Monday 19 December 2011

kehidupan.....

otak pemikiran dan tanganku ligat lagi ingin menulis sesuatu di blog..mungkin idea mencurah-curah ingin menaip sesuatu. jika anda rasakan coretan ini berfaedah,ALHAMDULILAH tapi jika tidak harus diperbaiki lagi..coretan ini ditaip pada pukul 1.25 pagi dan aku tidak lagi menunaikan solat isyak..aishh..apalarh nak jadi nie??ingat nak buat solat hajat sekali kowt..tgk larh dulu stelah selesai menulis di laman blog ini..aktiviti harianku  memang menerjah ke laman muka buku dan aku selalu menerjah laman muka buku kawan-kawanku..pelbagai perasaan diminda ini tentang kehidupan mereka..dan aku hanya mampu tersenyum buat mereka..mungkin mereka sedang diulit bahagia..
tetapi kadang kala aku terasa dalam kebingungan melihat kehidupan manusia..dan aku tidak terlepas darinya..keliru dalam mencari kehidupan yang diredhai oleh ALLAH..tapi aku tahu batas-batas dalam ISLAM..mungkin cara aku tidak diredhai oleh ALLAH jua..kadang kala aku keliru dengan manusia yang ingin berkawan denganku..aku tidak tahu disebalik makna kau berkawan denganku..diharap perhubungan kita ini diredhai oleh ALLAH kerana hati kita lain-lain cuma warna rambut sahaja sama tapi warna rambut pun sudah berubah..hehe..aku bersyukur kerana aku masih boleh melihat kebaikan dan keburukan dalam memilih kawan-kawan disekelilingku dan manusia yang lain jua..aku berharap kita sama-sama dapat membezakan antara kebaikan dan keburukan dalam memilih kawan-kawan..tapi kawan yang jahat tidak bermakna tidak akan berubah kan?mana tahu kan,ALLAH  akan membuka hati mereka dan kita harus sedar..hidup ini bergantung 100% oleh ALLAH S.W.T.

aku juga seperti insan lain yang mencari keredhaan ALLAH untuk menjalani kehidupan di atas bumiNYA......
isnin
tanmat menaip 1.43pagi
19.12.2011

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

No comments: