lebih . Aku tak taktau nak bekerja . Belum ada niat nak bekerja . Part time . Seperti kawan-kawan lain . Sudah kenal dia 3 tahun lebih . Niat dia memang suci . Sampai aku susah nak percaya . Tapi akhirnya aku percaya . Tapi . Aku takut . Terfikir . Siapakah bakal imamku ? . Kerana . Aku belum sempurna lagi . Aku takut . Takut dengan jodoh yang lain . Tapi . ALLAH lah sebaik-baik perancang . Aku takut nak fikir . Tapi . Masa depan aku jugak . Tapi . Perkahwinan bukan bab main-main . Tapi . Serius . Tanggungjawab yang berat . Walaupun ianya HALAL . Tapi berat lagi kalau belum SAH .
Aku . Aku berdoa . Berharap yang niat baik kami ini dilaksanakan olehNYA . Aku tidak mahu kecewa lagi . Dan aku tak mahu mengecewakan orang lain . Tapi bila dah ketentuanNYA ? Terima saje lahh .
Okay . Thanks . Sudi luangkan sisa-sia hidup korang baca blog kerdil ini . Lain kali singgah ye ! hihi .
menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas