Wednesday 14 March 2012

jodoh itu rahsia ALLAH...

Assalamualaikum dan salam 1 blogger..emm,entry kali ini pada pukul 12.43am...Hari rabu..Lagi 9 hari untuk dapatkan "surat cinta" dari cikgu...

Malam ini aku hanya aku,
Aku membiarkan mata ini celik sampai mana pun dia mahu,
Aku membiarkan tangan ini berjalan untuk menulis apa sahaja,
Aku membiarkan fikiranku melayang memikirkan apa sahaja,
Aku membiarkan hati ini menangis didalam,
Dan....
Aku membiarkan diri aku begini...

Akhirnya cerita VANILA COKLAT digemari oleh semua penonton terutama buat remaja sudah  tamat.THE END.Jodoh 2 remaja yang ditentukan oleh ahli keluarga masing-masing kini hidup bahagia.Dan buat remaja diluar sana,mesti berangan inginkan cinta seperti itu..Kadang-kadang aku terpikir jugak if family yang carikan pasangan hidup,bahagia jugak ek..yelah,hubungan itu diredhai oleh family sendiri dan redha ALLAH terletak pada family jugak..


inilah barisan pelakonnya..zara aishah dan aiman..sweet jew diaorang tapi dalam belakon larh =)
Dan begitu jugak cerita BFF TEMAN TAPI MESRA sudah tamat..cerita pasal diaorang BFF yang paling baik sanggup berkorban untuk apa sahaja untuk tolong kawan sendiri.bahagianya hidup kalau dapat kawan macam nie..hehe..Tapi tak sangka diaorang nie ada jodoh..kawan sejak kecil dan itu jodoh kita.HAHA.


Taraaaa!!!nie dia pelakonnya..handsome mamat nie.HAHAHA..

So,kesimpulan entry aku harini nie pada tengah malam buta nie ialah jodoh itu rahsia ALLAH..

Kadang kita dok couple dengan orang tuh tapi tuh bukan jodoh kita..
Kadang dia hanya kawan baik kita dan dia juga jodoh kita..
Kadang kita tak nampak jodoh kita dah depan mata tapi itulah jodoh kita..
Dan...
Aku tak pernah sangka aku akan kenal kau,kawan =)

Dan aku percaya disebalik semua ini pasti ada hikmah..cuma kita perlu sabar menempuhnya dan bersyukur dengan apa yang kita ada ^_^ okay!the end story aku..

p/s:saje melalut tentang jodoh disebabkan cerita romantik diatas!!terima kasih!!(gaya alley cats)

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

No comments: