Monday 20 May 2013

Jejak kekasih bertemu Cikgu tercinta .

Assalamualaikum .

Selamat Hari Guru sedunia .Ehh ? Dah 5 hari berlalu kita menyambut hari guru . Dan aku hari nie baru nak update pasal hari guru . Ahaha . Apalah -_- Takpelah . Janji aku ada cerita nak diceritakan dekat korang ;)

Okay pada 15 haribulan aku dengan geng kawan sekolah ku plan pergi ke sekolah untuk menyambut hari guru . Mulanya memang aku nak jak diaorang tapi cik Siti Hajar kawanku mengajak semua bebudak class join sambut hari guru tapi last-last hanya 4 orang je yang join termasuk aku . Yang join hanyalah aku , hajar , tia dan ellyna . Dan nasib baik hajar bermurah hati nak amik kitaorang . Ahaha . Thanks hajar !

Esoknya 16 haribulan kami pun bersiap dan dalam pukul 10 lebey hajar amik kami dan tibalah kami di sekolah . Whoa ! Excited jugak lahh jumpa mereka sebab dah lama tak jumpa mereka :) Masuk sekolah dengan hati yang berdebar-debar sebab dah lama tak jejak kai ke sekolah . Maka , bebudak kat sekolah tuh pun pandang kami dengan lain macam . Lagilah kami berdebar-debar . Ayoyo . So kami decide naik ke bilik guru jumpa cikgu tercinta :) . Dah sampai depan pintu . Last-last kitaorang stay kat luar dulu .



Yang berbaju jubah hitam itulah siti hajar . Yang pick up kami . Yang mengajak kami join sambutan hari guru . Hee . Yang pakai tudung hijau tuh nama dia Tia . Yang tudung kuning tuh ellyna . Yang pendek tuh aku :D . Kami semua nie blogger tapi disebabkan busy dengan life + study so jaranglah meng-Update blog . Sesiapa yang follow blog kami , harap maaf ye ! :) . Dah lama sangat dok kat luar , kami semua masuk bilik guru . Cikgu semua terkejut . Dan alhamdulilah cikgu masih mengingati kami . Cikgu sangat happy kami datang . Dan cikgu berharap sangat kalau-kalau ada ex student diaorang yang datang jumpa diaorang .


Inilah cikgu kami . Cikgu Math kami . Cikgu Haznida . Cikgu nie memang garang tapi dalam garang seorang yang penyayang . Kami suka dengan cara dia mengajar . Sangat best . Sedang aku menaip entri nie , diaorang kata ,"Kenapa akak pendek?" Wuarghhh ! Hati aku nak nangis . Aku pun jawablah , "Dah akak pendek" *dengan muka tak puas hati . Huhu .


Nie pulak cikgu ert kitaorang . Kami pelajar ert dulu . Nama cikgu nie Cikgu Aliza . Ingat lagi jadi pelajar cikgu nie . Terasa mencabar jugaklah sebab kena buat baju . Aku nie manalah minat sangat bab-bab menjahit nie . Tapi kuatkan jugak semangat tuh . Hee . Apa-apa pun masing-masing dah sambung belajar :)

Dah posing + sembang-sembang dengan cikgu , kitaorang semua pergi kantin sebab ellyna and hajar tak makan lagi . Amik port pastu ada abang kantin tuh tegur kitaorang . Dia kata "Korang nie artis ke ? Ke cikgu kat sini ? " Aku pun jawablah ," Mana adalah , Kitaorang nie bekas pelajar kat sini " . Dia pun tanya lagi . Maybe dia tak dengar kowt aku cakap bekas pelajar sini . Dia tanya ," Tak pernah nampak pun ". Aku pun balas ," Dah bekas memang lahh tak penah nampak *sambil gelak ". Abang tuh blah aku pun blah . Sambil usha-usha sekeliling kantin yang berubah . Huhu .

Dah habis makan so kitaorang pergi kat tepi dewan . Join cikgu dekat situ dengan selamba kitaorang duduk je dekat situ . Well kitaorang kan tetamu khas . AHAHA . Dok dengar diaorang bercakap + melihat persembahan diaorang , tiba-tiba majlis berakhir . Kami pun diminta bangun untuk menyanyikan lagu sekolah . Whoa !!! Sebak sehh sebab dah lama tak nyanyi reramai . Ingat pulak aku lagu sekolah . AHAHA . Semua dah bersurai tetiba an aku ternampak semua pelajar perempuan berkumpul dekat 1 port nie . Kitaorang pun usha lahh . Rupa-rupanya ada cikgu handsome . Nama dia Cikgu Shazani . Mana aku tahu nama dia ? Dah bebudak tuh mention nama cikgu tuh dekat twitter . Aku pun tahu lahh . Semua nak tangkap gambar dengan cikgu tuh . Apa lagi budak lelaki semua jeles dengan cikgu . Cikgu handsome macamtuh tak sesuai lahh mengajar dekat sekolah menengah disebabkan kehandsomannn cikgu tuh . Hoho . Kitaorang pun nak join jugak tapi segan lahh . Cikgu baru mana nak kenal kitaorang . Lalalalala . Kitaorang pun blah . Sebelum blah , tangkap gambar lagi . Hik hik .



Okay . Tiba masanya kami balik . Muka happy gegilor sebab dapat jumpa cikgu dan sekolah . Aww terasa macam segan bila junior panggil kitaorang kakak . Aww . Terasa tua . Muahahaha . Kitaorang balik menuju ke the curve . Movie time . Yang kelakarnya , yang tengok movie just 6 orang je dalam tuh . First time kowt . Muahahaha . Tapi syok lahh . Terasa macam kitaorang punya wayang . AHAHA . Dah tengok wayang kitaorang jenjalan . Dah makan baru pulang ke rumah memasing . Hoho .


The End .

Note : Terasa terkilan dan sedih sebab tak dapat berikan apa-apa pada cikgu padahal aku dah plan nak berikan sesuatu pada mereka . Semuanya tak jadi . Takpelah doa aku pada mereka takkan lupus . Saya Sayang Cikgu .

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

No comments: