Friday 16 March 2012

picisan tentang hati

Assalamualaikum dan salam 1 blogger.Hari ini penat kerana mengeluarkan seluruh anggota badan untuk bergerak ^_^ .Sedikit picisan tentang hati..

H.A.T.I
Semua manusia ada hati tapi,
Hati hanya S.A.TU tapi,
Hati banyak perasaan,
Kenapa satu ALLAH berikan pada kita?
Kerana ALLAH ingin kita jaga hati itu elok-elok,
Kerana ALLAH ingin kita berikan pada yang layak,
Tapi...
Kita tak kuat,
Lalu berikan pada yang tidak selayaknya,
Lalu kita biarkan hati ini terus begini,
Tidak diisi dengan perkara yang baik,
Kadang hati ini merayu untuk diubati tapi,
Kita mengikut hawa nafsu dan hasutan iblis,
Hati yang pernah terluka susah untuk dipulih,
Wahai hati yang aku sayangi,
Aku meminta maaf jika tidak menjaga kau dengan baik,
Aku meminta maaf jika kau sering terluka,
Aku meminta maaf jika sentiasa merindui manusia yang bukan muhrim,
Aku meminta maaf jika kau rasa aku tidak layak menjaga kau,
Tapi hati..
Jangan ingat aku tak pernah rasa kesal,
Jangan ingat aku tak pernah cuba untuk menjaga kau dengan baik,
Hati...
Dengan ini aku ingin meminta maaf dari kau kerana membuat kau begini,
InsyaALLAH jika ALLAH berikan lagi nyawa padaku,
Aku akan menjaga kau dengan sebaiknya...



menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

No comments: