Tuesday 13 December 2011

sesuatu yang berbeza...

Assalamualaikum buat para blogger yang disayangi..semoga anda semua diberkati oleh ALLAH S.W.T....hari ini permulaan hidup saya berjalan dengan lancar..saya telah menduduki peperiksaan yang terakhir di sekolah menengah kebangsaan seksyen 4 kota damansara..dengan subjek EKONOMI RUMAH TANGGA =) my faveret subject =)..after this dah x jumpe kwn2 yang lain..huhu..takpe larh kalo ada umo yang pnjg,mesti dpt jumpe kan?itupun dengan izin ALLAH...

so,berbalik pada tajuk entryku..sesuatu yang berbeza..apa yang timbul dalam kepala otak korang tentang tajuk nie?mesti korang pikir pasal...nak berubah..ada betol kew?xde?okay..kew korang pikir pasal ko nak famous mcm org lain?salah jugak kew?okay!meyh,aq cerita tentang aq..tentang aq nak tulis pasal sesuatu yang berbeza..apa yang berbeza sebenarnya nie?

sesuatu yang berbeza sejak aq rasekan yang berbeza pada 1 malam..tiba-tiba perasaanku ini ingin menangis dan menyesal dengan sesuatu..aq ada bertanya kan pada akak shakilla tentang perasaanku ini..dan dia menasihatkan aq untuk mengaji dan bykkan berdoa pada ALLAH..emm..rase rindu hati ini hendak membaca kitab-kitab ALLAH..walaupun baru sahaja meninggalkan seketika membaca AL-QURAN tetapi hati ini rindu sekali..YA ALLAH,semoga hati ini selalu rindu ingin membaca kitab-kitabMU..dan 1 lagi peristiwa,ketika aq menonton cerita tentang keagamaan yang bertajuk TASBIH PUTIH..cerita itu mengisahkan seorang budak yang agak nakal hidupnya sampai terpedaya dengan hasutan kawan-kawannya.maka ibu dan ayahnya memasukkan dia ke sekolah pondok..disekolah pondok tuh dia menjadi seorang pelajar nakal tapi akhirnya dia insaf setelah dapat mimpi..johan ashari sebagai salim seorang yang ditanggungjawabkan menolong pengetuanya iaitu dato rahim razali untuk menjaga sekolah pondok itu..tetapi hasratnya tidak kesampaian kerana ajalnya tiba..dia diserang penyakit asma.akhirnya,dia meninggal dunia.pelajar yang nakal itupown menjadi anak yang baik..kesimpulan aq disini adalah kita haruslah sabar dengan dugaan yang ALLAH berikan..jika ingin berubah,berubahlah dengan hati yang tenang..banyak perkara yang kita boleh lakukan didunia ini tapi biarlah berlandaskan syariat ALLAH..emm..rugi korang x tgk cerita tuh..tapi kalau tengok,baguslah..dan aq rasekan seperti ingin berhijrah...aq ingin mengubah diriku ke arah kebaikan..

memang aq seorang yang bertudung dan menutup aurat tetapi aq rasekan tidak cukup untuk aq bekalkan hari akhirat nanti..amalan yang aq lakukan pun seperti tidak cukup sahaja..hati ini sentiasa ingin berubah..berubah dari segi cara hidup walaupun hidup aq sederhana sahaja..masih tahu hukum ALLAH..berubah dari segi cara berpakaian.tidak mahu terpengaruh dengan cara berpakaian yang agak menonjol..berubah dari segi segala-galanya seperti seorang yang beriman..tetapi sering kali aq bertanya pada diriku sendiri..boleh ke aq berubah?boleh ke aq menjadi anak yang baik?boleh ke aq menjadi hamba ALLAH yang taat pada perintahnya?soalan ini sentiasa ada difikiranku..mungkin aq bukan anak yang terbaik tapi aq boleh cuba menjadi yang terbaik..mungkin aq bukan hamba ALLAH yang taat pada perintahnya tapi aq boleh cuba mnjadi yang terbaik..aq berharap suatu hari nanti sebelum ALLAH mengambilnya nyawaku,aq sudah berubah seperti yang aq inginkan..semoga amalan yang aq lakukan dibumiNYA ini diterima olehNYA...AMIN.sama-sama kita berubah menjadi yang terbaik..ada juga kawanku hajar selalu memberikan kata-kata semangat untuk aq berubah..tidak kira dari aspek apa-apa pun..jika kita hendak berubah pasti ALLAH akan hantar seorang insan yang baik untuk kita kan..begitu jugak dengan kak shakilla yang sering membantu aq..

emm..aq rase seperti agak panjang entry kali ini..maap jika ada yang tidak larat untuk membaca..bukan ingin menyusahkan diri sesiapa hanya ingin meluahkan isi hati yang sentiasa terpendam..thankz sesiapa yang sudi baca..memerah otak anda untuk baca isi setiap entry nie..hehe..menguatkan lidah anda untuk baca entry nie..hehe..aq harap kita sama-sama kongsi ilmu antara 1 sama lain..AMIN..jangan pernah ada niat untuk meminggirkan org jika ilmu itu banyak di dada..sharing is caring,right?=)

blog ditulis pada hari isnin tepat jam 3:55pm bersamaan 13.12.2011.....

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

No comments: