Saturday 10 December 2011

hati yang sayu =(

tepat jam 12.30 a.m pada hari sabtu,jari jemariku ligat lagi ingin menaip sesuatu..otak berjalan laju memikirkan apa yang harus dikeluarkan untuk memberikan segelintir manusia membaca coretan ku..mungkin coretan ini agak bosan,menggelikan hati,sayu,sedih,marah atau sebagainya..sebab manusia mempunyai pelbagai perasaan,rasa yang berbeza..hidup ini kadang-kadang tidak boleh memuaskan hati semua orang..ada sahaja yang tidak puas hati dengan diri manusia sendiri..biarkanlah manusia itu kerana setiap orang ada balasannya sendiri..tiba-tiba hatiku dan otak pemikiran banyak mengeluarkan pelbagai rasa..aku sendiri tidak tahu apakah maksud disebalik itu..mungkin diri ini sudah banyak melakukan kesilapan di bumi ALLAH ini..manusia yang diciptakan oleh ALLAH yang ALLAH sendiri ciptakan pelbagai rasa untuk kita tahu menghargai padaNYA..tapi hanya segelintir yang hanya menghargai pemberianNYA..diri ini hanya meneka sahaja..sesungguhnya,diri ini juga rasa seperti manusia diluar..tapi kita haruslah sentiasa muhasabah diri agar tidak terleka dengan duniawi..sentiasalah ingat bahawa ada lagi 1 fasa iaitu AKHIRAT..yang akhir sekali tempat untuk kita miliki..didunia kita ada pelbagai rumah tapi di AKHIRAT hanya 2 sahaja yang kita perlu pilih..samada SYURGA atau NERAKA..itu semua adalah mengikut diri kita sendiri..samada amalan baik yang banyak atau amalan kurang baik yang paling banyak..sebenarnya,kita sudah tahu semua itu tapi ada pelbagai nafsu atau godaan yang datang untuk kita lupa pada AKHIRAT..mungkin setiap orang ada pendekatan yang berbeza tentang agama..itu semua terletak padaNYA untuk mengubah diri kita sendiri..jika kita rajin dan betul-betul ingin bertaubat dari perkara buruk..ALLAH pasti akan membantu hamba-hambaNYA..bukan niat saya untuk mengguris hati mana-mana pihak cuma ingin meluahkan rasa dihati..saya juga ada pelbagai rasa..ingin berubah menjadi hamba ALLAH yang terbaik..biasalah manusia jika terleka sedikit pasti akan jatuh tapi kalau kita yakin adanya ALLAH dibumi ini..kita tidak akan jatuh di tangan syaitan..seebenarnya,kita sangat memerlukan ALLAH dalam apa jua cabaran dan dugaan sekali pun kerana ALLAH yang menciptakan kita ini..tapi kadang-kadang kita selalu mendahului dariNYA..tidak perlulah saya nyatakan apa contonya..semua orang tahu akan situasi itu bagaimana..mungkin saya tidak layak berbicara tentang itu semua tapi selagi lagi saya katakan hanya ingin meluahkan rasa yang terpendam dijiwa ini..saya rasa sampai disini sahaja coretan yang ingin saya titipkan pada buku diari ini yang sudah lama agak bersawang..mungkin jika ALLAH memanjangkan usiaku lagi..diri ini sudi sahaja menulis lagi =)

p/s:jika ada yang tidak senang hati dengan bicaraku ini..sila berterus terang..janganlah simpan dihati..sama2 kita memperbaiki diri sendiri =)
menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

No comments: