Monday 23 January 2012

ayah dan ibu adalah cintaku

AYAH,
Dalam keperitan hidup duniawi,
Dalam keperitan membanting tulang,
Dalam kejerihan mencari nafkah memberi kami perlindungan dan keperluan,

Terima kasih atas jasamu,
Terima kasih atas pengorbananmu,
Terima kasih atas peah lelahmu membesarkan kami anak-anakmu,

AYAH,
Doakanlah kami untuk berjaya dunia dan akhirat,
Doakanlah kami untuk menggapai CINTA YA RABBI,
Doakanlah kami untuk terus istiqomah dalam mencari redha ILLAHI,

INSYAALLAH,
Moga AL-QURAN dan SUNNAH tersemat di dada kita,
Moga kita sentiasa bahagia dalam cintaNYA,
Moga kita sekeluarga selamat dunia akhirat,

Amin Ya Rabbal A'lamin..

IBU,
Dalam keributan ragam kami,
Dalam kejenuhan mendidik kami,
Dalam kelelahan memastikan yang terbaik untuk kami dan membesarkan kami,

Terima kasih atas asuhanmu,
Terima kasih atas bimbinganmu,
Terima kasih atas jerih payahmu memnebtuk kami anak-anakmu,

IBU,
Doakanlah kami untuk selamat dunia akhirat,
Doakanlah kami untuk beroleh REDHA YA RABBI,
Doakanlah kami untuk terus istimrar dalam menjadi anak yang soleh,

INSYAALLAH,
Moga Doa dan Tawakal menjadi sandaran,
Moga kita sentiasa beroleh limpah RahmatNYA,
Moga kita sekeluarga tenang bersama selamanya,

Amin Ya Rabbal A'lamin..


adik sayang ibu dengan ayah =)

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

No comments: