Friday 11 May 2012

Happy mother's day :)

Assalamualaikum dan salam 1 blogger . Dalam suasana pagi yang  agak sejuk  , mereka sudah siap-siap ingin pergi ke sekolah . Siapa tuh ? Whoa !! Untunglah korang dah sambung belajar . Jadi budak sekolah balik. Hihihi . Sekolah tuh elok2 eyh kawan2ku . Ahaha . Aku akan doakan kejayaan korang . Sama-sama kita menuju puncak ke menara gading :) Aamiin .

"Hari istimewa" . Apa itu hari istimewa ? Hari istimewa itu ialah hari tertentu kita sambut dengan orang tersayang . Bila sebut tentang hari istimewa mesti kita ingat Happy mother's day , Happy father's day , Happy teacher's day , dan sebagainya . Tapi bila time untuk kita sambut hari istimewa itu pasti ada mengatakan .. sebagai contoh hari ibu . Hari ibu haram disambut kerana ia bermula dari sempena perayaan musim bunga2 orang Greece , sebagai penghormatan terhadap Rhea , ibu kepada tuhan mereka dan pelbagai lagi spekulasi tentang itu .

Tapi bagi saya , jika ingin menyambut hari istimewa dengan orang tersayang tak perlulah dengan mengikut hari dan budaya yang tidak sepatutnya . Bukan maksud saya kena bagi hadiah hari -hari . Tapi tidak salah jika seseorang itu ingin memberikan hadiah pada orang tersayang .
 Sebenarnya manusia hanya "dahagakan" kasih sayang bukan harta benda .  Bulan 5 ini ramai yang memperkatakan hari ibu cuma cara menyambutnya yang berbeza . Cuma saya harap janganlah kita mengikut budaya yang tidak sepatutnya . Sambut dengan cara kita sendiri . Dengan cara berdoa jugak adalah hadiah yang boleh kita berikan kepada ibu kita . Jadikan hari-hari biasa itu adalah hari ibu kerana ibu adalah segala-galanya buat kita .

Sempena hari ibu saya nak tulis something tentang ibu . Bacalah :) .Mungkin ibu saya tidak dapat membacanya kerana saya hanya menulis  didalam blog . I'm shy shy girl :D

Ibu ,
Namamu Siti Jamaliah bt Jajuli ,
Seorang insan yang melahirkan aku 9 bulan ,
Menahan sakitnya untuk melahirkan anakmu ini ,
Bersabar dalam melahirkan anakmu ini ,

Ibu ,
Kau menjaga aku dari sejak aku lahir hingga kini aku berumur 18tahun "Alhamdulilah" ,
Kau menjaga anakmu ini dengan tertib ,
Kau mendidik anakmu ini dengan sabar ,
Kau menegur anakmu ini dengan kasih sayang ,
Kau memberikan kasih sayang dengan sepenuhnya ,

Ibu ,
Dalam diammu kau mengumpul seribu satu rahsia ,
Dalam tangismu kau hanya menyimpulkan senyuman kerana tidak ingin anakmu ini risau ,
Dalam gembiramu kau tersenyum berada disamping anakmu ini ,
Dalam segala-gala hal dirimu sangat pakar ,

Ibu ,
Mungkin hari ini kau menjaga anakmu ini ,
Tapi biarlah tugas itu pula anakmu ini yang galas ,
Anakmu ini ingin menjagamu ... ibu ,

Ibu ,
Terima kasih atas jasamu ,
Tidak terbalas jasamu ini ,
Jasamu terlalu besar sehingga sukar untuk aku tafsirkan ,
Maafkan anakmu ini kerana terlalu banyak dosa yang aku lakukan terhadapmu ,
Walaupun ianya seperti suatu dosa kecil tapi dirimu sangat berharga sehingga dosa itu menjadi besar ,

Ibu ,
Redhamu terletak pada redha ALLAH ,
Setiap apa yang aku lakukan semuanya terletak pada redhamu ,
Jangan biarkan aku hanyut ,
Perhatikanlah aku setiap masa ,
Tegurlah aku setiap masa ,
Doakanlah aku setiap masa .
Kerana doamu adalah anugerah dari ALLAH .

Ibu .. Terima Kasih . Adik sayang ibu ..

Untukmu ibu . Happy mother's day untuk semua yang bergelar ibu , ummi , mak  dan mama .

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

No comments: