Sunday 10 March 2013

Renungkan isi cerita ini :)

Assalamualaikum .

Hari ini aku nak kongsikan cerita atau risalah yang ustaz aku berikan pada aku . Harap cerita ini dapat membantu kita memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik :) .

Lelaki :

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya . Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri , dosa isteri , dosa anak perempuan yang belum berkhawin dan dosa anak lelaki yang belum baligh .

Beratkan ?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua manakala perempuan tidak , perempuan hanya perlu taat pada suaminya . Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya . Beratkan ? Suami kena bagi nafkah pada isteri , ini wajib tapi isteri tidak . Walaupun begitu , isteri boleh membantu . Haram bagi suami yang bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin . Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung . Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut . Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan yang lebih panjang daripada lelaki . Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (Ikut kajian lahhh . Jangan pikir bukan2 ye . Ajal maut ditangan ALLAH ) .

Tetapi , orang lelkai ada keistimewaannya yang dianugerahkan oleh ALLAH SWT . Ini orang lelaki kena tahu , Kalau tak tahu kena jadi perempuan . Begitulah kira-kiranya :)

Wanita :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki . Perlu meminta izin dari saminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya . Saksinya kurang berbanding lelaki . Menerima pusaka kurang dari lelaki .
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak . Wajib taat pada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya . Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri . Wanita kurang beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki .

Pernahkah kita lihat sebaliknya ?

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat . Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan ? Itulah bandingan dengan seorang wanita . Wanita perlu taat pada suami tetapi
Lelaki wajib taat kepada ibunya 3kali lebih utama dari bapanya .Bukankah ibu adalah seorang wanita ? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak .

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak , tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan , malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini , dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil . Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil) .

Di akhirat kelak , seorang lelaki akan
DIPERTANGGUNGJAWABKAN terhadap 4 wanita :
a. Ibunya
b. Isterinya
c. Anak perempuannya
d. Saudara perempuannya

Manakala seorang wanita pula , tanggungjawab terhadap
DITANGGUNG oleh 4 orang lelaki ini :
a. Suaminya
b. Ayahnya
c. Anak lelakinya
d. Saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki syurga melalui mana-mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
a. Solat 5 waktu
b. Puasa di bulan Ramadhan
c. Taat pada suaminya
d. Menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawab kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata . MasyaALLAH , sayangnya ALLAH pada wanita :)

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki , kamu sebenarnya adalah istimewa disisi ALLAH , maka dengan keistimewaan itu , JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya supaya kelak masing-masing lelaki dan wanita dapat pulang mengadap ALLAH dalam keadaan istimewa disisiNYA . "
Berpeganglah kamu sekelian dengan tali ALLAH dan janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah nikmat ALLAH atas kamu , seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNYA hati kamu semuanya , sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNYA.( Ali-Imran :103 ) .
Pada hari itu ( hari kiamat ) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan . Bahkan manusia itu , anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri , walaupun dia berperi-peri memberikan alas an untuk membela diri .

Aku harap apa yang aku kongsi nie dapat kita menambah ilmu dan renungkan setiap kata-kata diatas :) Renungkan dan selamat beramal >.<

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

1 comment:

Unknown said...

SEdih n sebak baca.. cm dpt tmparan.. masih jahil...