Monday 27 February 2012

semalam hati ini sayu..

Assalamualaikum dan salam 1 blogger.tangan ini masih ingin bergerak untuk mengeluarkan kata-kata yang mungkin boleh membawa kebaikan atau keburukan..Anda yang menilai jika cerita saya ini berguna atau tidak.Pernah tak korang rasa diri korang seorang yang HIPOKRIT?

Semalam 26.02.2012 sebelum masuk waktu maghrib aku telah dimarahi oleh ayah kerana terlalu lama "berdating" didepan laptop.Bukan kerana ingin melawan tapi aku hanya melayan ceramah dari seorang ustaz dan membuka laman muka buku.Mungkin dalam aku berkata-kata ayah telah terguris.Teguran itu aku ambil.Setelah tiba waktu maghrib aku mengambil keputusan untuk menutup laptop agar tidak lagi dimarahi oleh ayah lagi.Aku terus mengambil wuduk setelah beberapa minit selepas azan..Selepas selesai solat,tiba-tiba hati aku sayu.Rasa ingin menangis dan memeluk seseorang.Terasa ingin meluahkan pada seseorang apa yang aku rasakan sekarang ini tapi aku hanya membuat keputusan untuk pendamkan sahaja perasaan itu.Aku duduk berzikir kepadaNYA.Tiba-tiba "hujan"mulai turun dari mataku kebetulan dekat luar pun hujan.Suasana jadi sunyi sepi bila otak memikirkan pelbagai masalah.

Kenapa aku tanya pada korang "Pernah tak korang rasa diri seorang yang HIPOKRIT?".Ada sebab kenapa aku tanya soalan begitu.Maaf kalau ada yang terasa cuma aku rasakan kadang-kadang diri ini seorang hipokrit.Aku manusia yang tak punya apa-apa.Setiap apa yang aku lakukan kadang-kadang aku rasakan ada yang tidak  kena.Aku ingin berubah menjadi lebih baik tapi diri ini kadang rasa ingin menunjuk-nunjuk dekat semua orang yang diri ini sempurna.Niat itu sangat penting dalam melakukan sesuatu.Hanya ALLAH sahaja yang tahu niat jujurku ini.Aku tidaklah baik seperti seseorang yang tidak pernh melakukan kesalahan.Aku hanya manusia lemah yang pasti melakukan kesalahan.Pandanglah aku dengan dua matamu bukan satu.Lihatlah kebaikan dan keburukan dalam diriku.Tegurlah aku wahai sahabat jika aku lalai dengan mengejar duniawi.Sedarkanlah aku sentiasa dengan takzirahmu yang boleh memberikan kesedaran pada semua manusia dibumi ini.

Setelah aku duduk berzikir dengan telekung yang masih kupakai ibu masuk kebilik untuk melihat apa yang aku lakukan.Aku tahu pasti ibu akan ingat aku masih dengan laptop.Tapi tidak.Ibu menegurku"adik mengaji".Aku sedar sudah lama aku tidak membuka kitab-kitab ALLAH itu.Tapi hati ini terus berzikir dan termenung memikirkan diriku ini.Sesudah selesai berzikir,aku terus pergi ke kamarku untuk merehatkan badan yang sentiasa rasa tidak sihat.Lalu kucapai sebuah nota kecil dan menulis sesuatu di atasnya..Dalam nota kecil itu aku menulis tentang seseorang.Si dia pernah memberikan kata-kata cinta padaku.Mungkin sesuai dipanggil kata-kata cinta.Di dalam nota kecil itu jugak aku membalas kata-katanya.Selepas apa yang aku karangkan untuk dia,terpikir dalam hati ini..patutkah aku memberikan padanya?adakah dia menerima apa yang aku cuba sampaikan?Tapi aku hanya pendamkan sahaja apa yang aku tulis.Mungkin suatu hari nanti pasti aku akan bagi dengan berharap kau akan menerima apa yang telah aku sampaikan.

Disini aku ada puisi untuk disampaikan...

Aku..
Nur Syahirah nama diberi oleh kedua orang tuaku,
Lahir pada 13.06.1994 di H.T.A.R,Klang,
Dulu masih kecil,
Tidak tahu apa-apa,
Tapi hari ini,
Aku berusia 18tahun tidak rasmi,
Masih waras untuk menjalani kehidupan,
Masih boleh melihat wajah ibu dan ayahku,
Masih boleh bergaul dengan manusia diluar sana,
Masih punyai hati yang ingin disayangi selalu,
Masih mengharapkan sesuatu dalam kehidupan,
Masih mencari diri sebenar dalam kehidupan,
Masih ingin dihargai oleh semua manusia yang dia kenali,
Dan aku..
Masih mencari erti kehidupan yang sebenar...

Akhir kata dari insan kerdil ini..maafkan jika entry ini sangat panjang.Diri ini tidak kisah jika anda semua tidak ingin baca.Diri ini faham.Tidak ada paksaan.Diri sahaja ingin berkongsi apa yang ku rasakan..






menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

2 comments: