Saturday 14 January 2012

kosong..kosong..dan terus kosong

aku bangun pagi macam biasa,
otak menyuruh tangan bergerak menekan punat remote tv,
lalu aku tekan apa yang terlintas di fikiran,
aku bosan,aku masuk bilik buka laptop,
aku buka laptop dan terus menerjah laman sosialku,
aku menyemak laman muka bukuku,
suasana bising didalam laman muka bukuku,
tiba-tiba laman muka bukuku senyap,
aku diam membisu,
aku bangun dan mencari makanan,
aku makan dan mengucap ALHAMDULILAH,
aku kembali mengadap laman muka bukuku lagi,
ingin mendengar suasana bising itu,
tapi masih senyap,
aku tenung laptop itu lama-lama,
menunggu dengan harapan ingin mendengar kekecohan segelintir manusia,
aku tenung lagi,
aku tenung lagi,
dan terus tenung pada skrin laptopku,
baru aku sedar ia hanya kosong!
kosong,kosong dan terus kosong!

sabtu/14.01.2012/11.23pm

menulis kerana ikhlas maka membaca jugak haruslah ikhlas

No comments: