Friday 17 February 2012

KELEBIHAN HARI JUMAAT

Assalamualaikum permulaan bicara saya hari ini.salam jumaat buat semua.Gambar suasana di mekah menggamit suatu perasaan yang tak boleh digambarkan.Sayu hati ini dan tertanya-tanya adakah aku akan sampai disini?Semua itu ketentuan ALLAH dan kita hanya mampu merancang dan ALLAH sahaja yang mampu menentukan =)

Hari ini saya ingin kongsikan yang saya rasa semua tahu dan kadang kala alpa.Bak kata manusia sendiri,kita mudah lupa tapi lupa itu biar berpada-pada.Ilmu ini saya petik dilaman muka buku "kisah wanita ".Amat ringkas tapi padat.Jom kita baca =)
Kelebihan Hari Jumaat

Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu 
1) Allah ciptakan Adam , 
2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4) Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
(Riwayat Hadis Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”
(Hadis riwayat Tirmidzi)

hope kita boleh ingat kelebihan ini =)


menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

No comments: